CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3755|Reply: 27

Subaru WRX STI Concept C

[Copy link]
Post time 31-1-2009 07:42 AM | Show all posts |Read mode
Subaru STI Concept


MODEL Subaru STI Concept ini menerima sentuhan dan
kejuruteraan daripada subaru Technica International.



SUBARU telah melancarkan Versi ke-10 Impreza tahun lalu. Bagi meneruskan varian model tersebut, Subaru telah mempamerkan dua konsep yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

Model yang dipamerkan di Auto Salon kali ini merupakan versi perlumbaan yang dikeluarkan secara khas untuk individu yang ingin memiliki sebuah model yang siap sepenuhnya.

Ia bertitik tolak daripada teknologi dan kejuruteraan Subaru Technica International yang sentiasa menjalankan kajian bagi menghasilkan sebuah mesin berdaya saing dalam mana-mana perlumbaan.

Subaru WRX STI yang telah menerima dua kelainan tersebut menjadi tarikan di Tokyo Auto Salon 2009. Model pertama ialah WRX STI Concept C yang diubahsuai untuk tujuan saingan kompetetif manakala Concept A diubahsuai kecemerlangan untuk di atas jalan raya.

Subaru WRX STI Concept C mempunyai sebuah enjin turbo 2.0 liter yang unik, sebuah intercooler dengan penyuntik sejukan semburan dan bonet hadapan yang diperbuat daripada aluminium yang ringan.

Ia turut dilengkapi set roda istimewa bersaiz 19 inci. Sistem suspensi telah dinaiktaraf menjadikannya pakej lengkap untuk peningkatan kawalan dan prestasi bagi tujuan rally, gymkhana dan acara kompetetif lain.

Concept A menggunakan enjin 2.5 liter dengan kotak gear automatik lima kelajuan yang telah ditala bersama stering yang dilengkapi sport shift mode. Ia juga dilengkapi set tempat duduk kulit. Versi itu dikatakan adalah untuk tujuan perlumbaan yang kurang lasak dan untuk jarak lebih jauh seperti grand touring.



nak mention ler jugak nih.... kat ILL mmg ramai gak amerikana pakai subaru..... depa sebut  SEBERU.. ada itu sleng sleng sket....  member sblh apt aku dulu pung pakai seberu... sorang lagi pakai   jetta vw....  aku rasa seberu ni   kalu warna kunen taek anjeng.. baru nampak  hot  sket!!!  :victory:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 08:02 AM | Show all posts
Wanita maut, suami parah kereta rempuh pembahagi jalan


TANGKAK: Seorang wanita maut, manakala suaminya parah apabila Toyota Impreza yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan, dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Lim Su Yin, 30, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia selepas kira-kira empat jam dirawat di Unit Kecemasan Hospital Tangkak.

Suaminya yang identitinya belum dikenal pasti dan juga pemandu kereta itu, cedera parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.



Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila suami mangsa gagal mengawal kereta menyebabkannya terbabas ke tengah jalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan keretanya remuk teruk dan mangsa tersepit di tempat duduk.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan sebuah lagi kereta dan lori turut terbabit dalam kemalangan berikutan serpihan besi pembahagi jalan yang berterabur tetapi semua pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seri Jeram, dekat sini, maut selepas dirempuh sebuah Toyota Avanza, dalam kejadian di Batu 3, Jalan Bakri, dekat sini, awal pagi semalam.





Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Er Chin Hock, 36, pekerja sebuah kedai fotografi, cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia kira-kira tiga jam selepas dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.



agaknya dia terasa macam bawak impreza  STI

[ Last edited by  zzcbr at 31-1-2009 09:04 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 08:45 AM | Show all posts
toyota impreza??
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 08:57 AM | Show all posts
heheh toyota impreza.. proton impreza bile nak kuar sbb proton evo dah lama dah hhehhe..

gambo spec c tu mcm yg Jun punya..camne buleh jadik spec c plak ekk.. ke sekadar hiasan saja hehhe
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:06 AM | Show all posts
cari nama penulis artikel ni tak der plak......

ni pic diaaa.....



TOYOTA Impreza naiki suami isteri remuk selepas terbabas sebelummerempuh pembahagi jalan, dalam kejadian di Kilometer 173.9, Lebuh RayaUtara Selatan, malam kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2009 07:27 PM | Show all posts

Reply #5 t@t's post

perrrrrrrrrh....250km/h ker apa?.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 08:18 PM | Show all posts
deyyyy.....ini berita tak betul ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 08:30 PM | Show all posts
Toyota Impreza nih toyota haper?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:18 PM | Show all posts
tulah writer n editor both are KAYU!!!... tapi tak hairan la sebab suratkabo berita hairan selalu citer tak betoi... kan t@t kan... hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:20 PM | Show all posts
seb baik nama wartawan tu tak sebut.....
apala punya sangap.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:28 PM | Show all posts
dlu jaga bahagian hiburan ni....ganti mber cuti CNY
tu yg kelam kabut ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:29 PM | Show all posts
bukan bahagian politik ke tat sebab bengap sgt nih hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 10:49 PM | Show all posts
parok kena dia ni......
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:53 PM | Show all posts

Reply #5 t@t's post

kereta apa tu? altezza ker

adui toyota imprezza..mana belajar ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2009 11:56 PM | Show all posts

Reply #15 sixfullbar's post

joint venture terbaru dr subaru+toyota = SUBATO


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2009 11:59 PM | Show all posts

Reply #16 t@t's post



ni macam Proton dan Mitsubishi ler.. Wavo, Wiralution, Wajalution, Iswara VR4
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 12:34 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 31-1-2009 11:56 PM
joint venture terbaru dr subaru+toyota = SUBATO




takpun.. KUBOTA hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 12:37 AM | Show all posts
ada brani....?



pranggggggggggggggggggggg vtec tbuker dossssssss........


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 12:38 AM | Show all posts

Reply #18 woh_getoh's post

slsss... maapkan aje la... wartawan tu baru je amik lesen... keta pon blom beli lagi
kot dia kata Proton Impreza.. tak ke lagi haru
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.090582 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list