"Saya cuma nak kongsi, ibu mentua dapatkan rawatan di hospital swasta dan kosnya mencecah RM30,000."
Penyampai radio, Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur apabila ibu mentuanya, pelakon veteran, Datin Maria Arshad kini sembuh dan bebas daripada jangkitan Covid-19.
Foto G
Shahirah turut mendedahkan ibu mentuanya mendapatkan rawatan di hospital swasta dan kosnya berpuluh ribu ringgit, seperti dipetik daripada Media Hiburan.
"Memang mahal dan sebenarnya kalau nak tahu, ada juga yang mencecah RM70,000. Mahal sebab bukan rawatan tapi sebab kos ubat-ubatan tu yang mahal."
Menurut Shahirah lagi, disebabkan Covid-19 boleh mengacau sistem darah dan organ dalaman, maka ubat-ubatan untuk merawatnya menjadi mahal.
Dalam masa sama, Shahirah turut bersyukur kerana kerajaan menyediakan hospital kepada orang ramai tanpa perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan rawatan.
Foto G
Terdahulu, selepas mengalami demam berpanjangan selama dua minggu, Maria Arshad, 63 disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan pada 25 September lalu. - CARI
|