CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2773|Reply: 3

Awek Kemaman Jumpa Muntah Ikan Paus

[Copy link]
Post time 14-12-2021 09:37 AM | Show all posts |Read mode
KEMAMAN: Seorang peniaga kedai makan di Kemasik di sini, mendakwa menjumpai ketulan lilin seberat lima kilogram yang dipercayai muntah ikan paus, ketika memancing bersama keluarganya, baru-baru ini.



Aida Zurina Long, 41, berkata, objek yang pada awalnya disangka sampah itu ditemukan terapung kira-kira pukul 11 malam berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) di Marang, dekat sini akhir bulan lalu.

“Saya ambil kayu dan alihkan objek itu ke tepi tebing, esoknya apabila kembali ke situ, saya dapati ketulan berwarna putih berkenaan bukan sampah, sebaliknya seperti batu besar seakan-akan muntah paus,” katanya ketika ditemui pemberita di kedainya, hari ini.

Aida Zurina kemudian memutuskan membawa pulang ketulan itu ke rumahnya dan terkejut apabila diberitahu bapanya yang merupakan nelayan, objek itu adalah muntah paus.

“Apabila ayah cakap ini adalah muntah paus, memang saya tergamam dan terkejut. Saya segera membuat carian di internet mengenai ciri-ciri muntah paus atau ambergris.



“Ayah cuba bakar objek itu dan memang benar ia cair seperti lilin, malah turut mengeluarkan bau yang sangat harum,” katanya yang menganggap penemuan berharga itu sebagai rezeki terpijak.

Aida Zurina berkata, dia bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menjalankan ujian makmal untuk menentukan ketulenan lilin berkenaan berikutan kos yang terlalu tinggi.


Awal tahun ini, seorang nelayan berusia 20 tahun dari Thailand mendapat durian runtuh apabila menemui sebuah ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus bernilai sebanyak 210,000 Pound (RM1.16 juta). – UTUSAN ONLINE

sumber: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/peniaga-jumpa-muntah-ikan-paus-di-marang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2021 11:59 AM | Show all posts
Syukurlah dapat rezeki tak dijangka
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.. tp ade ke minyak wangi pkai ni sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2021 04:29 PM | Show all posts
Semoga rezeki sentiasa berpanjangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 1111 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1616 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 2224 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 10033 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 7420 Replies : 2
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.475312 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list