View: 55763|Reply: 211
|
[MERGED] Masalah Darah Haid
[Copy link]
|
|
Kekal aktif ketika haid
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
Kitaran haid anda normal dan kadar pendarahannya seperti biasa? Jadi, jangan ragu-ragu untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti bersukan
PRESTASI seseorang terganggu jika mengalami pendarahan yang banyak.
KENYATAAN yang mengatakan bahawa wanita tidak boleh bergiat aktif ketika haid adalah mitos semata-mata.
Sebaliknya jika kitaran haid seseorang wanita itu normal dan kadar pendarahannya seperti biasa, mereka masih boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bersenam, bersukan dan sebagainya.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, haid bukan penghalang untuk seseorang wanita melakukan aktiviti lasak.
| WANITA yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal dan menopaus lebih bermasalah.
|
"Wanita bebas untuk melakukan apa sahaja ketika haid. Sama ada mereka ingin bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sebagainya, ia terpulang kepada mereka.
"Cuma jika seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak normal atau mengalami pendarahan yang banyak, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi wanita berkenaan.
"Namun jika haid mereka normal setiap bulan, ia tidak menjadi masalah," kata Jamiyah ketika dihubungi.
Tambah Jamiyah, aktiviti lasak yang dilakukan oleh seseorang wanita, bukan punca yang menyebabkan pendarahan mereka bertambah atau tersekat-sekat.
"Sebenarnya mengikut sains, darah tersebut terkumpul di bahagian atas vagina dan jika ia keluar dalam bentuk berketul-ketul dalam jumlah yang banyak, ia merupakan satu proses semula jadi.
"Oleh itu saya ingin tekankan bahawa aktiviti lasak yang dilakukan seseorang wanita bukanlah penyebab kepada masalah tersebut."
Selain itu, walaupun kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal wanita akan merosot apabila tiba waktu haid, ia tidak dihadapi oleh semua wanita.
Hormon yang dirembeskan sewaktu tiga peringkat kitaran haid mungkin mencipta perbezaan dalam prestasi yang dipamerkan.
Antara hari pertama hingga hari ke-13, tahap estrogen lebih rendah. Tetapi apabila folikel mula membesar dalam ovari, tahap estrogen akan meningkat.
Ketika proses pengovulan, biasanya pada hari ke-14, lebih banyak hormon akan dibebaskan. Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron meningkat manakala tahap estrogen mula menurun.
| SEIMBANGKAN sumber yang hilang dengan pemakanan sesuai.
|
Dalam terma aturan senaman, sebahagian wanita melaporkan bahawa dua minggu pertama kitaran haid, rentak kerja atau prestasi mereka adalah lebih baik sementara dalam tempoh dua minggu berikutnya, ia menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya.
Individu yang berbeza terjejas oleh faktor hormon pada tahap berlainan. Menurut Pensyarah dan Penyelidik Psikologi Senaman di Universiti Leeds, England, Dr. Karen Birch, beberapa individu memberi tindak balas teruk kepada perubahan hormon.
Tetapi ia tidak terjejas buat atlet profesional. Sebaliknya wanita yang mempunyai hormon tidak sekata akibat kitaran haid tidak normal atau menopaus lebih berbermasalah.
Rosalyn Carbon, doktor untuk pasukan triatlon Britain bersetuju bahawa atlet profesional kurang terjejas disebabkan oleh perubahan hormon.
"Melalui pengalaman saya, atlet profesional kurang menghadapi masalah akibat perubahan hormon berbanding wanita dalam populasi umum. Sebahagian wanita merasakan mereka perlu berehat ketika haid tetapi ada juga yang tidak.
"Kebanyakan atlet wanita mendapati, disebabkan haid, mereka kurang berminat bertanding dalam kejohanan utama. Bagi wanita tersebut, kami cadangkan supaya mereka mengambil pil kontraseptif.
"Mereka juga boleh mengambil ubat yang disahkan penggunaannya untuk atlet yang tidak mahu pendarahan mengganggu mereka dalam pertandingan di peringkat kebangsaan."
Di samping itu, wanita yang mengalami kitaran haid, perlu mengambil makanan yang berkhasiat untuk mengurangkan simptom prahaid dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Menurut Jamiyah lagi, wanita yang datang haid kehilangan zat besi. Namun jumlahnya tidak banyak.
"Kebiasaannya, seseorang wanita itu secara purata akan kehilangan 80 mililiter (ml) darah setiap bulan ketika haid. Jumlah zat besi yang hilang yang terdapat dalam darah itu pula amat sedikit.
"Bagi wanita yang mengalami pengaliran darah yang banyak, contohnya melebihi 80 ml untuk setiap kitaran haid, ia juga masih boleh dikategorikan sebagai kehilangan zat besi dalam jumlah sedikit.
"Bagaimanapun, tidak salah jika seseorang wanita itu mengambil langkah untuk menambah atau menyeimbangkan zat besi yang hilang dengan mengambil pemakanan yang sesuai.
"Contohnya, mereka digalakkan memakan sumber makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, ayam, organ-organ dalaman seperti hati, limpa atau sayur-sayuran hijau.
"Tetapi untuk makluman, sayur-sayuran hijau seperti bayam atau kekacang mempunyai kadar kandungan zat besi yang amat sedikit.
"Oleh itu jika wanita yang kehilangan banyak darah, mereka disyorkan supaya mengambil pil zat besi untuk mempercepatkan proses pertambahan nutrien tersebut.
KITARAN haid yang normal tidak menjejaskan mereka
yang melakukan apa-apa aktiviti.
"Bagaimanapun harus diingatkan bahawa jika mereka mengambil pil itu sejam sebelum makan, mereka harus menghindari telur, tauhu, kubis, teh dan susu bagi mengelak kehilangan zat besi yang ada dalam pil tersebut.
"Sia-sia sahaja jika mereka mengambil pil itu tetapi makan makanan seperti yang disebut di atas kerana ia akan bercantum dan diserap oleh usus," jelas Jamiyah.
Apa yang pasti, ujar Jamiyah setiap wanita mempunyai persepsi berbeza mengenai haid dan mereka sebenarnya banyak terpengaruh dengan mitos yang mengatakan tidak boleh bergiat aktif dalam tempoh tersebut.
ni aku nak nasehatkan sikit kat org pompuan nih!! jgnlak terasa wokey.. ni pun sources aku tau dari kawan2 pompuan kat tempat kerja aku gak... depa ni bila kena haid aje.. mulala sumer tak nak buat mcmla kalu tiba haid tu satu sumpahan lak.. jadi malas nak buat ni itu.. mulala bagi excuses ah letih la ini la itula sebab aku period.. aku rasa sampai masanya pompuan ni kena aktif lagi walau dlm haid.. biar perjalanan darah kotor nak keluar lebih lancar.. lagi satu mkn la benda yg bagus sikit terutama dlm haid ni.. lagi darah ko tu byk keluar gantikan iron dalam badan ko... mkn banyak spinach... banyak liver... juga banyak kan fibre gak fruits and veggies are very good sources.. so pada pompuan2 kat luar sana jgn malas2 nak buat sebarang aktiviti.. for crying outloud it is only a period bukannya kena stroke and have to bedridden wokey!! so do something... active kan sikit diri tu wokey
[ Last edited by amazed at 14-12-2008 12:50 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 azz_azza's post
lama gak period ko ek... dari last month mcm tak stabil sampai hari ni aku tengok..
larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
[ Last edited by amazed at 6-3-2008 11:40 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
haku kalau time Pre Menstrual (seminggu sebelum period) ngan hari pertama n kedua period, memang tak kuasa nak aktif2 sangat ni..
biasanya aku turun naik tangga je naik unit condo aku atau naik opis.. tapi kalau time2 yang aku sebut kat atas tu aku suka naik lift aje.. pastu malas buat kerja kat opis, malas masak, malas kemas rumah.. segalanya2 malas le time tuh
ye la dengan perut crampnye.. kaki sejuknya.. breast sakitnye.. lagi mau aktif2 ka? tak jalan le.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu seminggu sblm period mesti nak marah ja..pastu badan cam tak "sedap" sakit badan n sakit pinggang...cam nk terlucut.. semuanya after lepas ceaserian..now tak lagik lepas baca kat forum ni yang EPO tu bagus..selesai semua masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
carikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :@
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalah Haid Tak Teratur
assalamualaikum....
aku mempunyai masalah haid yang tak teratur...contohnya bulan nie aku dtg haid,pastue 2 bulan tak dtg haid,
pastue aku datang haid balik,kiranya bukan setiap bulan aku datang haid...
masalah tersebut berpunca daripada tabiat makan aku yang tak menentue...sebenarnya aku bukan diet atau
hendak menguruskan badan tetapi aku nie pelajar lagi,jadi makan memang tak menentu,kadang2 makan
banyak,kadang2 makan sikit,klu tension dengan study atau ada apa2 masalah,pemakaanan aku akan
turut terganggu,klu ada byk duit,aku akan bli la makanan,klu kurang duit,mungkin aku akan sekat sikit
perbelanjaan aku utk makanan...
sebenarnya masalah haid tak teratur ini bukanlah masalah sgt pada aku,bila aku tak datang haid,jadinya
jerawat pun tak akan tumbuh..aku pun suka lah sbb klu dtg haid nie kan leceh la...nak kena beli pad,dah
lah pad nie mahal,memang aku kedekut sikit nk kuar duit beli pad...
cuma aku nk tau apa kesan atau akibat yang mungkin akan berlaku pada aku nanti....?
mungkin skrang takde la menjejaskan kesihatan,tp untuk jangka masa panjang nanti,sape tau..? |
|
|
|
|
|
|
|
STRESS JUGA PUNCA HAID TAK TERATUR... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 aina_shaira's post
utk masalah period tak teratur disyorkan Gamat Healin Gamogen |
|
|
|
|
|
|
|
trylah Bidadari from DCL..
dulu saya mmg ade prob mcm ni & senggugut yg teruk.. Alhamdulillah lepas amik produk ni, period makin teratur & x senggugut lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
ko try ler makan epo.... sure ok nya.... cari brand yg ok skt.. cth seven seas |
|
|
|
|
|
|
|
chan pon period xteratur n ader mslh2 len sket..smlm g klinik..doc ckp period xteratur myb sbb hormon or tiroid...doc check2 smlm, dier suspect chan tiroid...dier amek sampel darah nk antar lab...sehari dua g br th result |
|
|
|
|
|
|
|
reen nyer pun tak teratur...
patutnye this month dtg 18...tp harini dh datang.... |
|
|
|
|
|
|
|
kita pernah terjadi kes nieee
gie hospital dr kasik hormon medroxprogestrone
makan 21 hari stop 7 hari ....
now period dah regular balik |
|
|
|
|
|
|
| |
|