View: 28079|Reply: 69
|
Jalan Penarikan : Sejarah laluan Hang Tuah
[Copy link]
|
|
Kajian sejarah laluan Hang Tuah
KUALA TERENGGANU - Satu kajian sejarah akan dibuat bagi menjejaki perjalanan Laksamana Hang Tuah yang menggunakan laluan air pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, kata Ketua PengarahUrusan Baung Utara Sdn. Bhd., Kapt. (B) Kamarul Hisham Mohamed Yusof.
Katanya, kajian akan dibuat dengan kerjasama pakar-pakar daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bagi menjejaki laluan yang pernah digunakan Hang Tuah bersama Tun Teja yang bermula dari muara Sungai Muar di Johor melalui Sungai Serting di Negeri Sembilan dan seterusnya ke Sungai Pahang.
"Dalam sejarah ada dua laluan penting yang digunakan oleh Hang Tuahbersama Tun Teja dan kita yakin laluan Sungai Muar, Sungai Serting (di daerah Jempol), seterus- nya Sungai Pahang adalah salah satu laluan yang digunakan ketika itu,'' katanya
.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama bersama UMT sempena Simposium Antarabangsa Pelestarian Sainsdan Pengurusan UMT yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Toh Chin Yaw disini semalam.
Perjanjian kerjasama itu bertujuan untuk melibatkan pihak berkenaan dalam menjalankan kajian sejarah berkenaan.
Kamarul Hisham berkata, Baung Utara akan menggunakan kemudahan serta mengeksploitasi kajian dan pembangunan dalam bidang maritim serta bertukar kemahiran dan latihan dengan UMT.
[ Last edited by Syd at 7-6-2009 19:16 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada cerita mengatakan Hang Tuah ni hantar pasukan intelligence nya dulu untuk buat risikan route yang dia bakal lalu ... lepas tu baru dia turun ... |
|
|
|
|
|
|
|
Laluan Sg Serting ni (aku tak ingat nama dia) bukan memang laluan perdagangan ke masa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Yang ada Jalan Penarikan 2 ker?
Kalo x silap aku Jalan Penarikan ni, jalan hubungan antara 2 sungai tuh.. sbb sungai Jempol & Pahang (kot) x bertemu..
So kapal2 ni akan di tarik melalui jalan darat nk pegi dari 1 sungai ke sungai lg satu, xpastila tarik pakai tenaga manusia ke, gajah ke, lembu ker..
Pasal 2 la name jln tuh Jalan Penarikan..
[ Last edited by BeskotCekelat at 4-5-2009 11:26 ] |
|
|
|
|
|
|
|
hang tuah nie wujud kaa? kejap tak wujud, kejap wujud......... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 laluan sungai tu dh jd darat dh kot |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 14-4-2010 16:42
Jalan Penarikan
In the old days, Pahang River and Muar River were nearly connected at a place called Jempol, in Negeri Sembilan. This was because the Serting River flows into the Bera River, a tributary of the Pahang River. Jempol River flows into Muar River. Trading boats from River Muar could continue their journey until they reach Kuala Pahang in Pekan, or Kuala Lipis to continue into Terengganu, Kelantan or Perak.
At Jalan Penarikan, the locals help will be required to pull the boats overland. The distance is about 300 meters and because of the pulling of boats overland, the route is named Penarikan, which is the Malay word for pulling.
Jalan Penarikan could have been discovered in the 14th century, way before the days of Malacca Empire. The Arab merchants were actively trading as well as spreading Islam. When Malacca was discovered, they came to Malacca for trade and at the same time; the Pasai came to Malacca too to acquire their daily sundries. Coincidently, these are the same group of people whom they spread the religion to. The Arabs complained to the Pasai about the trials and tribulations of trading in Siam because of the arduous journey through the Strait of Malacca, then on the Straits of Terbrau before they can continue the voyage through the South China Sea towards their destination in Siam. This voyage which take weeks is extremely lengthy and difficult. After listening to the grouses of the Arab merchants, the Pasai revealed that there was a short cut where they could avoid the arduous voyage.
However, they have to pull their boats off shore for a kilometer or so. Learning of this, the Arabs endeavoured to try out this route. One day, the Pasai show this route to the Arabs. First, they sailed from Malacca along the Muar River to reach Jempol River, where they have to pull the boats on shore for a short distance to get into the Serting River. They then continue their journey along the Bera River to arrive at Kuala Bera from which they proceeded to the South China Sea via Pahang River and finally to their destination in Siam. The Arabs discovered that even though they have to go on land for a part of the journey, it was very much shorter. So from that day onwards, they decided to use this route and Jalan Penarikan became famous ever since.
Jalan Penarikan played a vital role in the military operations between Siam and Malacca. Using this route, the Siamese have launched many attacks against Malacca. A troop was sent to make an ambush. Half of the troop stayed near Jalan Penarikan as backup and the other half attacked Malacca. However, the backup group has another mission, they have to dig a big canal measuring 30 feet by 20 feet in depth, so that they could connect the two rivers, Jempol and Serting River.
A leader of the Thai Army was later buried near Jalan Penarikan. The tombstone was believed to have been transported all the way from Thailand. The Siamese leader's grave could still be found near Jalan Penarikan. One interesting feature of the tombstone is that the year depicted was 1265.
Jalan Penarikan has also witnessed many significant events in history. The famous Malaccan warrior Hang Tuah, while on the run with Tun Teja, used Jalan Penarikan to flee to Pahang. The last Sultan of Malacca, Sultan Mahmud Shah, after the conquest of Malacca by the Portuguese had also used Jalan Penarikan to escape to Pahang.
In the year 1613, a Portuguese officer wrote that he took a boat from the River Muar to the Pekan, in Pahang and the journey took him six days. A map produced in 1598 showed that the Muar River and the Pahang River is connected at a place which is now called Serting, in Jempol Negeri Sembilan.
The Pahang River - Muar River route is a safer route to the South China Sea or to the Straits of Malacca, because there were no disturbances and threats of piracy that reign the seas.
Apart from that there were also signs of trading activities, whereby goods changed hands at this point. These means the boats from Pahang with the produce they carry stopped here, transact and pick up goods that are east bound and return back to Pahang. Similarly, boats from Muar, bringing goods from Malacca and Singapore were brought to Penarikan, where barter trade occurred.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Penarikan
JEMPOL 4 Julai - Jalan Penarikan mungkin antara lokasi pelancongan bersejarah yang tidak terkenal jika hendak dibandingkan dengan mana-mana tempat sejarah yang lain di negara ini. Disebabkan kedudukannya jauh di pedalaman daerah ini, tidak ramai menyedari bahawa Jalan Penarikan merupakan laluan utama pedagang ketika zaman Kerajaan Langkasuka.
Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu. Pengarah Muzium Negeri, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, Jalan Penarikan merupakan laluan darat tertua yang diketahui di Semenanjung dan sebahagiannya terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.
Beliau menyifatkan kawasan yang dikenali sebagai Londar Siam ini merupakan khazanah sejarah dan warisan bangsa yang perlu dipelihara supaya ia tidak luput dek perkembangan zaman.
''Sejarah mengenai Jalan Penarikan ini tidak dapat diketahui secara tepat memandangkan tiada catatan khusus mengenainya.
''Bagaimanapun jalan ini mula digunakan pedagang dari kerajaan pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur negara ini. Ia juga lokasi terpenting sebagai jalan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan Langkasuka dan kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, pada abad ke-13 dan ke-14, pedagang yang mahu ke Jalan Penarikan perlu mudik ke Sungai Muar (jika dari pantai barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pangkalan di Kampung Bukit Laka, Bahau. Dari pangkalan berkenaan, perahu atau jong iaitu kapal besar akan ditarik melintasi darat ke pangkalan yang terletak di Sungai Serting.
''Dari situ, jong ini akan menghilir Sungai Serting untuk masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang untuk sampai ke kuala iaitu di bandar Pekan, Pahang ketika ini," ujarnya.
Kawasan ini juga pernah dijadikan sebagai laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah diserang Portugis.
Katanya, terdapat penemuan menakjubkan di kawasan itu apabila tapak surau dan bekas kubur lama ditemui di beberapa tempat sekali gus menjadi bukti kedatangan pedagang di sepanjang jalan tersebut. ''Kita juga menemui beberapa bukti kedatangan pedagang ke sini berdasarkan penemuan seperti tapak surau dan bekas makam yang batu nisannya mempunyai ciri dan pengaruh Sumatera di beberapa buah tempat di sekitar kawasan ini.
''Kita tidak menemui artifak namun beberapa batu yang dipercayai digunakan sebagai tempat mengambil wuduk dan pengalas tiang pelantar surau, menyokong fakta yang tapak berkenaan merupakan bekas surau yang dibina sekitar tahun 1700 Masihi," ujarnya. Menurut Drs. Shamsuddin, Jalan Penarikan mula tidak dijalankan apabila penjajah Inggeris membina landasan kereta api menghubungkan Bahau dengan Kuala Lipis dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
Sources : http://rajamenangis.blogspot.com/2008/07/jalan-penarikan.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 HangPC2\ catat
Tengkiu hangPC2 kasik detail pasal jalan penarikkan nih..
Dulu time aku kecik2 aku ada baca kt majalah variasari kot..Time org siam tgh korek parit kat jalan penarikan nih dorang jumpa ulaq besaq kaler putih tgh berlingkau, pastu dorng kekah ramai2 buat buffet.. Pas mkn dorng semua mati muntah darah... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 Syd\ catat
Jalan tu orang panggil JALAN PENARIKAN...short cut dari barat Semenanjung ke Laut China Selatan...dah pernah keluar paper kisah tu siap dengan gambar lagi. Sungai yang menghubungkan barat dan timur Semenanjung hanya dipisahkan oleh satu kawasan tanah rata seluas 500 meter sahaja....di situlah sampan atau kapal terpaksa ditarik dengan gajah...jadi timbullah nama PENARIKAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Penarikan
Seorang tua yang dikenali sebagai Tok Ujang atau nama sebenarnya Hj Ujang Bin Dohat adalah salah satu individu yang masih mengetahui tentang sejarah Sg Pertemuan dan juga Jalan Penarikan. Beliau yang kini telah berumur 84 tahun dan menetap di Kg Jambu Lapan kira-kira 500 meter dari Sungai Pertemuan.
Menurut Tok Ujang Sg Pertemuan adalah pertemuan antara Sungai Jempol dan Sg Muar. Jempol dikatakan wujud pada kurun ke 14 iaitu sebelum kegemilangan Melaka lagi yang masyhur pada kurun ke 15. Orang-orang Pasai ini telah memeluk Islam sewaktu mereka masih menetap di Pasai lagi. Mereka telah di Islamkan oleh pedagang-pedagang Arab yang dulu begitu giat berdagang dan mengembara di serata dunia ini untuk mengembangkan Islam. Sewaktu Melaka dibuka, pedagang-pedagang Arab ini turut berdagang di Melaka untuk berdagang, begitu juga dengan orang-orang Pasai yang sering berkunjung ke Melaka untuk mendapatkan bekalan harian. Secara tidak sengaja pedagang-pedagang ini bertemu semula dengan orang-orang Pasai yang telah diIslamkannya dahulu.
Perdagang Arab ini kemudiannya menceritakan tentang kesukaran mereka berdagang kerana perlu Batu nisan Panglima Siam menggunakan jalan yang jauh untuk ke Siam dari Melaka. Menurut perdagang Arab tersebut mereka perlu melalui Selat Melaka, Selat Tebrau dan Laut China Selatan. Perjalanan tersebut memakan masa berminggu. Mendengar keluhan pedagang Arab tersebut maka orang-orang Pasai inipun memberitahu terdapat jalan pintas dari Melaka ke Siam, tetapi untuk melalui jalan tersebut mereka perlu menarik perahu mereka di satu tempat. Maka mendengar kata orang-orang Pasai tersebut, maka timbullah keinginan pedagang-pedagang Arab ini untuk mencuba. Pada hari yang telah ditetapkan, orang-orang Pasai inipun membawa pedagang Arab ini melalui Sg Muar. Daripada Sg Muar, mereka kemudiannya tiba di Kuala Jempol dan seterusnya melalui Sg Jempol. Dari Sg Jempol mereka terpaksa menarik sampan masing-masing lebih kurang sejauh sebatu sebelum masuk ke Sg Serting pula. Sungai Serting kemudiannya bersambung dengan Sg Bera dan membawa mereka ke Kuala Tahan. Daripada Kuala Tahan mereka terus masuk ke Laut China Selatan dan meneruskan perjalanan ke Siam. Aktiviti pedagang Arab yang sering berulang-alik menggunakan jalan ini akhirnya tersebar dan menjadi ikutan pedagang-pedagang lain. Sewaktu Melaka telahpun menjadi sebuah empayar, Kerajaan Siam pernah melancarkan serangan ke atas Melaka menggunakan jalan ini. Menurut cerita orang-orang tua, Siam telah meniggalkan sebahagian daripada tenteranya untuk menggali parit di Jalan Penarikan ini. Siam begitu yakin yang mereka akan memenangi pertempuran ini. Oleh itu mereka berhasrat untuk menemukan Sg Serting dengan Sg Jempol supaya mereka tidak perlu lagi bersusah-payah menarik kapal mereka. Parit yang mereka gali adalah sedalam lebih kurang 25 kaki dengan lebar lebih kurang 30 kaki. Namun begitu Siam gagal di dalam pertempuran menentang Melaka. Maka mereka terpaksa meninggalkan sahaja parit tersebut yang hanya tinggal lebih kurang 110 ela dari Sg Jempol.
Apa yang menariknya ialah tentang misteri kematian askar-askar Siam sewaktu menggali parit tersebut. Mereka dikatakan menemui seekor ular putih. Oleh kerana kehabisan bekalan makanan, maka mereka terpaksa memasak ular tersebut untuk dimakan. Apa yang peliknya semua askar yang memakan hidangan tersebut kehilangan nyawa sendiri tanpa diketahui puncanya. Ini termasuklah pembesar Siam yang menganggotai pasukan menggali itu. Pembesar tersebut kemudiannya dikebumikan di kawasan itu dan batu nisannya dikatakan diambil dari Siam. Rekabentuk batu nisan ini juga telah menjadi ikutan masyarakat Melayu hinggalah kini. Jika sebelum ini mereka hanya menggunakan batu sungai sebagai tanda bagi setiap kubur, selepas peristiwa tersebut mereka menggunakan batu nisan. Menurut cacatan batu nisan tersebut, ia bertanda 1265 M. Namun begitu cacatan tersebut tidak menepati sejarah kerana pada waktu itu Jempol masih belum wujud lagi. Mereka akhirnya menyimpulkan ia adalah mengikut tarikh masihi Siam.
Terdapat juga beberapa misteri yang terjadi di kawasan ini. Datuk Sempedang yang mengetuai rombongan orang-orang Pasai sewaktu tiba di tempat ini adalah seorang yang warak. Sewaktu Datuk Sempedang meninggal dunia, dia dikebumikan di kawasan Sg Pertemuan. Sewaktu banjir besar yang terjadi pada tahun 1971, kawasan kubur ini dikatakan tidak lansung dimasuki air sedangkan ianya terletak berhampiran kawasan sungai. Penduduk di kawasan ini mengatakan tiada lansung kesan air mahupun sampah-sarap yang kelihatan. Perkara ini turut disaksikan oleh Wakil Rakyat pada waktu itu iaitu Tuan Haji Khatib dan juga guru Sekolah Menengah Rendah Jempol Tuan Hj Ismail. Selepas habis cerita mengenai banjir tersebut, terdapat satu projek mengambil pasir di kuala Sungai Jempol. Untuk menjayakan projek itu, mereka terpaksa lalu di atas kubur Datuk Sempedang. Namun begitu perjalanan mereka sering mengalami masalah sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kubur tersebut. Pada awalnya enjin bulldozer tersebut tiba-tiba sahaja mati. Sebaik sahaja ia berjaya dihidupkan, bulldozer tersebut tidak bergerak, malahan ia bagaikan terbenam di dalam tanah. Kemudiannya sebuah lori penarik dihantar untuk menarik bulldozer tersebut. Namun begitu nasib lori tersebut juga sama seperti bulldozer tersebut. Lori itu bukan sahaja tidak mampu menarik bulldozer tersebut, malahan ia juga tidak mampu bergerak. Akhirnya mereka terpaksa membatalkan projek tersebut dan tidak pernah datang lagi ke tempat tersebut. Perkara ini diceritakan sendiri oleh pemandu bulldozer tersebut yang berbangsa Cina. Tidak lama kemudian kerajaan telah membina sebuah pam air berhampiran kawasan kubur itu hinggalah sekarang. Jalan Penarikan juga pernah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik antaranya ialah kisah Hang Tuah yang melarikan Tun Teja Ratna Benggala iaitu anak bendahara Pahang yang telahpun bertunang dengan Megat Panji Alam, anak raja Terengganu. Selain itu sewaktu penjajahan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511, Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mansur Shah telah membawa kerabat di raja menggunakan jalan ini untuk melarikan diri ke Pahang. Dengan penaklukan Portugis ke atas Melaka, maka berakhirlah empayar dan juga kegemilangan kesultanan Melaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan Penarikan
JEMPOL 4 Julai - Jalan Penarikan mungkin antara lokasi pelancongan bersejarah yang tidak terkenal jika hendak dibandingkan dengan mana-mana tempat sejarah yang lain di negara ini. Disebabkan kedudukannya jauh di pedalaman daerah ini, tidak ramai menyedari bahawa Jalan Penarikan merupakan laluan utama pedagang ketika zaman Kerajaan Langkasuka.
Kerajaan tersebut yang berkembang pada abad pertama masihi mempunyai kaitan rapat dengan Laluan Sutera yang merentasi pantai barat Semenanjung ke pantai timur satu ketika dahulu. Pengarah Muzium Negeri, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, Jalan Penarikan merupakan laluan darat tertua yang diketahui di Semenanjung dan sebahagiannya terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting.
Beliau menyifatkan kawasan yang dikenali sebagai Londar Siam ini merupakan khazanah sejarah dan warisan bangsa yang perlu dipelihara supaya ia tidak luput dek perkembangan zaman.
''Sejarah mengenai Jalan Penarikan ini tidak dapat diketahui secara tepat memandangkan tiada catatan khusus mengenainya.
''Bagaimanapun jalan ini mula digunakan pedagang dari kerajaan pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur negara ini. Ia juga lokasi terpenting sebagai jalan pergerakan ketenteraan dan pengembangan agama Buddha pada zaman kerajaan Langkasuka dan kerajaan Srivijaya pada abad keenam hingga ke-13 Masihi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Difahamkan, pada abad ke-13 dan ke-14, pedagang yang mahu ke Jalan Penarikan perlu mudik ke Sungai Muar (jika dari pantai barat), kemudian Sungai Jempol hingga ke pangkalan di Kampung Bukit Laka, Bahau. Dari pangkalan berkenaan, perahu atau jong iaitu kapal besar akan ditarik melintasi darat ke pangkalan yang terletak di Sungai Serting.
''Dari situ, jong ini akan menghilir Sungai Serting untuk masuk ke Sungai Bera dan akhir sekali ke Sungai Pahang untuk sampai ke kuala iaitu di bandar Pekan, Pahang ketika ini," ujarnya.
Kawasan ini juga pernah dijadikan sebagai laluan pemerintah kerajaan Melaka terakhir Sultan Mahmud Shah untuk berundur ke Pahang setelah diserang Portugis.
Katanya, terdapat penemuan menakjubkan di kawasan itu apabila tapak surau dan bekas kubur lama ditemui di beberapa tempat sekali gus menjadi bukti kedatangan pedagang di sepanjang jalan tersebut. ''Kita juga menemui beberapa bukti kedatangan pedagang ke sini berdasarkan penemuan seperti tapak surau dan bekas makam yang batu nisannya mempunyai ciri dan pengaruh Sumatera di beberapa buah tempat di sekitar kawasan ini.
''Kita tidak menemui artifak namun beberapa batu yang dipercayai digunakan sebagai tempat mengambil wuduk dan pengalas tiang pelantar surau, menyokong fakta yang tapak berkenaan merupakan bekas surau yang dibina sekitar tahun 1700 Masihi," ujarnya. Menurut Drs. Shamsuddin, Jalan Penarikan mula tidak dijalankan apabila penjajah Inggeris membina landasan kereta api menghubungkan Bahau dengan Kuala Lipis dan beberapa kawasan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hang Tuah berguru di HULU MELAKA.
Jaraknya 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka.
Di mana Hulu Melaka?
Melaka kecil sahaja, mana mungkin 7 hari 7 malam baru sampai?
Ramai orang kata Hulu Melaka itu Gunung Ledang.
Tetapi hakikatnya tempat itu adalah BUKIT PANAU di Tanah Merah, Kelantan, sebelah DANAU TOK UBAN tempat Masjid Sultan Brunei yang menjadi misteri hingga ke hari ini. Hang Tuah berguru dengan Shaikh Mohamad Saman, bapa saudara kepada Wali Songo.
Aku cadangkan satu ekspedisi diadakan untuk menguji adakah benar boleh sampai daripada Kota Melaka ke Bukit Panau dalam masa 7 hari 7 malam melalui jalan kaki + naik perahu ikut sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada Kota Melaka, Hang Tuah melalui Jalan Penarikan macam biasa hingga masuk ke Sungai Pahang. Daripada Sungai Pahang, Hang Tuah telah melalui sungai hingga ke Hulu di sekitar hulu Kuala Lipis iaitu di sekitar Merapoh yang mana sudah di sempadan Kelantan-Pahang. Kemudian terpaksa jalan kaki sehingga jumpa anak sungai Kelantan. Aku lupa apa nama sama ada Sungai Galas atau Sungai Nenggiri di Gua Musang. Dari sana naik rakit/sampan hingga ke Tanah Merah, Bukit Panau itu di tepi Sungai Kelantan. Perkiraan kasar memang ngam2 selama 7 hari 7 malam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 20-5-2009 09:44
Hang Tuah berguru di HULU MELAKA.
Jaraknya 7 hari 7 malam daripada Kota Melaka.
Di mana Hulu Melaka?
Melaka kecil sahaja, mana mungkin 7 hari 7 malam baru sampai?
Ramai orang kata Hulu Melaka itu Gunung Ledang.
Tetapi hakikatnya tempat itu adalah BUKIT PANAU di Tanah Merah,Kelantan, sebelah DANAU TOK UBAN tempat Masjid Sultan Brunei yangmenjadi misteri hingga ke hari ini. Hang Tuah berguru dengan ShaikhMohamad Saman, bapa saudara kepada Wali Songo.
ya, dahulu aq pnh dgr dari slh sorg org tua..sblm wujud nama malaysia, nama nya 'melaka'. tp, kesahihan nya aq xpasti. biler terdengar ttg hulu melaka di atas..kemungkinan Tanah Merah kelantan yg ditujukan.
ttg hang tuah wujud atau tidak, ape yg ku tau, Hang Tuah ghaib dan itu kelebihan yg ada pada peringkat2 wali..allahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya, ada tak kau terbaca underground tunnel kat kota melaka? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# unekspekted
ada ini bermakna Tanah Melayu sudah ada terusan mcm Terusan Suez? |
|
|
|
|
|
|
|
wow pendedahan yang gempak |
|
|
|
|
|
|
| |
|