Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan...
Antara rangkap berbalas-balas kata dalam lagu Gurindam Jiwa yang memang melekat dalam hati. Puisi ni dah lama tapi masih tetap diminati ramai. Baru-baru tular kat Tik Tok, FB tentang maksud berlapis2 di antara pasangan suami isteri.
Kalau tengok video tu pun manis sangat cara balasan di antara Nordin Ahmad dan Latifah Omar dari segi bahasa tubuh, renungan mata, cara si suami mengusik isteri, cara isteri di sisi suami. Tak ober kena sweet2 tayang terpaling bahagia kat medsos
Korang ada lagi tak berlapik2 balas cakap macam tu
Ke tak faham sebab tak belajar sastera
Bolehla cuba ya mula bergurindam lepas ni
Anak Cina pasang lukah....
|