CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1976|Reply: 24

Dayang selesa dengan imej lamanya

[Copy link]
Post time 15-8-2007 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Dayang selesa dengan imej lamanya
15-08-2007 12:01:21 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Teguran peminat mengenai cara pemakaian Dayang Nurfaizah semasa membuat persembahan sebelum ini tidak pernah mengubah pendirian penyanyi yang pernah memenangi kategori etnik kreatif dalam Anugerah Juara Lagu 19 melalui lagu Erti Hidup ini untuk bertukar imej.

Bagi gadis yang mempunyai kemantapan vokal ini, pakaian yang dipakai olehnya tiada kena mengena dengan pertandingan yang disertai baru-baru ini, IKON Malaysia sehingga membuatkan dia tidak terpilih sebagai wakil Malaysia dalam IKON Asean yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Dalam pertandingan tu, markah hanya diadili dari segi vokal dan tiada markah untuk pakaian. Biasalah, Dayang tak boleh memuaskan hati semua orang. Dayang tau apa yang Dayang buat." kata Dayang semasa sidang media perlantikannya sebagai duta Shapemaster, alat bantuan senaman.


Dayang belum puas meraih kejayaan dalam bidang nyanyian
(Foto The Star oleh Abdul Rahman Senin)

Menurut gadis yang meminati muzik R & B ini, dia amat selesa dengan pakaian dan imej yang ditampilkan olehnya semasa melakukan mana-mana persembahan sebelum ini.

"Dayang suka baju dayang...Dayang belum mahu tukar imej,"tegas Dayang sambil tersenyum.

Walaupun Dayang hanya layak sebagai top 4 dalam program realiti One In A Milion dan sekali lagi gagal bergelar IKON Malaysia, penyanyi yang popular dengan lagu Dayang Sayang Kamu ini menganggap kekalahannya sebagai pembakar semangatnya untuk lebih berjaya.

"Tak pernah melembapkan (semangat). Dayang anggap semua sebagai lumrah jadi artis. Tak frust menonggeng sebab Dayang join untuk diri sendiri," kata Dayang dengan tenang.

Dayang akui bahawa persembahan vokalnya mempunyai peningkatan semasa beliau memasuki pertandingan sebelum ini dan percaya yang dia akan berjaya juga suatu masa nanti cuma masanya belum tiba.

"Tak dapat IKON nak buat macamana..Dayang percaya tiap orang ada time dia," kata Dayang walaupun kecewa dengan kekalahannya.

Album Dayang 2007

Setelah melahirkan album Kasih pada tahun lepas, Dayang kini tampil dengan album terbarunya, Dayang 2007.
Walaupun telah lebih sebulan album tersebut berada dipasaran, namun tidak terlewat untuk Dayang melakukan promosi albumnya dalam bulan ini.

Menurut pengurus Dayang, promosi akan dilakukan pada jam 3 petang bermula 18 Ogos ini di USJ Mydin, 19 Ogos di Tower Record KLCC dan pada 26 Ogos di Tesco Melaka.


Duet dengan Marcell

Dayang yang pernah berduet dengan Marcell suatu ketika dahulu ternyata masih belum puas untuk berduet dengan artis Indonesia kegemarannya itu.

Pada 19 Ogos bertempat di Planet Hollywood, beliau akan berduet buat kali kedua bersama Marcell.


Belum bertemu jodoh

Gadis yang turut sibuk dengan persembahan sempena kemerdekaan Malaysia ke-50 pada 30 Ogos ini di Arena All Stars, Genting Highland sambil tersenyum mengaku belum berpunya.

"Kalau ada perasaan kuch kuch, baru la ada..Dayang masih menanti..setakat ni tiada yang rasa berbaloi.

"Tunggulah, ia akan datang sendiri dan Dayang percaya suatu hari nanti...." akhirinya yang belum berminat menyertai bidang lakonan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 12:49 PM | Show all posts
kuch kuch hota hai...  dayang kene nyanyi lagu tu slalu, baru ler dtg prasaan kuch kuch tu....  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:14 PM | Show all posts
imej seksi tu juga dipertahankan..

dia x tahu org terseksa ngan keseksian dan pakaian dia yg menyakitkan mata..

x sedar diri si dayang senandung ni,ko ingat org suker tgk ko seksi ker,

suara sedap tapi pakaian mcm pelacur xder makne nya...

sedarlah dayang oii,awk tu org islam..

opps marah plak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 01:40 PM | Show all posts

Reply #3 zanna4eva's post

Haaa...dgr tu dayang.Bukan semua org suka..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by zanna4eva at 15-8-2007 01:14 PM
imej seksi tu juga dipertahankan..

dia x tahu org terseksa ngan keseksian dan pakaian dia yg menyakitkan mata..

x sedar diri si dayang senandung ni,ko ingat org suker tgk ko seksi ker,

s ...


Kalau ya pun nak tegur, tak payahlah gelar orang pelacur, pastu siap ungkit pasal agama. Ingatkan agama tak galak orang mengutuk dan mengeji. Saya pun kadang-kadang gerun juga tengok Dayang pakai macam tu, tapi saya diamkan saja sebab saya rasa tingkah-laku dia lebih mulia daripada sesetengah orang yang berpurdah litup, tapi siap kutuk orang sana-sini. Apalah salah guna bahasa baik sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 02:57 PM | Show all posts
setuju dgn voice... time dyg pakai sopan xde lak nak puji.... klu pki sopan tp tergedik2 xde makna nya.... sayang dayang..muahssss...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2007 02:58 PM | Show all posts
Dalam pertandingan tu, markah hanya diadili dari segi vokal dan tiada markah untuk pakaian. Biasalah, Dayang tak boleh memuaskan hati semua orang. Dayang tau apa yang Dayang buat"

Sebab pakaian Dayang tu la orang teragak-agak nak vote

Dayang tak tau apa yang Dayang buat sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 03:05 PM | Show all posts
dh byk kali dh isu ttg pakaian dayang ni diperkatakan, abih tu udah deme suke beno makai baju ghope itu, gasak dia ler kome... aku stuju gk dgn voice, wlaupun dayang pakai cekci, tpi dia ttp humble, sopan santun, soft spoken...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 03:22 PM | Show all posts

Reply #5 voiceofreason's post

setuju. kadang2 org ni suka mengomen org, tp tak sedar ayat yg dipakai tu agak kureng sedap didengar
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #5 voiceofreason's post

sy pong tekujatttt dgn penggunaan pekataan itu. kalo guna pekataan lebey halus lgik manizz syg.. even sy pon geremmmm jugak tp sebolehnya sy kawal dirik dari menaip yg bembokan demi tak keruhkan lgik keadaan..


juz my 2cen

world peace

[ Last edited by  honeYweLL at 15-8-2007 04:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:36 PM | Show all posts

Reply #9 avrilizana's post

kadang mmg sedapp menaip tak sedor tp biler dh tenampk baca balek ulang2 kali baru rase aib sendiri. well...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:41 PM | Show all posts

Reply #11 honeYweLL's post

yeah. that's why
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by zanna4eva at 15-8-2007 01:14 PM
imej seksi tu juga dipertahankan..

dia x tahu org terseksa ngan keseksian dan pakaian dia yg menyakitkan mata..

x sedar diri si dayang senandung ni,ko ingat org suker tgk ko seksi ker,

s ...


sabo2..jgn mrh2..nanti cepat tua
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 04:45 PM | Show all posts

Reply #12 avrilizana's post

tekepot2 awk ketawe ekk...

thehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 05:45 PM | Show all posts

Reply #14 honeYweLL's post

suke.. ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 09:41 PM | Show all posts
nak menegur x salah. cuma...bahasa tu, jagalah.

budi bahasa itu kan budaya kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2007 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by zanna4eva at 15-8-2007 01:14 PM
imej seksi tu juga dipertahankan..

dia x tahu org terseksa ngan keseksian dan pakaian dia yg menyakitkan mata..

x sedar diri si dayang senandung ni,ko ingat org suker tgk ko seksi ker,

s ...


ada dua benda ko boleh buat...
1. tarik balik perkataan pelacur tu. tak susah kalau ko nak edit pun. kecuali ko mmg maksudkan apa yg ko cakap mengenai imej dayang...
2. kalau dah tersilap tu, tak salah ko minta maaf...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2007 10:37 PM | Show all posts

Reply #17 male30plus's post

tengok,pakcik dah sound!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 15-8-2007 02:58 PM
Dalam pertandingan tu, markah hanya diadili dari segi vokal dan tiada markah untuk pakaian. Biasalah, Dayang tak boleh memuaskan hati semua orang. Dayang tau apa yang Dayang buat"

Sebab pakaia ...


setuju!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 11:32 PM | Show all posts
itu la org kata..klu dah terlepas nk berundur tidak boleh..tk gitu??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066293 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list