CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 102280|Reply: 1136

Kisah Mistik Catstitch Vol. II

[Copy link]
Post time 17-9-2009 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by catstitch at 2-12-2010 13:05

Dengan rasa Rendah Diri Dan segannya, cat dengan ini membuka rumah Baru part II. Bkn ape, masih ade lagi kisah2 misteri yang cat bole kongsi dengan kalian sekelian. Kalau anda semua ade cerita menarik yang ingin dikongsi bersama Cat di rumah ini pon cat alu alukan. Marilah kita bertukar tukar pendapat, cerita,misteri, seram dengan jayanya. Di bawah ni, cat sertakan link untuk ke Rumah Mistik Catstitch Vol. I kepada sesiapa yang ingin menyelak laman yang dh lama tuh. Welcom ke Rumah Seeerrraaammm ini.....

link rumah pertama..
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=425700&extra=page%3D4

Di bawah ni, Cat sertakan link untuk anda semua terus membaca kisah2 misteri dan mistik. Bukan Cat sahaja yang update cerita di rumah ni, bahkan kawan2 yang lain juga. Cat buat cenggini supaya member2 yang cat sayang sumer or mana2 SR dapat terus ke link tersebut. Kalau ade daripada cerita Mistik yang korang update kat rumah ni tapi cat terlepas pandang, sila bagitau cat ye.. bole cat tambah mana yang tertinggal. Selamat membaca...

Semangat Roh Part I & II
Kisah Makcik Cleaner Part I
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&page=1&extra=#pid33735106

Kisah Mistik Eryne81 (Gangguan kepada Eryne& Anak)
Kisah Makcik Cleaner Part II
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D2&page=3

Keris Misteri
http://mforum5.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=4

Kisah Mistik no46 ( Saka kakak ipar no46)
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=5

Kisah ismiulammraja (Memulihkan Orang Koma)
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=7

Misteri Pocong Part I
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=9

Misteri Pocong Part II
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=11

Mahluk Hitam Pendek
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=13

Kisah Mistik Ketotmerah (Di”follow” 2entiti @ lab & rumah)
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=14

Cat mengamok
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&pid=33905995&page=27&extra=#pid33905995

Kisah Mistik Ketotmerah Part I,II & III(Jin Tinggal Di Badan Merah)
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&

Kisah Mistik Eryne
Part I Jin Kristian tinggal dlm badansepupu Eryne
Part II Mengenakan Sepupu Eryne MenggunakanIlmu Hitam
http://mforum4.cari.com.my/post.php?action=edit&fid=173&tid=437891&pid=33735106

Kisah Mistik Eryne (org hantar gangguan pada supupu eryne)
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=31

Saka Kuda Kepang
http://mforum2.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=32

Bunyi apakah itiew
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D2&page=33

Bahana mulut celupar
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=35

Bertarung dalam mimpi
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=37

1.Pulangkan..... Pulangkan.......2. Koleksi cerita Wak Takrib (Sekumpulan mengamalkan ilmu khurafat)
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=38

Pelajar Perempuan Yang Lemah Semangat
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=39

Diikori 3 Entiti
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=40

Kejadian Di Alor Setar Kedah - Cerita pendek
http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=42

Terserempak lembaga hitam - cerita pendek
http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D1&page=43

terserempak entiti di jalanan (ada 2 cerita)
http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=page%3D5&page=45
Berkenalan dengan orang baru
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=437891&extra=&page=46

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2009 03:11 PM | Show all posts

Semangat/Roh

Post Last Edit by catstitch at 17-9-2009 15:57

Ape yang cat nak ceritakan ni, terpulangla padakorang nk percaya ke tidak. Sebab kadang kadang macam tak logik, tapi ini lahkebenarannya…. Kisah ini sudah 2 tahun berlalu Maksudnya ia terjadi pada tahun2007 sebelum masuk bulan Ramadhan.

Kisahnya begini, Satu hari, Salim dan Bachiktelah membonceng motosikal bersama sama untuk pulang ke rumah. Mereka inibersaudara. Kira ipar duailah.
Entahbagaimana, kunfayakun, mereka terlibat dalam sutu kemalangan ngeri
di Johor Bahru. Kemalangan berlaku diantaramotor dan juga traktor. Korang bayangkanlah, traktor, punyalah keras besinya. Betultak? Adeke patut, traktor tu keluar simpang main larung jew tak tengok kiri dankanan. Yang motor ni memang la dengan laluan dia. Kerana kecuaian pemandutraktor ni kemalangan itu berlaku dan kedua duanya pembonceng motor cederaparah dan dimasukkan ke wad ICU.


Kami sekeluarga dalang melawat mangsatermasuklah Rafi. Cat pendekan cerita, keluarga kedua dua mengsa memintapertolongan Rafi pada memana yang patut. Jadi Rafi pon cuba laberusaha, mana tahu boleh membantu. Haiyark!! Mcm ne nk explain eks.. Gini,setiap org dlm diri dia ada satu semangat tau samaada ia kuat atau tidak. Lagiksatu contoh, katalah korang tidur dan korang bermimpi, roh korang entah kemana2kan?? Lepasturoh akan masuk semula ke badan kan?Sementara roh tu keluar, korang masih lagi bernyawa kan? Haaa… mcm tu lebih kurang.. korangfaham fahamkan la eks..

Semangat Salim masih kuat. Apabila dipanggildan menarik roh itu, dia datang. Sebab sebenarnya rohnya dah sesat tak tahukemana. Complicated kan?Ala, korang bayangkanorang tengah koma mcm cerita seridewi malam lakonan Maya Karin dan Jeslina Hasyim.Selepas ditarik, semangat itu semakin hampir, ke kawasan hospital tapi tidakterus ke badan tuannya. Ia memakan masa juga la. Sementara tu, Salim masih lagikoma. Esoknya, Rafi berkata “ Semangat dia dah hampir ke hospital ni dan masihberkeliaran, tak lama lagi ok la tu”(means sampailah tu) Keesokan harinya, Salimtelah dipindahkan dari wad ICU ke wad biasa. Itu tandanya semangat or rohnya sudahsampai ke badan Salim… Dan selebihnya bergantung kepada kekuatan semangat itu danterus meneruskan perubatan moden seperti biasa….Rafi hanya tolong sikit sikit….Korang pecaya tak ni… terpulanglah eks

Bagaiman pula dengan kisah Bachik….. tunggu…. Catcubaupdate harini juga…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2009 03:11 PM | Show all posts

Semangat/Roh part II

Post Last Edit by catstitch at 17-9-2009 16:48

Ok, ni pula kisah Bachik. Bachik masih lagi koma. Tiada lagi perubahan berlaku padanya dan masih lagi memerlukan bantuan pernafasan. Seperti mana Salim, Rafi cuba menolong memanggil semangat yang hilang (hihi mcm lagu XPDC pulak) Tapi ini semua dangan izin Allah. Kalau Allah tak izinkan mungkin ada sebab disebaliknya. Namun ade sedikit kesukaran dalam menjejak semangat bachik ni.Dia hilang entah kemana. Tak berapa seketika, rafi telah meng’scan’ soul Bachik dan mendapati dia telah disembunyikan oleh dua ekor momok yang mengambil soul itu semasa berlakunya kemalangan. Jadi semangat itu tidak dapat ditarik balik. Dua momok tu mmg ada di kawasan itu semasa kejadian itu berlaku. Patutla masa Rafi try scan at the 1st time tak dapat. Rupanya dah kena kipnap sama itu momok.

Kira, makan hari juga la kes ni. Lepas tu,dengan izin Allah, roh atau semangat itu dapat diambil semula dari dua momok itu dan cuba menariknya kembalik ke tubuh Bachik. Lepas ia bebas, ia kembali berdekatan ke hospital. Sama macam kes Salim di atas, ia berada di sekitar hospital dan semangat itu sudah ada. Sekarang bergantung kepada diri bachik sendiri sama ada semangat itu kuat atau tidak dan juga dengan keizinan Allah. Masa cat lihat Bachik, cat dapati, mmg dia tidak ada harapan untuk hidup. Tiap-tiap hari bacaan yasin dibacakan ke telinga dia dan dibisikkan kalimah syahadah ke telinganya. Allah itu maha penyayang. Bachik kembali ke Rahmatullah dan kempali kepada penciptanya..At least, dia sudah dibebaskan dari dua momok itu. Bila cat cerita tentang ini,mungkin ramai yg sangsi atau kurang percaya. Macam tak masuk akal pon ade kan??
Entah la….

Di bulan puasa, mak Arwahyarham bachik terasa seolah2 bachik berada di lama rumah dan seakan-akan ternampak kelibatnya di dapur, ditinggap dan daun pintunya maknya tak tak kisah la kerana itu roh anaknya. Bachik meningal beberapa hari sebelum puasa.

Tamat…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2009 03:12 PM | Show all posts

Kisah Makcik Cleaner Part I

Post Last Edit by catstitch at 18-9-2009 10:30

Kisah Makcik Cleaner ni dh diceritakan pada cat pada tahun 2002. kira dh lama jugak la.

Cat pendekkan cerita je la eks. makcik Cleaner ni dh terkena ilmu hitam daripada orang yang mendengkinya. pantang melihat makcik cleaner bahagia dan senang sikit, mulalah jaki dan sebagaimya. Klo nak ikotkan, makcik ni tak payah kerja pon tak apa sbb anak2 memberi wang saku setiap bulan. Tapi sbb makcik cleaner ni bosan dok rumah dan tak ada aktiviti, dia sengaja minta kerja sebagai cleaner, satu tempat dengan kilang yg cat bekerja masa tu.Cat namakan dia makcik Jah ok.

Mak cik Jah tetiba terasa kakinya sakit-sakit dan bengkak- bengkak seperti penuh air di dalamnya. Terutamanya di bahagian pergelangan kaki. Seminggu dua ok lagi dan makcik Jah masih boleh berjalan. Tapi bulan bulan seterusnya, dia tidak bolah berjalan dan kakinya semakin berbisa bisa. Bila makcik Jah pergi ke Hospital, tiada apa2 masalah berlaku dan tak sakit apa-apa. Entah macam mana, suatu pagi, apabila dia bangun dari tidur dia lihat tulang lembut di bahagian pergelangan kaki yg berhampiran buku lali sudah tiada.. Korang tulang lembut sudah tiada!!.. mcm mana dia nak berjalan..Ops, lupa, kaki sebelah kanan yg kena tu. Dia pon menangis nangis dan meraung melihat kakinya. Dia pon pergi ke hospital dan x-ray kakinya. Allahuakbar!! mmg tulang itu sudah tiada!! Doktor yang merawatnya juga hairan. Mana perginya tulang itu?? Akhirnya, doktor tak dpt berbuat apa, hanya memberi pil2 biasa utk menahan sakit dan antibiotik sahaja.

Akhirnya, dia telah berjumpa seorang pengamal perubatan traditional. Dan pergi berubat dia sedut darah di kawasan pergelangan kaki itu. Darah yg hanyir lagi busuk yg amat mengalahkan air longkang. Dan berbulan bulan makcik jah tak boleh jalan. Bagaimana proses perubatan tidak pula cat ketahui sbb makcik Jah tak ada bercerita pada cat. Tapi, Cat melihat sendiri kesan kaki hasil dari buatan orang itu. lembut beb!! mmg tiada tulang!!Kawasan yg tidak betrulang itu kelihatan agak kecut dan berkedut2 Alhamdulillah dengan kuasa tuhan, sembuh juga kaki Makcik Jah dan magiknya... dia boleh berjalan tanpa tulang lembut di pergelangan kakinya...

Tapi, penyakit hasat dengki tetap bermaharajalela di hati org yg iri hati... kali ini Makjah Selamat.. lalu dicubanya dengan cara lain yg lebih Dahsyat.. Nantikan kisah seterusnya......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:12 PM | Show all posts
salam cat.. ada cerita baru yehh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:14 PM | Show all posts
nak cerita baru.. kat benang len sume borak je lebih, ceritanya takde, huhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2009 03:16 PM | Show all posts
tahniah cat..dapat rumah kedua..
boleh share cerita kan..ok nanti saya share
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:18 PM | Show all posts
okay.. nanti kite pon akan sediakan cerita gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 03:19 PM | Show all posts
uolss dpt perkenan bukak umah baru ek.. tahniah.. pehni tepek ah cite kt umah sewa y uolss bakal duduki ittew ekk.. iolss tungguuuu... :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 03:42 PM | Show all posts
hi cat.... tahniah. .dah ada umah baru... kena bagi cite rbyk2. .blackred nak citer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2009 03:44 PM | Show all posts
Hi, N, nemo,merah,heniey&blackred....
tq sbb bertandang ke umah cat yg tak seberapanya ini.. Cat sedaya upaya akan menepek cerita harini.... utuk bacaan korang yg cat sayang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 04:08 PM | Show all posts
salam akak ku...

huhu sorii tercicir kat belakang.....ri ni masuk keje petang daa.sebb tu lambat kemain..
paper pun tahniah ats pembukaan rumah baru ituw....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 04:09 PM | Show all posts
yuhuuuu gen dtg ke umah cat ini dan mengepost sempena fes page ehehhehe..

gen nunggu sambongannyaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 04:12 PM | Show all posts
cat..
cepat ler update citer..
tak sabo nak baca nie...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 04:14 PM | Show all posts
yuhuuuu gen dtg ke umah cat ini dan mengepost sempena fes page ehehhehe..

gen nunggu sambongannyaaaaaaaaaaaaaaaaa
genchi Post at 2009-9-17 16:09


hye kak gen..lama xdgr citer...sihat sekrg?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2009 04:21 PM | Show all posts
Hi Pu3,N, Libra,Genchi,nemo, haniey, N,merah bleckred cat dh update sambungannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 04:31 PM | Show all posts
haha, baru la best bace cite antu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 07:12 AM | Show all posts
salam cat
morning everybody
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 07:51 AM | Show all posts
morning semua...

hi ketot...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 07:52 AM | Show all posts
hi hani..
wow! awal sgt hani hari ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.341907 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list