CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5582|Reply: 32

keta TERmahal di doniya!!!

[Copy link]
Post time 27-10-2009 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Kereta termahal





KERETA SUV keluaran Dartz Kombat, Prombron Monaco Red Diamond Edition mungkin kereta termahal di dunia dengan harga £1 juta (RM5.64 juta), namun harga itu berbaloi dengan pelbagai ciri-ciri keistimewaannya.

Kereta terbaru Dartz ini memiliki bingkai cermin disadur emas, ekzos tungsten tulin manakala meternya pula bertatahkan berlian. Tempat duduknya pula disalut dengan kulit paling lembut di dunia, kulit kemaluan seekor ikan paus.


Lebih mengkagumkan, seluruh bahagian luar SUV ini dibuat daripada bahan kalis peluru, Kevlar, selain vodka yang ditawarkan untuk setiap pembeli bagi meraikan ulang tahun ke-100 Dartz.

Bagaimanapun, laman web Dartz menegaskan, arak itu bukan untuk diminum tapi dipamer umpama satu bahan seni. Hakikatnya, botol yang diguna untuk vodka itu sangat berharga dan dijual dengan harga £790,000 (RM4.45 juta) sebotol pada tahun lalu.

Menurut laman web Dartz, botol itu adalah replika kotak radiator yang diguna untuk kereta Russo-Baltique dan dibuat daripada duit syiling emas yang dihasilkan antara 1908 hingga 1912, detik awal syarikat itu menghasilkan kereta pertamanya.

Penutup botol itu diperbuat daripada emas putih dan kuning dan mengandungi replika Helang Diraja Russia yang bertatahkan berlian.

Akhir sekali, botolnya pula diperbuat daripada bahan kalis peluru setebal 30 sentimeter.

Kereta dan vodka itu dihasilkan untuk Pameran kereta mewah eksklusif Top Marques yang akan berlangsung di Monaco tahun depan.

Kereta itu dihasilkan syarikat pengeluar kereta perisai yang digunakan pemimpin terkenal seperti Vladimir Lenin, Leon Trotsky dan Tsar Nicolas.

Jurucakap Dartz mengesahkan kulit kemaluan ikan paus digunakan untuk menyalut tempat duduk kereta itu.

“Kapal mewah milik Aristotle Onassis, Christina O yang menggunakan kulit sama untuk tempat duduk barnya menjadi inspirasi kami. Ada yang melabel kami gila kerana melakukannya tapi bagi kami, paling penting keluaran terbaru ini perlu memiliki produk paling mewah di pasaran,” katanya.

Kereta seberat empat tan dan memiliki enjin V8 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 450 kuasa kuda, pengeluar kereta Pombron itu turut mendakwa kereta itu bukan saja kalis peluru tapi juga kalis letupan bom tangan.

“Pada masa lalu Lenin dan rakannya di era revolusi, Trotsky menjadi pelanggan kami. Versi terbaru ini akan dilancar pada 2012 khas untuk Amerika Latin sempena mengingati kematian Trotsky yang dibunuh dengan pemecah ais di Mexico pada 1940.

“Atas sebab itulah, versi Latin akan memiliki kapak pemecah ais,” kata jurucakap itu lagi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci kereta itu dan hanya menyatakan ia akan didedah di depan Putera Albert dari Monaco di Top Marques yang akan dilancar April tahun depan.




jom beli jom......LMFAO...jeezzzzzzz berapa worang agaknyer  yg nak beli keta ni hah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 12:16 PM | Show all posts
`Kereta terbaru Dartz ini memiliki bingkai cermin disadur emas, ekzos tungsten tulin manakala meternya pula bertatahkan berlian. Tempat duduknya pula disalut dengan kulit paling lembut di dunia, kulit kemaluan seekor ikan paus.'

tak kuasa teman nak beli kete ni...setiap kalu bawak aje, mesti teman kena mandi wajib pas tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:18 PM | Show all posts
mahalnyaaa....org terlampau kaya je  bolehh blii
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:20 PM | Show all posts
Kereta terbaru Dartz ini memiliki bingkai cermin disadur emas, ekzos tungsten tulin manakala meternya pula bertatahkan berlian. Tempat duduknya pula disalut dengan kulit paling lembut di dunia, kulit kemaluan seekor ikan paus.


kalu tempat duduknya dibuat dari kulit kemaluan buaya ~ anis mesti suka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:20 PM | Show all posts
disalut dengan kulit paling lembut di dunia, kulit kemaluan seekor ikan paus....
amazed Post at 27-10-2009 12:10 PM


gile mahal keta ni....hohoo...klo la pakcik kayo....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:27 PM | Show all posts
gila mahal.. leh beli berpuluh2 kete..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 12:29 PM | Show all posts


tak lawo pong
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:32 PM | Show all posts
itu ke...?? xcantek la...
aku membayangkan ala2 limo....tesasar rupenye...hehehh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 12:34 PM | Show all posts
memang kulit haiwan kat situ paling lembut ker?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:41 PM | Show all posts
Exterior:




Interior:


Ish! Kalau seats diperbuat dr kemaluan ikan paus, haruslah ak x nak naik......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:43 PM | Show all posts
hahahahaha
bab kulit paling lembut tu paling aku tak tahan nk gelak
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:49 PM | Show all posts
...kesian ikan paus itew
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:11 PM | Show all posts
pada aku la..

kalau duit dah melimpah2 sampai sungai klang...ada bagus la aku pi haji banyak kali...pehtu sedekah banyak pada fakir...kalau boleh..nak buat bisness dekat madinah..dekat dengan mekah..jadi boleh tiap2 hari aku solat kat masjid nabawi...mintak Allah perkenankan permintaan dan doa aku neh...AMINNN...

hai..bilaaa la nak kaya giler neh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:18 PM | Show all posts
better buy mercedes.pehtu taruk kemasan cam dlm keter tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:14 PM | Show all posts
tak lawapun
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:52 PM | Show all posts
Jurucakap Dartz mengesahkan kulit kemaluan ikan paus digunakan untuk menyalut tempat duduk kereta itu.



camner la ghuper nya ituuwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 03:43 PM | Show all posts
macam manalah besarnya kemaluan ikan paus tu sampai boleh salut kerusi?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:22 PM | Show all posts
kasihan ikan tu, dlm manyak2 menatang, kemaluan si ikan jugak yang manusia bekenan.........

ya ampunnnn.......

goliden
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:39 PM | Show all posts
sib baik kemaluan ikan pauss.. kalau guna kemaluan bab1 camno tuhh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 06:50 PM | Show all posts
camno laei....solamek la kitooo..tak yah susah2 nak poie boli keto tuhh...haraaaaaaaaaammm!kot kalau terkincit?basah seluor..dahhh nak kono samak!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.333161 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list