CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9864|Reply: 45

jom main riddle CSI plak...

[Copy link]
Post time 27-5-2006 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita berusia lewat 40-an telah datang ke sebuah chelet yang telah disewakannya kepada seorang lelaki bujang warga tempatan. Tujuannya untuk mengemas bilik tersebut yang sepatutnya dibuat beberapa hari yang lalu. Curiga dengan keadaan tersebut dan penyewa yang tidak kelihatan, wanita itu telah menggunakan kunci pendua miliknya untuk membuka pintu rumah tersebut. Bau busuk memenuhi ruang di dalam rumah dan kelihatan seorang lelaki sedang duduk tersandar di atas kerusi sofa di bahagian ruang tamu dengan limpahan darah berselerakan di seluruh ruang tersebut. Berasa panik dengan apa yang dilihat, wanita itu telah menjerit dan menarik perhatian beberapa orang penyewa serta kakitangan resort berhampiran. Satu laporan polis telah dibuat dan polis datang membuat siasatan.

Siasatan awal polis mendapati sepucuk pistol yang berada berhampiran tangan mangsa yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut. Sebuah tape recorder juga telah ditemui di atas meja kopi bertentangan dengan kedudukan mangsa. Punca kematian telah disahkan akibat tembakan tepat di bahagian kepala. Mangsa mati serta merta.

Polis telah menyiasat kes tersebut. Mendapati mangsa adalah seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang datang bercuti di resort tersebut. Hasil maklumat dari orang ramai, polis mendapat tahu beberapa malam sebelum ini mangsa pernah kelihatan sedang bergaduh dengan seorang wanita dihadapan chelet sewaannya. Bertindak dari maklumat tersebut wanita yang dimaksudkan itu segera di kenal pasti yang juga merupakan kakitangan resort tersebut. Wanita itu mendakwa dia mengenali mangsa dan mereka sudah bertunang. Ditanya mengenai punca pergaduhan yang berlaku beberapa malam yang lalu wanita itu menyatakan yang dia dan mangsa telah berselisih faham kerana mangsa berasa cumburu setelah melihat beliau bercakap-cakap dengan kakitangan lelaki resort tersebut. Di tanya samada beliau ada menemui mangsa selepas kejadian itu, beliau mengatakan tidak kerana berasa terlalu marah kepada mangsa.

Polis kemudian beralih kepada sebuah tape recorder yang dijumpai di atas meja kopi di ruang tamu tadi. Setelah dilihat ada sebuah pita di dalamnya. Polis kemudian menekan butang play dan sebuah rakaman milik suara mangsa dengan pesanan dan alasan mengapa dia ingin membunuh diri. Sebaik sahaja selesai membuat pesanan tersebut kedengaran bunyi tembakan dan selepas itu tiada apa-apa bunyi yang berkaitan dirakam sehingga tape recorder itu berhenti sendiri kerana kehabisan pita.

Siasatan fizikal di dalam chelet tersebut juga gagal menemui sebarang cap jari dan barang-barang peribadi milik mangsa juga tiada yang hilang. Bukti pergelutan juga tidak dapat ditemui. Polis kemudian menolak kemungkinan kes ini sebagai kes bunuh diri dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh. Motif dan pembunuhnya masih lagi dalam siasatan.

So... what do you think... kes ni patutnya kes bunuh diri atau kes bunuh?

asyik teka-teki budak skolah jer... skali-skala kita main la teka-teki ilmiah skit... ihihhi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2006 02:14 PM | Show all posts
kes bunuh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 11:49 AM | Show all posts
taperecorder tu, polis tekan terus play... tape tu sepatutnye kene rewind dulu.

hmmm... die warga tempatan, watpe die sewa chalet? baik duk umah sendiri.
Reply

Use magic Report

reez01 This user has been deleted
Post time 29-5-2006 12:38 PM | Show all posts

Reply #3 lipans's post

reez setuju ngan lipan pasal tape recorder tu..... patotnye kene rewind.... coz tak mungkin mangsa rewind before mati.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 08:23 PM | Show all posts
Ni teka² nih ader jawapan dier ker? :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 02:18 AM | Show all posts

Reply #3 lipans's post

wahhhhh respect la lipan... tapi yg pasal sewa umah tu aku x setuju... x leh buat argue..... maybe org tu g holiday nak tenangkan fikiran... tapi yg tape recoder tu memang soheh..... sape yg g rewind type tu melainkan pembunuh dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2006 04:43 PM | Show all posts
Nak kene g lab dulu nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 03:31 PM | Show all posts
mungkin gak kes bunuh, bak kata lipans tape tu terus play, x rewind dulu, contradict dgn keadaan mangsa yg mati serta merta tu.
tanpa tanda pergelutan dan pecah masuk (ada mention ke?), maknanya pembunuh masuk ikut pintu (samada atas izin mangsa ataupun kunci pendua). yg ada access kpd kunci pendua tu ialah amah yg umur 40an yg menemui mangsa mati tu atau pekerja resort lain- samada tunang dia sendiri (kan tunang dia tu pekerja resort tu gak) atau teman sekerja tunang mangsa yang menjadi punca pertengkaran diorg tempoh hari.
ntah2 amah tu yg bunuh, dah beberapa hari baru nak g kemas bilik mangsa. tapi aku tak nampak motif dia.
kalau tunang mangsa plak, motif: marah. kalau kwn sekerja tunang mangsa, motif: nak rampas tunang mangsa (kalau diorg ada affair la).
mangsa kan inspektor, kalau dia "terpaksa" mati kene bunuh pun mesti dia ada tinggalkan klu. cehceh..mcm Da Vinci Code la plak....:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2006 03:35 PM | Show all posts
wop, tapikan ayat "disewakan" tu seolah2 perempuan lewat 40an tu mcam bukan pekerja tapi lebih kepada owner resort tu. apa kaitan dgn mangsa? sugar mummy ka? tapi kenapa nak masuk kemaskan bilik tu pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2006 12:00 AM | Show all posts
pening2...... complicated
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2006 12:05 PM | Show all posts
errr
susah lah,
nampaknya belum berjaya disetelkan lagi
teman wanita polis tu, pekerja resort sebelah tu kan?
chalet tu dipunyai oleh wanita 40an tue
so mana boleh teman wanita maupun kawan lelakinya tu masuk sebab tak ada kunci,

semuanya nampak memang bunuh diri kecuali yg pasla tape tue.
tuan rumah mana?
dah lama ni, rasanya diorang takleh setelkan la poblem nie
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 12:47 PM | Show all posts
jap... jap... jap...

:hmm::hmm::hmm:

kes nie dh tutup ke lum???
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2006 01:48 PM | Show all posts
yang bunuh polis tu adalah polis yang siasat tu sebab dia jeles kat polis yang mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 04:42 PM | Show all posts
rasanya kes bunuh diri le...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 05:14 PM | Show all posts
kes bunuh diri & kes bunuh kan ke sama je...so, jawapan dia sama le...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 04:31 PM | Show all posts
jawapannya..

kes belum selesai :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 10:30 AM | Show all posts
kes3.....

pompuan a.k.a tunang mangsa
motif: benggang dgn sikap mangsa atau s'benarnye dah ada ati ngan laki lain.

laki yg bork ngan tunang mangsa
motif: mungkin nk giler ngan tunang mangsa... atau p'caya cite karut dr pompuan 2 yg konon nye x bahagie ...sape thu kn????

amah yg usia 40-an..
motif: maybe sbb benggang ngan pompuan 2....dot laki hensem ke???...


ako agak kes bunuh....
btw....apa sebenarnye pesanan mangsa ek???
Reply

Use magic Report

terang This user has been deleted
Post time 22-11-2006 09:47 PM | Show all posts
kes masih dalam perbicaraan...........anda tidak boleh buat spekulasi kerana ianya boleh menganggu mahkamah. kita tunggu perbicaraan selesai sama ada kes bunuh atau bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 06:18 PM | Show all posts
apasal jawaban nyer x kuar2.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:06 AM | Show all posts
bg aku..kes ni disiasat mengikut akta 574 kanun keseksaan pindaan 2003 yg boleh membawa hukuman mati mandatori!

kes ini diklasifikasikan kepada kes bunuh.
salah satu bukti yg kukuh adalah pita rakaman tersebut.
mengikut pita rakaman, apabila polis tekan butang play, tros mangse berckp mengapa membunuh diri dan bunyi tembakan berlaku. jadi bile masekah pita rekaman tersebut direwind ? adekah mangse yg mati masih sempat menekan butang rewind?

jadi kite tunggu hakim yg putuskan.

mahkamah ditangguhkan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.086230 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list