CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28106|Reply: 27

Pelajar malas dan bengap tertekan dengan tindakan PTPTN- PNGK/PNGK bawah 2.00

[Copy link]
Post time 19-6-2010 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Kaji balik ‘hukuman’ yang dikenakan PTPTN
SAYA terbaca luahan hati Mahasiswa Malang di ruangan Forum yang bertajuk “Terkilan PTPTN tangguh bayaran pinjaman” yang disiarkan semalam. Saya agak tersentuh dengan tulisan beliau kerana saya juga pernah mengharungi kehidupan yang sukar ketika menuntut di universiti kerana dibelenggu masalah kewangan. Alhamdulillah berkat kesabaran, saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Apakah rasionalnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran pinjaman kepada siswa-siswi yang memperoleh Purata Nilai Gred (PNG) di bawah paras 2.00?



Mereka ini bukan sengaja mahukan keputusan yang tidak cemerlang. Semua mengimpikan kejayaan yang cemerlang pada setiap semester. Tetapi, disebabkan hal yang tidak diimpikan, mereka terpaksa memikul bebanan yang terlalu besar.
Keputusan PTPTN menangguhkan bayaran dilihat seolah-olah menyekat kemahuan siswa-siswi untuk belajar khususnya golongan yang kurang berada yang bergantung sepenuhnya pada pinjaman PTPTN.

Seharusnya pihak PTPTN perlu membiayai mereka sehinggalah mereka tamat pengajian atau mereka yang mahu menamatkan pengajian lebih awal. Mereka yang terdesak mungkin terpaksa meminjam daripada ah long untuk meneruskan pengajian jika PTPTN menangguhkan bayaran pinjaman mereka.


Mahukah kita melihat berita mengenai seorang pelajar diugut, mati dibunuh dan lain-lain akibat gagal membayar hutang ceti haram?
Oleh itu, pihak PTPTN diminta mengkaji balik ‘hukuman’ yang dikenakan supaya siswa-siswi dapat meneruskan pengajian dan mengejar cita-cita yang diimpikan. Apa yang lebih penting, mereka juga mahu menyumbang sesuatu untuk pembangunan negara kerana mereka merupakan aset negara yang amat bernilai.

Kuala Lumpur">
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2010 10:52 AM | Show all posts
agaknya msa bdk tu pinjam ptptn dia x bca surat perjanjian kot, rasanya ptptn buat mcm nie bg mengelak bdk tu graduate x ada keje sbb pointer rendah sgt pastu xleh byr duit pinjaman baik stopkan pinjaman,
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 11:20 AM | Show all posts
itu la, dpt duit ptptn, sibuk beli henpon canggih-manggih. bukannya studi pun
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 07:21 PM | Show all posts
agaknya msa bdk tu pinjam ptptn dia x bca surat perjanjian kot, rasanya ptptn buat mcm nie bg mengel ...
B.K Post at 19-6-2010 10:52



yang pointer cemerlang pun ramai tak bayar balikk....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 08:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_jb at 19-6-2010 20:17

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yg dapat bawah PNGK 2.00 sememangnya malas belajar, menggelenyar, asyik bercinta, selalu ponteng kuliah dan memang pemalas. Saya bukan bercakap emosi tetapi memang pengalaman. Jadi memang sangat patut jika PTPTN potong pinjaman atau lebih baik tamatkan terus pinjaman. Kalau dapat PNGK 2.00 ke bawah nak keje apa? Jangan harap majikan akan ambil. Apatah lagi lambakan graduan PNGK 3.00 ke atas pun ramai.

Apa yg saya minta, PTPTN kurangkan kadar pentadbiran. Kadang2 agak sia2 kita bayar sebab kos pentadbiran akan sentiasa naik. Jadi xkan habis pinjaman sampai graduan itu pencen (bayar semua) / meninggal dunia agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 08:29 PM | Show all posts
Reply 4# lulabee


    tulah lg pointer yg bwh 2.00 nk byr yg blm tentu majikan nk ambl keje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2010 12:39 AM | Show all posts
ni org yg cerita dlm thread ni penah masuk u ke x penah?
mn ada org grad dgn pointer bawah 2.0.
so graduate yg pointer 2.0 ke bawah x dpt keje mmg x berlaku sbb x de graduate pointer mcm tu.

kalo kata pointer 2.1 bleh terima lg....

1 lg x kira brp pointer, degree just tiket sahaja.terpulang la mcm mn nak manipulate tiket tersebut.kalo pointer 2.0 ngam2 tp ms intvw pndi gebang bos dgn jwpn2 yg menyakinkan dan mengagumkan atau bos suka, dpt jugak dia keje.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 09:34 AM | Show all posts
..utang ptptn 19k lagik :pengsan:....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2010 11:09 AM | Show all posts
Reply 7# otai_g


    ok ak msh belajr kt U, tmpt ak minimun 2.75 bru dpt posting x jmpa lg yg dpt 2.00 , so kira kne ats 2.00 bru dpt graduate yek
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 01:32 PM | Show all posts
ha ah laaa.... kalau pngk bawah 2 bukan dah kene buang keeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 01:35 PM | Show all posts
tp kalo bawah 2 tuh mmg bodoh tahap gaban sgt lah..mmg tk layak masok mana2 IPTA pun....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 01:57 PM | Show all posts
Reply  otai_g


    ok ak msh belajr kt U, tmpt ak minimun 2.75 bru dpt posting x jmpa lg yg dpt ...
B.K Post at 20-6-2010 11:09


ni posting apa jadahnya plk ni?
ko upsi ke?
maksud ko posting ke sekolah2 after grad nanti?
aku rs kat u-u lain istilah posting ni mmg x wujud.

setau aku la kalo gpa dia bawah 2.0 maknanya dia fail utk sem tu.
so nak x nak dia kene repeat sem tu atau subjek yg kantoi.
bila dah repeat dan lulus gpa dia akan lps la ke 2.0.
so mn dtgnya plk dia grad dgn cgpa bwh 2.0?

x tau la aku kalo ada u lain yg polisi dia lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 03:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by matrik02 at 20-6-2010 16:00

aku harap sangat PTPTN bagi duit kepada pelajar CGPA bawah 1.5 ditambah lagi dgn kereta/motor dan rumah sebijik khas untuk pelajar ini mewah. Pelajar bodoh dapat duit lagi suka. Tak tahu dapat duit buat apa. Ada juga Pelajar miskin dapat duit tahu apa nak buat, beli buku dan sbagainya. Pelajar bodoh dapat duit tak tahu nak buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 04:46 PM | Show all posts
setiap pinjaman ada syaratnya.
nak kekal dpt pinjaman ikut syarat2 yg tlh ditetapkan
kalo x nak ikut, suka ati ko ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 06:58 PM | Show all posts
Reply 7# otai_g

Ada graduate yg dapat PNGK 2.00 ke bawah ye. Bukan xder. Biasanya mereka ini mengambil masa lebih dari tahun belajar normal cth dri 3 tahun menjadi 6 tahun. Biasanya mereka lulus cukup2 makan sahaja.

Kerja?. Maaf banyak 2 sbb kalau kerajaan, bawah PNGK 2.00 sememangnya xkan dpt kerja walaupun guna kabel sekalipun. Swasta? Lagilah susah kalau syarikat2 tuh jenis MNC dan yg besar2. kalau yg kecil2 tuh mungkin dapat. Kalau ada yg dapat, boleh buat aduan yer. Sbb dkt tempat kerja saya ini pun, nak dpt kerja di sini kena dpat PNGK sekurang-kurangnya 3.20 bru dipertimbangkan utk dipanggil temuduga. Bawah dripada tu. Kirim salam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2010 07:01 PM | Show all posts
Biasanya mereka yg dapat PNGK bawah 2.00 kebanyakannya tak boleh bawak subjek dan juga kena kejutan budaya khususnya yg berasal dri Utara dll. dan mereka telah terbawa-bawa dengan budaya kurang baik khususnya yg dapat kat IPTA di KL / Selangor. Ini bukan cakap2 kosong, tetapi telah dibuat penyelidikan mengenainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 12:08 AM | Show all posts
Biasanya mereka yg dapat PNGK bawah 2.00 kebanyakannya tak boleh bawak subjek dan juga kena kejutan  ...
zaidi_jb Post at 20-6-2010 19:01



    ek..diskriminasi kah ini? mmg ramai yg culture shock..tp ramai gak yg 3.6 ke atas wokey.. belum hbh blaja dah ditawarkan keje.. ramai gak bebudak kl/selangor yg blaja cm hampeh..harap dressing je lebey.. astagfirullahala'zim..jahat mulut aku..ampun
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 12:14 AM | Show all posts
Saya tak kata yg dari Utara semuanya tak bagus ya. Ada juga yg dapat PNGK 3.00 ke atas dan telah berjaya dengan cemerlang. Dari selatan / KL juga ada juga yang tak bagus. Sila fahamkan betul2 pernyataan yg diberi. Tp apa yg saya nyatakan adalah kebenaran, percaya / tidak terserah kepada saudara utk menilainya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 08:10 AM | Show all posts
surat ni reply surat yg satu lagi..budak yg memula komplen pasal PTPTN tahan pinjaman tu, sebenarnya dia excident sem tersebut, excident tu masa dia tinggal lagi 2 paper jer utk sem tu...jadi tak sempat amek final exam utk 2 paper, so pngk dia confirm la bawah 2 utk sem tersebut...

dia komplen la, kenapa ptptn sekat pinjaman dia,bukanya dia sengaja pon...lagipun dia kata dia datang dari keluarga yg susah...

jadi dalam kes-kes mcm nie, ptptn kena timbang rasa la....mmg peraturan kata bawah 2 kena sekat pinjaman, tapi utk kes khas mcm nie...mungkin boleh bagi perimbangan...


tapi yg xde excident apa tu, sihat wal afiat, siap boleh berkepit dgn bf/gf siang malam..tapi pointer bawah 2 jugak, mmg patut kena tahan la pinjaman tu...

aku nie akui, aku mmg xpandai..rajin pun idak...tapi pointer xde la sampai bawah 2 (actually pernah la, sem pendek..amek 2 subjek jer..tapi 2-2 subjek killer..satu xkoantoi, satu cukup makan..mmg bawah 2 ler....kena repeat sem lain...hahaha)
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2010 09:54 AM | Show all posts
nak belajar bersungguh malas pas2 ptptn hold duit marah, tak faham konsep budak nih
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.077424 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list