View: 28828|Reply: 265
|
Badminton : All England (3rd - 8th March): Postmortem -
[Copy link]
|
|
Chong Wei pilihan utama Seluruh England
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0217/Utusan_Malaysia/Sukan/su_06.1.jpg)
Lee Chong Wei (kiri) menyerahkan ikrar Road To London 2012
kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei diletakkan sebagai pilihan utama pada Kejohanan Seluruh England dari 3 hingga 8 Mac ini yang mungkin mampu memberikannya laluan agak mudah menjelang sesi undian Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) hari ini
Perseorangan lelaki Malaysia ini diekori juara Olimpik, Lin Dan dari China dan rakan senegaranya, Chen Jin (ketiga), juara Terbuka Korea Selatan, Peter Hoeg Gade (Denmark), Sony Dwi Kuncoro (Indonesia), Joachim Persson (Denmark), Taufik Hidayat (Indonesia) dan Przemyslaw Wacha (Poland).
Turut menemani juara Terbuka Malaysia dan naib juara Terbuka Korea 2009 ini dalam mendukung cabaran Jalur Gemilang di Birmingham ialah Wong Choong Hann, Sairul Amar Ayob, Lee Tsuen Seng, Kuan Beng Hong, Chong Wei Fen, Liew Daren dan Pei Wee Chung.
Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Olimpik 2008 sekadar ke separuh akhir Seluruh England tahun lalu setelah dikalahkan Chen Jin 18-21, 18-21 yang kemudiannya bergelar juara dengan menewaskan Lin Dan 22-20, 25-23.
Hafiz Hashim menjadi pemain terakhir Malaysia menjuarainya pada 2003.
Sementara itu, juara beregu lelaki Seluruh England 2007, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula diletakkan sebagai pilihan ketiga kali ini dengan diikuti pilihan keempat juga rakan senegara, Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari sementara pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan menjadi pilihan utama.
Bagi beregu wanita, pasangan utama Malaysia, Wong Pei Tty-Chin Ee Hui diletakkan pilihan kedua di belakang pasangan Taiwan, Chien Yu Chin-Cheng Wen Hsing.
Bagaimanapun tiada pemain negara yang tersenarai di antara lapan pemain pilihan perseorangan wanita dan beregu campuran Seluruh England.
***********************************************************************************
bila jadi pilihan utama ni -- pressure ada sikit kat chong wei -
tapi.. mungkin bagi motivate gak... hopefully at least dapat
masuk final.. kalau jadi juara... lagi best --
nanti cerita untuk All England - boleh post di thread ni --
*btw -- untuk prediction all england juga ada nanti saya stick kan kat sticky atas soon -
boleh buat prediction ... dan earn some credits just for fun --
[ Last edited by dexa at 10-3-2009 06:51 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Musuh bunyutan (kata Indon ) bg Chong Wei hanyalah Lin Dan. Dia berada di kelas tersendiri. Bukan Chong Wei x pernah menang, cuma Chong Wei nampak terlalu nervous bila berdepan ngan Lin Dan. Dia terlalu berhati2. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by keys at 17-2-2009 07:59 AM ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
Musuh bunyutan (kata Indon ) bg Chong Wei hanyalah Lin Dan. Dia berada di kelas tersendiri. Bukan Chong Wei x pernah menang, cuma Chong Wei nampak terlalu nervous bila berdepan ngan Lin Dan. Di ...
yes, I am totally agreed with u....mush ketatnye just Lin Dan...bukan dia tk pena menang lwn lin dan tapi, as u said dia nervous n lost control bila lwn lin dan...saya peminat setia badminton negara n tk pena miss nila ader tournament...hopefully, all england nie, jumpa musuh seteru final nanti...baru seronok.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owh thread baru... thanx dexa... forumer... enjoy ur self n give alot of info... |
|
|
|
|
|
|
|
but at the moment, tk nmpk lagi ader pengganti chong wei...tk cm china, ader jer pelapis dorg yg muda n berbakat... |
|
|
|
|
|
|
|
standard ler... dah chong wei xmain nanti baru terkial2 nk cari peganti.... |
|
|
|
|
|
|
|
yeahhhh.......................AE is coming to town ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 karambunai\ catat
nak tanya, dak Sairul tu bape umor ah??? Asal kertu jek aku tengok ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tk sabar nie tunggu live kt astro... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Trunkk_ZZ's post
ekeke..sampai hati ckp sairul kertu.. ..umo dia da 29..lahir thn 1980..maybe psl dia botak kot,tu psl nmpk kertu sket..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tough gak la draw utk team m'sia...
MS
~chong wei akan jmpa boonsak kat round 2,utk ke quarter...dia maybe akan jmpa sony lak..Semi sama ada gade or tofik..
gud luck chong wei..:victory:
~utk pusingn kelayakan lak..beng hong kena jmpa Anup then kalau menang,jmpa chong wei feng atau tommy sugiarto..hopefully
dia ldpt catat result yg baik la sbb da kena bg warning kan hri tu..
~antara draw yg tak brapa ok..bcl maybe akan jmpa lin dan kat round 2,nsb la labuuuu..hehe..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 Trunkk_ZZ\ catat
sesekali nampak cam mukriz mahathir lak si sairul ni |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei mahu balas dendam
PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berazam untuk membalas dendam terhadap pemain Denmark, Peter Gade apabila bertemu pada Kejohanan Badminton Seluruh England bulan depan, lapor RADIAH SAORI.
Dalam undian yang dikeluarkan semalam, Chong Wei yang diletakkan sebagai pilihan pertama, dijadual menentang Gade pada pusingan separuh akhir kejohanan yang akan diadakan pada 3 hingga 8 Mac ini.
Untuk rekod, Chong Wei tewas kepada Peter Gade pada perlawanan akhir Terbuka Korea bulan lepas setelah terlebih dahulu menundukkan pemain ranking keempat dunia itu pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia.
"Saya puas hati dengan undian yang telah dikeluarkan hari ini (semalam)," kata Chong Wei.
"Saya tidak kata ia merupakan undian yang mudah tetapi ini merupakan peluang terbaik untuk saya muncul juara.
"Saya juga berpeluang untuk membalas dendam terhadap Peter jika bertemu pada pusingan separuh akhir.
"Tahun ini, saya berjaya menewaskannya pada Terbuka Malaysia tetapi tewas pada Terbuka Korea dan diharap kali ini kemenangan berpihak kepada saya semula."
Dalam pada itu, Chong Wei berhasrat untuk menjuarai kejohanan tertua dan paling berprestij dalam sukan badminton itu tahun ini sebagai hadiah kepada jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 semalam.
"Saya ingin mengucapkan selamat panjang umur buat jurulatih saya, Misbun yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini (semalam)," tambah Chong Wei.
"Saya harap saya dapat menjulang kejayaan pada Seluruh England sebagai hadiah buatnya."
Sebelum bertemu Gade pada pusingan separuh akhir, Chong Wei terlebih dahulu dijadual menentang pemain China Lu Yi pada pusingan pertama dan berpotensi menentang pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada pusingan suku akhir.
Jika melangkah ke perlawanan akhir, pemain berusia 28 tahun itu dijangka menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008, Lin Dan dari China.
Sementara itu, juara beregu lelaki 2007, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula akan memulakan aksi menentang beregu England, Richard Eidestedt-Andrew Ellis pada pusingan pertama dan dijangka menentang beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen di suku akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
SOURCE:THE STAR ONLINE
Chong Wei avoids Chinese threat but danger still lurks
By LIM TEIK HUAT
PETALING JAYA: Lee Chong Wei may have avoided a potential minefield in next month抯 All-England badminton championships but he still faces a tough task of reaching the final for the first time.
In the draw released yesterday, Chong Wei, who has been top seeded for the All-England for the first time, can breathe easy as he will not have China抯 Chen Jin and Bao Chunlai for company.
Instead, second seed Lin Dan will have to slug it out with his two compatriots when the tournament is held in Birmingham from March 3-8.
It will be a tough comeback for Lin Dan, who has skipped the last three tournaments, as Chunlai awaits him in the second round.
Although the top three Chinese shuttlers are in the bottom half, Chong Wei can still expect to face a host of challengers.
Chong Wei has a tricky first round match against Chinese junior Yi Lu followed by a probable clash against top Thai Boonsak Ponsana.
It only gets tougher after that for Chong Wei as he is likely to play eighth seed Sony Dwi Kuncoro of Indonesia next.
Chong Wei beat Sony in the last eight en route to winning the Olympic silver medal in Beijing last August but the Indonesian is capable of ending the Malaysian抯 hopes of winning the title.
Also in the top half of the draw with Chong Wei are top Dane Peter-Gade Christensen and former Olympic champion Taufik Hidayat of Indonesia.
Christensen has a tough first round match against Indonesian Simon Santoso while Taufik opens against Taiwanese Hsieh Yu-shin.
Christensen ended Chong Wei抯 hopes of snatching his third successive title by beating him for the first time at the Korean Open last month and is fancied to slug it out with Taufik in an exciting quarter-final match, with the winner probably going on to play Chong Wei in the semi-finals.
It could be Taufik抯 last attempt at winning the only major title to have eluded him and the two-time former All-England runner-up will surely be going all out to set the record straight.
National singles coach Misbun Sidek said the draw was more or less expected for Chong Wei.
揌e won抰 meet the top Chinese players until the final but Chong Wei has to be really focused to do well.
揈veryone is gunning to beat the world number one and Chong Wei must be ready to handle the pressure as the top seed this time, |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 karambunai\ catat
memang nampak kertu weh.............baru 30's ropenyer
aku nampak cam 50 hehehehe ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 miyoma\ catat
mukhriz tu botak berkilat.............dak sairul nih botak kelabu asap
ishhhh..............jahatnyer aku ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Seluruh England: Chong Wei galas misi besar
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menaruh harapan tinggi kepada Chong Wei dan yakin beliau mampu mengulangi kejayaan yang pernah dicipta oleh Muhammad Hafiz Hashim pada edisi 2003.
"Chong Wei telah berjanji kepada saya yang beliau akan menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan tersebut," katanya semalam.
Ismail Sabri berkata, beliau yakin Chong Wei mempunyai keupayaan dari segi bakat dan permainan untuk muncul juara pada kejohanan kali ini.
Dalam undian baru-baru ini, Chong Wei mendapat laluan mudah pada peringkat awal apabila beliau diundi bertemu dengan pemain bukan pilihan dari China, Lu Yi pada perlawanan pembukaan.
Pada pusingan kedua, Chong Wei dijangka bertemu sama ada pemain Thailand, Boonsak Ponsana atau Marc Zwiebler dari Jerman.
Halangan bagi pemain berusia 25 tahun itu dijangka pada peringkat suku akhir apabila beliau bakal berdepan pemain No. 5 dunia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia.
Sementara itu, tiga lagi pemain perseorangan lelaki yang akan menggalas cabaran negara pada kejohanan yang mula diperkenalkan pada 1899 itu ialah Wong Choong Hann, Sairul Amar Ayob dan Lee Tsuen Seng.
**************************************************************************************
ni tahun yang terbaik untuk chong wei buktikan kemampuannya - |
|
|
|
|
|
|
|
Zakry kini dalam kebimbangan
Oleh RADIAH SAORI
PEMAIN beregu negara, Zakry Abdul Latif melahirkan rasa bimbang menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England bulan depan.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0223/Kosmo/Sukan/su_05.1.jpg)
ZAKRY (kiri) dan Fairuzizuan tekad cipta
kejutan pada Kejohanan Seluruh England.
Menurut Zakry, Seluruh England merupakan kejohanan pertamanya tahun ini selepas berehat panjang akibat mengalami kecederaan pada Final Masters di Kota, Kinabalu, Sabah, Disember tahun lepas.
Zakry menegaskan, dia dan pasangannya, Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari perlu mendapatkan rentak permainan seawal pusingan pertama menentang beregu Indonesia, Yonathan Suryatama Dasuki-Rian Sukmawan jika tidak ingin terkandas di pertengahan jalan.
"Seluruh England merupakan kejohanan pertama kami tahun ini dan saya akui, saya agak bimbang jika gagal mendapatkan rentak permainan yang dikehendaki," kata Zakry.
"Meskipun menjalani latihan yang serius, ia tetap tidak sama dengan suasana kejohanan sebenar. Saya harap kami masih mempunyai perasaan untuk bertarung.
"Kalau boleh, pada perlawanan pertama nanti saya sudah berjaya mendapatkan rentak yang dikehendaki kerana pusingan seterusnya pasti lebih sengit dan sudah tiada masa untuk kami mencari rentak."
Dalam pada itu, Zakry juga mengakui Seluruh England 2009 yang akan diadakan pada 3 hingga 8 Mac depan pasti lebih mencabar berikutan suhu yang terlalu sejuk berbanding beberapa tahun lepas.
"Saya diberitahu, suhu di Birmingham tahun ini lebih sejuk berbanding pada kejohanan tahun lepas," tambah Zakry.
"Sudah pasti ia merupakan satu cabaran yang besar buat saya serta semua pemain Malaysia yang lain. Kami perlu pastikan sesi 'pemanas badan' dilakukan dengan betul bagi memastikan kami benar-benar bersedia sebelum beraksi.
"Kami juga dinasihatkan agar menjaga kesihatan kerana tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain itu, faktor masa juga merupakan satu lagi cabaran buat kami kerana masa di Birmingham memang berbeza dengan waktu di Malaysia."
Begitupun, Zakry tetap optimis mereka mempunyai peluang untuk mencipta kejayaan pada kejohanan Super Series ketiga dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu.
Pada pusingan suku akhir, Zakry-Fairuzizuan dijangka menentang beregu pilihan kelapan, Anthony Clark-Nathan Robertson dari England dan jika mara ke separuh akhir, beregu pilihan pertama, Markis Kido-Hendra Setiawan bakal menanti.
"Peluang tetap ada meskipun berdasarkan undian, kami dijangka menentang lawan yang agak sengit," tambah Zakry.
"Kami tidak pernah menang ke atas Markis-Hendra pada semua tiga pertemuan kami sebelum ini tetapi saya harap, kami berjaya menewaskan mereka jika bertemu pada pusingan separuh akhir.
"Kami telah menjalani persiapan yang rapi dari segi mental dan fizikal dan kami kini mempunyai keyakinan yang cukup tinggi untuk menentang sesiapa sahaja."
Selain Zakry-Fairuzizuan, juara 2007, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga akan mengibar cabaran negara pada Seluruh England tahun ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|