CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14448|Reply: 156

Adegan anak maki ibu di Facebook

  [Copy link]
Post time 14-5-2010 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shahx at 14-5-2010 09:39

http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=120163747996801


SAYA terkilan dengan situasi seorang ibu yang dimaki depan khalayak ramai berdekatan bengkel membaiki kereta di Pusat Komersial Shah Alam pada minggu lalu.  Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.

Ibunya yang  nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka.   Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian.   Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Orang ramai yang menyaksikan drama ‘anak derhaka’ berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook.   Ia bertajuk ‘Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial’ di bawah kategori minatan awam yang membolehkan sesiapa saja mempunyai akaun dalam laman sembang ini memberikan komen mereka.

Apa sudah jadi dengan manusia kini? Sudah hilang rasa hormat terhadap ibu bapa? Benarlah kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu.   Sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab kita membalas budi ibu bapa yang bersusah payah menjaga kita daripada kecil. Hargailah orang yang tersayang, jangan kemudian hari nanti baru kita kesal dengan perbuatan kita sendiri.



sumber http://www.hmetro.com.my/article ... udiFacebook/Article
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 09:41 AM | Show all posts
aku dah tgk video tu....sedih tgk makcik tu gigil2...
xguna btol anak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:42 AM | Show all posts
kalau anak aku la... aku sumpah jadi alphard sebijik
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:42 AM | Show all posts
benda2 camni pun masuk fesbuk ke? takat masuk fesbuk nak luahkan kemarahan tak payah lahh
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:44 AM | Show all posts
Video tak der suara....susah nak pasti apa yg belaku..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:49 AM | Show all posts
Aku dah biasa tengok org derhaka kat mak deyols... siap ada sorang budak nie, asyik sebut the F word jer dgn mak dia.. termasuklah "F you" kat mak nya. Sudahlah pompuan. Pastu main ugut2 mak dia lagi kalau mak dia lapor kat polis ker apa pasal kehilangan dia, dia nak bongkar kisah keretakan rumahtangga mak bapak dia kat semua orang.

Ada lagi kes terdekat dgn aku, seorang budak lelaki nie, tak bertegur dgn bapak dia 3 hari.. atas satu sbb yg aku tak pasti lar. Tak lama lepas tu bapak dia koma. Waktu bapak dia koma tu bukan main lagi dia baca yasin bagai, mintak bapak dia sedar. Sehari jer selang lepas koma tu, bapak dia meninggal.

Alhamdulillah, aku tak ler nak membangga diri, tapi so far aku tak pernah buat apa2 yg jahat kat mak bapak aku. Mgkin diorang penah berkecik ati dgn apa yg aku cakap sikit2, tapi utk melawan cakap diorang, meninggi suara, apatah lagi mencarut, menghina bagai... itu tak pernah dan tak akan sekali2 aku buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2010 09:50 AM | Show all posts
kalau anak aku la... aku sumpah jadi alphard sebijik
atira Post at 14-5-2010 09:42


sumpahan yg curlastttt...... plg bergunew dn menguntungkn

.... hikkssss
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:50 AM | Show all posts
seb bek aku tak tgk video tu lagiii ... cedihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 09:53 AM | Show all posts
elok la anak die mati cepat skit...idop lama pon tak guna..dasar celaker punyer anak...:@

kalu makcik neh tau dah besau macam gini..elok buang tepi longkang jeh tyme kecik2 dolo!!:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:54 AM | Show all posts
zaman sekarang ..... xatau la ape yg mak pak diorg bg mkan ape .... sampai derhaka sampai camni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:56 AM | Show all posts
anak dia yang betina tuh gemok kan?? cam binatang harromm ade gak aku tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:56 AM | Show all posts
anak yg tak kenang budi mcm ni lah lagaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:56 AM | Show all posts
Aku dah tgk dah video tu, tapi ada latar belakang muzik. Ntah2 dia marah bibik kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:56 AM | Show all posts
maner video nyerr??
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 09:58 AM | Show all posts
mari kita doakan anak dia insaf dan bertaubat - tak cium syurga kalo die mati x sempat taobat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:07 AM | Show all posts
So pada anak2 yg pernah derhaka kat mak bapak tu cepat2 le mintak maaf sblm mrk berdua pergi buat selamanya...

ingat anak derhaka ni kat dunia lagi Allah akan bagi 1001 mcm masalah dan bala tu belum kat akhirat!

hormati dan sayangi kedua ibu bapa kamu...insyaallah hidupmu akan sentiasa diberkati Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2010 10:07 AM | Show all posts
dah 12000++ fan page tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:09 AM | Show all posts
Alhamdulillah, aku tak ler nak membangga diri, tapi so far aku tak pernah buat apa2 yg jahat kat mak bapak aku. Mgkin diorang penah berkecik ati dgn apa yg aku cakap sikit2, tapi utk melawan cakap diorang, meninggi suara, apatah lagi mencarut, menghina bagai... itu tak pernah dan tak akan sekali2 aku buat.  



sama la cam CEO... apalah perkataan tak elok...meninggi suara pong x penah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:10 AM | Show all posts
kan hari ibu nih....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2010 10:11 AM | Show all posts
masa bercakap dgn org luar, punyala nak jaga percakapan, takut org luar tersentuh, begitu juga kalau bercakap dgn tauke..takut kena buang kerja.. tp dgn mak pak sndiri, mcm haram........ tak ada perkataan lain yg lebih baik selain DERHAKA............... tu la, senah kena ban...... kalu ada buleh juga dia motivate budak nieh........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.915469 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list