View: 153954|Reply: 507
|
[MERGED] Mtest/Medsi -
[Copy link]
|
|
Bakal guru perlu lulus M-Test
Oleh Betty Subaryati
Lulusan SPM, STPM kena ambil ujian kelayakan khas mulai tahun depan
KOTA BHARU: Mulai tahun depan, semua pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mahu memasuki institut pendidikan guru perlu mengambil ujian kelayakan khas atau M-Test.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran, Wan Mustama Wan Abdul Hayat, berkata syarat baru yang akan dimulakan pada sesi pengambilan Januari 2008 itu turut membabitkan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Katanya, kementerian memperkenalkan ujian kelayakan khas itu bagi memastikan hanya calon berminat dipilih menjadi guru sebelum ditempatkan di mana-mana kawasan, termasuk pedalaman.
"Kementerian tidak mahu seseorang calon itu memilih kerjaya guru disebabkan tiada kerja dan memilih memohon mengikuti kursus perguruan sedangkan mereka sebenarnya tidak berminat serta sanggup menghadapi pelbagai cabaran.
"Pelaksanaan syarat baru itu juga bukan bertujuan menyekat penyertaan calon yang jumlahnya terus bertambah setiap tahun, sebaliknya memastikan mereka yang benar-benar layak dari segi akademik dan sahsiah diri dipilih," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen ke-44, Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam.
Pada majlis itu, kira-kira 300 penuntut IPKB menerima diploma masing-masing termasuk 70 penuntut cemerlang.
Wan Mustama berkata, bagi kemasukan Januari 2008 seramai 88,700 pelajar lepasan SPM memohon program itu dengan 9,860 daripadanya sudah dipanggil menjalani temu duga bagi kemasukan ke 27 institut perguruan seluruh negara.
"Bagaimanapun, hanya 3,900 calon layak memasuki program berkenaan selepas melepasi ujian tapisan kerana memiliki personaliti dan sahsiah menarik sebagai guru profesional," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Mustama berkata, kementerian menerima lebih 56,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lulusan Ijazah (KPLI) bagi sesi Januari tahun depan.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 52,000 calon layak ditemu duga tetapi pada masa sama hanya 9,900 kekosongan ditawarkan untuk mengajar di sekolah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, semua calon yang memohon KPLI turut diwajibkan menjalani M-Test selain beberapa ujian khas bagi memastikan mereka bersedia ditempatkan ke kawasan kritikal.
[ Last edited by dexa at 3-3-2009 08:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun nie dah start implement. Good luck utk kawan aku yg bini dia akan amik Mtest nie, dan amik KPLI buat kali ke-5. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 nuha's post
rupe die cm biskut marie.haha...x la..erm..mtest nih nk kta senang x nk kate sush pon x..soklan die pon seme ade bm maths analitikal insak english...erm.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dibandingkan sokalan MTEST ngan PTD... PTD lg susah... MTEST senang ckit...
kalau nak tengok ruper dia macam mana, jengok2lah kedai buku.... |
|
|
|
|
|
|
|
ye betul 2..
kne g jgk kt kedai buku... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali lagi mereka yg jual buku ini akan dapat untung.. |
|
|
|
|
|
|
|
MTeST Soalan Matematik
Cuba mahu tanya, Soalan Matematik MTeST dalam Bahsa Inggeris atau Bahasa Melayu ??
Tengok Buku Rujukan MTest, ada yang B. Melayu , ada yang Bahasa English ...
MTest merangkumi beberapa section ?? Apa soalan lagi yang diuji ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mahujadiguru's post
bahasa melayu rasanya.. tp tak ingat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dwi bahasa .. ade BM dan BI |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 hyie's post
Jadi , boleh pilih bahasa Melayu & B English la ??
Tapi, saya inget sekarang semua Math & Science in English ??
Kenapa guna kembali Bahasa Melayu ?? Peliknya ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 strawbenna's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 athieyra's post
tul tu...yang amik test dulu pon bljr dlm BM...yg bljr in english kan skrg..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by krisz_gurlz at 24-3-2008 09:33 PM
tul tu...yang amik test dulu pon bljr dlm BM...yg bljr in english kan skrg.....
Tetapi, Bukui Mtest saya Math dalam Bahasa Inggeris !! Peliknya ...
Dan Math & Sains dlm Bahasa Inggeris sudah lama dilaksanakan, saya rasa guru sekarang perlu belajar la !!
Jadi, walaupun sekarang,Mtest tak tukar ke Inggeris kah ??
Semua SPM Math Buku Rujukan Math sudah dalam Inggeris, susah mahu rujuk balik !!
Buku lama saya sudah diderma kepada rumah anak yatim 6 tahun yang lalu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya, Bila MTest akan bermula ?
Tarikh Application of KPLI = April ??
MTest = Bila ?? Kerana June, saya ada ACCA punya exam la ... (Saya sudah bekerja tetapi belajar part time walaupun sudah ada degree)
Interview KPLI = Bila ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu soalan lagi, Mana mana buku rujukan Mtest boleh direcommend ??
Kerana Buku Mtest dalkam pasaran amat terhad, & tidak ada update punya !!
CGPA 2.63, memang teruk sekali ? Ada peluang untuk dipilih untuk Mtest ? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|