CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8942|Reply: 34

Asal-usul bahasa kita......

[Copy link]
Post time 14-3-2005 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Aku ada dan selalu gak terfikir... dari mana datang bahasa kita ?... Ada yang bagi jawapan... " Dah dalam Quran dah termaktub...selepas Nabi Adam dicipta...Allah mengajar segala ilmu pengetahuan pada Nabi Adam"

Mmg la...tapi dah tentu Bahasa Arab kan?...abih macamana pulak datangnya perkataan ayam?...dah tentu spesis ayam ni ujud sejak dulu lagi...jadi sape yang bagi nama2 bagi objek2 dunia Melayu kita ni ek?...

Kot2 ada yang boleh membantu ke...tulong....tulong....

Contoh:

katakan masa permulaan tu dinamakan buku sebagai ayam...
dah tentu sampai sekarang orang akan rujuk " Saya suka membaca ayam berbentuk ilmiah "

yang best tu kena plak objek ngan bahasa tu....pelik...pelik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2005 12:02 PM | Show all posts
aku tgh search ni, so klu ada sesaper yg ada maklumat, sila beritahu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2005 09:20 PM | Show all posts
yg adheq tau bahasa melayu nih adalah bahasa campur2an. contohnya dari bahasa arab (solat, doa, wudhuk etc etc), bahasa belanda (alamari, etc etc), inggeris (tak ingat cthnya) dan mcm2 lagi bahasa asing. agaknya bahasa melayu nih asalnya bahasa yg dicampur-adukkan ngan bahasa lain kot. ~peace~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2005 01:09 PM | Show all posts
aku jumpa dah.............

sejarah bahasa kita berasal dari bahasa sanskrit. bahasa yg orang pakai dari zaman pelayaran orang2 arab dulu sampai ke tanah melayu...
ader jugak yg berasal dari bahasa siam,bugis dan portugis.
Bahasa kita mula berkembang sejak zaman majapahit dan kesultanan kerajaan melaka yg masyur dulu2...
kenapa ia terjadi?...

negeri melaka terkenal dgn pelabuhan yg terutama di seluruh dunia pada satu ketika dulu. pedagang2 dari seluruh dunia akan berlabuh di melaka untuk berurusan atau berehat sebentar sebelum meneruskan pelayaran mereka.

dari situ, pedagang ini tertarik dengan orang melayu yg ramah mesra dan penuh adat resam ini untuk berurusan dengan org2 melayu kita. mamat2 ni jugak teresona dgn keayuan minah2 melayu pada masa itu. so, depa pun kawen...
dari tu, depa mula rapat antara satu bangsa ke satu bangsa yg lain dan penggunaan bahasa semakin berkembang. begitu jugak anak kacukan. hahaha!

contoh2 bahasa yg aku tau dalam bahasa sanskrit ialah - seperti almari, tingkap, lipan dan penyapu.

itu jerlah kot yg aku ingat... pasni aku tambah lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2005 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by adheq at 2005-3-16 09:20 PM:
yg adheq tau bahasa melayu nih adalah bahasa campur2an. contohnya dari bahasa arab (solat, doa, wudhuk etc etc), bahasa belanda (alamari, etc etc), inggeris (tak ingat cthnya) dan mcm2 lagi bahasa  ...

OFF TOPIC JAP

asal usul baju -

pada zaman dahulu dulu2 ..... manusia peringkat awal tidak memakai baju.. mereka sering bermain2 berkejar-kejaran disana sini....... dan ketika si lelaki akan memanjat pokok dan yg perempuan menunggu dibawah.....

tatkala itu, yg lelaki terjatuh lalu terjatuh ketas badan perempuan itu... ohh! tidak!.. selang beberapa bulan, si perempuan makin besar perutnya dan tidak mahu bermain berkejar-kejaran lagi......... orang ramai tidak mahu lagi kejadian yg tidak diingini itu berlaku. lalu memikirkan bagaimana mengelaknya supaya ia tidak berlaku lagi.

mereka meletak daun pada bahagian itu, tetapi bila ditiup angin, jatuh berterbangan daun tersebut. mereka meletakkan daun dan dibasahkan dengan air pula, bila air kering, jatuh juga daun itu. maka mereka meletakkan lebih banyak daun lagi dan ranting2 kayu.... ranting kayu itu terlalu besar menyebabkan daun2 itu koyak sama sekali.. lalu mereka mencarik2 ranting2 kayu tersebut kepada sehalus urat kayu lalu dikaitkan pada dedaun2 itu tadi.....
maka jadilah skirt daun.................

tatkala beberapa hari, daun itu bertukar warna dan semakin koyak dan luluh..... maka ia perlu diganti, betapa hampanya para mereka. lalu memikirkan satu cara yg lebih tahan lama.

hari semakin sejuk dan musim sejuk semakin tiba, mereka memakan daging hasil buruan mereka untuk memanaskan badan selain memakan dedaunan untuk kecergasan mereka. tatkala itu, mereka terfikir bahawa kulit binatang sangat tebal dan tahan lama berbanding daun. lalu mereka menyiat dan memotong kulit binatang seperti kambing, dan beruang tersebut kepada bentuk 4segi panjang........ lalu dikaitkan dengan urat kayu tadi.......
maka jadilah pakaian mereka dan tidaklah berkeadaan sejuk mereka pada musim sejuk akan datang.......

- cerita ini adala rekaan semata2... tidak ada kena mengena yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia... Ia diambil ilham dari mimpi pada suatu ketika dikala hujan tidak berhenti-henti..............
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2005 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 17-3-2005 01:09 PM:
dari situ, pedagang ini tertarik dengan orang melayu yg ramah mesra dan penuh adat resam ini untuk berurusan dengan org2 melayu kita. mamat2 ni jugak teresona dgn keayuan minah2 melayu pada masa itu.


:lol tapi skarang nih cam dah takde adat je. minah2 pon celup rambut je. :lol jgn mare ye kpd yg celup2 rambut tuh. ~peace~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-3-2005 12:06 PM | Show all posts
aku pun fikir jugak macam mana bahasa kita boleh wujud... bahasa cina india, tagalog...

dari bahasa arab... bercabang cabang bahasa yang ada skang kat dunia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2005 03:40 PM | Show all posts
apa lak nak pelik
u tengok je la filem zaman p ramlee sampai sekarang
bahasa dah tukar sikit kan
itu baru gap 50 tahun
kalau 500 or 5000 tahun
mcm tu la bahasa evolve

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2005 04:07 PM | Show all posts
umm.. sori menyampuk kejap...

tapi ... bagaimana dgn bahasa lain2? maksud saya .. bahasa selain bahasa melayu?

emm... maaflah kalau ada silap tapi saya pernah dengar 3 jenis bahasa yg berlainan dari 3 negara yg berlainan (dua dari dokumentari TV).. saya dapat rasakan ada persamaan dari 3 bahasa ini.. iaitu.. bahasa dari mongolia, bahasa dari suku kaum di taiwan dan bahasa dusun dari sabah...  boleh tolong jelaskan? :stp:

[ Last edited by bb_nessa on 16-6-2005 at 04:11 PM ]
Reply

Use magic Report

broo4 This user has been deleted
Post time 12-9-2005 01:54 PM | Show all posts
0000000000000000000000000
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 02:52 PM | Show all posts
ini ada sedikit maklumat..

Pada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka belum memiliki kemahiran menulis. Semua perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. . Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia kemudian dikenali sebagai pelipur lara.

Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mulai menulis dengan meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.

Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut ulung, telah sampai ke mana-mana. Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini. Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini dengan mengubahsuaikan cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin berkembanglah kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 03:04 PM | Show all posts
Bahasa kita awalnya dipengaruhi oleh sastera hindu bila kedatangan saudagar dan mubaligh Hindu ke Nusantara ini terutama bertapak di Pulau Jawa. Para mubaligh tersebut memperkenalkan karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat tempatan. Karya Vyasa dan Valmiki pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian pujangga istana di Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.

Semasa Kerajaan Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang memiliki kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui susastera penyebaran ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat. Sekitar tahun 925 M, iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara telah menyalin Ramayana ke dalam bahasa Jawa Kuno (tulisan Kawi). Semasa pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-1006 M) pula, dilakukan penyalinan Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi tajuk baru, iaitu Astadasaparwa.

Kemudian pengaruh sastera jawa pula meresapi apabila Kerajaan Majapahit memperluaskan kekuasaan hingga ke Thailand dan mereka memperkenalkan Cerita Panji, iaitu kisah keagungan Raja Majapahit. Cerita ini tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama di luar Pulau Jawa kerana ia menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para dalang yang mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan topeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji terlebih dahulu mereka belajar bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama di Sumatera kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa. Secara langsung para dalang ini telah mengangkat bahasa Melayu dan lama-kelamaan beberapa perkataan bahasa Jawa yang sesuai diserap ke dalam bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi kesusasteraan dan bahasa Melayu sekitar tahun 1240 M.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ponder This user has been deleted
Post time 13-9-2005 12:05 AM | Show all posts
Persoalan ni ada dibincangkan dalam tutor.com bagi pelajar-pelajar yang mengambil STPM.

Saya salin:

Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.



Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

    * Bahasa Melayu Kuno,
    * Bahasa Melayu Klasik dan
    * Bahasa Melayu Moden.



Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

    * Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
    * Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
    * Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.

Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa  kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

    * Pengaruh agama Hindu
    * Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
    * Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

    * Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
    * Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
    * Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
    * Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)

Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

    * Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
    * Susunan ayat bersifat Melayu
    * Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
    * bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
    * Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
    * Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
    * Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhat****ta)
    * Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)



Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

    * ditulis dalam huruf India
    * mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
    * bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

    * masih memakai abjad India
    * buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

    * ditulis dalam tulisan Jawi
    * membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.



Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

    * Zaman kerajaan Melaka
    * Zaman kerajaab Acheh
    * Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

    * ayat: panjang,  berulang, berbelit-belit.
    * banyak ayat pasif
    * menggunakan bahasa istana
    * kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
    * banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
    * ayat songsang
    * banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''



Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:26 AM | Show all posts
good info..thanks.. harap kita dpt kongsi maklumat...n nak tambah sket..

Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemui pula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab. Batu Bersurat Kuala Berang ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelah ditransliterasikan):

RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala.Baginda RasuluLlah telah lalu tujuh ratus dua.



Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata Mulia Raya masih digunakan walaupun yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa perkataan lain, seperti: mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan = kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama) memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang.
Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil huruf ch Persia menjadi c dan mengubahsuai g Persia dengan mengguna-kan titik di atas. Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987.

Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini:

hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha



Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat,
tujuh ratus delapan puluh satu tahun,
bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat
raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)
dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai,
menarok di laut dan darat semesta (semua)
Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,
masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.


Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:39 AM | Show all posts
dlm STPM ada diajarkan ttg asal usul bangsa melayu?.. bagus la mcm tu.. so, teori Yunan tu dah diterima pakailah.. Laksamana Cheng Ho dan Zing He pun dr Yunan kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 03:12 PM | Show all posts
dlm tread asal usul melayu..   bangsa melayu ada di madagascar dan taiwan

sbb2 nya adalah penghijrahan dr yunan ke taiwan/formosa - filipina - sumatera - Tanah melayu..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2006 09:46 PM | Show all posts

Pengaruh bahasa Arab terhadap bahasa Melayu

SEJARAH hubungan bahasa Arab dengan bahasa Melayu boleh dikatakan telah bermula sejak kedatangan agama Islam. Parameswara ialah Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Shah. Perkataan 憇ultan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 09:25 PM | Show all posts
Originally posted by che_nor at 13-9-2005 03:12 PM
dlm tread asal usul melayu..   bangsa melayu ada di madagascar dan taiwan

sbb2 nya adalah penghijrahan dr yunan ke taiwan/formosa - filipina - sumatera - Tanah melayu..

[img]http://www.yawni ...


Dari pembacaan aku tentang kajian Bahasa Melayu nih, penghijrahan dr Yunnan tu hanyalah salah satu pendapat daripada banyak2 pendapat yang dibuat. Malangnya, dia adlh pendapat yang paling popular..

Bagaimanapun, adalah mustahil nk percaya penghijrahan Orang Melayu ni berlaku dr Yunnan atas faktor bahasa.

Orang di Yunnan, sama juga seperti wilayah lain di China, bahasanya adalah dikatakan "Tonal Language" yakni bahasa yang berdasarkan tone. Bahasa Melayu pula bukanlah sebuah tonal languange..sangat besar perbezaan bahasa melayu ngan bahasa2 di selatan China.

Pendapat ttg penghijrahan Orang Siam dan Vietnam dari selatan China mungkin boleh diterima kerana bahasa Thai dan Bahasa Vietnam adalh tonal language dan mirip dgn bahasa2 diselatan China.

Kesimpulannya, orang melayu itu mungkin berasal dari wilayah Nusantara ini begitu juga Bahasa Melayu Purba itu sendiri (satu lagi pendapat sarjana2 bahasa),
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #18 OrhanGhazi's post

tak jugak..kat yunnan banyak etnik.etnik han paling ramai iaitu kira2 90 peratus dari populasi di yunan sekarang.etnik han bukan berasal dari wilayah ni tapi dari lembah sungai kuning.kalau nak kaji persamaan bahasa melayu ngan yunan,kena kaji yunan punye etnik minoriti atau penduduk asal......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 12:08 PM | Show all posts
Yunan berdekatan dengan nepal dan india.tu yang wujud persamaan budaya antara orang melayu dengan suku Naga di India....mirip wajah suku naga pun tidak sama dengan penduduk sungai indus.rupa mereka lebih mirip dgn orang melayu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.060038 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list