CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11847|Reply: 134

bini ko gemok?? sbb dia hepi ngan ko!!

[Copy link]
Post time 13-11-2008 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Bahagia punca gemuk
Berat badan wanita bergantung kepada kegembiraan: Saintis

LONDON: Satu kajian terbaru menyatakan kesukaran wanita terutama golongan isteri mengawal berat badan dan mengelak gemuk bukan disebabkan amalan pemakanan atau kurang senaman, sebaliknya berpunca daripada rasa bahagia dan selesa disamping pasangan.

Pakar pemakanan dan saintis berkata, hasil kajian mendapati turun naik berat badan seseorang wanita bergantung kepada sejauh mana kegembiraan dan kebahagiaan yang dinikmatinya.

" Pada peringkat awal hubungan, wanita biasanya melakukan amalan pemakanan ketat demi menjaga penampilan dan ketika ini berat badan turun secara purata 2.2 kilogram sebulan."

"Bagaimanapun, keadaan berubah apabila wanita mula berasa selesa dengan pasangannya. Rancangan perkahwinan yang menjadikan wanita gembira akan menyebabkan berat badan bertambah, sebelum berkurangan semula selepas bayi dilahirkan," kata seorang daripada penyelidik.

Sebuah firma pengurusan berat badan yang turut membuat kajian ke atas 3,000 wanita berkata 'kaum hawa' menghadapi lima tahap turun naik berat badan dalam hidup mereka dan ia berbeza antara satu sama lain.

"Emosi wanita mempunyai kesan yang amat besar terhadap kesihatan dan berat badan," kata Jane McCadden dari firma berkenaan yang dipetik sebuah akhbar tempatan.  

Beliau berkata, tempoh hayat seseorang wanita menyaksikan berat badan mereka turun naik mengikut fasa baru dalam kehidupan, percintaan dan status keluarga.

"Kajian kami juga berjaya menjelaskan betapa sukarnya untuk wanita mengekalkan berat badan sepanjang hayat mereka. Walaupun ada masanya mereka berjaya mengurangkannya, tabiat pemakanan yang buruk akan berulang dan mereka kembali berdepan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa separuh daripada responden bersetuju bahawa berat badan mereka bergantung kepada sejauh mana kegembiraan yang dialami. � Agensi





bini ko tu....  hepi ngan ko .. sbb tu bini tu gemok......    

morel of the stori... kalu ko nak bini ko kuruih... senang ajerk... ko carik gf lain ker...  date awex kat kerja ko ker......  kuruih ler bini ko balik..... pastu... ko  tinggalkan awex ko tu sumer....   at least  dapat gak ko rasa 2-3 bulan  bini ko kuruih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 08:47 AM | Show all posts
norman hakim ke amazed ni

[ Last edited by  auntie_girl at 13-11-2008 08:49 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 08:56 AM | Show all posts
kawan aku tak perlu jadi saintis nak temui discovery cenggini

masa aku pom five..mai umah dia..tenguk ahkak ahkak dia ..kusssssss semangat..gebu2

aku tanya dia..ko keding jek pasai pa ahkak ko tu seme sihat2 belaka

dia jawap...'hati senang'
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:13 AM | Show all posts
kalo bini kurus maknanya x heppy ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by winter_heart at 12-11-2008 08:13 PM
kalo bini kurus maknanya x heppy ke??

tidak, ada org makan banyak pun tak da apa... (jealous gue)...
metabolisme jugak main peranan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by winter_heart at 13-11-2008 09:13 AM
kalo bini kurus maknanya x heppy ke??


kalo kurus makna nya pewut de cacing

baik makan obat cacing..kang gebus cam mana lelaki suke lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

boleh caya ke kajian ni?

tapi kan..tang ayat yg bawah tu yg tak best sekali...huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:29 AM | Show all posts
ape yg mewujudkan kegembiraan itu?????

Jawapannya Kasih sayang,Cinta dan Seks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 09:31 AM | Show all posts
gemok ka kuros ka bukan kayu pengukur kebahgiaan...boleh tak buat statemetn camni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:36 AM | Show all posts
patut lah aku gemuk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:45 AM | Show all posts
laki boroi pasal apa plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:51 AM | Show all posts
wan tak gemok tak kurus, so far alhamdulillah...bahgia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:54 AM | Show all posts
banyak faktor menyumbang pada kegemukan ni, happiness adalah one of them... personally faktor yg membuatkan berat badanku lebih 10% drpd zaman anak dara adalah:

1) HAPPINESS ( financial and emosional stability)
2) Peningkatan usia
3) Eat more exercise less
4) couldn't care less of nak kurus2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by mynameisdot at 13-11-2008 09:45 AM
laki boroi pasal apa plak



oang pompuan..cinta tu dari mata turun ke hati

oang lelaki..cinta tu dari mulut turun ke perut..

tu pasai laa depa boroi
depa susah nak makan hati macam kaum ibu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by kamar22 at 13-11-2008 09:51 AM
wan tak gemok tak kurus, so far alhamdulillah...bahgia..


awek mayu susah nak gemok..sebab depa suka makan belacan
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 10:13 AM | Show all posts

Reply #14 ajinomotonosuga's post

setuju tu bang aji..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2008 10:14 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 13-11-2008 09:59 AM


awek mayu susah nak gemok..sebab depa suka makan belacan

makan belacan blh kurus ke???
kalo blh, gulung tikar la org yg jual ubat kurus..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:43 AM | Show all posts
aku ni pelik sket kalau aku happy aku kurus
kalau aku tak happy aku gumuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 12:20 PM | Show all posts
tak leh pakai kajian ni....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 01:52 PM | Show all posts
aku rasa bukan wanita je..laki2 pon sama....
aku skang bahagia giler sebab tu makin naik...

nak kajian, meh citer sikit

dulu masa belajar berat aku just 52-54 aje...
aku dulu sportmans, varsity player etc memang badan mainten beb... awek cair (tengok badan je la...mukan x hensem tu yg kurang laris sikit)...
lepas tu aku praktikal 6 bulan...hati gembira dapat elaun paling tinggi (Rm750 tahun 95)..hehe
so aku naik 58kg...seronok giler...
then final year bz sikit..sume aktiviti sukan serius STOp..just main petang2 aje... aku notice ramai member2 aku jadi belon... aku kire ok lagi....
masih senang hati

then just a few months before aku grad, awek aku dilarikan org... aku keciwa..(x nangis)... lepas tu grad aku masih keciwa...
lepas grad ekonomi plak turun.... kerja takde...
2 tahun gak aku x kerja betol2..kerja biasa2 je la..jadi budak store la..jaga kedai la..jual burger
mak bapak bising bila nak kerja
aib dengan kawan2 yg kutuk ade degree pon kerja kedai....
awek2 suma taknak org yg takde Future

so bertambah la kurus aku...sampai 49kg je.... seluar pon kecik je
siap beli weight gain lagi...

2 taun tu aku kuruz giler....


then lepas tu aku dapat offer kerja bagus...2 bulan lepas kerja aku notice berat aku dah 58 kg... then bertambah lagi bertambah lagi tak mau stop...

hati dah senang.... mak bapak x risau... awek pon dah ade ramai........... so bertambah la berat aku hingga skang nih [tapi masih belum obese....]

sekian fakta saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.910910 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list