CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3688|Reply: 21

Lamborghini Gallardo

[Copy link]
Post time 25-1-2009 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Lamborghini takhta kemewahan

Oleh MOHD RIDZWAN IMAN dan ABD. HALIM HADI



Lamborghini Gallardo model import terpakai ini dijual dengan harga RM1.3 juta di Naza Automall.

JIKA jenama mewah seperti Audi, Mercedes, BMW dan Volvo seperti sudah menjadi kebiasaan rakyat negara ini, berapa kerat pula daripada kita yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk sebuah kereta idaman yang lebih bergaya?

Jika berkemampuan, kereta Lamborghini misalnya mungkin boleh menjadi jentera yang menjalar di garaj kereta rumah anda.

Kereta yang melambangkan kemewahan pemilik dan keseksian rupa bentuknya itu boleh dikategorikan sebagai kereta eksotik atau super mewah yang semakin popular di negara ini.

Lamborghini juga merupakan jentera paling laju dan berprestij pernah dihasilkan di dalam sejarah pemotoran yang dikatakan hanya berjumlah 60 buah sahaja di negara ini.

Model kereta yang dijual pada harga RM1.8 juta untuk model baru dan kira-kira RM1.3 untuk model import terpakai, sebahagian besarnya adalah milik kerabat-kerabat di raja.

Wow! mendekati Gallardo, salah sebuah model Lamborghini di ruang pameran Naza Motor Trading Sdn. Bhd. untuk melihat dengan lebih dekat kehebatan jentera buatan Itali itu.

Sebaik memasuki ruang pameran kereta-kereta mewah di Naza Automall, Petaling Jaya, soalan pertama yang diajukan kepada jurucakap bahagian jualan di situ adalah mengenai kehebatan Lamborghini.

Kenapa ia sangat mahal sehinggakan mampu untuk memiliki sebuah banglo mewah?

''Lamborghini adalah terjemahan dan lambang kemuncak kejayaan paling tinggi yang dimiliki seseorang.

''Sebelum memiliki Gallardo atau Murcielago LP64, seseorang itu terlebih dahulu telah mencapai semua hajat yang diimpikan,"ujarnya.

Pengalaman mendekati supercar itu boleh diibaratkan seperti mendekati seorang bintang filem yang terkemuka dan terlalu cantik. Dengan hanya dua tempat duduk, Lamborghini sebenarnya bukanlah sebuah kenderaan biasa yang praktikal dan bukan juga sekadar takhta bagi pemiliknya.

Dipacu kekuatan enjin V10 berkuasa 5,000 cc, transmisi yang digunakan Gallardo berteknologi perlumbaan Formula Satu (F1) itu mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 310 kilometer sejam.

Di luarnya, badan Gallardo disaluti kilauan metalik mewah dengan reka bentuk yang cukup seksi dan sempurna dari depan hingga ke belakang.

Bagi penulis, tiada jenama yang dapat menarik lebih perhatian daripada jenama kerbau jantan ini di jalan raya.

Daripada kejuruteraan traktor oleh Ferruccio Lamborghini pada 1960-an, reka bentuk bersegi ilham Luc Donckerwolcke itu kini mempunyai reka bentuk mirip sebuah pesawat tempur.

Untuk pembelian di Naza Automall, bayaran minimum pendahuluan supercar ini adalah 30 peratus manakala bayaran selebihnya boleh dilakukan secara pinjaman lima tahun.






rega gallardo ni rm0.3juta aje  kurang dari cadillac obama  untuk second hen..; kalu macam tu..aku vouch cadillac one obama ajer....
5 taon pinjaman.. aku bajet sebulan kena letak paling kurang pung... rm20k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2009 08:12 AM | Show all posts
bila ko nak beli satu amazed?

aku nak tumpang pusing pysing pekan kajang
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 12:13 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Tak silap aku...jenama Lambo nih muncul sbb owner dia dulu tak berpuas hati dgn sistem clutch kete keluaran ferrari...dia pegi komplen kat Enzo kata clutch kete ferrari tak best..pastuh Enzo cakap kalo nak best buat ler supercar sendirik ....tuh yg owner Lambo berbulu dgn Enzo tuh....terus bukak kilang kat Bologna....tak jauh drpd kilang ferrari kat Maranello...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:51 PM | Show all posts
tp setakat nih bnyk aku tgk kete nih dkt genting r...

memeng berprstij r sape pkai nih...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 09:54 PM | Show all posts

Reply #4 lempeng_goreng's post

pehtu cuba ko Call aku peng....mesti salah sorang ownerLambo  tu adalah AKU...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 02:38 AM | Show all posts
aku bagi org gaji aku je pakai keter ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2009 09:25 AM | Show all posts
setakat kete nih,
aku wt jd jamban je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 09:41 AM | Show all posts
x pernah nampak lg kat federal h/way
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2009 01:06 PM | Show all posts
Originally posted by lempeng_goreng at 25-1-2009 09:51 PM
tp setakat nih bnyk aku tgk kete nih dkt genting r...

memeng berprstij r sape pkai nih...


worang yg mampu nak berabis puluh ribu riban kat genting ajer... yg leh bawak gallardo nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2009 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by nanie at 26-1-2009 09:41 AM
x pernah nampak lg kat federal h/way



meh datang kat seksyen 11...  aku pikap nanie bawak gallardo.. pastu kita pi federal h/way... jadik?? :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 02:34 PM | Show all posts
alaa..abg dia den dah tapau dulu..ingat tak thread den aritu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:00 PM | Show all posts
keter ni... aku buat utk 'car-boot-sale' je.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2009 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by trusnowan at 26-1-2009 10:00 PM
keter ni... aku buat utk 'car-boot-sale' je.....


yeke.. caya nya aku.,.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 05:19 PM | Show all posts
yg ni bukan kereta mampu milik,
mampu tengok aje daaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 05:34 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 25-1-2009 12:13 PM
Tak silap aku...jenama Lambo nih muncul sbb owner dia dulu tak berpuas hati dgn sistem clutch kete keluaran ferrari...dia pegi komplen kat Enzo kata clutch kete ferrari tak best..pastuh Enzo caka ...

toss,
kalo aku komplen kat syed zainal yg mpv baru proton tu design dashboard dia hancuss..
agak2 dia soh aku bukak kilang kete sendirik x..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 07:42 PM | Show all posts

Reply #15 d34n's post

bijak gak idea ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2009 09:57 PM | Show all posts
tak lawa la keta ni,

lawa lagi tu saga BLM....
patut la dulu2 aku taknak beli pun...

jgn lupa keta proton ekon di sejuk...bak kata wahid ahad lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 10:11 PM | Show all posts
baik beli traktor lambo jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:33 PM | Show all posts
nenong nenonggg...

Update dr ganu... Lambo hazlan br sampai WRD88 kuning kaler...plet akang ditukor TAV3 kekgi heheh...

Next week f430 dia akang dikuorkang dr kastang.. Hohoho...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:42 PM | Show all posts

Reply #19 woh_getoh's post

perghhh....1st lambo ghumah in terengganu......

f430 ganer citer leh wat tubek smula tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.095919 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list