CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4479|Reply: 30

Stesen Minyak Tempat Korang

[Copy link]
Post time 5-6-2008 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Apa cerita?takde rusuhan2 ke, apa2 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 08:14 AM | Show all posts
rusuhan tarak....
jln jam teruk ader ler....
1 jam sngkut dlm jam...
satu town sumer stesen minyak penuh dgn kenderaan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:16 AM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 5-6-2008 08:06 AM
Apa cerita?takde rusuhan2 ke, apa2 ke?


penuh dengan lautan kereta dan manusia... maghrib dan isya abeh kene redah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:16 AM | Show all posts

Reply #1 neeziee's post

rusuhan xde... cume jem je ler kesemua stesen sini mlm td..
itu pon orgrumah ku cite.. ku menyedan je kt rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 08:18 AM | Show all posts
aku kebetulan je dah isi minyak pagi semalam.nasib baik le.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:19 AM | Show all posts

Reply #3 mizahanan's post

teman lak menyaeroback jek kat rumah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2008 08:21 AM | Show all posts

Reply #5 neeziee's post

nasib teman kureng baik skit sbb tak sempat nak isi minyak pas isya.. seb bek minyak lam tangki kete ade separuh lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:26 AM | Show all posts
ramei bebenor orang ngisi minyak.....
rasanya ada eksiden berlaku...langgor bontot kete..ate dah ramei pakat nak ngisi minyak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 08:34 AM | Show all posts
mengalahkan nak raya... meriah sungguh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2008 08:38 AM | Show all posts

Reply #9 azmira81's post

satu malaya meriahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:49 AM | Show all posts

Reply #8 savvy_optra's post

ate... yang dok melanggo bontot kete tu conpom tengah naik minyak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:56 AM | Show all posts
semlm balik jam 6 ptg, ingat jln jem sebab hujan lebat, rupa2nya jem sbb org nak isi minyak:@ :@ :@

dpt gak isi penuh semlm kena Q dlm 20 minit, tapi bila nak keluar satu hal lagi, mana2 jln jem
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:58 AM | Show all posts
Penjimatan subsidi diagih semula
Oleh Wan Hazmir Bakar, Saufi Hamzah dan Abdul Razak Raaff


TUNGGU GILIRAN: Pemilik kenderaan beratur untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Kuala Lumpur, semalam.



Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api, levi untuk kurang beban rakyat

PUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP).

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).



"Bukan kita tak beri subsidi lagi, kita masih terus beri subsidi," kata Perdana Menteri ketika mengumumkan pakej penstrukturan semula subsidi di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam. :@ :@ :@  (SUBSIDI APA RM 625 / 12 BULAN / RM 52.08 / 30 HARI/ RM 1.74 SEHARI JE )

Malah, katanya, bagi meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga runcit petrol dan diesel, pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 2000 cc dan pikap serta jip sehingga 2500cc akan diberi bayaran tunai RM625 setahun untuk setiap kenderaan.

Pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin sehingga 250cc pula menerima bayaran tunai RM150 setahun bagi setiap kenderaan itu.

Beliau berkata, bayaran tunai itu akan diberi apabila pemilik kenderaan terbabit membayar atau memperbaharui cukai jalan, berkuat kuasa mulai 1 April lalu hingga 31 Mac tahun depan.

Bayaran itu akan dibuat menerusi kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai ini.

Pemilik kenderaan persendirian dengan kapasiti enjin melebihi 2000cc pula akan menikmati pengurangan cukai jalan sebanyak RM200, manakala pemilik motosikal persendirian dengan kapasiti enjin lebih 250cc sebanyak RM50 tertakluk kepada cukai jalan minimum sebanyak RM2.

Pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet selama empat jam itu, Perdana Menteri mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 dan diesel RM1 seliter kepada RM2.58 sen mulai hari ini.

Penetapan harga itu dibuat selepas diskaun 30 sen setiap liter daripada harga pasaran RM3 seliter berdasarkan harga semasa minyak mentah dunia dan ia akan dikaji semula setiap bulan.

Bagaimanapun, harga gas masak atau gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli bagi kenderaan (NGV) masing-masing kekal pada RM1.75 sekilogram dan 63.5 sen seliter.

Abdullah turut mengumumkan tarif elektrik baru untuk Semenanjung membabitkan peningkatan 26 peratus untuk pengguna komersiol dan industri, manakala peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta perusahaan kampung yang menggunakan tidak melebihi 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini. :@ :@ :@  (API LAK NAIK - MMG X KENA RUMAH - TAPI KILANG MESTI CAJ BRG MAHAL)

Bagaimanapun, struktur tarif elektrik baru itu tidak membabitkan isi rumah yang menggunakan 200 kWj ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama," katanya sambil menambah satu struktur tarif baru bagi Sabah dan Sarawak akan diumumkan tidak lama lagi.

Abdullah berkata, kerajaan meluluskan struktur baru tarif elektrik itu bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerap kos bahan api bagi gas dan arang batu berikutan penstrukturan semula subsidi gas oleh Petronas dan kenaikan harga arang batu.

Katanya, langkah itu juga selaras keputusan kerajaan untuk menstruktur semula subsidi bagi menuju ke arah harga pasaran sebenar, meningkatkan kecekapan pasaran dan menggalakkan rakyat untuk menjimatkan sumber tenaga.

"Sektor komersiol dan industri akan menjadi lebih bermotivasi untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan dalam operasinya, sementara pengguna bagi isi rumah akan mengamalkan penjimatan tenaga serta mengelakkan pembaziran," katanya.

Menjelaskan rasional penstrukturan semula subsidi itu, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, ia akan memberi lebih manfaat kepada mereka yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. :@ :@ :@  (YG KAYA & ORG SINGAPORE TERUS DPT SUBSIDI)

"Kerajaan komited untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana tidak akan dibebani dengan kenaikan kos petrol dan makanan.

"Namun, kos petrol dan komoditi di peringkat global, sudah mengalami kenaikan yang drastik dan subsidi perlu distruktur semula supaya bantuan dapat diagihkan dengan lebih adil," katanya.

Abdullah berkata, struktur baru subsidi itu adalah pendekatan terbaik bagi menangani masalah yang dihadapi negara berikutan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengamalkan cara hidup yang mengutamakan penjimatan dan mengurangkan pembaziran bagi mengelakkan situasi buruk yang mungkin dihadapi. (RAKYAT JE KE, MENTERI2 CAM NE )

Cetak artikel  |  Hantar pada kawan

[ Last edited by  TUKANGKEBUN at 5-6-2008 09:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 09:04 AM | Show all posts
aku maleh nak komen... nak beli beskal je le pegi keje...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #5 neeziee's post

sama la
elok plak pg tu aku isi penuh, selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 10:49 AM | Show all posts
aku mmg saje tunggu minyak naik harge......malas nak berebut2..:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 11:26 AM | Show all posts
ERMMM aku kuar isi minyak 7 lebih smlm tapi semua jem kena que...aku rasa tak berbaloi nak kena que senja2 tu semata nak penuhkan tank...jadi aku gi isi tank perut aku dulu sbb lapor...
memana stesen minyak aku lalu mmg kena que panjang

aku tau kalau aku duk que nak isi minyak hati aku akan membenci jadi elok laa aku tak membenci...tapi smlm tgh duk makan terkeluor muka org yg amat aku benci kat dlm berita :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 11:37 AM | Show all posts
tumpo teman wehh.... due2 kete teman tu ngirup minyak kuat bebeno...
dengan rege minyak baru ni sekali isi penuh tangki udah sampei rm216 (sbb tangki kete teman tu 80 utk 80 liter)

teman udah bicang dgn orang romah.... due2 kete teman tu teman nak let go...
cari kete yang jimat minyak sikit
keme berua dah agreed.... lepeh ni pakei Persona dgn Saga baru tu udah.....
tak esok.. luse... nak pegi jumpe kawan teman yang koje kat Proton kat Giant tu.... nak place booking...




good times is definitely overrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 12:50 PM | Show all posts
sakit jiwa .. nak kena isi minyak moto rm5 sehari dah skrg itu pun tak full tank.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 02:08 PM | Show all posts
sibuk..

kesian, kena tipu dengan pm sendiri kita..cakap nak naik bulan 8 ni..pandai betul ye..







kat gerik
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 1.648434 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list