CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89127|Reply: 368

Bukit Fraser, Pahang

[Copy link]
Post time 16-5-2007 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Fraser, Pahang


Apa yang ada di Bukit Fraser?



Anyone from here have been there?Please updated...

[ Last edited by  dieela at 29-5-2007 11:54 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2007 12:01 PM | Show all posts
Anyone from here have been there?Please updated...
Reply

Use magic Report

lee_eeda This user has been deleted
Post time 29-5-2007 12:30 PM | Show all posts
a'aahh nak gak tau apa yg ade kat sana... apa yg menarik...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 01:02 PM | Show all posts
ni tempat mama honeymoon....hehehehe....kat sini tempat utk rehat2 jer.....tak ada benda yg menarik...kalau suka main golf..padang golf luas dan cantik...pastu ada iar terjun boleh ler mandi manda.....taman bunga pun ada tapi tak best ahhh...pekan dia kecik jer ada clock tower yg kecik kiut miut....pendek kata semua biasa2 aje....yg best cuma cuaca sejuk...lebih sejuk dr cameron rasanya...tak ada strawberry dan sayur.....memang kat sana sesuai utk relaks kat bilik dan tenangkan fikiran.....yg ada cuma villa atau apartment company aje....tapi ini pengalaman mama utk thn 2002....kalau ada yg baru sori ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2007 01:43 PM | Show all posts

Reply #4 mamasporting's post

mamasporting x ada gambar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 02:45 PM | Show all posts
frasers hill nih cuma tempat merehatkan minda sambil menikmati udara sejuk yg segar.. sejuk sket dari cameron la.  jalan naik ke atas lebih mencabar dari ke cameron. memang tak de bende kat sini, ada few bungalows yg u boleh sewa - like wat we did earlier this year... sewa bungalow ktm wat bbq reramai. ada air terjun and sungai (jauh gak menapak ke dalam kalau rajin), ada acara tahunan tengok burung kat situ, boleh naik kuda, archery, golf and i think that's about it lah.
now at least a bit better sebab dah ada 2 different routes - one to go up and another one going down.  dulu cuma ada satu jalan yg sempit, nak selisih kereta pun tak leh so they have schedule - one hour to go up, the other hour to go down.  now the route to go up, u kena gie depan lagi daripada gap tu, gap tu cuma untuk journey turun saja (1 way).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2007 03:45 PM | Show all posts
apt yg paling aku suke..silverpark

dari kkb dah siap2 tapau makan kat atas coz gerai2 kat sana tak best
ada sekali tu lepas raya gi..bawak bekal nasi impit, lemang (beli kat tepi jalan), ayam masak merah..sampai atas makan kat pondok kecik sambil tgk pemandangan padang golf..pehh so lomantik...lapo lak tu

ada satu air terjun..tapi kecik je and tak best sangatlah
on the way tu macam horror sikit coz jalan dia kecik and curvy..

bekfes lak aku suke makan scone kat smokehouse..itulah scone yg paling sedap aku penah rasa compare dgn scone-scone kat tmpt lain..
tapi takat scone, bread, kopi..dekat RM50 gak la...view pun best
so refreshing di waktu pagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2007 03:53 PM | Show all posts

Reply #7 bottombikini's post

tidur sana ke? Harga untuk hotel semalam berapa?Skali breakfast?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2007 05:01 PM | Show all posts
silverpark tu aku amik yg studio..dalam kurang lebih 200
apt ni best ala-ala stroberi park gitu..tak termasuk bfast rasanye..
thats why le aku gi smokehouse

tmpt ni tak happening..takat nak jungle trekking..tgk pokok2 bole la
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 02:33 PM | Show all posts
Selalu gak ke sana kalau dah tak tahu nak ke mana...masa weekend.. ikut Jln Ulu Yam senang skit dari KL.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 02:36 PM | Show all posts
minggu lepas 3H 2M..host zizan gi fraser hill..nampak cam kat obersi je
shooting tu kat silverpark/smokehouse..iskk windu lak suasana yg romantik tu

byk gak xtvt..itupun kalo korang ni pencinta alam la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 09:34 AM | Show all posts

Reply #11 bottombikini's post

Ada tengok juga 3 hari 2 malam. Memang sesuai untuk yang sukakan kedamaian.




[ Last edited by  dieela at 12-6-2007 09:37 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:18 AM | Show all posts
i pun pergi honeymoon kat fraser hill, stay kat smoke house (thn 2004)..nice place sebab tenang, sejuk, damai..
breakfast kat smoke house best...then snap pics byk!!!
Originally posted by mamasporting at 29-5-2007 01:02 PM
ni tempat mama honeymoon....hehehehe....kat sini tempat utk rehat2 jer.....tak ada benda yg menarik...kalau suka main golf..padang golf luas dan cantik...pastu ada iar terjun boleh ler mandi mand ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #13 suzie284's post

Pergi sana banyak belanja x? Apa lagi yang best?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2007 10:27 AM | Show all posts

Reply #14 dieela's post

best sebab pergi dgn hubby..heheh
belanja- em, utk accommodation tu wajib lah, masa i pergi dulu, one nite stay kat smoke house cost me Rm300 lebih (plus breakfast)- aktivit2 lain naik kuda, pegi tasik - tak best pun, ada taman, ada waterfall-best kalau mandi, ada tenpat tanam bunga(nursery), ada jugak kat sini poko2 strawberi, tp sikit ajerlah...tak byk aktiviti, cuma best sebab sejuk, dan bersama dgn org yg tersayang  hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2007 10:34 AM | Show all posts

Reply #15 suzie284's post

ye ke... coz g dgn org tersayang 2 yang bertambah seronok...
Cakap pasal honey moon ni teringat pulak saya g cameron.. hmmmhmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 03:42 PM | Show all posts
Setengah orang tak suka Frasear Hills ni...tapi ku suka...nyaman ajer kat sini...
cameroon highland pun dah tak sejuk sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 10:57 PM | Show all posts
ku stay kt shahzan inn.. mase 2 cek-in sekali dgn org  kursus di situ.. jd pekerja die ingat saya cp gak.. jd dptla rege murah..

tp mmg bes ar.. sujukk.. lebih sujuk dr CH.. pepagi nyaman jerk bukak tingkap.. hijau je pemandangan..

air terjun die sejuk gilerr.. xleh mandi ar..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2007 01:51 AM | Show all posts
baguih...baguih tempat niee.... sejuk sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 02:48 PM | Show all posts
Bukit Fraser Akan Kekal Sebagai `Little England'


Oleh Syed Azwan Syed Ali & Soraya Jamal

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bukit Fraser pasti menarik bagi mereka yang cintakan alam dan cuaca dingin hembusan angin gunung.

Ketenteraman di pusat percutian tanah tinggi ini pasti melegakan minda dan sekali-sekala kicauan unggas hutan dan lolongan siamang menjadikan suasana lebih menggamit.

Meskipun berada di paras lebih rendah berbanding Tanah Tinggi Cameron dan Genting Highlands, jalan ke Bukit Fraser lebih sempit dan selekohnya tajam kerana cerunnya yang curam.

Selain itu tanda-tanda jalan menunjukkan arah ke Bukit Fraser dari ibu negara juga jarang boleh ditemui dan juga jalan naik bukit itu tidak mempunyai banyak tanda jalan yang memberi amaran akan keadaan jalan.

Namun pada kelajuan purata 40 kilometer sejam dengan jalan berliku curam yang bengkang-bengkok selepas Empangan Kuala Kubu Baharu dengan ranting kayu jatuh di tengah jalan pasti mendebarkan mana-mana pemandu.

"Ketiadaan papan tanda amaran memburukkan keadaan. Pihak berkuasa perlu memandang serius perkara ini kalau mahu kami datang ke Bukit Fraser lagi selepas ini," keluh pelancong dari Madinah, Arab Saudi, Taha Muhammad Abdul Karim kepada Bernama.

PAPAN TANDA BAHAYA

Namun Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) Datuk Maznah Mazlan yang ditemui Bernama baru-baru ini menjelaskan pihaknya sedar akan kekurangan tanda jalan itu dan sedang berusaha mengatasinya.

Bagaimanapun beliau berkata tiada sebarang rancangan bagi jalan lama itu yang dibina pada awal abad ke-20 yang disifatkannya sebagai satu keistimewaan Bukit Fraser.

"Namun saya setuju tentang kekurangan tanda jalan di selekoh tajam itu. Kami telah memohon peruntukan daripada Tourism Pahang untuk memasang tanda jalan di sepanjang jalan itu terutama di selekoh dan kawasan berisiko," kata Maznah.

Menurut beliau semua tanda jalan dijangka siap dipasang sebelum Oktober ini.

Setakat ini tanda jalan telah dipasang di laluan "the Gap" dengan peruntukan sebanyak RM6,000 daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang.

ASAL USUL BUKIT FRASER

Bukit Fraser dinamakan bersempena pengembara Scotland Louis James Fraser yang membuka lombong bijih timah di situ pada 1890-an sebelum beliau dilaporkan hilang secara misteri pada 1900.

Terletak kira-kira 104 kilometer atau kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, Bukit Fraser merupakan sebahagian daripada daerah Raub, Pahang.

Pengunjung boleh sampai ke Bukit Fraser melalui Kuala Kubu Baharu, Selangor atau melalui Raub.

Sebelum ini laluan 8 km terakhir ke Bukit Fraser yang dikenali sebagai "The Gap" digunakan secara berselang-seli setiap jam untuk kenderaan yang naik atau turun bukit.

Tetapi kini kenderaan tidak perlu menunggu giliran kerana sudah ada jalan alternatif sepanjang 13 kilometer bernilai RM55.9 juta khusus untuk kenderaan yang turun sementara `the Gap' kini dikhususkan untuk kenderaan yang naik.

Tetapi apa pula yang menunggu pengunjung yang tiba di puncak? Bukit Fraser mempunyai banyak tarikan flora dan fauna yang masih kekal dalam keadaan asal. Tumbuhan seperti Orkid Buluh dan Periuk Kera masih boleh ditemui di sini. Begitu juga dengan faunanya. Selain itu terdapat juga laluan-laluan menarik untuk merentas hutan seperti denai Bishop, denai Hemmant, denai Rompin dan denai Pine Tree Hill.

Ia terkenal di kalangan pencinta alam terutamanya para pengemar burung kerana kawasan itu mempunyai lebih 250 spesies burung dan acara mengecam burung antarabangsa yang telah dianjurkan sejak lebih dua dekad.

NAIK TARAF KEMUDAHAN

Maznah berkata PKBF membuat keputusan untuk mengekalkan konsep "Little England" di Bukit Fraser dan mempromosinya sebagai pusat peranginan berteraskan eko-pelancongan.

Konsep itu adalah bertunjangkan lebih 10 banglo lama tinggalan penjajah Inggeris sejak Bukit Fraser dibuka kepada awam pada 1922. Lima tahun sebelum itu Bukit Fraser adalah kawasan peranginan eksklusif untuk ekspatriat British.

"Kita akan menggunakan peruntukan sebanyak RM11.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) untuk menaiktaraf semua banglo-banglo lama dan bangunan milik PKBF," kata Maznah.

Setakat ini PKBF masih menunggu kelulusan Kementerian Kewangan untuk melantik perunding untuk menaiktaraf bangunan di Bukit Fraser.

Tambah beliau semua bangunan di pusat bandar termasuk 10 rumah kedai dan hotel bajet milik PKBF, Puncak Inn, bakal dinaiktaraf.

Peruntukan itu juga akan digunakan untuk membina enam unit bangunan kedai dan 10 unit gerai makan dengan bumbungnya mengikut seni bina Inggeris.

Kawasan rekreasi seperti kemudahan lapangan dan kandang kuda, memanah, `woodball' dan Kolam Allan's Water juga akan dinaiktaraf dan diperindahkan.

JUMLAH PELANCONG MENINGKAT

Maznah turut menyangkal dakwaan bahawa jumlah pelancong yang datang ke Bukit Fraser semakin merosot.

Statistik menunjukkan peningkatan pelancong domestik dan antarabangsa bertandang ke pusat peranginan itu meningkat ke 60,232 pada tahun lepas berbanding 47,910 pengunjung pada 2001.

Daripada jumlah pelancong tahun lepas, seramai 3,839 merupakan pelancong antarabangsa dengan pelancong Jepun, UK dan China merupakan yang tertinggi manakala pelancong dari negara-negara Asean ke Bukit Fraser mencatatkan 3,375 orang tahun lepas.

Namun jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 401,177 pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands dan seramai 5.6 juta pelancong di Genting Highlands pada tahun lepas.

Malah hotel-hotel di Bukit Fraser hanya mencatatkan kadar penghunian sebanyak 35 peratus sahaja kerana kebanyakan pelancong hanya datang ketika hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Jumlah itu menunjukkan masih banyak lagi kapasiti yang boleh digunakan sebaiknya bukan sahaja untuk tujuan pelancongan malah untuk komuniti perniagaan menjadikan Bukit Fraser lokasi mesyuarat dan istirahat.

KONSEP 'LITTLE ENGLAND' KEKAL

PKBF menyasarkan jumlah pelancong ke Bukit Fraser meningkat kepada 80,000 orang menjelang 2010 sesuai dengan daya tampung kawasan itu antara 80,000 dan 100,000 pelancong setahun.

"Saya berharap pihak hotel swasta turut mengambil inisiatif untuk mempromosi Bukit Fraser dengan tumpuan pada aktiviti eko-pelancongan tersedia seperti aktiviti berkuda, memanah, `woodball', merentas hutan dan lain-lain," kata Maznah.

"Konsep `Little England' akan dikekalkan kerana kita warisinya dari zaman penjajah. Sama-sama kita jaganya supaya ia dapat dinikmati generasi mendatang," kata Maznah mengakhiri temubual.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.073218 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list