|
Menggigil buat aksi ranjang
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap | KALI pertama muncul di layar perak, apakah namaYasmin Khanif, 21, akan dijulang kerana bakat lakonannya atau hanya dikenang sebagai bintang baru kontroversi kerana lakonannya menerusi filem Taubat Jalang sebagai Maria?
| Seperkara yang nyata, jika kebanyakan pelakon wanita teragak-agak membawakan watak 'gelap' apatah lagi untuk menjadi seorang jalang kerana bimbang berterusan dianggap sebegitu di luar lakonan, tindakanYasmin dianggap berani.
Beberapa babak yang sempat disaksikan pada majlis pelancaran filem Taubat Jalang di Perbadanan Kemajuan FilemNasional (Finas), Hulu Klang baru-baru ini, sudah cukup untuk mengklasifikasikan filem ini sebagai 18SX atau 18PL.
Masakantidak, sebahagian babaknya memaparkan betapa rakus Maria dirangkul dan dipaut lelaki berbeza, aksi di ranjang dan dirogol (menggunakan kamera trick').
Yasmin ketika ditanya tidak bimbangkah dia dengan kesan bakal diterima hasil lakonannya itu berkata, dia berharap persembahannya dinilai dari sudut lakonan.
"Saya bersetuju melakonkan watak Maria kerana berasakan sebagai pelakon baru, perlu cuba membawa semua watak.
"Tidak terfikir langsung untuk mencipta kontroversi atau meraih publisiti dengan mudah kerana orang tua saya pernah berpesan supaya jaga maruah. Saya sendiri pun tidak mahu menjadi popular kerana cerita kontroversi dan gosip menjatuhkan maruah.
"Terus terang,selain Maria satu watak mencabar, tawaran membintangi filem ini saya terima kerana suka dengan jalan ceritanya. Ia mengisahkan seorang wanita yang mahu keluar daripada kehidupan hitamnya dan kembali ke pangkal jalan.
"Filem ini menerapkan unsur kesedaran dan babak panas yang dipaparkan itu sebagai sokongan jalan cerita sekali gus memberi gambaran kehidupan lampau Maria.
"Saya berharap apabila filem ini ditayangkan, penonton lebih mengambil kira soal moral yangcuba dipaparkan keseluruhan cerita daripada sensasikan lakonan saya,"katanya.
Mencipta nama dalam dunia peragaan, Yasmin gembira keranadiberi peluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Ridzuan Hashim, Hairee Othman, Kuswadinata, Yang Kassim, Maria Faridah, Helmi Husaini, Faizal Hussein, Amy Lateef S Roomai Nor dan Roslan Saleh yang banyak membimbingnya.
Pun begitu, dia tidak menafikan setiap kali diminta melakonkan babak ranjang singgah perasaan malu sehingga badannya menggigil.
"Ada tiga babak ranjang yang saya lakukan dalam filem ini. Pertama dan kedua ialah ketika saya melakukannya bersama teman lelaki manakala ketiga ketika dirogol pengawal di kondominium.
"Sukar untuk menjiwai, rasa seperti hendak menangis lebih-lebih lagi ketika melakonkan babak dirogol. Penghayatan saya tidak sampai sehingga terpaksa melakonkan aksi sama berulang kali," katanya.
Taubat Jalang yang diarahkan Nazir Jamaludin dan diterbitkan De'baron Production, bakal ditayang kepada umum penghujung tahun ini.
[ Last edited by Syd at 7-5-2009 12:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Taubat Jalang... Panasnya Tajuk!
KL, 4 MEI 2009: Aaaaai...... ngerinya Miss Propa tengok judul-judul filem sekarang. Bagi Miss Propa, judul filem Raja Azmi, Anu Dalam Botol boleh dikira masih lagi berlapik sebab perkataan Anu itu boleh merujuk kepada orang atau si polan. Tentu kita pernah dengar orang-orang kampung cakap... "Alah, anaknya si Anu tu..." (dalam kes terlupa nama).
Tapi apabila mendengar tajuk Taubat Jalang ia membuatkan Miss Propa pun tersentak sebab bukan main daring lagi. Dulu tajuk filem U-Wei Hj Shaari iaitu Perempuan, Isteri dan .... pernah cetuskan kontroversi kerana asalnya .... itu sebenarnya adalah jalang juga. Tapi itu dulu, tajuk jalang sebegitu memang tak lepas tapi sekarang sejak zaman IT ni, semua boleh jalan nampaknya.
Tapi yang penting seperti mana tajuknya yang keras itu, jalan ceritanya juga gempak iaitu tentang kisah pelacur yang terpaksa jual diri untuk menyara hidup dan keluarga. Ia dilakonkan oleh semua pelakon baru yang Miss Propa pun tak ingat sangat nama mereka.
Cuma yang hairan, produser kita suka sangat buat filem yang memaparkan tentang gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Bukan menidakkan perkara yang boleh menjadi pengajaran itu tetapi kalau kita tengok Hollywood, dia orang lebih suka propa tentang kejayaan mereka, kehebatan mereka agar menunjukkan mereka bangsa yang hebat.
Kita pun sebenarnya boleh buat kisah yang dramatik tetapi sambil-sambil itu selitkanlah juga kejayaan negara kita seperti buat menara tertinggi di dunia, hantar manusia ke angkasa lepas, kisah hidup Dato' Michelle Yeoh, P Ramlee, Datuk Azhar Mansor meredah lautan atau ikon kita semua, Tun Mahathir.
Hai, susah-susah bagi Miss Propa jadi pengarah filemlah senang! Eee.... Propalah! |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk tak boleh bg yang elok2 sket ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk panas2 ni semua nya nak mencapap.. erk..apa rasionalnya cerita2 macam ni ek? sesikit sudah la.. ni x abih2 lagi.. dulu pasal tajuk rempit2,aku tgk skrg komain gile lagi mat-mat rempit..xde kesedaran pun tgk cerita2 macam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mat rempit la, bohsia la, jalang la...
aduhaiiiiii
boleh tak dikurangkan filem2 camnih kat mesia nih?
letih laa tgk citer adapted dr kisah benar kaedahnye nihhhhh
~ lama dh x tgk wayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
menanahh tajukknyerrr |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 choolakaw\ catat
Taklah.. kan menginsafkan.. maksudnya Lelaki jalang nak bertaubat kembali ke jalan benar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat tajuk taubat je tak boleh ke?
atau Taubat... (letak noktah banyak sikit) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 Syd\ catat
ala biasaler citer malaysia......untuk bagi org masuk pawagam.....
wat ler aksi geli2 mcm tu...jln citer tetap hampeh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Yasmin bukan 18SX
Oleh FIRDAUS SAHAT
[email protected]
Rap
KETIKA ditawarkan beraksi di layar lebar menerusi filem Taubat Jalang, hati kecilnya berlagu riang. Sebagai pelakon baru, dia tidak menyangka diberi peluang memegang watak Maria sebagai teraju utama filem itu.
Namun jauh di lubuk jiwanya, perasaan gementar dan takut bercampur baur. Masakan tidak, pertama kali menggalas peranan utama, Yasmin perlu memegang watak wanita 慾alang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Syd's post
aduhai filem melayu..konon nak buat filem pengajaran tapi pakaian heroin tetap juge macam jalang |
|
|
|
|
|
|
|
boleh lagi ke pakai word JALANG ni skrg???? |
|
|
|
|
|
|
|
heroin cam tak cun je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Optimis dua pendukung Jalang
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
HAMPIR dua dekad bergelar anak seni, Hairie mahu membuka lembaran baru dalam karier seninya apabila bakal bergelar pengarah filem tidak lama lagi.
FILEM Jalang hanya akan ditayangkan pada 26 November ini tetapi filem ini sudah menjadi buah mulut ramai.
Masakan tidak, ramai yang menunggu dan melihat adakah filem ini akan mencipta kontroversi seperti mana yang pernah tercetus menerusi filem Perempuan, Isteri dan ... (tajuk asal Perempuan, Isteri dan Jalang) pada tahun 1994.
Ironinya, judul mereka juga hampir sama yang menggunakan istilah jalang pada judulnya tetapi yang membezakannya adalah plot dan jalan ceritanya sahaja.
Menjalani penggambaran pada bulan November tahun lalu, kini filem Jalang sudah bersedia untuk menemui penonton dengan klasifikasi 18PL.
Filem arahan Nazir Jamaluddin ini dibintangi oleh Hairie Othman, Maria Farida, Yang Kassim, Helmi Husaini, Norlia Ghani, Ridzuan Hashim, Roslan Salleh, Faizal Hussein serta pendatang baru, Yasmin Khanif sebagai teraju utama.
Mendengarkan judulnya sahaja, pasti ramai yang berpendapat filem ini sengaja mengangkat subjek sensitif itu dalam mengeksploitasi wanita.
Tidak kurang juga, pasti akan ada yang berfikiran ini sarat dengan adegan seksual, mengghairahkan serta memberahikan.
Adakah benar filem ini diterbitkan sebegitu rupa? Hits berkesempatan bertemu dengan Hairie dan Yasmin untuk mengupas cerita di sebalik filem yang menelan belanja hampir RM1 juta ini.
Semua menjalang dalam filem ini - Hairie
AGAK lama juga pelakon ini tidak muncul di media selepas peristiwa dia digugurkan daripada membintangi filem Dimensi Cinta yang sehingga kini senyap tanpa sebarang perkhabaran terbaru.
Kata Hairie, bukan sengaja melarikan diri atau tidak mahu berdepan dengan media untuk membicarakan tentang hal itu.
Sebaliknya, dia mahu kisah itu reda dengan sendirinya sebelum dia tampil dengan kenyataannya.
“Ingin saya jelaskan di sini, tentang kes digugurkan dan dikatakan sukar dihubungi itu semuanya adalah dusta semata-mata.
“Saya dikehendaki untuk menghadiri satu majlis anjuran penerbitnya tetapi ketika itu saya memang tidak dapat hadir kerana saya berada di kampung atas urusan peribadi.
“Tiba-tiba sahaja, saya menerima SMS mengatakan saya digugurkan dan kemudian heboh kata saya ini kononnya sukar untuk dihubungi serta sukar dikesan selepas mendapat wang pendahuluan.
“Kalau benar saya ini tidak berdisiplin dan suka mengebas duit, orang tidak akan terus beri saya peluang berlakon selama 18 tahun saya di dalam industri,” katanya yang sendiri mempersoalkan perkembangan terbaru filem tersebut.
Mahu menutup kisah itu, Hairie tidak mahu lagi mengingati kisah itu dan mahu meneruskan kehidupan serta karier seninya yang lebih berfaedah untuk difikirkan.
Bakal bergelar seorang pengarah filem tidak lama lagi, Hairie atau nama sebenarnya Khairi Othman memberitahu ia adalah satu peluang terbaik untuk terus memperkasakan namanya.
Mengakui sudah letih dan penat selama hampir dua dekad menjadi seorang pelakon, jelasnya, sudah tiba masanya dia melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.
Filem pertama arahannya, Blues Untuk Aku yang akan menjalani penggambaran pada bulan Januari depan itu diterbitkan oleh De’Baron Sdn. Bhd., yang merupakan penerbit filem Jalang.
Menggandingkan vokalis kumpulan Kristal, Lan bersama Aaron Aziz, Yasmin Khanif, Marsha Milan Londoh dan pendatang baru, Suhaila Salam, Hairie sebenarnya teruja untuk menduduki kerusi pengarah.
“Sebelum ini saya menerima arahan daripada pengarah, tetapi kali ini saya pula yang akan mengarahkan pelakon.
“Saya hanya mampu berharap semuanya akan berjalan lancar seperti mana yang dirancangkan,” kata pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Kad Cinta pada tahun 1995 ini lagi.
Berbicara tentang filem Jalang, Hairie yang membawakan watak Benjamin Adam itu menyifatkan wataknya begitu suci dan bersih berbanding watak-watak lain yang kesemuanya hitam.
Biarpun watak itu tidak begitu mencabar, namun ia tetap memerlukan Hairie bermain dengan emosi serta penghayatan yang mendalam terutama babak terakhir filem ini.
“Apa yang boleh saya katakan tentang filem ini adalah semuanya menjalang dan ia tidak fokus kepada watak utama, Maria yang sanggup memperdagangkan tubuhnya demi kepentingan orang lain.
“Filem ini juga mahu memaparkan bahawa dalam dunia realiti hari ini sebenarnya ada kejadian dan kegiatan seperti ini yang berlaku.
“Terpulang kepada penonton dan masyarakat yang menontonnya kelak untuk mengambil mesej positif menerusi filem ini,” katanya yang turut menjadi penerbit bersama filem yang sebelum ini dikenali sebagai Maria dan Taubat Jalang ini lagi.
Saat ditanya tentang gandingan pertamanya bersama Yasmin, dengan penuh jujur pelakon berusia 38 tahun ini memberitahu pelakon jelita itu masih lagi mempunyai masa yang panjang untuk memperbaiki kelemahannya.
“Dia memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar untuk mencipta nama sebagai seorang pelakon terbaik terutama dari segi penghayatan,” ujarnya yang tidak mempunyai masalah untuk digandingkan dengan mana-mana pelakon sejak menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Jalang platform pertama Yasmin
PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah empunya nama Yasmin Khanif yang sememangnya dilihat sebagai daya penarik untuk filem Jalang ini.
Pertama kali menceburkan diri dalam bidang lakonan sememangnya memberikan satu pengalaman baru untuk anak jati Kuala Lumpur ini.
Memulakan karier sebagai pelakon iklan sejak berusia 14 tahun, Yasmin menyifatkan peluang yang diberikan oleh Imram Ismail selaku penerbit filem Jalang cukup berharga.
Katanya, bukan mudah sebagai pelakon baru sepertinya untuk diterima dalam sebuah filem yang mengangkat subjek berat seperti mana dalam filem Jalang ini.
Namun, di sebalik itu, Yasmin tidak dapat mengelak seandainya ada yang berpendapat dia menerima tawaran berlakon filem ini semata-mata mahu mengeksploitasi dirinya.
“Apa yang saya lakukan semata-mata untuk mencuba nasib sebagai seorang pelakon dan saya memang meminati bidang lakonan sejak kecil lagi.
“Cuma peluang lakonan itu tidak pernah datang kepada saya. Tentang filem Jalang pula, watak Maria yang saya bawakan hanyalah sekadar lakonan sahaja dan apa yang penting adalah mesej yang terkandung dalam filem ini.
“Saya mahu lakonan saya dan intipati filem ini dapat memberikan impak yang besar kepada penonton kelak,” kata si jelita yang berusia 21 tahun ini lagi.
Tambahnya, dia tidak menerima tawaran ini secara semberono tanpa berbincang dengan ahli keluarganya terlebih dahulu.
Malah, syarat ibunya jika dia mahu berlakon dalam filem ini ialah kakaknya mesti sentiasa menemaninya setiap waktu.
Saat ditanya kepuasan yang dicapai sewaktu membintangi filem ini, pemilik nama sebenar Rosyasmin Khanif menjelaskan masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
Malah, dengan penuh jujur Yasmin memberitahu, dia sudah bersiap sedia untuk menerima sebarang kritikan apabila filem Jalang mula ditayangkan pada 26 November ini.
“Saya tidak akan berasa menyesal membintangi filem ini sekiranya ia mendapat kecaman mahupun kritikan nanti.
“Perkara sudah berlalu dan saya juga sudah melunaskan tanggungjawab saya sebaik mungkin.
“Jadi saya fikir, tidak ada gunanya untuk menyesali atas tindakan saya membintangi filem ini,” ujarnya penuh optimis.
Satu yang pasti, kata Yasmin, dia tidak mahu menjadi seorang pelakon yang stereotaip dan diberikan watak yang sama seperti mana yang dibawakan dalam filem Jalang.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lakonan Yasmin dalam filem Jalang ini telah melayakkannya dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-22, Ogos lalu.
Namun, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila gelaran itu menjadi milik penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor yang memenanginya menerusi filem Talentime.
Menyambung bicara tentang filem Jalang, Yasmin mahu masyarakat dan peminat bersikap terbuka serta positif apabila menonton filem ini kelak.
Tidak menafikan judulnya merupakan satu tarikan, tetapi apa yang lebih penting bagi Yasmin adalah jalan ceritanya.
“Masyarakat selama ini sering kali berpandangan negatif dan skeptikal tentang istilah jalang itu sendiri.
“Tetapi, mereka harus datang sendiri dan menonton filem ini dan kemudiannya menilai sendiri apakah maksud tersirat di sebalik jalang itu serta siapakah sebenarnya yang jalang,” ujar anak bongsu daripada empat adik-beradik ini penuh bersemangat.
Biarpun filem Jalang belum lagi ditayangkan, Yasmin semakin mendapat perhatian apabila dua buah filem terbarunya sedang menanti untuk menjalani penggambaran iaitu Insaf dan Blues Untuk Aku.
Yasmin yang pernah membintangi beberapa buah telemovie mengharapkan bintangnya dalam bidang lakonan akan terus bersinar.
Menjadikan filem Jalang sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan nama dan bakatnya kepada masyarakat serta peminat, dia mahu terus berlakon selagi diberi peluang. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadikan filem Jalang sebagai platform terbaik untuk memperkenalkannama dan bakatnya kepada masyarakat serta peminat,
Dan orang - orang tua yang gatal yang bertitle Dat... |
|
|
|
|
|
|
|
mggu dpn kn kuar filem nie...ade org ke nk tgk? |
|
|
|
|
|
|
| |
|