CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12796|Reply: 20

Badan Berbau - Cuba Tips Ini -

[Copy link]
Post time 12-5-2007 10:13 AM | Show all posts |Read mode
pada mana mana lelaki yang badan berbau tu ---
dan kalau sembur 6 botol deodorant still berbau juga
cuba tips ini --

sebab perempuan yang guna tips ni - badan depa  
wangi sewangi wanginya
so  lelaki pun mesti nak wangi gak kan?
cubalah --

Mandi rempah atasi bau badan
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar


MASALAH bau badan menjadi antara punca individu hilang keyakinan ketika berdepan dengan masyarakat sekali gus menyebabkan pergaulan mereka terbatas. Lebih malang lagi sekiranya bau yang tidak menyenangkan itu membuatkan individu berkenaan berasa rendah diri, terasing dan dipinggirkan.

Langkah rawatan mandi rempah

1. Individu digalakkan mandi terlebih dulu bagi mengekalkan kesegaran dan kebersihan tubuh (mandian digalakkan air suam)

2. Pelanggan akan diminta menjalani rawatan sauna rempah di dalam alat sauna antara 15 hingga 20 minit (wap rempah yang dikeluarkan mampu mengurangkan bau badan, memecahkan lemak dan kurangkan risiko sakit kulit)

3. Urutan kecantikan bagi menganjalkan otot dan kulit badan akan dilakukan antara 20 hingga 30 minit

4. Rempah lulur disapukan pada seluruh badan dan dibiarkan separuh kering

5. Badan digosok perlahan bagi membuang daki dan kotoran (rawatan ini berkesan mencerahkan kulit)

6. Kemudian 慴odymask
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2007 07:14 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

mandi rempah??eee bau mesti cam rempah kari pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 09:18 PM | Show all posts
dah nama lelalki... those mandi2 an cam complicated je? huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 01:15 AM | Show all posts
I don't think I need that tips sbb badan I bau wangi tau... hehe. Walaupun gemuk, badan aku tak ler berbau sbb ramai yg tanya apa rahsia badan aku gemuk tapi tak berbau. Rahsianya mudah, kalau mandi, kena pakai scrub. Kalau setakat gosok2 pakai tangan atau sabun, confirm sampai bila pun takkan hilang bau badan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 10:11 PM | Show all posts
rempah alagapas nanti jadi lain plak,kat mana ada buat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2007 12:25 PM | Show all posts
kalau nak senang....alwiz sapukan limau nipis kat ketiak tue biler mandi...

lagi satu..petua dari nenek....biler time mandi tue sapukan ketiak tue kat lutut sambil selawat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2007 03:05 PM | Show all posts
PETUA TUK MENGHILANGKAN BAU BADAN

1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa
kuntum bunga cengkih.  Kacau sebati dan minum tiga kali sehari.
Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan
masalah keputihan bagi wanita.


2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua.  Sapukan limau
tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum
dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda
jika ingin melakukan lebih kerap.  InsyaAllah bau badan yang
tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan
haruman semula jadi dari perahan air limau purut.  Limau nipis
juga boleh digunakan.


3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya
dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi.
Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda
cerah dan tidak berbau.


4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan
digoreng. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian
sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah
lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau
tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu
sekali.


5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,
selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan
seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.


6.Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi. Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.


7.Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu dijadikan air mandian.

8.Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

9.Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

10.Cara yang sering diamalkan untuk menghilangkan bau badan ialah dengan mandi. Penggunaan sabun antiseptik terutama pada daerah yang menimbulkan bau badan (ketiak), daerah paling utama bakteria berkumpul.

Selain itu alternatif lain yang digunakan untuk mencegah bau badan menggunakan deodoran dan antiperspirant.


dalam manyak2 yg tersenarai kat atas sana, amoi rasa yg no. 10 yg paling senang sekali


SELAMAT MENCUBA
   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 12-5-2007 10:13
Golongan yang mempunyai masalah bau badan

Merokok

Minum arak

Genetik saiz badan

Gaya hidup

Ketidakseimbangan hormon badan

Pemakanan
...


wah, bagus tips2 kat sini
niway, apakah jenis2 makanan yg mengakibatkan bau badan??
blh elakkan makanan2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 08:57 PM | Show all posts
oit... ...kalu ini macam nak kasi ilang bau badan x apa lah iye....takat hangit sikit2 tu redha je la....pepandailah elak nak bagi peluh kuar...

p/s-nasib baik masalah ini tak berkaitan ngan aku...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 11:47 PM | Show all posts
Pada pandangan aku,org yg ada masalah bau badan ni ada toksik yg banyak dlm badan.Kalau amalkan senaman yang konsisten,Insya-Allah xder masalah.Lagi satu rajin2 la minum air limau nipis.Kasik buang racun2 dan toksik dalam badan tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by syafali at 15-7-2007 23:47
Pada pandangan aku,org yg ada masalah bau badan ni ada toksik yg banyak dlm badan.Kalau amalkan senaman yang konsisten,Insya-Allah xder masalah.Lagi satu rajin2 la minum air limau nipis.Kasik buang racun2 dan toksik dalam badan tu.


yup setuju tu...
detox...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 12:54 AM | Show all posts
nasib baik pakwe ratu pakai sabun protex
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 11:44 AM | Show all posts
aku tak tau bau badan aku annoying ke tak if tak pakai perfume.... sbb bile tak pakai perfume pi ofis or kluar berjalan.... almost semua mmber aku ckp bau badan aku mcm muntah bayi baru lahir... fyi, aku tak tau bau tu mcm mana n dieorang kata mcm mana aku ade bau badan camtu... cara pemakanan ke, or lifestyle hidup...

tapi most of the time aku pakai at least deodorant utk elak mmber aku menghidu bau aku... siap ade yg sengaja nak hidu... aku pun kompius kenapa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2008 09:11 PM | Show all posts

Reply #2 lows^man^lyrics's post

jd la loman.....org pompuan yg kawen mmg wat sume nih.....utk laki gak.....huhu.....

~pakai tawas la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2008 07:12 PM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 25-5-2007 12:25 PM
kalau nak senang....alwiz sapukan limau nipis kat ketiak tue biler mandi...

lagi satu..petua dari nenek....biler time mandi tue sapukan ketiak tue kat lutut sambil selawat


limau nipis pun ok..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2008 01:39 PM | Show all posts
a'kum sy org br kt cni nk tny ckit. kt ipoh mane nk cr rawatan mandi rempah ni ek? :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by bawang-putih at 25-5-2007 12:25 PM

lagi satu..petua dari nenek....biler time mandi tue sapukan ketiak tue kat lutut sambil selawat


Emow Emow Emow...
yup aku amalkan benda nie masa sekolah dulu...terbukti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 05:29 PM | Show all posts
kat msia nie ada tak tempat ala2 mcm "TURKISH BATH" tue
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2010 09:46 PM | Show all posts
jaga pemakanan..makanan ni myumbang punca certain bau kat badan n toksin yg tkumpul dalam badan juga antara faktor. Makan supplemen seperti Nutrilite from Amway to balance ur diet and well being.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 02:12 PM | Show all posts
Nak Share petua daripada tokwan aku..

PETUA TAKNAK KETIAK BERBAU.
-tokwan aku pesan,kalau tak mau ketiak berbau..time mandi tu gosok ketiak kita..dengan belakang tapak tangan..jangan guna tapak tangan gosok ketiak..time nak sabun tu..guna belakang tapak tangan..
aku selalu amalkan..mmg ketiak kita tak ada bau yg meloyakan even tak pakai deodrant pon..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.080313 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list