CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22933|Reply: 68

apa2 tentang pegaga....

[Copy link]
Post time 28-6-2010 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum...


saya berminat nak tanam pegaga ulam yg sangat berkhasiat ni..pegaga ada 2 jenis iaitu yang ditanam atas tanah dan pegaga yg hidup dalam air.yg di atas tanah sy dah tanam cuma tunggu perkembangannya saja menjadi atau tidak..sekarang ni sy nak cuba tanam pegaga air pulak,nak tanya soalan kat kawan2 semua la..

1. sy beli pegaga air yang dah dibuang akar,macam mana boleh tanam dengan batangnya saja ker?

2. cara tanammya macam mana kena rendam saja dalam air ker mcm mana atau kena letak tanah sikit dalam pasu..kalau kena letak baja,baja jenis apa pulak dan macamana nak masukkan?biasanya berapa lama ambil masa batangnya keluar akar.

3. kalau nak elak nyamuk membiak dalam pasu tu apa yang perlu kita buat yer..


minta maaflah soklan bodoh sangat tp sy nak tau jugak sebab baru nak berkecimpung dalam bidang tanam menanam nih..

kalau dah ada thread ni merge la mod yer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2010 05:54 PM | Show all posts
pegaga air...



pegaga atas tanah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 05:55 PM | Show all posts
antara khasiat pegaga...

Mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan (kemurungan), meningkatkan tindakbalas, menambah kekuatan fizikal dan mental (pegaga pernah dipanggil makanan otak disebabkan khasiat ini).
Meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak (telah diiktiraf oleh WFO).
Mencegah nyanyuk.
Melambatkan proses penuaan (awet muda).
Membebaskan badan dari bahan toksik (mula digunakan dalam perubatan ayurveda, pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di Cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu).
Sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.
Mengatasi masalah kulit.
Merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas (kajian terbaru menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari melalui rawatan ini).
Menyegarkan badan (pada masa lampau ada gerai yang menjual jus pegaga sebagai tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan).
Merawat pitam.
Mengurangkan berat badan (amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan diri awet muda dan tubuh badan tidak gemuk.
Sesuai bagi rawatan ibu lepas bersalin.
Penawar alahan dan antikanser.
Menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka.
Melawaskan buang air kecil.
Merawat cirit-birit.
Merawat sakit keronkong.
Penawar kencing berdarah.
Penawar batu karang.
Penawar demam panas.
Penawar ulser.
Boleh dijadikan sebagai minuman tonik dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by spiderlily at 28-6-2010 18:00

Seperti biasa.. rujukan dari tenet..

Pokok PegagaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.



Pengelasan saintifik
Alam:Tumbuhan
Divisi:Magnoliophyta
Kelas:Magnoliopsida
Order:Apiales
Keluarga:Mackinlayaceae
Genus:Centella
Spesies:C. asiatica
Nama binomial
Centella asiatica

Hydrocotyle asiatica

Pokok Pegaga atau juga dikenali sebagai pokok antanan bahasa Inggeris pennywort adalah sejenis pokok ulam yang terdapat Malaysia serta di negara-negara ASEAN. Nama botaninya Centella asiatica.
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  • Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
  • Pokok Pegaga Daun Lebar
  • Pegaga Embun
  • Pokok Pegaga Kelantan
  • Pokok Pegaga Renek
  • Pokok Pegaga Salad
  • Pokok Pegaga Gajah
  • Pokok Pegaga Brunei
    Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia,jenis-jenis pegaga yang ada adalah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan


Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A & C.  Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam.  Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
  • penawar alahan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit
  • menurunkan tekanan darah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 06:12 PM | Show all posts
takde yg sudi menjawab ker...

sebenarnya semangat berkobar2 nak tanam pegaga nak2 lagi baru tadi buat kerabu sotong letak pegaga...best ! licin menjilat jari,tak sempat ambil gambar dah habis...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:10 PM | Show all posts
Reply 5# nickname


    wahh..sedapnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2010 08:49 PM | Show all posts
Reply  nickname


    wahh..sedapnye..
spiderlily Post at 28-6-2010 20:10


yer la spiederlily....masuk bakul angkat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 10:22 PM | Show all posts
cube try tnm guna medium tanah yg bole tkung air.maksudnya mcm tnh paya ke.campur sket dgn pasir.mne tau kalo menjadi kn.pastu,pegaga tu xsilapnye,kne tnm dri akar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 11:14 AM | Show all posts
Reply 7# nickname


    mesti sedap la kerabu sotong n pegaga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 02:36 PM | Show all posts
Reply 8# syazwansharif

takat ni sy cuma rendam dulu dalam air tengokla nanti perkembangannya macam mana...keluar akar atau tidak..  .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 02:38 PM | Show all posts
Reply  nickname


    mesti sedap la kerabu sotong n pegaga..

spiderlily Post at 29-6-2010 11:14


spiderlily ni asyik senyum sumbing jer...perli akak la tuh..  


soklan akak kat atas nuh tak berjawab pun lagi..tadak sapa sudi jawabkan ..:cry:
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 02:43 PM | Show all posts
dua2 jenis pegaga nie leh makan ke? takat ni cincau bg renab jek makan... ada tanam gak kat umah.... yg pegaga ulam jual kt kedai tu rasanya besar lg daun dia kan.... tu pegaga tanah ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 03:03 PM | Show all posts
boleh makan la...semalam baru sy buat kerabu sotong campur pegaga nih...takde mabuk2 lagi..he he

rugi tak makan nanti arnab jek sihat kita pun nak sehat jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:25 PM | Show all posts
Kat rumah saya ada pegaga air.. tanam lam pasu yang ada tanah cikit n letak baja yang tanam lam tanah tu... leper and bulat, pas tu masukan lam pasu besar leper dan letak air lagi.
jadi cam pokok hiasan.. agak menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:35 PM | Show all posts
cane resepi kerabu sotong pegaga tu kalo senang bahan2nya nk la try wat jugek
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 05:36 PM | Show all posts
semua jenis pegaga kita leh makan ke... termasuk pegaga air? ingatkan pegaga air tu wat piasan jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2010 05:51 PM | Show all posts
ye lah cinau.. saya tak penah makan lagi pegaga air sya tu.. buat cuci mata je... kata org dia pahit. Entah lah... tak pernah terai

Pegaga tanah tu sedap masak lemak cili padi gan udang hidup... aduihhhh!!!!!! lapa perut  jadi nye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 06:25 PM | Show all posts
Reply 7# nickname


    eh..saya ikhlas puji ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:01 PM | Show all posts
pegaga air tu boleh tanam kat tanah gak...senang sgt nak tumbuh takyah jage..kat rumah saye daun die sampai besar diameter botol mineral kecik tu. senang sgt tumbuh macam lalang..huhu... Rase pegaga air nih manis skek dari pegaga kampung...juicy lagik..
Tapi sy lagik suke pegaga kampung yg bese kat pasar tu..pahit skek la tapi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2010 09:27 PM | Show all posts
Kat rumah saya ada pegaga air.. tanam lam pasu yang ada tanah cikit n letak baja yang tanam lam tanah tu... leper and bulat, pas tu masukan lam pasu besar leper dan letak air lagi.

jadi cam pokok hiasan.. agak menarik...


macamana rupa baja yang tanam dalam tanah tu...tepek la pic baja dan pokok dalam pasu tu sekali...teringin jugak nak buat mcm pokok hiasan letak kat sudut mana2 yg bersesuaian kat rumah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.105321 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list