CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15410|Reply: 23

cerita kembali kisah dalam novel yg korang baca

[Copy link]
Post time 10-7-2009 02:00 PM | Show all posts |Read mode
Aku saje nak share kisah2 novel yang aku ada kat sini...aku maksudkan menaip kembali isi kat dalam novel tu untuk dikongsi bersama kawan2 yang belum pernah baca novel yang aku ada....kalau korang rajin untuk berkongsi sama pun lagi bagus dan sangat2 dialu-alukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2009 02:13 PM | Show all posts
Post Last Edit by marlisa_syazana at 10-7-2009 14:42

Tajuk Novel : KAU YANG SATU
Penulis : NIA AZALEA


BAB 1

Sudah lama Salina menopong dagu, melayani fikiran di atas pangkin. Semilir Laut China Selatan menyapa lembut wajah bersihnya. Jari-jemari Salina menyeka beberapa jurai rambut yang galak bermain di pinggir dahi. Sesekali langsir biru lembut di birai jendela menguak ganas, ditolak Angin Monsun Timur Laut. Salina senang dengan suasana damai sebegini. Fikirannya tenang melihat laut nan biru dan bot kecil teroleng oleng di permukaan air. Barangkali salah satu bot itu adalah bot ayahnya. Salina kurang pasti.

Teringat zaman persekolahan dahulu. Zaman kanak-kanak ribena...sentiasa ceria. Rasanya baru semalam, Salina meningalkan alam persekolahan. Walhal sebenarnya sudah hampir tiga tahun. Usianya sendiri sudah hampir menjangkau 22 tahun. Kalau kahwin sudah ada empat atau lima orang anak barangkali. Salina tersenyum sendirian. eh Kahwin? Dengan siapa?
" Mestilah dengan Prince Charming." Salina tergelak.
" Ellellelellalala...ingat aku tak tau siapa putera kau tu,"balas Normah, turut sama tergelak. "Alah...Zul Kan?"

Dari dahulu lagi Normah cukup gemar melagakan Salina dengan sepupunya, Zulkifli. kononnya jejaka paling kacak sekali di sekolah mereka masa itu. Walhal antara Salina dan Zulkifli bukannya ada apa2. Setakat kawan biasa sahaja.

"Isyyy..ada ke? Kau ni tak habis2 promote sepupu. Tak ada orang lain ke? Oooii... cek kak... ingat sepupu kau aje yang laku kat sini?" Sindir Salina.

Salina cuba menutup getaran di hati. Bila nama Zulkifli disebut, hatinya berbunga-bunga, bertambah indah. Tapi kena pandai2 coverlah. Kecil2 mana bole main cinta. Nanti emak bising. Pot-pet 24 jam. Normah tergelak mendengar kata2 Salina. Lesung pipit di pipi kanan Salina terserlah.
" Sungguh lah Ina, aku rasa memang Zul ada hati kat kau. Aku kenal sangat dengan abang sepupu aku tu."
Dan kenangan2 lama mula membuai indah, datang bersama-sama hembusan semilir. sekali sekala melayan perasaan, mengundang hati kecil menjadi sebak. Pilu dan gembira silih berganti.

hai...kalualah mak masih ada ketika ini, tentu mulut aku akan berpot pet sakan dan mak pasti akan melayaniku. Memberi kata2 nasihat dan segala macam petua. Ahh...mak! hatinya berdetik.

"Kau tu dah besar panjang. Pandai2lah jaga diri kau. Jangan sampai jadi buah mulut orang. Kita ni hidup bermasyarakat. Salah sikit...mulalah jadi perhatian orang," nasihat emaknya Saodah.

Saodah cukup bimbang apabila mendengar cerita yang anak gadisnya berkawan rapat dengan Zulkifli, anak teruna ketua kampung.

"Berkawan tu jaga elok-elok," pesannya lagi.
Saodah tidak mahu namanya dikait dan diumpat. Mak Bedah mahupun Kak Timah suka mencela. Nanti dikatakan yang Saodah hendak mengendeng anak ketua kampung. hendak berbesan. Sedangkan perbezaan keluarganya dan ketua kampung cukuo jauh. Dia sedar itu semua. Kalau mulut tempayan bolehlah ditutup. Ini mulut orang kampung, pasti susah hendak ditutup.

"Alah...mak ni... jangan suka dengar cakap orang."
Salina memeluk lengan emaknya dengan penuh mesra."Ina bukannya ada apa2 dengan Zul tu mak. Kawan aje. Lagipun dia tu senior Ina di Sekolah. Hah... sepupu Normah pulak tu. Mak janganlah ingat yang bukan2. Ina nak tumpu pada pelajaran dulu."
      

Di ketika ini, salina merasaka rumah kecilnya ini begitu kosong. Sunyi sepi. Walupun berkumandang suara Seelem Paul dan Khairil dari stesen radio ERA, masih belum dapat melayani kesunyian hati Salina. Waktu-waktu begini, Angah dan Ripin agaknya tengah bermandikan peluh. Mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Yang pastinya bila sampai, mereka akan terlentang di lantai rumah kepenatan. eg sekolah pun main campak merata sahaja. Tak senonoh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 02:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by mardhiah12 at 29-7-2009 11:12

3 tahun sudah berlalu. Namun kenangan itu seolah2 baru semalam berlaku. masih teringat gelak ketawa Normah yang begitu galak mengusiknya. Senyuman Zulkifli yang menggetar jiwa. Nasihat emak yang penuh hikmah. sekarang semuanya sudah berlalu. selepas tamat peperiksaan SPM, Normah terus mengambil keputusan bekerja di Kuala Lumpur.Sekarang ni, jadi model terkenal.Kalau tidak mana mungkin wajahnya sering menghiasi dada2 iklan. Zulkifli pula, di semester akhir jurusan Kejuruteraan Awam di UTM, Skudai, Johor.

Emak Salina yang sangat dirindui, Saodah telah menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Salina 3 tahun yang lalu. Ketika itu Angah dan Ripin masih mentah dan dia sendiri belum bersedia untuk memikul tanggungjawab keluarga. tetapi dia terpaksa. Dirasakan satu bebanan yang amat berat menimpa keluarganya. Namun demi adik2nya, Salina rela berkorban.
"Oiitt... kakak mengelamun ya! masak apa hari ni? Laparlah kak," sergah Angah.  
Angah baru sahaja sampai termengah2, lantas menyorong basikal dan diletakan di baah pokok kelapa. Angah masih lagi menyerigai.
"Hah ingat abang Zul ya?"

Merona muka Salina. Hai pantang sebut namanya! hati mula berdangdut suka. Sabar...kontrol! jerit hati kecilnya. Dikerlingnya Angah sekilas, yang terjelupuk kepenatan. Tidak berminat Salina hendak melayani kerenah adiknya itu. makin dilayan makin galak diusiknya. Sudahnya Salina mendiamkan diri sahaja.
"Eleh... Kak Ina ni... mengaku ajelah. Ingat Angah tak tahu! malu2 konon."
Angah tersengih lagi. Tudung sekolah yang dipakainya terus dilucut. Rimas dan panas!

"Arrgghh...Kak Ina ni x rock la...Bolayan pulak!Kang xbagi surat baru tahu," ugut Angah.
"Surat?" Bulat mata Salina."Mana?Mana? bak sini."
"Hukaloh...baru nak respon. asal sebut surat aje...suka hati lah tu. Nah!"

Dicampaknya surat yang diambil di kedai runcit sewaktu pulang dari sekolah tadi. Cepat2 dia berlari, masuk ke dalam rumah. Kalu tidak, mahu sahaja tangan Salina hinggap di pahanya. Sungguh bisa cubitan kakaknya itu.

Salina mengukir senyuman. Surat yang berada di tangan direnung. Setem bercop negeri Johor. Sudah tahulah Salina siapa gerangannya. Dan senyuman Salina semakin lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 03:57 PM | Show all posts
BAB 2

"TAHNAH ZUL!" ucap Salina kepada Zulkifli yang berjaya melanjutkan pelajaran di UTM, Skudai, Johor dalam Jurusan Kejuruteraan Awam. Selama sahaja perkataan itu keluar dari mulut Salina. Seolah2 tidak ada perasaan langsung kepada Zulkifli. Walhal dalam hatinya, bagaikan disiat2. Pedih! Sedih! Tapi apabila melihatkan wajah Zulkifli yang selamba itu, macam tak ada perasaan, hati Salina mula membeku. Kaku seperti air batu.

Zulkifli hanya tersenyum. Ahh...dia senyum lagi! Nak goda akulah tu? Piiiraaah! setakat senyum macam tu, belum tentu aku menangis siang malam rindukan kautau! bisik hati Ina.
"Terima Kasih. Zul sendiri pun tak sangka Zul diterima masuk ke sana. Semuanya kuasa Allah."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 04:25 PM | Show all posts
BAB 2

“TAHNIAH ZUL!” Ucap Salina kepada Zulkifli yang berjaya melanjutakan pelajaran di UTM, Skudai, Johor dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Selamba sahaj perkataan itu keluar dari mulut Salina. Seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada Zulkifli. Walhal dalam hati, bagaikan di siat-siat. Pedih! Sedih! Tapi apabila melihatkan wajah zulkifli yang selamba itu, macam tidak ada perasaan , hati Salina mula membeku. Kaku seperti air batu.

Zulkifli hanya tersenyum. Ahh… dia senyum lagi! Nak goda akulah tu? Piiiraaah! Setakat senyum macam tu belum tentu aku menangis siang malam ridukan kau tau! Bisik hati Ina.

“Terima Kasih. Zul sendiri pun tak sangka Zul diterima masuk ke sana. Semuanya Kuasa Allah.” Dia menjawab merendahkan diri. “Bila Zul sampai di sana nanti dan semuanya dah settle, insya Allah Zul akan kirimkan surat, okey?”

Seketika bola matanya mengalihkan pandangan kepada Angah dan Ripin yang sedang bertekak di bawah pokok kelapa. Nyaring suara Angah memarahi adik lelaki bongsunya itu.

Salina membetulkan tudung yang nampak beberapa jurai anak rambut. Sukar untuk dia menenangkan debaran di hati. Berdenyut kencang. Alah… pandang lah muka aku ni oooiit! Kang kempunan bila berjauhan. Aku kat Pahang…kat kampong pulak tu. Terpencil. Zul pulak kat Johor, negeri serba moden. Membangun dengan segala macam keindahan kota. Mana nak sama dengan perkampungan nelayan. Kalau macam ni, hilanglah sumber insperasi aku selama ini, detik hatinya.

“Alaaah… cakap aje. Nak tulis surat konon. Lama2 bila dah sibuk lupalah kita kat sini,” ujar Salina. Sekila dia menjeling kea rah emaknya yang tekun menyapu dedaun yang berguguran di halaman.

Sekali sekali Sulaiman, ayah salina turut berdehem2 , sambil tangannya ligat membetulkan pukat. Salina cuak, ayah kurang senang perhubungan aku dengan Zul. Mana tahu, mana tahu tanda orang tua tidak suka dengan perlakuan anak remaja. Barangkali difikirnya melanggar batas2 yang sepatutnya. Ah…orang tua! Bukannya nak berteru terang. Lebih banyak berkias dalam perlakuan. Bisik hatinya lagi.

“Susahlah Zul nak cakap. Tapi Zul bukannya orang yang suka memungkiri janji. Kita kawan pun dah lama. Bukan seharai dua.” Zulkifli menelan air liurnya. Kemudian berkata lagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 04:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by seribulan at 10-7-2009 20:29

BAB 2

“TAHNIAH ZUL!” Ucap Salina kepada Zulkifli yang berjaya melanjutakan pelajaran di UTM, Skudai, Johor dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Selamba sahaj perkataan itu keluar dari mulut Salina. Seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada Zulkifli. Walhal dalam hati, bagaikan di siat-siat. Pedih! Sedih! Tapi apabila melihatkan wajah zulkifli yang selamba itu, macam tidak ada perasaan , hati Salina mula membeku. Kaku seperti air batu.

Zulkifli hanya tersenyum. Ahh… dia senyum lagi! Nak goda akulah tu?Piiiraaah! Setakat senyum macam tu belum tentu aku menangis siang malam ridukankau tau! Bisik hati Ina.

“Terima Kasih. Zul sendiri pun tak sangka Zul diterima masuk ke sana. Semuanya KuasaAllah.” Dia menjawab merendahkan diri. “Bila Zul sampai di sanananti dan semuanya dah settle, insya Allah Zul akan kirimkan surat, okey?”

Seketika bola matanya mengalihkan pandangan kepada Angah dan Ripinyang sedang bertekak di bawah pokok kelapa. Nyaring suara Angah memarahi adiklelaki bongsunya itu.

Salina membetulkantudung yang nampak beberapa jurai anak rambut. Sukar untuk dia menenangkandebaran di hati. Berdenyut kencang. Alah… pandang lah muka aku ni oooiit! Kang kempunanbila berjauhan. Aku kat Pahang…kat kampong pulak tu. Terpencil. Zul pulak katJohor, negeri serba moden. Membangun dengan segala macam keindahan kota. Mana nak samadengan perkampungan nelayan. Kalau macam ni, hilanglah sumber insperasi akuselama ini, detik hatinya.

“Alaaah… cakap aje. Nak tulis suratkonon. Lama2 bila dah sibuk lupalah kita kat sini,” ujar Salina. Sekila dia menjeling kea rah emaknyayang tekun menyapu dedaun yang berguguran di halaman.

Sekali sekali Sulaiman, ayah salina turut berdehem2 , sambiltangannya ligat membetulkan pukat. Salinacuak, ayah kurang senang perhubungan aku dengan Zul. Mana tahu, mana tahu tandaorang tua tidak suka dengan perlakuan anak remaja. Barangkali difikirnyamelanggar batas2 yang sepatutnya. Ah…orang tua! Bukannya nak berteru terang. Lebihbanyak berkias dalam perlakuan. Bisik hatinya lagi.

“Susahlah Zul nak cakap. Tapi Zul bukannya orang yang sukamemungkiri janji. Kita kawan pun dah lama. Bukan seharai dua.” Zulkifli menelanair liurnya. Kemudian berkata lagi. "Ina nak suruh Zul bersumpah!Junjung Quran?"

"Ina x kata gitu."

Buat apalah nak junjung Quran tu. Bukannya aku x percaya. Junjung aku ni hah...lagi best!Gatalnya mulut aku ni! Getus hatinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-7-2009 04:34 PM | Show all posts
x paham aku nape system porem nie jadi cam nie?berduble duble pulak kuar
peliknya....momod nape jadi camtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2009 04:55 PM | Show all posts
“Ina nak suruh Zul bersumpah! Junjung Quran?”
“Ina tak kata gitu”
Buat apalah nak junjung Quran tu. Bukan aku tak percaya. Junjung aku lagi ni haa…lagi best! Ahh…gatalnya mulut aku ni! Getus hatinya.

“Ina study sungguh2 tau. Tahun depan dah nak SPM.”
Salina mengangguk.
“Kalau Ina nak sambung form 6 macam Zul dulu kemudian baru apply U pun x apa. Tapi kalau pergi U selepas SPM lagi bagus. Cepat sikit kita jumpa kat sana. Boleh lah zul sambut. Tapi syaratnya kena apply UTM ajelah.

Salina mengukir senyuman. Panjangnya angan2 Zulkifli.

Nak sambut aku konon! Sambut aku sebagai …? Sahabat? Kekasih? Junior? Teman sekampung? Silap2 haribulan Zul sudah pun mempunyai kekasih ketika itu. Hah siapa yang merana? Aku jugak! Buat bengkak hati aje kalau aku tengok. Baik aku study kat U lain. Tak pun masuk form 6. dekat pun dengan rumah. Boleh jenguk mak, ayah, adik2. Hatinya terus berkata2.

Ringan saja mulut salina hendak bertanya. Hendak Tanya tentang status perhubungan mereka. Kawan ke? Kekasih ke? Tapi dia malu. Bukan stailnya perigi mencari timba. Silap2 haribulan persahabatan baik mereka yang terjalin boleh terputus. Tidak berani salina hendak menanggung risiko.

Biarlah takdir saja yang menetukannya. Tidak tergamak dia hendak merosakkan persahabatan yang dibina.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2009 05:15 PM | Show all posts
Lagipun Salina perempuan. tidak manis hendak bertanya tentang hal demikian. Zulkifli sendiri tidak pernah berkata apa2. tidakkah pula dia hendak lebih2!
“Ina x dapat hendak menghantar Zul ke stesen esok.” Ujar Salina perlahan, menyembunyikan riak mukanya yang jelas nampak kecewa.
“Itu tak penting Ina, sekarang ni pun dah memadai. Dah cukup untuk mengiringi pemergian Zul.”

Zulkifli kelihatan cukup tenang. Tidak ada tanda2 sedih di wajah. Seketika dia melirik ke pergelangan tangan. Mengerling pada jam tangannya.
“Okeylah Ina, Zul kena balik dah ni. Ada lagi barang2 yang x abis pack. So, ingat pesan Zul, study elok2 tau.”
Salina mengangguk.”Jaga diri…”
Zulkifli hanya tersenyum.
Waduh bisa gugur jantung! Salina terpana seketika, sebelum bibirnya turt mengukir senyuman. Matanya menghantar gerak langkah Zulkifli yang menuju kearah ke dua orang tuanya, bersalam dengan Saodah dan Sulaiman. Berhemahlah katakana. Betu2 mewarisi keperibadian ayahnya.
“balik dulu Pak cik, mak cik.”
“Baik2lah kat tempat orang tu” Sulaiman memberi nasihat. “pak cik soakan kau selamat tamatkan pengajian kat sana.”
“Yalah, pak cik terima kasih.”
“Jangan lupa kami di sini,” ujar emak salina pula sambil melemparkan senyuman, mengingatkan Zulkifli anak muda yang sudah lama dikenalinya itu.

Zulkifli sekadar mengangguk. Sempat lagi dia membalas kerlingan Salina dan melambai2 tangannya kepada Angah dan ripin sebelum kelibatnya hilang. Tiba2 hati Salina dirundung sayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 08:29 PM | Show all posts
7# marlisa_syazana

porem ni mengong sket sejak petang tadik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 08:30 PM | Show all posts
kalau dia dabel post, juz edit...dia elok balik...kena ingat padam ayat edit kat atas tu...menyemak kalau dia kuar...sabo jerr larr....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 11:30 AM | Show all posts
banyaklah novel yang aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:56 PM | Show all posts
sri teringin nak syer novel yang sri dah baca dengan kengkawan. tapi sri tak reti nak cerita balik. kang asik2 salin sinopsis belakang buku. kalau belakang buku tu, orang lain pun boleh baca sendiri, betul tak?

macam mana lah nak jadi penulis novel yek? pening. bukan senang perkara yang direka,  bagi lojik, dan orang baca pun layan... je. rasa nak juga belajar menulis. ada tak kawan2 semua dengar mana2 bengkel terbuka untuk menjadi penulis? sri nak join
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2009 01:12 PM | Show all posts
mak aii..nak kene tulis tiap bab dlm novel yg di bace ke?

igtkan tulis summary jer.....

kalau nka tulis sume..jenuh la akak dik non....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 04:44 PM | Show all posts
KALO TULIS SIMPLE2 PUN XPE JUGA JANJI KENGKAWAN  YANG JENGUK KAT SINI PAHAM DAN SUKA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2009 05:01 PM | Show all posts
“If everything is okay, Mesra Resort should be ready in January”. Datuk Mustaza mengangguk2 kepalanya yang separuh dipenuhi uban.

“don’t worry about it Datuk. I’Il make sure the resort will be ready for this coming season.”

Okeylah kalau macam tu. And I want everything to be original. Tak ada simen campur macam projek mesra tower hari tu. Mujur tak runtuh! Kalau tak, siapa nak jawab kat mahkamah nanti?

“Baik Datuk. I dah arahkan supaya pembaikan dibuat. So for the time being, menara tu kena tutup dululah. And Datuk, I masih lagi siasat siapa yang menjadi dalang dalam hal ini. We’Il know soon, I promise you.”

Kent bangun dari kerusi empuk. Tangannya membimbit kemas fail2 projek mesra resort yang sudah pun ditandatangani oleh Datuk Mustaza.

“I minta diri dulu Datuk.”

Datuk Mustaza mengangguk. “Okay. If anything comes up, do inform me…direct! Taufik tu tak boleh diharap sangat. Faham!

Kent mengangguk lagi.

Sebaik sahaja tubuh lelaki sasa itu hilang, Datuk Mustaza melepaskan keluhan panjang. Sakit kepalanya memikirkan hal itu. Berdenyut2. pantang fakir kuat sikit, mulalah otaknya memprotes. Salah dia juga!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2009 05:18 PM | Show all posts
Sejak 20 tahun dahulu sampailah sekarang, Datuk Mustaza kurang mengambil berat soal kesihatan. Malah untuk dia menyerahkan syarikat ini kepada anaknya, Taufik pun dia masih kurang yakin. Entah mampukah Taufik mentadbir syarikat ini? Pengalaman pun masih kurang. Baru hendak belajar.

Datuk Mustaza bekerja kuat membangunkan Mesra Holdings bukan untuk dirinya tapi untuk isteri dan anak tunggalnya. Biar mereka hidup bahagia. Dia tidak mahu Datin Aisyah, isteri yang dikahwinnya itu menyesali keputusannya meninggalkan keluarganya yang kaya raya demi cinta mereka.dia mahu membahagiakan dtain Aisyah  dan Taufik. Dia hendak membuktikan pada keluarga mertuanya yang anak petani juga standing . mampu bersaing.

Mata Datuk Mustaza tiba2 tertancap pada model mesra mesra resot, yang terletak di sudut pejabat. Satu demi satu kenangan  bertandang. Pasir putih…ombak berbuih…bot kecil…wajah Sulaiman…Salina…
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 10:04 AM | Show all posts
Baca novel " Something blue " by Emily Giffin.
X tau nak cerita camne...
Tapi yg pasti Heroin novel ni Darcy sgt jujur,x tahu nak sembunyi perasaan sendiri.sgt naif dan manja.
kalau kena marah,akan cuba menjawab tapi dalam hati terima nasihat org tu.Kalau terasa nangis sorang2 je,tak pandai nak tarik simpati org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 10:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by cik_ted143 at 21-7-2009 10:26

Novel 'Kau Yang Satu" nie salah satu novel yg aku ske....
"OMBAK RINDU"....novel pertame yg ak beli...tahun 2002 xsilap aku(form 4)....aku ingat lagi...duit belanja abah ak bg ak simpan...sanggup xmkn nie...sbb nk kmpl beli novel....hehehe
dr si2 minat ak timbul.....ske kumpul novel.....dh 9 tahun dh la ak kumpul novel.....alhamdullilah dh penuh dh rak buku ak 2....hehehe
siap abah ak ckp..."klu kamu kmpl blk novel nie...kamu jual dh bape kamu dpt?"....hehehe
last novel yg ak bce...yg ak rse nie mmg best giler..."Andai Itu Takdirnya"
klu sape lom bace lagi.....dptkan di psaran skang!!!!!!!!!hehehe heroin die nme ALEYA n hero die namenye SYED AIZRIL ADAM.....mmg xrugi beli....keluaran PRIMA...."SELAMAT MEMBACA"
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 10:34 AM | Show all posts
Kisahnyer camni....
Darcy berkawan baik dengan Rachel dari kecik,Darcy lebih cantik drpd Rachel tapi Rachel lebih pandai drpd Darcy.
So Darcy selalu dpt sesiapa saje yg dia idamkan smpi kengkadg dia x sedar dia ambil pujaan hati Rachel spt Ethan ngan Marcus.
Tapi rachel ni baik sabar je dgn sikap Darcy so lgla darcy rasa dia xde buat salah dgn Rachel.
Rachel jugak yg kenalkan Darcy dgn Dex smpila diaorg bertunang.Rachel sentiasa jd shoulder to cry on utk Darcy smpikan Dex pun suka ngadu ngan Rachel.
Sehinggalah satu hari masa besday Rachel,Rachel dgn Dex tlh bersama dan curang pada Darcy.padahal lagi lebih kurang sebulan wedding Darcy ngan Dex... Sedih time ni coz pershbtn hancur....Darcy marah sgt ngan Rachel dan ckp xnak jumpa Rachel smpi bila2.
Tapi yg bestnyer si Darcy ni suka x sedar kesilapan sendiri,dia sendiri pun prnh curang ngan Dex,dia tidur dgn kwn Dex,Marcus smpi mengandung.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.126843 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list