CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5587|Reply: 40

Video Iklan Komando Marin British

[Copy link]
Post time 27-5-2008 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Video iklan komando marin British yang memaparkan pengganas yang berbahasa Melayu (bukan melayu Indonesia).
Sila layari  - http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6612
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 11:41 AM | Show all posts

Reply #1 shamsadis's post

Iklan Barat gambarkan Melayu pengganas

MINGGU lepas ketika saya menonton filem di panggung wayang, saya amat terkejut melihat satu iklan kepunyaan Royal Marines Commando Kerajaan Britain.

Iklan yang bertujuan menarik minat rakyat Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan 'pelakon' yang menggunakan bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas.

Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan 'operasi keganasan' (menunjukkan keadaan yang kacau-bilau dengan helikopter yang terhempas dan terbakar), 'ketua' kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, "Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua'.

Saya kemudiannya memasuki laman rasmi Royal Marines Commando (http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6898#) dan mendapati iklan 30 saat itu turut boleh dilayari dan ditonton di halaman utama laman berkenaan.

Sehinggakan, link dan URL video tersebut turut disediakan agar ia boleh dikongsi dengan pengguna lain. Saya berasa kesal dan marah kerana orang Melayu seolah-olah digambarkan sebagai pengganas dalam iklan berkenaan.

Jika didengari betul-betul, loghat pelakon tersebut bukanlah loghat dalam bahasa Melayu Indonesia tetapi bahasa Melayu Malaysia dan 'ketua kumpulan pengganas' tersebut pula mempunyai iras wajah Melayu.

Namun walau apa jua loghat dan rupa wajahnya, tindakan menggunakan bahasa Melayu bagi menggambarkan peranan kumpulan pengganas dalam iklan tersebut sesuatu yang tidak boleh diterima langsung.

Bukan sekadar bahasa Melayu malah apa jua bahasa di dunia ini. Bayangkan kesannya kerana iklan tersebut ditayangkan sebagai selingan di kesemua panggung-panggung wayang utama di UK dan mungkin juga di televisyen.

Memandangkan iklan tersebut merupakan iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain, saya menyeru agar Kementerian Pertahanan Malaysia dan juga Kementerian Luar menyiasat perkara ini dan mengarahkan agar iklan tersebut ditarik balik dengan permohonan maaf.

Bangsa Melayu bukan bangsa pengganas dan kita tidak pernah menjajah negara lain seperti bangsa mereka.

Saya juga memohon siasatan dapat dibuat terhadap suara siapakah yang dipinjamkan dalam iklan tersebut dan adakah iklan tersebut mendapat kerjasama atau bantuan dari mana-mana syarikat pengiklanan tempatan.

ISMARIAH ZAINAL ABIDIN

University Of Sheffield

United Kingdom

----------------------------------------------------------------------

nih petikan iklan tersebut........

http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6898

kredit to Jofizo
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 11:42 AM | Show all posts
So? k pe slalu orang Melayu jadi pak pacak je, la ni jadi key crook
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by yipun78 at 27-5-2008 11:42
So? k pe slalu orang Melayu jadi pak pacak je, la ni jadi key crook


Weeeiii.................deme tak takut ker yg ratusan PENGGANAS MELAYU sedang mengawal Istana Buckingham???
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 12:55 PM | Show all posts
dah tgk iklan ni dari dulu lagi, tapi saya tak pernah terpikir pulak masa tuh nak mintak MOD British minta maaf kepada Malaysia (saya dok fikir, poyo nye iklan ni)
Royal Marines pernah beroperasi di Malaya dan Borneo zaman dulu, iklan pon inspirasi dari situ kot

-aneep-
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:11 PM | Show all posts
aku nak gelak tengok video bodoh komando marine british tu.... yang paling tak real tu lelaki boyot melayu tu melaung-laung macam org gila kat tepi laut memberitau dirinya tu org yg paling jahat kat dunia dan akan bunuh semua org sambil tembak dgn senjatanya.... ada ke pengganas buat camtu, lebih macam org gila pegang senjata adalah...... pastu boleh komando menyelinap kat tepinya dia pun tak tau...... memang iklan biol betul..... tapi part komando marine tu menyelinap tu best ler, real sikit...... part pengganas melayu itu memang mencacatkan iklan ini, kalau buat pengganas arab, ira ka akan lebih real lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2008 01:36 PM | Show all posts

Balas #6 kuihkoci\ catat

Paling bodoh... mamat yang jadi pengganas tu...... macam ganas konon-konon.... mamat mana lak derang upah yek... berapa ringgit dia dapat???? Pilihla pengganas hensem skit....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:46 PM | Show all posts

Reply #4 niceghost2005's post

derang kool je.... ni mesti ada British totok yang percaya malay ni memang pengganas.... tau takut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 01:52 PM | Show all posts

Reply #5 aneep's post

pengganas cam orang gila   xde keje Mindef nak suh minta maaf kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 01:52 PM | Show all posts

Reply #8 yipun78's post

kita pun ada share kita sendiri dlm era terrorist ni. pakar bom kita Azhari and nordin mat top

Tp seriously iklan level tu macam vid XXX B grade la..ala kantoii..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:04 PM | Show all posts

Reply #7 SangSaka's post

takkan la pengganas nak hensem ala ala hugh grant plak......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:05 PM | Show all posts

Reply #4 niceghost2005's post

ironik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:20 PM | Show all posts
Salute to 40 commando who have served in Afghanistan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:31 PM | Show all posts
Memandangkan iklan tersebut merupakan iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain, saya menyeru agar Kementerian Pertahanan Malaysia dan juga Kementerian Luar menyiasat perkara ini dan mengarahkan agar iklan tersebut ditarik balik dengan permohonan maaf.

Bangsa Melayu bukan bangsa pengganas dan kita tidak pernah menjajah negara lain seperti bangsa mereka.

Saya juga memohon siasatan dapat dibuat terhadap suara siapakah yang dipinjamkan dalam iklan tersebut dan adakah iklan tersebut mendapat kerjasama atau bantuan dari mana-mana syarikat pengiklanan tempatan.

ISMARIAH ZAINAL ABIDIN

University Of Sheffield

United Kingdom


penulis artikel nilah jenis nationalist tak bertempat.... belajar tinggi tapi biol...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:44 PM | Show all posts
ada dlm youtube



[ Last edited by  ah_long at 27-5-2008 02:46 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 02:57 PM | Show all posts
bukan dah lama ke? knp skang baru kontrobersi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2008 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by malarky at 27-5-2008 14:05
ironik kan?


pppppssssstttttttttttt..............entah entah si Queen British tu TAK zzzzzzZZZzzZzzZ lena memalam sejak PENGGANAS MELAYU mengawal Istana dier!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 03:55 PM | Show all posts
ceh... criter gerak khas lagik ganas dari iklan tu...

mcm org gila jer penjahat tu.. tak takut langsung
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 04:06 PM | Show all posts

Balas #11 malarky\ catat

Eleh.... Nordin Md Top hensem apa????
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 04:18 PM | Show all posts
aha d elusive bung Nordin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062495 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list