CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119930|Reply: 179

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam

[Copy link]
Post time 30-9-2005 12:01 AM | Show all posts |Read mode
korang tahu tak saper Maharaja jepun pertama ????..

[ Last edited by  HangPC2 at 22-11-2006 09:21 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2005 08:41 AM | Show all posts
aku tak dapat info sepenuhnyer tentang maharaja jepun yg pertama tapi dapat lukisan tentang maharaja ni..



Jinmu Tenno

660 BC - 550 BC

He is Emperor of the first generation.
He coming out of Takachiho in Hyuga Land, invading to east, was enthroned in Yamato Land.
And, this year was designated as year of creation world.

p/s: susah nak cari info dalam BM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2005 05:20 PM | Show all posts
thanks atan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2005 07:05 PM | Show all posts
Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 SM oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun dari Korea dan kemudian langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun (gabenor tentera).

Permulaan zaman Nara pada kurun ke 8 ditandakan dengan penubuhan sebuah pemerintah yang kuat yang berpusat di bandar Heijokyo (kini Nara). Pusat tersebut kemudiannya berpindah ke Heiankyo (kini Kyoto), dan di sini lahir sebuah budaya klasik Jepun yang dikenali sebagai Heian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 30-9-2005 10:35 PM | Show all posts
aku selalu musykil

adakah bangsa jepun tu berasal dari bangsa cina ?
ataupun sebaliknya ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2005 12:49 AM | Show all posts
yang aku tau...masa dulu2 ada la citer documentary kat tv...national geographic kot...

jepun ni asal nyer hamba dari negara china...satu hari dorang bergroup ramai2 lari dari cengkaman china...sampai kat kepulauan jepun skarang...anyway china kan luas...politik tak stabil....perebutan kuasa....

dorang stay kat tanah dorang...polisi tutup pintu...takleh kluar takleh masuk...develop budaya sendiri....

sampai ada pelayar dari portugis datang baru dorang bagi org luar datang ke negara dia...barulah ada agama kristian masuk ...agama dorang shinto...

sampai skarang pon kalau ada gadget yg advance semua dipasarkan kat negara dia sendiri  dulu...kadang2 gadget in japan only....seolah2 dia dengan dunia dia sendiri....macam tak rugi tak dipasarkan ke luar....hebat..hebat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2005 11:13 AM | Show all posts
aku rasa mcm dah tersimpang dari soalan asal jer nih, kalau di ikut2 kan dari soalan, sepatutnyer sapa maharaja pertama jepun, kalau tak silap, ianya sepatutnyer berasal dari keturunan maharaja meiji, harus di ingat, jepun nih pun mcm negara kiter jugak, pada dahulu nyer ianya di mengandungi pecahan2 negeri2 tersendiri, dan masing2 ader raja masing2, peperangan pun sering berlaku, perebutan wilayah, rasanyer nama asal pun bukan NIPPON....
macam china juga, maharaja yg menyatu kan semer wilayah china SHIH WAN TI,
tapi saper pula maharaja jepun yg menyatu kan semer wilayah2 jepun itu.... adakah maharaja JIMMU

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 12:28 PM | Show all posts
DAri aku dapat, ahlis ejarah mengatakan Mahaaja Jepun yang pertama ialah maharaja Ojin tetapi tidak dapat disahkan tempoh pemerintahan baginda. Dari 1100M hingga 1868M, kuasa sebenar terletak di tangan shogun dimana secara teorinya mereka mendapati kuasa yang diturunkan dari Maharaja. Pada zaman tersebut, pedagang Sepanyol menyifatkan hubungan Maharaja-Shogun seperti hubungan Pope-Raja (Pope dianggap wakil tuhan, tapi kurang kuasa politik manakala raja orang 'biasa' tapi mempunyai kuasa politik yang kukuh)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2005 02:18 PM | Show all posts
makna nyer maharaja Jimmu Tenno hanya mitos lah...????
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 30-9-2005 10:35 PM
aku selalu musykil

adakah bangsa jepun tu berasal dari bangsa cina ?
ataupun sebaliknya ?



off topic kejap..

ERA JOMON-SHIKI & YAYOI

Penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah didiami manusia sejak Zaman Paleolitik, 500,000 tahun yang lalu. Pada zaman ais, Jepun tercantum dengan benua Asia dari Sakhalin di utara dan Kyushu di selatan yang telah memudahkan penghjrahan manusia, haiwan dan tumbuhan ke kepulauan Jepun dari kawasan yang kini merupakan negara China dan Korea.

Budaya Jomon timbul sekitar 11,000 sebelum Masihi dengan berakhirnya zaman ais. Gaya hidup mereka berputik dari cara mesolitik ke neolitik. Masyarakat Jomon juga merupakan pembuat barang-barang tembikar yang terawal di dunia. Difahamkan bahawa masyarakat Jomon merupakan leluhur kaum Proto Jepun dan Ainu.

Permulaan era Yayoi di sekitar 300 SM ditandakan dengan kedatangan teknologi baru seperti penanaman padi dan sistem pengairan yang dibawa oleh pendatang dari Korea, China dan tempat-tempat lain di Asia.



masyarakat Jomon & Yayoi

Era YAMATO & ASUKA & NARA & HEAIN (Era Klasik)

Menurut mitos Jepun, negara tersebut diasaskan pada kurun ke 7 sebelum Masihi oleh Maharaja Jimmu. Pada kurun ke 5 dan 6, tulisan Cina dan agama Buddha diperkenalkan ke Jepun melalui semenanjung Korea dan setelah itu langsung dari China. Maharaja-maharaja Jepun merupakan ketua pada nama sahaja. Kuasa sebenar terletak pada para bangsawan, pemangku raja dan shogun\ (gabenor tentera).



General Era Heain

Time Line Permerintahan Maharaja Jepun

    * Jomon Era (ca. 10,000 B.C. -- ca. 300 B.C.)

    * Yayoi Era (cca. 300 B.C. -- ca. A.D. 300)

    * Yamato Era (Kofun) ( ca. A.D. 300 -- A.D. 710)

    * Asuka Era (645 - 710)

    * Nara Era (710 - 794)

    * Heian Era (794 - 1192)

    * Kamakura Era (1192 - 1333)

    * Muromachi Era (Ashikaga) (1336 - 1573)

    * Azhuchiimomoya Ma Era (Sengoku) (1568 -1603) (Era Perang Saudara & Penyatuan Jepun Oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi & Era Peperangan 7 Tahun dengan Dinasti Ming ketika Perang Penaklukan Korea (Chosun))

    * Edo Era (Tokugawa) (1603 - 1867)

    * Meiji Era (1868 - 1912) (Era Pembaharuan Meiji)

    * Taisho Era (1912 - 1926)

    * Showa Era (1926 - 1989)

    * Heisei Era (1989 - sekarang)

[ Last edited by atan at 7-10-2005 09:53 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 08:38 PM | Show all posts
wah ... dinasti jepang nieh same cam chna ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by atan at 3-10-2005 02:37 PM



off topic kejap..

ERA JOMON-SHIKI & YAYOI

Penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa Jepun telah didiami manusia sejak Zaman Paleolitik, 500,000 tahun yang lalu. Pada zaman ai ...


ye...jepun pon ada orang asli...asal dari utara rusia..bau2 bacang ngan eskimo...orang asli Ainu...siap ada tatu lagi kat badan dorang... orang asli ni ramai kat utara jepun....pandai buat pinggan mangkuk tembikar...tangkap ikan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 3-10-2005 09:48 PM | Show all posts
time kasih dory-ann dan juga atan kerana memberi info psl soalan aku tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 07:48 AM | Show all posts
Originally posted by dory_ann at 3-10-2005 09:00 PM


ye...jepun pon ada orang asli...asal dari utara rusia..bau2 bacang ngan eskimo...orang asli Ainu...siap ada tatu lagi kat badan dorang... orang asli ni ramai kat utara jepun....pandai buat ping ...


Lagi Off topic kejap...











AINU / UTARI (Penduduk Asal Hokkaido)

Ainu adalah kaum etnik yang merupakan penduduk asal Hokkaido, bahagian utara Honshu, kepulauan Kurile dan Semenanjung Kamchatka. Di dalam Bahasa Ainu,membawa maksud 'manusia'. Pada hari ini, terdapat lebih daripada 150,000 orang Ainu. Namun, jumlah sebenar masih belum diketahui kerana kebanyakan kaum Ainu menyembunyikan asal usul mereka, ramai ibu bapa turut merahsiakan perkara ini dari anak-anak mereka demi mengelakkan diskriminasi.

Asal-Usul

Masih belum pasti lagi dari manakah asal-usul kaum Ainu.Ada sesetengah pengkaji mengatakan yang mereka adalah penduduk Asia yang telah lama menduduki Asia sebelum orang Han (China) lagi. Dikatakankebanyakan penduduk asal di Asia, Dari Asia tenggara, Okinawa hinggalah ke Taiwan (Formosa) seta juga di Australia berkaitan dengan mereka.Pada awal abad ke-20, para pengkaji mencari asal-usul kaum Ainu. Kajian menunjukan diskriminasi perkauman merupakan punca kegagalan Ainu.Mentaliti kebanyakan rakyat jepun pula menunjukan kaum Ainu adalah orang gasar yang suka memburu. Mentaliti sedemikian telah menyebabkan asal-usul Ainu sukar untuk dicari. Hampir kesemua kaum Ainu tinggal di jepun. Namun, ada juga segelintir kaum Ainu tinggal di Sakhanlin, Semenanjung Kamchatka dan juga kepulaun Kurile. Disebabkan perkahwinan dengan bangsa Nippon (Jepun) dan penyesuain budaya dan persekitaran, hanya tinggal sedikit sahaja nilai Ainu yang wujud pada hari ini. Malah, kebanyakan iklan-iklan tentang perkampungan Ainu di Hokkaido hanyalah sekadar cara untuk menarik pelancong.

Sejarah

Pada Mulanya, hubungan kaum Ainu dengan Nippon (Jepun) begitu erat sekali dan mereka dilayan setaraf dengan yang lain.Akan tetapi, lama-kelamaan orang Nippon (Jepun) mula mengesuai hubungan ini dan kemudiannya membina sebuah penempatan yang besar di kawasan pinggir jajahan Ainu .Sambil orang Jepun menuju ke utara, satu demi satu di kawasan Ainu diambil oleh mereka. Tiada tentangan yang diberikan oleh kaum Ainu. Walau bagaimana pun, terdapat juga tentangan berlaku hinggakan mencetuskan peperangan pada tahun 1457, 1669 dan 1789 yang semuanya mencatatkan kaum Ainu tewas di tangan orang Nippon (Jepun). Polisi Nippon (Jepun)  semakin menyusahkan kaum Ainu apabila bermulanya era Meiji. Kaum Ainu tidak dibenarkan bertutur dalam bahasa mereka serta menghalang mereka bercucuk tanam  melainkan di tanah yang dikhaskan oleh kerajaan. Kaum Ainu juga dipergunakan  seperti hamba dalam industri perikanan jepun. Semasa era Tokugawa, Hokkaido dipanggil Ezo atau pun Ezochi. Namanya ditukarkan kepada Hokkaido semasa Zaman Pembaharuan Meiji sebagai salah satu usaha untuk menyatukan identiti Jepun di bawah arahan Maharaja Jepun. Kaum Ainu kini hidup di bawah undang-undang kerajaan Jepun dan diadili oleh badan kehakiman Jepun, pada masa yang sama meraka juga akan dikawal dan dijaga oleh ketua puak masing-masing dalam 3 kampung yang berbeza. Demi tujuan pemerintahan, mereka dibahagi kepada 3 daerah : Saru, Usu dan Ishikari. Hubungan antara 3 daerah  ini tidaklah begitu baik malah perkahwinan penduduk dari daerah yang berbeza adalah dilarang sama sekali. Fungsi kehakiman tidak diterima secara bulat oleh ketua puak, maka sekumpulan ahli jawatankuasa puak khusus tidak wujud mahu pun hukuman penjara serta hukuman mati. Hukuman pukul dianggap amat berat dalam puak Ainu. Sekiranya ada kesalahan membunuh,  pembunuh hanya akan dipotong telinga dan hidung ataupun urat kaki nya  dirosakkan. Perkahwinan antara orang jepun dengan orang Ainu adalah jarang, tetapi di sambutsu kebanyakan anak hasil dari perkahwinan ini dapat dilihat dengan mudah. Pada hari ini, kebanyakan orang Ainu tidak sukakan panggilan Ainu iti sendiri, mereka lebih suka dikenali dengan identiti Utari yang bermaksud 'sahabat' dalam bahasa Ainu. Di dalam dokumen bertulis, kedua-dua istilah Ainu dan Utari digunakan oleh mereka.

[ Last edited by atan at 7-10-2005 09:50 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 11:20 PM | Show all posts
jepun mmg discriminate ....dlm mcm tu pon ada kasta dia....

ada satu kasta jepun yg paling bawah yg kerja dia angkat tong erhemmm...dolu2...kerja angkat mayat...sampai skarang kalau dorang cari kerja tak tulis asal kg dorang...sebab takut di diskriminasi oleh rakyat nyer....

jepun dah mmg macam singapore....org asli discriminate....keturunan kasta rendah pon...even org2 tua pon....

dorang kalau tak dapat menampung hidup sendiri ...tak bekerja...alamat bunuh diri lah ....atau mati kelaparan dlm rumah lah gamak nyer....

syukur lah dok kat mesia ni ..rakyat mesia pemurah..derma sana derma sini....

tq atan...Ainu mmg asal dari Hokkaido...aku tahu pon dari citer documentary dulu NHK....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2005 07:46 AM | Show all posts
nanti aku beri info tentang puak lain kat utara jepun kat Honshu nama puak ni EMISHI

[ Last edited by atan at 13-10-2005 07:44 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2005 04:34 PM | Show all posts
alamak dah terkeluar topic tapi taper aku tukar topic ker Sejarah Jepun..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2005 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by dory_ann at 5-10-2005 11:20 PM
jepun mmg discriminate ....dlm mcm tu pon ada kasta dia....

ada satu kasta jepun yg paling bawah yg kerja dia angkat tong erhemmm...dolu2...kerja angkat mayat...sampai skarang kalau dorang cari  ...


itu dikatakan sistem pemerintahan Feudal  paling bawah dalam sistem pencacai lah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 08:44 AM | Show all posts
Senjata Orang Ainu Lebih Kurang Sama Macam Senjata Orang Jepun ''KATANA''

Pedang Ainu Dikenali sebagai ''EMUSH''



Tali pengantung ''EMUSH''

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2005 01:13 PM | Show all posts
uik.. takde smbungan ke pasal sejarah jepon nih? nk tau :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.369500 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list