CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26411|Reply: 22

Tukar Status Tanah

[Copy link]
Post time 13-10-2009 09:28 AM | Show all posts |Read mode
salam geng .. au nak tanya sket .. blha tak kalau tanah status pertanian ditukar ke status bangunan atau industri ? bagaimana caranya ? berapa pulak nak kena bayar ? kat sapa aku blh buat rujukan ? tanah MCL .. seluas 9 ekar .. tqvm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2009 10:19 AM | Show all posts
boleh
tukar syarat dr pertanian ke bangunan
nk wat pe? housing scheme?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:20 AM | Show all posts
boleh
tukar syarat dr pertanian ke bangunan
nk wat pe? housing scheme?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:20 AM | Show all posts
boleh
tukar syarat dr pertanian ke bangunan
nk wat pe? housing scheme?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 10:41 AM | Show all posts
boleh, gi jer pejabat tanah........
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2009 02:12 PM | Show all posts
Ni KakTi copy paste dr PTG Selangor, lain tempat mungkin beza skit tp boleh la buat panduan:


PERMOHONAN TUKAR SYARAT TANAH


MAKLUMAT AM


Apa Itu Tukar Syarat Tanah

Mengenakan / mengubah jenis kegunaan tanah, mengenakan / meminda syarat nyata /sekatan kepentingan dengan mengenakan yang baru untuk membolehkan tanah tersebut dimajukan bagi maksud lain daripada kategori asal.

Jenis-Jenis Tukar Syarat Tanah

Mengena / mengubah jenis kegunaan tanah dan mengena / meminda syarat nyata tanah di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), Kanun Tanah Negara.
Secara serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah di bawah seksyen 124A, Kanun Tanah Negara.
Serah dan berimilik semula di bawah seksyen 204D, Kanun Tanah Negara.
Serah di bawah seksyen 197 Kanun Tanah Negara dan berimilik di bawah seksyen 76, Kanun Tanah Negara.
Bagaimana Untuk Memohon

Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah Daerah yang berkenaan.
Dipohon oleh pemilik tanah sendiri.



PROSEDUR


Cara Membuat Permohonan

Mengisi 2 salinan borang 44C(Jadual XVI) - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c), atau
Mengisi 3 salinan borang 7D - permohonan di bawah seksyen 124A, atau
Mengisi 3 salinan borang 12D - permohonan di bawah seksyen 204D, atau
Mengisi 3 salinan borang 12A dan 2 salinan borang jadual 1 - permohonan di bawah seksyen 197 dan 76.
Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
Permohonan hendaklah disertakan:
7 salinan pelan tatatur dan pelan pra hitungan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76. (Tanah-tanah yang termasuk di dalan kawasan Simpanan melayu - pelan tersebut tidak perlu disahkan oleh Jururancang Bandar Bersekutu); atau
15 salinan pelan yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bersekutu - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c);
1 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124A, 204D dan 197 & 76; atau
3 salinan Laporan Cadangan pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa - permohonan di bawah seksyen 124(1)(a) dan (c) (Tambah 1 salinan lagi jika untuk tujuan industri)
Sijil Carian Rasmi yang asal (Borang Jadual 4C - RM50.00 bagi satu hakmilik).
Resit bayaran cukai tanah tahun semasa;
1 salinan hakmilik tanah
Surat persetujuan bertulis daripada pihak yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah sama ada pemegang gadaian, kaveat atau tuntutan faedah di bawah mana-mana undang tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.
Permohonan oleh syarikat, hendaklah disertakan dokumen-dokumen berikut;
1 salinan Buku Undang-Undang Tubuh syarikat (Memorandum And Articles Of Association)
1 salinan terkini Ahli Lembaga Pengarah Syarikat - Borang 49.
1 salinan terkini Pemegang Saham Syarikat - Borang 24

BAYARAN

Bayaran Yang Dikenakan

Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 124(1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara bagi satu hakmilik ialah:
  a) Kurang daripada 1 hektar RM 50.00
b) Melebihi daripada 1 hektar hingga 10 hektar RM 100.00
c) Melebihi 10 hektar

- 10 hektar pertama

- tambahan setiap 1 hektar / bahagian berikutnya

RM 100.00

RM 10.00




Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 124A, Kanun Tanah Negara bagi setiap hakmilik ialah:
a) Kurang daripada 10 hektar RM 100.00
b) 10 hektar hingga 50 hektar RM 300.00
c) Melebihi 50 hektar RM 500.00



Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 204D, Kanun Tanah Negara bagi setiap hakmilik ialah RM 150.00;
Bayaran pejabat bagi Tukar Syarat Tanah di bawah Seksyen 197 dan 76, Kanun Tanah Negara bari setiap hakmili ialah:
Untuk Bangunan :
a) Kurang daripada 1 hektar RM 50.00
b) 1 hektar hingga 10 hektar RM 100.00
c)


Melebihi 10 hektar RM 200.00
Untuk Syarikat :
a) Kurang daripada 1 hektar RM 100.00
b) 1 hektar hingga 10 hektar RM 200.00
c) Melebihi 10 hektar RM 300.00


Premium Tambahan Dikenakan
Daripada "Pertanian" kepada kegunaan berikut :-
Bangunan Kediaman - 15% daripada nilaian tanah semasa
Industri - 20% daripada nilaian tanah semasa
Bangunan Perniagaan - 30% daripada nilaian tanah semasa
Daripada "Bangunan kediaman" kepada kegunaan berikut:-
Industri - 10% daripada nilaian tanah semasa
Perniagaan - 10% daripada nilaian tanah semasa
Daripada "Industri" kepada kegunaan berikut:-
Bangunan Perniagaan - 10% daripada nilaian tanah semasa
Daripada bangunan perniagaan kepada kegunaan berikut :-
Industri - RM 1,000 namaan selot
Kediaman - RM 1,000 namaan selot
Tanah Simpanan Melayu - 1/2 daripada kadar yang dikenakan.
KUASA MELULUS
Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
Pengarah Tanah dan Galian Selangor - bagi Tanah Simpanan Melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2009 02:20 AM | Show all posts
salam geng .. au nak tanya sket .. blha tak kalau tanah status pertanian ditukar ke status bangunan atau industri ? bagaimana caranya ? berapa pulak nak kena bayar ? kat sapa aku blh buat rujukan ? ta ...
DecK Post at 13-10-2009 09:28


boleh pergi ke pejabat tanah dan daerah, isi borang utk tukan syarat tanah, tanah tu dah ada bangunan ke?paling cepat biasanya cara biasa makan masa dekat setahun juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 08:19 AM | Show all posts
MCL ni tanah kat melaka kan...?
klu nk zidlan tlg PM la yerk...
x pn email jer kat zidlan at yahoo dot com
bleh minta tlg kat kwn di pej. tnh m.t / jasin tp klu a.g takdela
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2009 02:48 PM | Show all posts
kalau 2 hektar tanah pertanian kat PD (tepi pantai sebelah hotel) nak convert kpd lot2 banglo agak2 berapa ya? Kalau viable nak jugak aku usahakan tanah kak ipar aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2009 03:28 PM | Show all posts
kalau 2 hektar ada 20,000 meter persegi ataupun lbh krg 215,000 kaki persegi....
besar gak tu... klu satu banglo luasnya antara 5 ke 10 ribu kp...
blehla dapat dlm 30 unit (+- dgn rizab jln longkng dsb)
eh banyakla gak tu...
klu jd nk buat bgtaula... zidlan ada kwn sama2 g kursus tanah dulu yg bleh bg petlgan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:50 AM | Show all posts
kalau 2 hektar tanah pertanian kat PD (tepi pantai sebelah hotel) nak convert kpd lot2 banglo agak2 berapa ya? Kalau viable nak jugak aku usahakan tanah kak ipar aku.
cmf_Veritas Post at 14-10-2009 14:48


boleh jer
tp bergantung kpd zonning
dr Jabatan Perancang Bndar dan Desa
pepun, dapatkan khidmat nasihat dr
pej tanah berdekatan dgn tanah tu

cz peraturan tanah negeri antara satu2 negeri
ada bezanya
mcm kakti paste dr laman PTG tu pn da
byk membantu

cuma ada sesetgh prosedur antara negeri berbeza.
mcm melaka, ada tanah adat n prosedurnya berbeza skit lar
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 07:54 AM | Show all posts
kalau 2 hektar ada 20,000 meter persegi ataupun lbh krg 215,000 kaki persegi....
besar gak tu... klu satu banglo luasnya antara 5 ke 10 ribu kp...
blehla dapat dlm 30 unit (+- dgn rizab jln longkng  ...
zidlan Post at 14-10-2009 15:28


a'ah
dlm 215k kaki persegi..
kalo banglo min requirement
10kaki kiri kanan n umah, 20-25kaki (xsilap aku lar)
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:27 PM | Show all posts
10# zidlan

aku segan nak approach kakak ipar aku tu sebab dia mcm tak kisah jer....nanti aku pulak nampak beria-ria....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 05:29 PM | Show all posts
boleh jer
tp bergantung kpd zonning
dr Jabatan Perancang Bndar dan Desa
pepun, dapatkan khidmat nasihat dr
pej tanah berdekatan dgn tanah tu

cz peraturan tanah negeri antara satu2 negeri
...
dewi_sakura Post at 15-10-2009 07:50


thanks......nanti aku convince kakak ipar aku. Nak senang terus ambil developer usahakan tanah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 06:57 PM | Show all posts
13# cmf_Veritas itula mentaliti org melayu skrg... ada tanah x diusahakan, lebih baik terbiar dari diusahakan....
sebab tula masa zaman hang tuah sapa yg usahakan dia dapatla tanah tu...
kdg2 cemburu dgn org yg x tau berbakti pd tanah ni...
tu sebab harta pusaka yg melibatkan tanah ni byk org melayu je yg x selesaikan takut sgtla org gadai ke jual ke.....
kolot betul.... mcm makcik zidlan yg takut nk tunjukan geran tanah nenek kat kg....
maklumla zidlan ni keje bhgn tanah.... :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 08:38 PM | Show all posts
15# zidlan

sebab tanah tu mcm benteng terakhir harta melayu yg perlu mereka pertahankan sebab lepas tu dah tak ada apa2 lagi yg tinggal. Dahlah ekonomi dan hartanah2 seperti rumah, kedai, kondo di bandar2, pejabat2 kaum lain yg banyak pegang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2009 11:44 PM | Show all posts
susah sgt JV je buat kedai bumiputra...
propose 1 utk ts isa samad
sewakan sahaja buat medan selera ke kedai tayar ke yg boleh pelancong manfaatkan
klu dpt kat den habih dikojokan dah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 01:31 AM | Show all posts
17# zidlan

jgn ekau kojokan dah dapek duit poi lak boli merc mato bulat...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 10:49 PM | Show all posts
tu jwpn stendet kontraktr meLAYU....
tp duit jana duit... tanpa duit ape bleh buek....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 01:01 PM | Show all posts
kalau 2 hektar tanah pertanian kat PD (tepi pantai sebelah hotel) nak convert kpd lot2 banglo agak2 berapa ya? Kalau viable nak jugak aku usahakan tanah kak ipar aku.
cmf_Veritas Post at 14-10-2009 02:48 PM


1st step pg jer jumpa jurukur berlesen kat mana2 lah ( area pd lagi baik )
bawak geran asal..dan bagi cadangan apa yg kita nak buat dgn tanah tuh
dia akan draft satu plan mengikut keinginan kita...bila dh setuju baru proses tu jalan

bayaran yg dikenakan aku x pasti berapa..tapi aku pernah buat utk satu ekar pecah 6 lot banglo
semua habis dlm 5-6k jer...jangkamasa setahun gak la..sbb kena kelulusan peringkat majlis daerah..PTG dll lagi

( bayaran bergantung juga pd nilai tanah tersebut..lagi tinggi nilai,tinggilah kosnya )

bila dh deal ngan jurukur...mereka akan buat semuanya...(tukar status dan juga pecahan lot)
tuan tanah cuma sediakan duit jer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.068975 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list