View: 11399|Reply: 49
|
Yeah! Yeah! Musim buah dah tibo...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 1-7-2009 09:48
Karnival Jualan Buah-Buahan Bermusim selama dua bulan
| Orang ramai tidakmelepaskan peluang menikmati buah durian secara percuma pada KarnivalJualan Buah-Buahan Bermusim Negeri Sembilan 2009 di Seremban, semalam.
|
SEREMBAN 30 Jun - Musim buah-buahan tahun ini dimeriahkan dengan penganjuran Karnival Jualan Buah-Buahan Bermusim Negeri Sembilan 2009 oleh FAMA negeri selama dua bulan mulai esok hingga 30 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani,Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, karnival itu inisiatif FAMA negeri untuk mengatasi masalah lambakan pada musim buah-buahan.
Menurut beliau, aktiviti jualan khas buah-buahan tempatan sempena karnival itu diadakan di pasar-pasar tani FAMA, pekarangan bangunan kerajaan dan ekspo-ekspo pertanian sekitar negeri ini.
"Di samping itu, orang ramai boleh mengunjungi beberapa lokasi lain seperti Pasar Raya Besar Giant di Senawang, Taman Rekreasi Ulu Bendul di Kuala Pilah dan Kompleks Perniagaan Tampin Square di Tampin,"jelasnya.
Yunus berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran Karnival Jualan Buah-Buahan Bermusim Negeri Sembilan 2009 di Pasar Tani Mega Ampangan dekat sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah FAMA negeri, Sokri Mohd Nor.
Dalam pada itu, Yunus memberitahu, nilai jualan buah-buahan tempatan bermusim dan tidak bermusim bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini disemua pusat jualan seliaan FAMA negeri ialah RM2.47 juta.
Jelasnya, ia diperoleh menerusi jualan di 13 gerai buah-buahan segar(RM1,411,259), 21 pasar tani (RM852,301.50) dan Pusat Operasi FAMA negeri (RM208,478.32) sekitar negeri ini.
"Buah-buahan tempatan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran termasuk durian, rambutan, manggis, nangka, limau, belimbing, mangga, betik, nenas, tembikai, pisang, jambu batu dan buah naga," katanya.
Sementara itu, Yunus berkata, pemilik dusun buah-buahan yang telah diusahakan melebihi 20 tahun layak menerima bantuan baja daripada Jabatan Pertanian negeri.
Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan semua dusun buah-buahan seluas 709.8 hektar di sekitar negeri ini kembali subur berupaya mengeluarkan hasil yang mencukupi untuk pasaran tempatan serta eksport.
Sehubungan itu, kata Yunus, pemilik-pemilik dusun terbabit boleh menghubungi Jabatan Pertanian daerah masing-masing untuk pertanyaan serta maklumat lanjut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
balik nanti, bolehlah ese menikmati keindahan mata di sepanjang jalan dari Terachi ke Kuala Pilah.. kat Terachi tu kan byk pondok2 jual buah2ah..
merah sana, kuning sini, hijau sinun.. |
|
|
|
|
|
|
|
musim buah tibo neh ghamai la yang domam,batuk,sakit tokak bagai..macam berpasangan lak datang eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
time nih jugak laa
doctor2 tak monang kaki tangan
yang batuk doman bagai tu, standard laa
ni yang terkehel, terpeleot, terpecok jatuh pokok
kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
durian dah pueh makan kek dlm peti ais tu masih ado pongat durian yg tak abih yg montah pun ado lai ontah berapo lama ah tersimpan tu nanti.
sekarang ni tongah tinjau buat rambutan gading dan manggis. paling best manggis.den memang gomar buah buahan tempatan ni terutama rambutan, manggis, ciku, durian belanda, buah nona dan mata kucing.
tak lamo lai batuk lah ni sekarang ni tokak dah mula nak buek hal. ni sumo eh durian nya pasal. |
|
|
|
|
|
|
|
x sabar nak blk pilah jumaat ni..
nak hontam rambutan gading,maggis,durian & manggo..
sodap2.. jgn lopeh ni darah tinggi mencanak sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
sonang yo kalau darah tinggi mencanak tolan lah pulak buah belimbing buluh byk-byk gerenti turun darah tu nanti. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seminggu 7 hari makan gulai tempoyak
|
|
|
|
|
|
|
|
pakcik kayo
|
|
|
|
|
|
|
|
http://periukbelanga.img.jugem.jp/20070917_157624.jpg
Syd Post at 1-7-2009 14:09
sodap ehhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ღ menolan air liur den......
|
|
|
|
|
|
|
|
fav den tu..
lawan eee
ngan ikan masin
|
|
|
|
|
|
|
|
ღ ikan masin tak pandang pun takpo...den tak minat :kant:
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|