CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5647|Reply: 20

Istana misteri

[Copy link]
Post time 23-2-2010 02:00 PM | Show all posts |Read mode
ari tu aku gi jalan tengku berdekatan dengan the mall...
aku ternampak istana besar bapak besar yang takde penghuni dalam dier...
korang tau citer pasal istana nie??...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 02:06 PM | Show all posts
The Mall???kat maner...cuba lebih spesifik skit...

Kalau ada gambar lagi marbeles...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:14 PM | Show all posts
istana yg nk kene roboh tu ke? bkn kerabat brunei nyer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:17 PM | Show all posts
tu kan istana adik sultan brunei yg nama Jefri ..yg ader kes ngan sultan brunei dulu then sultan hold seme aset adik dia tu .. dah lama dah terbengkalai istana tu .. budak2 drug duk curi besi buruk jer kat situ tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:19 PM | Show all posts
ada picturenyer tak....somebody pls google....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:21 PM | Show all posts
pergh... kalah aku nye firasat.. takde klu takde ape cume 'the mall' je leh tau tu kat brunei...
hebat hebat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2010 02:26 PM | Show all posts
from Utusan - June 2008

Istana kerabat Brunei terbiar
KUALA LUMPUR 28 Jun - Warga kota meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) segera mengambil tindakan terhadap istana hinggap milik kerabat diraja Brunei yang terbengkalai sejak sekian lama tanpa sebarang usaha untuk mengatasi masalah itu.

Tinjauan Mingguan Malaysia di sekitar istana tersebut yang terletak di Jalan Tun Ismail di sini mendapati keadaan bangunan yang terbiar itu kini mencacatkan pemandangan indah ibu negara.

Istana tersebut turut dipercayai menjadi sarang penagih dadah sekali gus mengundang gejala tidak sihat di kawasan berkenaan.

Penjaga tempat letak kenderaan, Karunanithy Kannaipan, 36, menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia mencacatkan pemandangan indah di ibu negara.

"Istana itu mencemarkan imej bandar raya Kuala Lumpur sebagai sebuah negara membangun dan akan mewujudkan kesan yang tidak baik kepada pelancong," katanya.

Pemandu, Mohd. Idros Ramli, 48, berkata, pihak berkuasa harus mengambil tindakan segera ke atas istana yang terbengkalai sejak sekian lama itu.

"Projek pembangunan itu harus disiapkan secepat mungkin kerana fizikalnya yang begitu strategik akan mengundang persoalan di kalangan orang ramai.

"Seandainya tidak ada pihak yang ingin meneruskan projek pembangunan itu maka ia seharusnya dirobohkan atau diubahsuai menjadi kolej pendidikan," ujarnya.

Kakitangan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Nor Arnina Azman, 21, berkata, istana tersebut terbiar sejak sekian lama dan mewujudkan satu keadaan yang kurang selesa bagi penduduk sekitar kawasan itu.

"Istana itu wajar dirobohkan atau digantikan dengan projek perumahan kerana ia akan memberi kebaikan kepada orang ramai dan akan membantu mencantikkan pemandangan di sekitar kawasan tersebut," katanya.

Seorang guru, Noratikah Sulaiman, 35, pula mencadangkan agar istana tersebut dijual kepada orang lain supaya projek pembangunannya dapat diteruskan dan disiapkan dengan segera.

Pengawal keselamatan, Aiman Azhar, 23, turut berpendapat supaya istana tersebut dirobohkan dan diganti dengan projek pembangunan yang lebih berfaedah.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, pihaknya telah pun membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk diambil tindakan selanjutnya.

''Buat masa ini DBKL tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita perlu tunggu keputusan mahkamah,'' katanya ketika dihubungi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:27 PM | Show all posts
ini ka???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2010 02:31 PM | Show all posts
owh
terbengkalai atau abandon?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 02:49 PM | Show all posts
besar tapi syang xsiap yekkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:17 PM | Show all posts
sayangnya..kalau dapat di-refurbish kan jadi hotel memang nampak grand!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 03:53 PM | Show all posts
pergh... kalah aku nye firasat.. takde klu takde ape cume 'the mall' je leh tau tu kat brunei...
hebat hebat..
pawangBuaya Post at 23-2-2010 14:21

bkn kat brunei la tp kerabat brunei..adik sultan x silap...mmg besar punya giler istana tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 04:24 PM | Show all posts
Dah tinggal sikit aje istana tu, masih dalam proses kena roboh. Now tinggal bahagian depan aje.. yang lelain tu dah lama takde.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2010 05:26 PM | Show all posts
so TT kena ubah tajuk.. pasal istana tu bukan lagi misteri .... :p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 09:01 PM | Show all posts
The Mall???kat maner...cuba lebih spesifik skit...

Kalau ada gambar lagi marbeles...
medangmru Post at 23-2-2010 14:06

sory la kalau aku tak bagi klu...
tapi istana tu kt jalan tengku...tau tak?...
ari tu gi jalan2 kt saner ngan member aku...
bapak besar istana tu....tapi gelap jer cam takde penghuni...
menakutkan pun ader...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2010 11:05 PM | Show all posts
area situ ader banyak istana tak berpenghuni lorr...
saper ader gambar istana tu tepek la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2010 10:04 AM | Show all posts
atas tu dh ada 1 gmbr.....

rasanya kwsn ni pun angker jugak....cuba tgk topik en thoyol.....ada cerita bkt tunku dlm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 01:06 PM | Show all posts
misterinya, kenapa dia tak siapkan istana tu, mungkin kah ada sesuatu atau entiti yang hinggap disana? (purakpurak inesen)
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 05:15 PM | Show all posts
Nak kata tak cukup bajet.....bukan calang2 pemilik Istana tu kan.....org mewah duit....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2010 06:41 PM | Show all posts
ie xde duit nk teruskan pembinaan tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.221843 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list