CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 28042|Reply: 61

Siti Nurhaliza inspirasi rekaan Rizman Ruzaini

[Copy link]
Post time 12-8-2010 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 13-8-2010 19:17




KUALA LUMPUR, 12 OGOS 2010: Pereka fesyen termuda Rizman,26, dan Ruzaini, 26, yang baru bertapak dalam dunia fesyen sejak tiga tahun lepas telah memperkenalkan koleksi Eid ul-fitr yang khusus dijelmakan sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

Bertempat di Restoran Istana Bambu, Ampang, koleksi fesyen Eid ul-fitri yang berasaskan Kaftan yang dilhamkan dari busana masyarakat Timur Tengah ini telah dipersembahkan di hadapan tetamu undangan dalam sebuah fesyen show yang ringkas.

Selain memperkenalkan rekaan terbaru mereka itu, Rizman Ruzaini turut memperkenalkan rekaan khas yang dihasilkan untuk Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi yang sememangnya menjadi pujaan mereka sejak dulu lagi.

Hadir dengan mengenakan rekaan khas daripada koleksi Eid ul-fitr rekaaan Rizman Ruzaini, Siti Nurhaliza yang telah diberi penghormatan untuk merasmikan majlis pertunjukkan fesyen tersebut turut menyatakan rasa bangganya terhadap usaha kedua-dua pereka fesyen muda tersebut.

"Mereka ini sangat bersungguh-sungguh. Siti ingat lagi, waktu mula-mula mereka nak sangat Siti pakai baju rekaan mereka untuk Anugrah Era yang telah ber;langsung kira-kira tiga tahun lepas. mereka datang dan tunjukkan sendiri rekaan itu kepada Siti.

"Setelah beberapa tahun bersama mereka, Siti dapati mereka dapat memahami apa yang Siti mahu dan apa yang sesuai dengan bentuk badan Siti. Itu pun setelah Siti memberikan beberapa komen sebelum mereka dapat mencapai apa yang memuaskan Siti", kanya sewaktu ditemui sejjurus selepas berakhirnya majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini itu.

Manakala Ruzaini pula melahirkan rasa bangganya kerana dapat berkerjasama dengan penyanyi tersohor negara itu.

"Kami rasa sangat bertuah kerana dapat mereka baju untuk Siti. Kami hanya jadikan Siti dan golongan artis lain seperti Ziana Zain yang menggunakan rekaan kami sebegai platform untuk rekaan kami lebih dikenali.

"Alhamdulilah juga, kerana bakat kami telah dilihat dan kami juga telah terpilh untuk menyertai Minggu Fesyen Paris di kota Paris dari 2 Disember hingga 11 Disember ini", katanya.

Keistimewaan koleksi ini juga terletak pada cara pemakaian kaftan yang menggunakan teknik ikat bagi memberikan keselesaan kepada si pemakai di samping ia bersifat 'flexible' dari segi saiz untuk setiap helaian.

Dari segi warna pula, sentuhan warna-warna batu permata mewah menjadi plihan seperti emerald green, ruby red, sapphire blue, topaz yellow dan juga warna yang ceria serta eksklusif untuk sambutan aidilfitir kali ini.

Tentang pemilihan fabrik pula, hampir 90 peratus daripada menggunakan material Italian chiffon silk untuk keselesaan cuaca di Malaysia beserta net fabrik untuk mempelbagaikan lagi koleksi Eid ul-fitr ini.

Koleksi Eid ul-fitr ini dijual pada harga RM2,500 hingga RM3,500. Terdapat 20 pasang kaftan edisi terhad yang sudah mula dijual sempena majlis perasmiannya di butik Rizman Ruzaini Creations.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 04:27 PM | Show all posts
hahaha.. habis model2 tu semua kene pakai serkup jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 04:40 PM | Show all posts
hahaha.. habis model2 tu semua kene pakai serkup jugak
eddysheddy Post at 12-8-2010 16:27



    haha..

CT trendsetter serkup
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 04:51 PM | Show all posts
fesyen baru
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 06:03 PM | Show all posts
cam sama je semua tapi kaler lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2010 06:50 PM | Show all posts
lebih kurg samela..just dia ubah2 mane nak letak manik2 tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:41 PM | Show all posts
gambar last tu.. rizman skodeng Siti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 10:04 PM | Show all posts
serkup tu sekali dlm pakej ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 08:30 AM | Show all posts
nak yang kaler merah satuuu!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:31 AM | Show all posts
speechless ... x tau nk komen apa ... tpi nk komen gak ... buroksss ... specially tang serkup ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:41 AM | Show all posts
berkepak abis....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 12:36 PM | Show all posts
keh2..siti kena sekodeng.............
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 02:12 PM | Show all posts
fesyen baju kelawar plak skang ni eh..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 02:39 PM | Show all posts
aku tak leh byg mak aku beli baju kelawarr ni buat tido..huhu..cm ratu rasanya kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply 1# Nadia90

baju kelawar yg dh ditransform, agak2 berbaloi x kalo pakai tdo???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2010 02:48 PM | Show all posts
kelakar pun ade...agaknye selesa ke pakai baju yang tangan berambu bagai ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 02:52 PM | Show all posts
buruk gilos.. serius.. aku rasa dulu pernah skali kluar fesyen kelawar gini tp x lama pun bertahan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 03:13 PM | Show all posts
ala2 nk terbang gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 06:03 PM | Show all posts
Reply 3# Nadia90


ape saje siti pakai jd trend dh ai skunk nih...jgn siti pkai tudung sji plak dh la..
laku tdung saji nanti..hahah


jom tambah wang di sini.. berbaloii

  <A HREF="http://www.dapatwang.com?a_aid=995&a_bid=3"><IMG SRC="http://www.dapatwang.com/aff/scripts/sb.php?a_aid=995&a_bid=3" BORDER="0"></A>

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065108 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list