CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7868|Reply: 37

IMEJ HANTU MUNGKIN ROH ISTERI BANGSAWAN

[Copy link]
Post time 18-2-2010 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by AsSaMbOi at 18-2-2010 14:20

  
[size=85%]GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Britain menunjukkan imej hantu (kanan) di Istana Gwrych, Wales yang dipercayai roh Winifred (kiri).

ABERGELE, Wales - Gambar hantu yang dirakam pemilik sebuah syarikat,Kevin Horkin di tingkap sebuah istana terbiar di sini mungkin roh seorang bangsawan, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar itu yang menghubungi pakar-pakar melaporkan, imej wanita tersebut mungkin roh Winifred iaitu isteri kepada pembesar Earl of Dundonald yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Wanita itu mewarisi Istana Gwrych pada 1894 yang dikatakan sebagai salah satu tapak paling berhantu di United Kingdom.

Penduduk tempatan di Abergele, utara Wales percaya wanita itu bergaduh dengan penjaga istana berkenaan, Bill Price dan mengganggunya selepas dia meninggal dunia pada tahun 1924.

Price akan mengunci perpustakaan pada waktu malam di istana itu pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, dia mendapati terdapat barang yang telah dialih secara misteri.

Seorang penulis kisah hantu, Mark Baker memberitahu bahawa hubungan Price dan Winifred tidak begitu baik.

"Mungkin masalah itu berterusan sehingga mereka mati," kata Baker.

Namun, bekas jurugambar, Harry Moffitt, 76, percaya bahawa hantu itu ialah orang gaji yang mati akibat terjatuh dari kuda.

Moffitt mendakwa dia ternampak hantu yang sama semasa mengunjungi istana itu 60 tahun lalu. - Agensi


section 2-

[size=85%]GAMBAR yang dirakamkan oleh Horkin menunjukkan imej hantu di Istana Gwrych, utara Wales.

ABERGELE, Wales – Seorang jurugambar, Kevin Horkin telah merakamkan gambar menyeramkan yang menunjukkan hantu seorang wanita muda ditingkap sebuah istana terbiarl di utara Wales, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan di lokasi yang dianggap antara paling berhantu di Britain, Istana Gwrych yang terletak di Abergele,Utara Wales.

Imej itu mencetuskan misteri kerana secara realitinya manusia tidak boleh berdiri di tepi tingkap tersebut kerana  lantainya sudah pecah.

Horkin, 48, yang juga pemilik sebuah syarikat memberitahu dia melihat imej hantu itu semasa memuat turun gambarnya.

“Ia merupakan hari yang dingin semasa saya pergi ke istana itu tetapi ia seakan-akan panas apabila saya berada berhampiran bangunan,” kataHorkin.

Horkin percaya imej itu ialah seorang wanita yang pernah tinggal di istana berkenaan.

Dia bercadang untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai imej itu dengan pasukan mencari hantu.

Istana itu dibina pada tahun 1819. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 02:27 PM | Show all posts
real ke..hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:31 PM | Show all posts
antu lawoooo.....kurang seramm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:32 PM | Show all posts
seram juga kalau tgk dpn mata..
tp cantik la diaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:32 PM | Show all posts
kenzeng...ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:32 PM | Show all posts
cett..
ko ingat asal hantu je musti muka hudoh ke medd..??  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2010 02:34 PM | Show all posts
zaman sekarang nih susah mau percaya....
tambah lagi org putih punya gambo....
lagik susah mau picaya.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:35 PM | Show all posts
tajuk huruf besau..hahahahaha..aku ingat Poshbabe punye thread daaaa...
hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 02:35 PM | Show all posts
cett..
ko ingat asal hantu je musti muka hudoh ke medd..??  
d34n Post at 18-2-2010 02:32 PM


mihahahhaa.......kalau hantu cantik camni...tak la dipanggil hantu...bygkan kalau hantu cantik ni terbang sebelah muto aku...mau aku berenti suh bonceng dean...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:36 PM | Show all posts
zaman sekarang nih susah mau percaya....
tambah lagi org putih punya gambo....
lagik susah mau picaya.........
ctaz Post at 18-2-2010 02:34 PM


Kaaannn......senang2 je adjust kat Photoshop...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:38 PM | Show all posts
Iskhhhh terdetik di fikiran aku...Kalau cun hantu pun apa salahnya...bley ambil petua cemana nak awet muda...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:38 PM | Show all posts
kenapa hantu mat salleh lawo-lawo ...
mengapa pula hantu melayu hudoh-hudoh ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:38 PM | Show all posts
mihahahhaa.......kalau hantu cantik camni...tak la dipanggil hantu...bygkan kalau hantu cantik ni terbang sebelah muto aku...mau aku berenti suh bonceng dean...
medangmru Post at 18-2-2010 14:35

jgn lepas ko bonceng, muka dia otomatik jd hudoh dah la medd..
abes ko pulas minyak pun dia relek je dia bertenggek  kat givi box tu ko karang....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:40 PM | Show all posts
jgn lepas ko bonceng, muka dia otomatik jd hudoh dah la medd..
abes ko pulas minyak pun dia relek je dia bertenggek  kat givi box tu ko karang....
d34n Post at 18-2-2010 02:38 PM


Errrrrr.....kene cabut Givi Box aku nampak gaya ni......punggung aku kat seat belakang.....camner kan dia nak numpang...mihahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:41 PM | Show all posts
kenapa hantu mat salleh lawo-lawo ...
mengapa pula hantu melayu hudoh-hudoh ...
matabelalang Post at 18-2-2010 02:38 PM


ade wehh antu Melayu Lawa...tu ha Maya Karin...maria Menado...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:43 PM | Show all posts
kenapa hantu mat salleh lawo-lawo ...
mengapa pula hantu melayu hudoh-hudoh ...
matabelalang Post at 18-2-2010 14:38


teknologi botox dan suntikan kologen hantu omputeh belom smpai ke tanah melayu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2010 02:47 PM | Show all posts
cam lukisan jer!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2010 02:52 PM | Show all posts
hantu omputih selalu berjemur tengah panas tepi pantai....
tu tang kulit jadi cntik....
tp klo hantu lawa cmni...
jujur assamboi ckp.....
ari ni gak packing brg,trus g wales,nk paku kepale hantu ni...
leh jd manusia n kawen.....
bt bini bes woooooooooooo....hehehhehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 02:59 PM | Show all posts
hantu cunn..tp gambar mcm x real jer
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2010 03:02 PM | Show all posts
han2 ke nie?
yeke?
cam drawing je pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 1.025256 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list