CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7466|Reply: 36

Cerito pasal Gulo....

[Copy link]
Post time 8-6-2010 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 9-6-2010 10:27

salam salam...

neh haa ai terbaco kat bernama, kato-e somban susah dapek gulo, dan ado yang kato dah lamo tak 'berjumpo' gulo...
tompek korang pulak camno? mano korang dapek gulo? boli kek mano? sonang tak nak mencari?

Pasar Raya Dan Kedai Di Seremban Kehabisan Gula


SEREMBAN, 8 Jun (Bernama) -- Beberapa pasar raya dankedai runcit di Seremban berhadapan dengan masalah kekurangan gula sejak beberapa minggu lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Hashim Rushdi berkata antara puncanya ialah pembelian berlebihan oleh pengguna yang khuatir kononnya harga gula akan naik dan sikap peniaga yang menyembunyikan bahan itu.

"Pengguna panik apabila ada khabar angin seperti ini. Kalau kebiasaannya mereka beli gula secara purata dua kilo sebulan, kali ini mereka beli empat kilo sedangkan pengeluaran gula di empat kilang tempatan di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Selangor adalah mencukupi," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata ada kemungkinan pemborong menyembunyikan bekalan gula kerana spekulasi kononnya harganya akan naik bulan ini.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar raya dan kedai runcit di bandar ini mendapati gula tidak dijual.

Seorang kakitangan The Store, Mohammad Nur, 26, berkata pasar rayaitu sudah tidak mempunyai bekalan gula sejak beberapa hari lepas dan beliau diberitahu oleh majikannya bahawa stok gula mereka sudah habis.

"Dalam satu minggu ini, lebih 100 orang sudah datang untuk membeli gula tetapi mereka balik dengan tangan kosong kerana gula tidak ada. Ini menyebabkan barangan lain seperti susu pekat mendapat permintaan tinggi," katanya.

Suri rumah A. Lakhsmi, 36, dari Kemayan Jaya, berkata beliau sudah tiga minggu mencari gula tetapi tidak dapat.

"Saya sekarang guna gula melaka dan susu pekat sebagai pemanis makanan dan minuman," katanya.

Zaini Mohd Jailani, pengusaha Restoran Makanan Cina Muslim Sifu AlIfra di Taman Seri Rahang, berkata, beliau masih boleh mendapatkan bekalan gula dari pemborong di sekitar bandar Seremban tetapi dengan jumlah yang terhad.

"Biasanya saya memesan 10 kilogram gula tetapi pemborong hanya akan mengeluarkan empat kilo sahaja. Jadi saya terpaksa pergi ke pasar besar Seremban lain untuk mendapatkan bekalan," katanya.

-- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 10:25 AM | Show all posts
aku pegi mymydin kat kota seri emas pon x de gula ... a few weeks ago ... skrg tatau ah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 10:39 AM | Show all posts
minggu lopeh kek tampin shopping oghang mengoluh takdo langsung gulo walau sebutir....... ado sorang makcik tuh tibo2 hangin deh pasal pueh carik gulo tapi tak jumpo...... ghupo eh nak buek stok anak eh kawen..... alahaiiiii......... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 11:27 AM | Show all posts
patut la minggu lepas makan kat ampangan, air teh o tawar yo ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 11:28 AM | Show all posts
Reply 3# andik


sian makcik tu...
makcik tu buleh jupo orang berkenaan
bawak kad jemputan ke apo
tunjuk...buat caro orang kelate
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 11:29 AM | Show all posts
Reply 2# FaRiShAsYaHaNaZ


kek mano eh tompek neh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2010 11:50 AM | Show all posts
ganti ngan air tobu takleh ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2010 11:54 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 9-6-2010 11:59

Reply 7# MetalFire



Tumbuhan stevia 200 kali lebih manis berbanding gula tebu

Stevia adalah sejenis tumbuhan agak baru di negara ini biarpun hakikatnya sudah lama digunakan di sesetengah negara sebagai bahan pemanis. Tumbuhan yang nama saintifiknya Stevia Rebaudiana, digunakan masyarakat Asli Red Indian Guarani di Amerika Selatan sejak 1,500 tahun lalu sebagai pemanis bagi ubat pahit.

Ia turut dikenali sebagai makanan tambahan dan herba merawat penyakit berkaitan kencing manis, obesiti, menurunkan tekanan darah tinggi,melawaskan kencing dan merawat luka terbakar. Namanya bagaimanapun mula menjadi sebutan penduduk tempatan kira-kira lima tahun lalu apabila khasiatnya sebagai pemanis yang sesuai di ambil pesakit diabetes heboh diperkatakan dan akhir-akhir ini dilonjak sebagai berpotensi menjadi tanaman komersial di negara ini.

Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia(Mardi), Dr Tan Swee Lian, berkata stevia yang berasal dari Paraguay, Amerika Selatan.

“Pokok renek berdaun bujur, batangnya lembut, bunga halus dan gerutu ini juga dikenali sebagai daun manis atau madu kerana mengandungi bahan yang 200 kali lebih manis daripada gula biarpun masih ada rasa pahitnya.

“Stevia mengandungi dua komponen utama pemanis di dalamnya iaitu steviosid dan rebaudiosid A. Kedua-dua bahan pemanis itu akan berkurangan jika tanaman berkenaan dituai lebih awal.

“Jika bahan steviosid dan rebaudiosid A diasingkan dalam proses makmal, maka rasa pahit dalam stevia akan dapat dihilangkan dan ia sesuai untuk dijadikan pemanis tanpa rasa pahit. Rasa pahit yang ada pada stevia kurang digemari sesetengah orang dan menjadi antara halangan utama sebagai makanan pengganti gula,” katanya

Beliau menjelaskan stevia mula dibawa masuk ke negara ini pada 1970-andan kajian mengenainya berterusan sehingga ke hari ini, namun hanya dikenali ramai sejak lima tahun kebelakangan ini.

Katanya, stevia sudah dijadikan pengganti gula diJepun dan menguasai 40 peratus industri pemanis manakala Korea Selatan menjadi negara kedua terbesar menjadikan stevia sebagai bahan pemanis. Di Kanada, India, China, Russia dan Paraguay, bahan pemanis itu diusahakan secara komersial.

Beliau menjelaskan sebelum ini ramai yang meragui khasiat stevia kerana kajian ke atas tikus di makmal mendapati pengambilan bahan pemanis secara banyak dan berterusan menyebabkan haiwan itu mandul.

“Tiada kajian khusus ke atas manusia dilakukan dan jika mahu dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Paraguay, sukar untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana mereka tidak memakan stevia secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.
Masyarakat itu memakan stevia bagi menghilangkan rasa pahit ubat saja dan bukannya dijadikan bahan wajib bagi setiap hidangan.

“Malah, satu masa dulu kerajaan Amerika Syarikat pernah mengharamkan kemasukan stevia sebagai pengganti gula. Namun, pada lewat 2008, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan stevia sebagai bahan makanan yang selamat dimakan dan dikategorikan sebagai makanan tambahan dan herba bukannya pengganti gula,” katanya.

Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu. Penduduk Jepun dikatakan kumpulan pengguna terbesar menggunakan stevia bagi tujuan memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.

Potensi stevia di Malaysia

APAKAH potensi stevia sebagai tanaman komersial di negara ini? Bolehkan ia dijadikan industri bahan pengganti gulai?

Pengarah Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman Industri Mardi, MansorPuteh, berkata Mardi banyak menerima permintaan dan pertanyaan mengena istevia, khususnya selepas pengumuman kenaikan harga gula.

Namun, baginya herba itu tidak sesuai dijadikan tanaman komersial pengganti gula kerana kurang nilai ekonomi akibat harganya yang rendah,selain kualitinya yang tidak sebaik tumbuhan sama yang dikeluarkan di negara empat musim.

“Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman.

“Mengikut kajian, stevia yang ditanam di negara ini kurang berkualiti kerana cepat berbunga selain perlu dituai lebih awal. Di Malaysia juga, ia biasanya boleh membesar dengan ketinggian satu meter berbanding dinegara empat musim yang ketinggiannya mencecah tiga meter. “Justeru, jika ada mana-mana syarikat yang ada niat mahu mengusahakannya secara komersial untuk menjadi bahan penggantian gula, saya suka nasihatkan supaya melupakan saja hasrat itu,” katanya.

Mansor berkata, lebih baik jika tanaman berkenaan diusahakan untuk tujuan pemasaran bahan herba atau makanan tambahan dalam makanan dan minuman kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti.

“Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang berminat membangunkan tanaman ini dalam industri herba dan makanan tambahan. Malah, bersedia memberi khidmat nasihat, bantuan serta tunjuk ajar di samping terus menjalankan kajian untuk memperbaiki kualiti serta hasil penuaian stevia di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Padi& Tanaman Industri Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Tan Swee Lian pula berkata, ada beberapa bahan lain yang dikaji untuk menggantikan gula, namun semuanya didapati tidak sesuai untuk dikomersialkan kerana kos pengeluarannya besar selain masalah mendapatkan bahan mentah.

Antara tumbuhan itu ialah ‘Thamaucoccus’, pokok hutan seperti Kacip Fatimah tetapi ia sukar diusahakan kerana pokok ini amat sedikit mengeluarkan buahnya yang mengandungi bahan pemanis.

Selain itu, madu juga sukar diusahakan secara besar-besaran kerana Malaysia tidak mempunyai kawasan penanaman buah-buahan yang besar seperti di Australia dan Amerika Syarikat untuk membolehkan lebah menyedut nektar daripada bunga pokok buahan berkenaan.

Bagaimanapun, tegas Dr Tan, hanya empat daripada 100 jenis stevia saja yang sesuai dengan cuaca dan persekitaran di negara ini.

Beliau berkata, stevia boleh ditanam dan diusahakan di negara ini tetapi ada beberapa masalah yang perlu diambil risiko pengusahanya kerana tanaman berkenaan boleh mengeluarkan hasil yang baik jika lama terdedah kepada matahari.

“Di negara ini, waktu siang hanya 12 jam, bermakna daun yang dihasilkan kurang terdedah kepada matahari. Namun, Malaysia boleh menuai sebanyak sembilan kali hasil kerana kita panas sepanjang tahun.

“Berbanding negara empat musim, waktu panasnya kira-kira 16 jam dan tuai boleh dibuat sebanyak dua kali dalam tempoh musim panas kira-kirat iga bulan setengah. Oleh kerana kadar kepanasan dan pendedahan terhadap matahari tinggi, maka hasil stevia lebih berkualiti kerana kandungan steviosid dan rebaudiosid A tumbuhan itu lebih tinggi.

“Di negara ini, kita boleh melakukan sistem pemanasan menggunakan lampu seperti dilakukan untuk tumbuhan seperti kekwa atau Chrysanthemum,namun ini tidak dapat dilakukan untuk stevia kerana harganya terlalu rendah, sedangkan penggunaan lampu memerlukan kos yang lebih tinggi,”katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2010 12:00 PM | Show all posts
gulo stevia ni mahal poit. ni yg sweetener yg jual kat guardian sume tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2010 05:57 PM | Show all posts
kat umah aku ni ada byk gula.. dl 5-6 kilo gak.. bolehla bertahan sampai cukup bulan.
tadi teman kawan crik gula... 2 kedai elek... ka Maidin ada sikit..
pergi ber3. beli sorang 2kilo..
yang tak acinya dia sendiri dapat 6 kilo... beli 2 antar masuk kereta, pastu masuk g kaunter lain beli lagi 2 kilo..., pastu antar lagi, masuk lagi amik lagi 2 kilo...

makin teruk skrg ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_Kimmy at 10-6-2010 02:30

merato kat sban tak de gulo....tadi dpt 2 kilo je kat Giant.....

kensel  nak masak sirap........

dua tiga ari lopeh, kat Giant, Econsave, Carrefour ngan kat Store, langsung tak do gula
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:58 AM | Show all posts
Reply 6# Syd


    dkt dgn area quarters klia
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 11:28 AM | Show all posts
NS mula dapat bekalan gula

RASAH 9 Jun - Sebanyak 70 tan metrik gula bekalan gula mula diedarkan di seluruh negeri hari ini bagi menangani kehabisan barang kawalan tersebut di beberapa kedai runcit dan pasar raya.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi, Iskandar Halim Sulaiman berkata, sebanyak 12,000 tan metrik gula diperuntukkan untuk Negeri Sembilan dan Lembah Klang bagi mengatasi krisis gula yang melanda itu.

"Hari ini sudah sampai bekalan lebih 70 tan metrik di Negeri Sembilan terutamanya di Seremban untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

"Sekarang adalah masa untuk memulihkan keadaan. Ada ketikanya masalah gula lambat sampai menyebabkan berlaku kekurangan gula. Apa yang berlaku disebabkan permintaan yang sangat tinggi, pengguna sentiasa membeli dan bekalan semakin berkurangan," katanya ketika mengadakan lawatan ke Carrefour di sini hari ini.

Tambah beliau, pihak pengilang gula juga diarahkan untuk menghantar bekalan gula tersebut kepada semua pemborong, peruncit dan pasar raya dalam tempoh seminggu untuk memastikan bekalan itu mencukupi.

"Dengan adanya bekalan ini, ia akan dapat membantu mengurangkan masalah dan dapat memenuhi permintaan bekalan yang begitu tinggi di musim cuti sekolah kerana banyak kenduri perkahwinan dan sebagainya.

"Pihak kilang terpaksa menghantar dengan cepat, ini menyebabkan keadaan logistik dan sebagainya terganggu menyebabkan bekalan lewat sampai," katanya.

Tambah beliau, sebanyak 24 pemborong termasuk empat pemborong di Seremban dilantik untuk membantu mendapatkan bekalan daripada kilang untuk diedarkan ke seluruh negeri ini
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 01:08 PM | Show all posts
tompek den pon payah nak carik gulo.  Aritu g mydin kota seriemas langsung takdo gulo. Merayau g Family Store pon takdo gulo gak.. manjang yo takdo gulo...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 02:47 PM | Show all posts
Ado sapo2 boli lobih dari duo kilo ko sobolom2 ni?..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 03:53 PM | Show all posts
minggu lepas gi giant nilai ada..sorang bleh beli 2kilo je...tapi mase saya pegi tu pepagi sket la...kalo ptng mmg tak nampak bayang la...kat mydin nilai pon ada gak..tapi hari ni tak tau la ada ke tidak...masa kat giant tu kiteorang gi ramai2 sorang ambik 2 kilo..gi 5 orang dah dapat 10 kilo keh keh keh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2010 03:55 PM | Show all posts
ankel,
ai kalau awal bulan p shopping (yolah, tunggu gaji dulu)
sekali boli mmg boli 6-8 kilo torus...

nehh time orang gawat tado gulo, ai takdo lah raso apo
sobab mmg banyak laie tingga
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 04:14 PM | Show all posts
Sebulan den guno lobih dari 2 kilo.. tu lom laie taim rajin buek kueh... sekarang ni gulo susah, tepakso la den malehkan diri buek kueh. ..

syd,
baik ko simpan gulo tuk rayo plak.. tak lamo laie tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2010 04:15 PM | Show all posts
mamia,
mmg soblom rayo pung
kalau beli gulo, simpan simpan simpan skit tuk rayo

sbb nanti buat dodol
nak buat kueh
nak memacam laie
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply 19# Syd


    tulah, den pon tongah menyimpan gulo tuk ghayo ni...( salah sorang penyobab gulo abis gak ) tetiap minggu kok den poie merayap kek supermarket, memang gulo den tengok dulu.. kok ado memang haruss la den rembat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.159756 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list