CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5641|Reply: 26

Mumbai Stesen Keretapi Tersebuk Di dunia

[Copy link]
Post time 2-7-2008 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Stesen tersibuk dunia

Jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan tahun lalu ialah 3,997 manakala 4,307 pula mengalami kecederaan.




SISTEM landasan kereta api di Mumbai setiap hari
membawa 6.5 juta penumpang ke bandar tersebut,
enam kali ganda berbanding kereta api di New York.



SETIAP pagi, pelajar kolej, Siddhi Sarangdhar terpaksa menyempitkan dirinya di dalam kereta api di Mumbai dan berharap dia akan selamat sampai ke destinasinya yang terletak di bandar paling sibuk di dunia serta rangkaian kereta api yang banyak meragut nyawa.

Jumlah kematian di landasan kereta api Mumbai secara puratanya mencapai 12 orang sehari, lebih daripada statistik setahun dalam sistem yang sama di New York yang purata kematian tahunan sebanyak lapan orang sahaja.

"Ia satu 'pencapaian' yang amat besar. Masalah ini semakin sukar dan banyak mengorbankan nyawa manusia," kata Sarangdhar.

Sistem landasan kereta api di Mumbai setiap hari membawa 6.5 juta penumpang ke bandar tersebut, enam kali ganda berbanding kereta api di New York.

Menurut pegawai landasan, kereta api di Mumbai penuh sesak dengan penumpang terutamanya pada waktu puncak. Situasi itu boleh dilihat apabila gerabak kereta api yang direka untuk 200 penumpang dipenuhi dengan 500 penumpang pada waktu puncak.

Dalam empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,146 penumpang terbunuh manakala 1,395 lagi cedera, kata seorang pegawai polis.

Kebanyakan mangsa bergantung atau bergayut di bahagian tepi gerabak yang penuh dan gagal menempatkan diri masuk ke dalam kereta api menyebabkan mereka terjatuh selepas hilang kawalan.

Jumlah keseluruhan kematian yang dilaporkan pada tahun lalu ialah 3,997 manakala 4,307 pula mengalami kecederaan.

"Kita sudah menguatkuasakan peraturan yang mengehadkan jumlah penumpang di atas kereta api, namun mereka tidak peduli kerana harus berasak ke tempat kerja.




"Jika tidak dapat naik, mereka akan duduk di landasan dan menghentikan kereta api daripada bergerak," kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Central Railways, BS Sidhu.

"Penumpang berlebihan hanya boleh diatasi dengan melakukan perubahan besar terhadap sistem berkenaan."

Sebanyak USD$2 juta (RM6.4 juta) yang sebahagiannya dipinjam daripada Bank Dunia, telah dibelanjakan untuk menaik taraf pengangkutan awam di Mumbai, sebuah bandar yang akan mempunyai penduduk seramai 18 juta pada tahun 2015.

Walaupun pihak berkuasa berusaha meningkatkan jumlah kereta api dan frekuensi mereka, namun jumlah penumpang dijangka semakin bertambah dengan pantas.

Sementara sepertiga kematian adalah penumpang yang hilang pegangan di bahagian tepi gerabak, separuh yang lain pula terbunuh akibat dilanggar keretapi apabila menyeberangi landasan.

"Bilangan kematian yang boleh dicegah seharusnya turun tahun demi tahun. Tetapi kematian yang tidak dapat dicegah memang sukar untuk diatasi," tambah Sidhu.

Kematian yang tidak dapat dicegah termasuklah penumpang yang dilanggar kereta api apabila melintasi landasan untuk ke platform yang lain. Walaupun ia satu kesalahan, tetapi masih ramai yang nekad melakukannya untuk menjimatkan masa.


Tambah Sidhu, tiada sesiapa pun yang mahu berjalan satu kilometer untuk menyeberangi jejantas dan kemudian berjalan lagi dalam jarak yang sama untuk kembali.

"Maka, atas sebab itulah, ramai penumpang mengambil jalan mudah melintasi landasan."

Salah seorang mangsa, Samir Zaveri, berkata, dia kehilangan kakinya ketika berusia 18 tahun di landasan Borivali. Dia terjatuh di hadapan kereta api yang meluncur laju lantas menggilis kakinya.


"Ia adalah kesilapan saya, bukan disebabkan landasan itu," ujar Zaveri yang kini berusia 37 tahun dan terpaksa memakai kaki palsu.

Bagaimanapun, tahun ini, dia bercadang untuk menyaman stesen kereta api tersebut kerana membazirkan saat-saat getir apabila penumpang mengalami kecederaan.

"Rawatan pantas boleh menyelamatkan nyawa. Kadang-kadang ia mengambil masa dua hingga tiga jam untuk pihak stesen menghantar mangsa yang cedera ke hospital," jelasnya. - AFP

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

keretapi memang sinonim dengan india...penduduknya yang paling ramai
menggunakan that mode of transportation.. kerana yang paling murah
even in the world.. - tapi tu lah.. bila terlalu ramai  jadi dangerous dan
ramai pula yang terbunuh  digilis keretapi -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2008 07:30 AM | Show all posts
atas train pun sanggup duduk.. mcm mana x mati kalau jatuh..
huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 07:31 AM | Show all posts
ish..sampai naik kat atas gerabak tu x jatuh ke bila keretapi dah gerak.bahaye btol.mmgla ramai yg mati.nsb baik kt m'sia x gitu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:00 AM | Show all posts
bleh jadik stuntman org
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:43 AM | Show all posts
takotnye kalu berada kat tmpt macam nih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 08:46 AM | Show all posts
india is the least place u wanna go lah... tooo crowded n stuff
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2008 05:05 PM | Show all posts
naik komuter kat mesia nie pun da x bley nak bernapas....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 06:29 AM | Show all posts

i would love to visit india -
ramai gak kawan2 yang dah pergi india -
yang best textiles depa -
and also the food -
i love indian food -

someday nak travel kat northern india -
juga boleh visit taj mahal kat agra -

-- btw - in case few tak tahu -
mumbai tu used to be Bombay -
ada dalam 13 million or so penduduk -
kira one of the biggest port kat india
(west india) -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2008 06:30 AM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 2-7-2008 05:05 PM
naik komuter kat mesia nie pun da x bley nak bernapas....



tu la....
tak boleh bernafas satu perkara..
lagi satu.. macam2 bau ada ..
and if after work -  tengik2 bau
boleh coma macam kambing dibuatnya -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 06:38 AM | Show all posts




"Mumbai" written in Marathi at the
Taj Mahal Palace & Tower.




The Haji Ali Mosque was built in 1631,
when Mumbai was under Islamic rule.



The Chhatrapati Shivaji Terminus,
headquarters of the Central Railway,
is a UNESCO World Heritage Site.



Bollywood is based in Mumbai
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 12:31 AM | Show all posts
Fenomena membuang najis di tepi2 jalan, di dalam sungai, rumah yang dibina daripada kayu2 sampah adalah fenomena biasa di India lantaran jurang hidup yang amat besar di antara orang kaya dengan miskin.

Kalau kita sudah tidak sanggup menahan bau hangit ketiak di Malaysia bayangkan kalau anda berada di India. Sumber daripada kawan yang bermukim ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 07:48 PM | Show all posts
shopping kt india best tapi hotel agak mahal...
but I dont like indian food
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 07:54 PM | Show all posts

Reply #8 dexa's post

sapa2 nak kawiin boleh consider jaipur as their place of honeymoon
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 07:54 AM | Show all posts
Pemandu kereta api terakhir
Selepas lebih tiga dekad, lelaki berketurunan Britain yang lahir dan dibesarkan di India, Baldrey akan mengucapkan selamat tinggal kepada Indian Railways.



BALDREY memulakan kariernya sebagai pembantu
pemandu kereta api sejak tahun 1974.



SEJAK lebih tiga dekad lalu, Adrian Eric Baldrey telah memandu kereta api di India. Tetapi persaraannya menjelang usia 60 tahun tidak lama lagi akan mengakhiri lelaki Anglo-Indian ini sebagai pemandu kereta api di Mumbai.

Anglo-Indian merupakan orang keturunan Britain yang dilahir dan dibesarkan di India. Ia adalah tonggak utama terhadap rangkaian kereta api di India dan mendominasi pasukan ketenteraan sama seperti kerjaya sebagai guru, jururawat dan perkhidmatan pelanggan.

Jumlahnya semakin berkurangan sejak tentera Britain meninggalkan India pada tahun 1948 apabila ramai orang Anglo-Indian meninggalkan negara tersebut untuk mencari kehidupan baru di Britain, Australia, Amerika Syarikat (AS) atau Kanada.

Sebahagian daripada ahli keluarga Baldrey turut melakukan perkara yang sama. Namun, ketika dia masih kecil, panggilan nama berdaftar di sekolah telah berlaku di mana-mana sekolah di Britain dengan nama Wilsons, Lyons, Bentleys, Middletons, Woodmans dan McNamaras.

Keluarganya tinggal di kemudahan stesen kereta api di pekan Bhusawal, timur laut Mumbai dengan padang kecil dan pokok mangga, ayam, itik dan angsa berkeliaran di sekitar rumahnya.

"Terdapat lebih kurang 30 atau 40 keluarga Anglo-Indian pada waktu itu. Kami mempunyai kehidupan yang menyeronokkan tetapi semua itu hanya tinggal kenangan. Mereka semua telah pergi," kata lelaki berusia 56 tahun dan masih bujang itu.

"Sayalah pemandu lelaki Anglo-Indian terakhir yang masih tinggal di Central Railway. Saya tidak fikir ada sesiapa yang akan mengikut jejak langkah saya."
Baldrey yang merupakan penganut Kristian dan fasih berbahasa Inggeris, tidak pernah sama sekali melawat ke negara nenek moyangnya.

Baginya, ia adalah konsep yang renggang, sama seperti jauhnya perbezaan antara stesen kereta api utama Mumbai, Chhatrapati Shivaji Terminus daripada seni bina kereta api di stesen St. Pancras, London.

Baldrey memulakan kariernya sebagai pembantu pemandu kereta api pada tahun 1974. Dia mengikut jejak langkah ayahnya, Eric, yang bekerja sebagai bomba di bahagian wap enjin kereta api di bandar Nagpur pada tahun 1939.

Kedua-dua datuknya juga merupakan pemandu di stesen kereta api India yang mula merentasi sub-benua itu pada tahun 1850-an.

Perjalanan kerjayanya yang panjang itu bermula ketika dia masih kecil. Dia mengembara bersama ayahnya yang bekerja di bahagian wap enjin dari Bhusawal ke Nagpur dan seterusnya.

"Saya agak tertanya-tanya apakah kerja yang ayah lakukan. Saya hanya berfikir ia satu pekerjaan yang mencabar dan menyeronokkan," jelas Baldrey sambil tersenyum.

Sejak itu, dia nekad untuk mengikut jejak langkah ayahnya. Ternyata impiannya itu menjadi kenyataan apabila ber usia 22 tahun, dia diterima bekerja di salah satu rangkaian kereta api terbesar di negara tersebut iaitu Indian Railways.

"Ia amat seronok, mencabar dan begitu berbahaya. Sudah tentu ada terdapat turun naiknya dalam kerjaya ini. Adakalanya kami terpaksa melalui waktu-waktu yang teruk dan tidak kurang saat yang menggembirakan."

Waktu teruk yang dimaksudkan Baldrey ialah realiti keganasan terhadap rangkaian kereta api Mumbai. Setiap hari ia mengorbankan puluhan orang kerana digilis kenderaan tersebut atau penumpang terjatuh disebabkan keadaan kereta api yang terlalu padat dan sesak.

"Kami terpaksa melanggar penumpang yang terjatuh ke atas landasan. Ia bukan salah kami kerana landasan perlu dibersihkan. Itulah waktu paling teruk yang perlu anda hadapi. Ia adalah sebahagian tugas kami," tambahnya.

Ada juga hari-hari tertentu, Baldrey akan memandu sehingga 160 kilometer iaitu perjalanan dari Chhatrapati Shivaji Terminus hingga ke Kasara dan merentasi Khopoli.

Dia kemudian akan kembali ke Kalyan, sebuah kawasan pinggir bandar di India di mana Baldrey tinggal bersama adiknya, David, 43, serta keluarganya dan ibu mereka, Monica yang kini berusia 79 tahun.

Adik perempuannya, Sharon, 50, tinggal berhampiran dan seorang lagi adik lelakinya, Glenn, 54, turut bekerja di syarikat pengangkutan kereta api sebagai jurutera.

Ibunya tiba di India pada pertengahan tahun 1950-an dan hanya kembali berjumpa keluarga hampir setengah abad selepas itu.

"Saya tidak tahu banyak mengenai Britain," kata Baldrey yang turut mempunyai keluarga di barat London.

"Memang saya teringin untuk berjumpa mereka. Mungkin selepas bersara nanti, saya akan ke sana untuk bertemu mak cik dan pak cik saya yang merupakan adik kepada ayah saya." - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:38 AM | Show all posts
mmg hotel dia mahal, ikut matawang USD, cam
hotel tahap 3 bintang,

tp bagusnya, ramai yg boleh berbahasa inggeris,
kiranya tak terkontang kanting la kalau korg nak ke mana2
pemandu teksi yg tak pernah sekolah pun boleh berbahasa inggeris,
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 09:51 AM | Show all posts
India kan bekas jajahan British. India memang best memacam ade tapi ade satu yang paling tak tahan air die tak bersih kalau gi sane hati hati takut cirit birit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2008 09:54 AM | Show all posts
Derang ade buat perancangan sistem keretapi yang baru infact stesen keretapi dah tukar and moden sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 10:41 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:02 AM | Show all posts

Reply #18 nik2121's post

nape ko ketawe nik????
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2008 11:10 AM | Show all posts

Balas #16 lizz_7777\ catat

yep betul... sama gak cam malaysia...
tp org sana lagi berusaha utk cari mkn...
sanggup belajar bahasa asing....

apa pun....badanra mumbai mmg sesak...
bukan takat keta...tut...lori....
org kat sekeliling jalan tak putus2....

mlm2 diaorg melepak luar rumah...

tp yg best kat mumbai ni....
tghari kul 12...1 tghari pun...
cuaca dia nyaman je....

gate of india juga ada id mumbai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.516439 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list