CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 69849|Reply: 127

nama bombastic dalam novel melayu: setuju @ tidak?

[Copy link]
Post time 9-11-2008 09:38 PM | Show all posts |Read mode
aku rase sangat menjengkelkan bila membaca buku dengan nama wataknye sangat bombastic..

lagi plak nama tuh dua perkataan cth amira natasya (ni x bombastic sgt)

aku just nak tau korang ade rase ke ape aku rase..atau pon aku jek yg syok sendiri..huhu
Single Polls, Total 146 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2008 09:46 PM | Show all posts
aku tak setuju ..

dah lama tak beli/baca novel melayu .. tapi novel dulu2 yg aku ingat pernah baca,
by AHADIAT AKASHAH .. tak ingat tajuk buku yg mana .. ada nama camni :

indera kayangan bin indera .. (something .. lupa dah - tajuk novel pun dah lupa)
mohd turbo bin mohd kuasa (lagenda budak setan)

ye kot nama watak dalam novel tu camtu? aku pun dah ingat2 lupa ..
dah berbelas tahun dah ..

aku rasa kurang patut aa .. walaupun nak nama tu nampak 'unik',
tak perlu mengarut2 sangat, pastu siap letak "mohd" tu yg tak menahan
(kalau watak dalam novel tu perangai elok, takpe aa jugak letak "mohd" tu) :kant:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 09:55 PM | Show all posts
nama bombastic kadang-kadang agak menjengkelkan... tak kira lah nama dalam watak buku atau nama pena penulis buku sendiri.
(Kadang-kadang tu saya tengok nama penulis yang meleret bombastic mengarut, boleh terbit bias kat buku dia)
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2008 11:12 PM | Show all posts
aku pun tak suka - tak realistik
takkan semua orang yang hensem & cantik ada nama bombastic

ada satu buku tu karekter dia nama Ira Fashua Azmin, Erze Zullis Zafril, Nuradriana Hany & nama Cina pula Xu Zhi Zrao
penat nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by Arwina at 9-11-2008 09:55 PM
nama bombastic kadang-kadang agak menjengkelkan... tak kira lah nama dalam watak buku atau nama pena penulis buku sendiri.
(Kadang-kadang tu saya tengok nama penulis yang meleret bombastic meng ...


yess...name pena satu lagik..

aku perasan, kalo novel fajar pakeer (FP), penulis2 dia semer name x bombastic plak..

puteri imaniesya..teja irzara..just to name a few..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2008 12:20 AM | Show all posts


Dia sering dihina kerana memiliki rupa paras yang tidak cantik. Dia seringdipersenda kerana memiliki kulit yang hitam. Namun, dia disayangi ramaikerana sikapnya yang mudah bergaul dan penyayang. Dia disenangi keranaprihatin dan mengambil berat perihal orang yang mendampinginya. Dialah Zanzilawati Izzrunnie.

Persahabatannya dengan Zuraizee bermulasejak kecil lagi. Mereka membesar bersama-sama dan juga berkerja dibawah satu bumbung. Namun persahabatan yang dibina selamabertahun-tahun akhirnya dilanda badai dan ombak ganas, hanya keranakehadiran Wizana. Pelbagai helah Wizana lakukan demi untuk memisahkahmereka. Pelbagai kata dilemparkan hanya kerana Wizana mencemburuiperhubungan kedua-duanya.

Mampukah Zuraizee mahupun ZanzilawatiIzzrunnie mempertahankan hubungan mereka yang terjalin sejakbertahun-tahun dahulu? Tegakah Wizana memisahkan kedua-dua mereka?Berputikkah cinta di antara dua orang sahabat ini walaupun kedua-duanyamenegaskan bahawa di antara mereka hanyalah mempunyai satu perhubungan;perhubungan adik-beradik?

ini adalah antara nama2 yg sgt menjengkelkan aku..


[ Last edited by  day at 10-11-2008 12:22 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2008 11:32 AM | Show all posts
samalah kita..bulan cukup menyampah dgn nama2 yg over tuh..
cukup la guna nama biasa jek..memadai..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2008 01:32 PM | Show all posts
erm, btol tu...aku pon kureng setuju..
rase cam terbelit2 nk baca..
kdg2 tu aku asik skip je bile kat word nama tu..hahaha..
mebi diorg nk bg nama sedap2 tp x yah la trlalu bombastik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 01:57 PM | Show all posts
x setuju....

selalunya kalau nama bombastic..rupa watak pun bombastic...naik nyampah kalau baca novel mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:26 PM | Show all posts
kuikuikui ...aku ingat aku sorang jer yg perasan bab nama bombastik nih ... kekadang citernya menarik tp biler aku tgk jer nama watak2 utama tu... perghhh...  buat aku rasa keterujaan untuk membeli kurang ... pendapat akulah, kalau letak nama yg klasik or nama normal pun ok jer ... lagi hidup watak tu walaupun citer2 tu suma khayalan penulis semata2 ...
x gitu ... :victory: maaf yer suma sang penulis, ini pendapat aku sebagai pembaca novel tegar ... kuikuikui...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 05:02 PM | Show all posts
a'ah salah satu sebab nape aku kurang gemar novel melayu salah satunya kerana nama2 yang terlalu berangan..tahape ke maknenye..peh tu kalo si lelaki tu hensem le sesangat..kalo si heroin tu digambarkan cantik la sesangat..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 07:32 AM | Show all posts

Balas #12 bottombikini\ catat

this part i agree!
sebenarnya aku lebih suka kalau watak tu biasa jer....
macam cerita habiburrahman el shjirazy tu, aku suka KCB dari AAC jauh bezanya sebab azzam digambarkan fail dalam pelajaran etc etc
macam cerita surat ungu untuk nuha pun sama, aku suka watak hero dia sebab hero dia tak hensem sangat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:05 AM | Show all posts
asalkan tak over sangat kepelikan tu ok kot.. aku perasan nama2 kita semua ni mcm ikut zaman... kalo zaman sekarang budak2 kebanyakan nama2 ada 2 perkataan... kalo yg lahir zaman 80an mostly ada muhammad, nurul, nur, siti... zaman sekarang memang dah takde sangatla... adik aku darjah 1.. kawan2 dia semua nama yg 2 perkataan... dia punya plain je.. muhammad farhan... mcm org lahir tahun 80an...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 08:57 AM | Show all posts

Reply #13 mardhiah12's post

yes betul tu kak cik..aku sekarang dah beralih arah ke kang abik..novelnya mmg membangun jiwa..nama2 watak pun ala-ala bombastic tapi sedap didengar..dan aku pasti maknanye bagus

moral of the story: realistik la sikit!

[ Last edited by  bottombikini at 11-11-2008 08:59 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:42 AM | Show all posts

Reply #12 bottombikini's post

HAHA! aku agree bab nama terlalu berangan! nama2 ni kadang x realistik..ok mungkin ada mak pak moden yg akan namakan anak. Contoh mcm yg Day tepek..nama Zanzilawati Izzrunnie...nama ni mcm terlalu mabelesss...sampai aku rasa kalo aku bc aku susah nak digest..dan kadang2 utk kes mcm ni..aku tukar nama karakter tu.hehehe!

Ada buku RAM aku bc...ADAM. Nama polis tu biasa je..Inspektor Marzita... tp aku susah nak digest..maka spjg aku bc..aku g tukar nama die jd Inspektor Maritza (pdhal ni lg susah nk sebut berbanding MARZITA kot?)... hehe sebabnye otak aku susah nak digest...sbb masa tu aku tgh layan telenovela La Mujer (tajuk pjg..cite sal pompuan huduh)..nama pompuan tu MARITZA..sbb tu aku konpius..last2 aku Maritzakan je polis tuh.hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2008 11:48 AM | Show all posts
nape tak guna nama biasa cam kiah ke, tipah ke, ali ke, ahmad ke.... realistik la sket... aku mmg rasa geli gak ngan nama2 yg over ni.....nama2 biasa tu utk watak2 yg tak penting.... ek eleh... pls la....bukan nak kutuk penulis2 kat malaysia ni but pls be realistic in naming ur characters....

cth lam novel Sukma Rindu : Dianza Walis... adoi! mana la ada nama real mcm tu.....

[ Last edited by  ladydolph at 12-11-2008 11:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 02:14 PM | Show all posts
rasanya mcm dah jadik trend plak bila nama watak2 dlm kebanyakan novel terlalu bombastic ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 03:59 PM | Show all posts
dah few years belakangan ni kalo nak beli malay novel saya mesti belek tengok nama  watak2 dalam tu dulu.
kalo yang agak2 pelik dan tak pernah didengar dalam dunia realiti ni, saya terus letak balik buku tu
apa rasionalnya letak nama pelik-pelik yg konon canggih-canggih tu eh agaknya?
i dont call it bombastic sebab kadang sampai tahap pelik bunyinya..

cuba tengok nama zainal arif.. adam mukhriz.. ha kan masih biasa2 lagi, sedap jugak didengar
idris sulaiman.. gabungan nama nabi lagi.. best jugak kan. tak dengar mcm datang dari planet marikh pun  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 04:52 PM | Show all posts
lamanya kembang tak masuk sini. pada kembang nama yang bombastik kalau punya makna yang elok boleh jadi rujukan untuk bakal-bakal ayah atau ibu baru. kembang tak kisah sangatlah pasal nama tu, sedap bunyinya elok pulak maknanya. tapi kalo kembang sampai terbelit lidah nak menyebut macam nama kat atas tu sekali pandang macam zanzibar aje bunyinya memanglah kembang tak suka. kalo nak guna nama kiah, peah, petom, kelsom kembang rasa kena tengok kesesuaian ceritalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.059664 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list