View: 31140|Reply: 129
|
Mari Share Kisah2 Pendek Yg Pelik/Seram/Unik Dari Serata Dunia
[Copy link]
|
|
Edited by ipes2 at 27-6-2022 04:10 AM
List Cerita:
Kipas Angin (ipes2, 28/01/2022)
Tiba2 Jumpa Corridor (ipes2, 28/01/2022)
Dua Mak (ipes2, 28/01/2022)
Technician Kena Karan (ipes2, 28/01/2022)
Ais (ipes2, 29/01/2022)
Holiday House @ Ealing (seribulan, 29/01/2022)
Highway Gurun (raihaneem, 30/01/2022)
Cerkon 2, 3 & 4 (raihaneem, 30/01/2022)
Cerkon Seterusnya (raihaneem, 31/01/2022)
Tel** Ket***ng (haifawehbe, 31/01/2022)
Cerkon 5 (raihaneem, 31/01/2022)
Sunyi Suram Ja Jalan (raihaneem, 31/01/2022)
Staycation Di CH (tomiko_haza, 31/01/2022)
Malam Jumaat Keliwon (tomiko_haza, 31/01/2022)
Bunyi Anjing (adila39, 31/01/2022)
Hotel Punya Certot (seribulan, 31/01/2022)
Urban Legends Dari Thailand (Annehuda, 31/01/2022)
Sendawa (sarah_ary2, 31/01/2022)
Rumah Mertua Tingkat 2 (raihaneem, 31/01/2022)
Certot Hantu Raya (seribulan, 02/02/2022)
Tersampuk Hantu Raya (seribulan, 02/02/2022)
Penarik (ipes2, 03/02/2022)
Awaklah Orangnya (ipes2, 06/02/2022)
Pagar Rumah (raihaneem, 06/02/2022)
Jaga Anak Mrs A (raihaneem, 09/02/2022)
Certot 1 Kat Matriks (annehuda, 11/02/2022)
Certot 2 Kat Matriks (annehuda, 11/02/2022)
Baju Hijau (ipes2, 13/02/2022)
Perawat (raihaneem, 13/02/2022)
(kisah adila39) (adila39, 21/02/2022)
Bank Training Ctr (fefeeling, 21/02/2022)
Awak Pun Nmpk Dia Juga Ke? (ipes2, 03/03/2022)
Certot 3 Flatlet 16 (annehuda, 03/03/2022)
Ini Bukan Isteri Saya (ipes2, 15/05/2022)
Kisah Pak Jabit 1 (annehuda, 27/05/2022)
Bilik Pink (ipes2, 27/06/2022)
Cerita Benar Dari Kawan (kipas angin)
Dia bercuti selepas SPM di rumah cousin dia. Walaupun dia ni orang berada, cousin dia tinggal di negeri berbeza dan dekat2 dengan hutan, agak pedalaman.
Satu malam semasa tidur dirumah cousin dia ni, dia terbangun tengah malam. Dia tidak tahu kenapa dia terjaga. Dia tidur di tingkat atas dari katil double-decker, cousinnya ditingkat bawah. Jadi, dia lebih dekat dengan kipas siling yang berputar-putar tu. Dalam samar-samar gelap malam itu, dia amat-amati dan dia nampak seolah2 ada sesuatu pada kipas angin yang berputar itu. Dia tidak boleh visualize dengan elok sebab masih samar-samar, mata baru buka. Lama-lama, mata dia dapat acclimatize dengan gelap itu dan dia mula dapat lihat dengan elok bentuk / outline sesuatu di kipas angin itu! Ada sesuatu sedang melekat disitu!
Entah bila dan bagaimana, dia tidak cerita detail, dia mula nampak ianya suatu lembaga dan dia mula dapat lihat mata lembaga itu, merah menyala macam biji saga didalam kegelapan malam itu! (ini cerita benar)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 28-1-2022 03:55 AM
Lupa dengar dari mana, kisah di USA (tiba2 jumpa corridor)
Orang muda ini baru dapat kerja tetapi di state yang jauh dari state asalnya. Di USA, memang selalu begini. Kita dapat jumpa satu kerja yang sesuai dengan kita, dan dari jenis yang memang kita cari... tetapi ianya 300 400 miles away dan across 4 5 states dari tempat tinggal kita. Oleh kerana orang ini baru sahaja grad, dan perlu kepada experience, kerja dan lebih2 lagi, duit, maka dia terima kerja ini dan berpindah dari rumah parents nya. Dia tetap berhubung dengan ayahnya bagi melepas rindu dan kesunyian. Ya agak sunyi kerana dia kini menyewa suatu rumah yang terpencil dan memang di dalam kawasan yang sunyi, tak banyak rumah dan dekat dengan hutan2 (rasanya memang di dalam kawasan hutan, sebab nak jimat rasanya).
Rumah itu memang sunyi dan dia hanya bercakap dengan parents saja untuk isikan masa dia malam2. Rumah ini agak luas dan juga agak panjang. Somehow, bilik tidurnya bersambung dengan dapur melalui satu corridor yang agak panjang dan sebelum masuk kedapur, ada pintu untuk ke tandas.
Suatu tengah malam dia terbangun dari tidur dan dalam kesamaran pergi ke dapur, eg minum susu ke apa entahlah. Bila dia keluar dari dapur dan berdepan dengan corridor untuk balik ke bilik nya tadi, dia ternampak disebelah kirinya ada pintu, dia lihat di kanan, pintu toilet ada disitu. Dia terpinga2 selama duduk disini beberapa minggu tidak pulak dia teringat ada pintu lain di corridor ini. Dia terkejut, dan terfikir jika ianya mimpi; tetapi dia terasa ingin tahu... lalu membuka pintu di sebelah kiri itu.
Di dalamnya gelap pekat, tetapi dari orientationnya, dia dapati ada laluan juga, seolah satu lagi corridor selari dengan corridor ke biliknya. Macam mana dia missed pintu ini selama ini? Dia ingin tahu lalu mula berjalan perlahan-lahan dalam corridor kedua yang gelap ini. Dia sedar bahawa disebalik dinding sebelah kanannya, ialah corridor cerah bercahaya yang menuju ke bilik tidur nya. Dalam berjalan perlahan2 itu, dia mula rasa lega sikit kerana rasanya tidaklah mysterious sangat corridor ini.. sehinggalah jauh didepan sana tiba2 muncul sepasang mata merah menyala di dalam kegelapan ini! Apa2 pun yang disana itu, ia mula berjalan kedepan dan mengeluarkan bunyi yang mengerikan seolah ianya suatu creature / raksaksa atau apa2lah. Dia tergamam seketika, dan bila pulih dengan cepat berpusing dan berlari kearah pintu dimana dia masuk in the first place. Dia dapat dengar juga bunyi2 bising dibelakangnya seolah creature ini mula mengejarnya! Lepas sahaja dia dari pintu itu, dia secepat kilat menghempas tutup pintu tadi! Dari corridor nya ini, dia dengan pantas berlari ke bilik nya, mencapai kunci pick-up trucknya dan terus melompat kedalam truck ini dan memandu selaju mungkin, sampi menelefon bapanya Dad I'm coming home now!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 28-1-2022 03:55 AM
Terbaca Dalam Internet - USA 2018 (dua mak)
Mak saya (remaja wanita) laung dari luar untuk beritahu saya kita kena keluar now untuk buat sesuatu chores.. entah shopping groceries ke apa. Saya pun ambil jeket, siap2 dan keluar dari bilik. Semasa jalan kat landing tingkat atas, saya ternampak dari ekor mata mak saya berjalan masuk ke bilik dia. Mungkin mak saya naik balik ke bilik kerana terlupa sesuatu. Saya pun patah balik dan mula berjalan ke arah bilik mak.
Masuk sahaja ke dalam bilik mak, kebetulan nampak kelibat mak masuk ke bilik air dalam bilik nya (ensuite lah ni kan, tentu master bedroom kan). Saya lalu fikir untuk mengekori mak saya dan mula berjalan ke arah bilik air mak. Saya masuk kedalam bilik air yang besar ini, tetapi: ianya kososng! Hati saya terdetak dan darah saya berderau!
Saya cepat2 berlari keluar dan ke landing tingkat atas lalu berlari turun ketingkat bawah dan semasa berlari turun tangga, saya nampak mak saya, tercegat berdiri tak puas hari didepan pintu utama, tak puas hati kerana saya lambat turun!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dari kawan semasa di MRSMPC, 1980an, di Malaysia (technician kena karan)
Dia diberitahu pasal kisah ini, dan katanya ianya tersohor dikalangan orang2 LLN yang kerja jaga pencawang dan tak faham kenapa saya tidak pernah dengar kisah ini.
Dua technicians terpaksa masuk ke dalam hutan untuk service pencawang electric yang besar dan tinggi berpuluh2 meter itu. Almost always, benda2 begini dibina didalam hutan untuk menghindar kemalangan / dipanjat orang dan mengelak penggunaan tanah premium. Dan selalu orang2 LLN ini akan bekerja berpasangan kerana biasanya nak masuk ketempatnya pun bukan main susah; jauh dalam hutan tebal dan selalu off roads. Kita nampak power grid / power lines ini sayup2 kat atas bukit selalunya bila kita drive kat highways kan, tengah2 hutan tebal. Dulu2 bila technicians sebegini pergi ke powerlines dan pencawang sebegini, mereka akan siap berbekal, termasuk emergency kits, berwalkie-talkie, berkhemah dan kena berjauhan dari family kerana dikira outstation few days.
So, masuklah 2 technicians ini dengan 4-Wheel Drive lasak mereka dan setibanya di pencawang yang perlu di baikpulih, mereka mula bekerja. Sebagaimana selalu, walkie-talkie pun tak berguna sebab orang lain tak boleh dapat range mereka. Selalunya guna untuk hubungi antara kedua mereka sahaja. Mereka kerja dengan cepat, agar habis awal dan mungkin kena duduk situ 2 3 hari. Tiba-tiba di petangnya, seorang darinya terkena karan dan mati serta merta! Kawan yang masih hidup terus jadi kalut! Called orang dari walkie talkie takde pun signal. Untuk pulang, sangat jauh, even untuk ke jalan besar sekalipun. Dah lah tu, 'jalan' kehutan ini bukannya jalan elok dan ada lampu ke apa; bukan ada rumah orang ke apa. Dia kena bertindak cepat dan selamat. Cepat2 dia kambus dalam shallow grave dan tutup kubur kawan dia dengan daun2 dan ranting kerana tidak mahu harimau atau beruang datang makan mayat ini (dan mungkin tumpang makan dia sekali). Esok, bila cahaya matahari keluar sahaja, dia akan segera pandu keluar ke point of communications terdekat eg mana2 kampung yg ada talian telefon untuk dapatkan bantuan, keluarkan mayat etc. Malam datang dengan cepat dan gelap pekat mula menyelubung melainkan lampu yang mereka bawa. Cepat2 dia makan, solat dan bersiap untuk masuk berkubu dalam 4WD. Dia sangat takut kerana binatang liar dan ada mayat disitu!
Dengan secara tiba2 dan tanpa warning, dia nampak dengan cahaya lampu suluhnya, daun2, tanah dan ranting2 terpelanting ke udara dari kubur kawannya! Dia pusing kepala kearah itu, beberapa meter sahaja dari 4WD mereka, dan dengan jelas, mayat kawan nya tadi telah tegap berdiri dari shallow grave yang dia gali waktu maghrib tadi! Dia menjerit ketakutan dan cuba bergerak berlari ke 4WD! Secepat kilat mayat ini menerkam dan mencekik lehernya. Buat seketika, dengan tangannya masih memegang lampu suluh, mata mereka bertentangan, muka-ke-muka. Dia nampak determination dari wajah mayat ini untuk membunuhnya, manakala matanya pula lifeless dan soulless. Mereka bergelut dan mayat ini sangat kuat. Dia berjaya melepaskan diri selepas pertarungan antara hidup dan mati. Mayat tadi terjatuh, dan dari lampunya, dia nampak mayat ini mula ambil stance untuk menerjah kearahnya. Dia bersedia! Sebaik sahaja mayat ini terjah, dia mengelak. Dia terkejut dengan kelajuan dan power terjahan itu, man-man je dia terlepas. Dia yakin dia tidak akan menang dalam peratrungan dengan makhluk ini. Tetapi, terjahan tadi telah menyebabkan tangan2 mayat ini terpelosok kedalam batang pokok kayu dibelakang technician tadi!
Mayat tadi lalau melolong tetapi tidak dapat melepaskan diri tetapi nampak sangat determined untuk lepas dan menyerangnya! Inilah peluang technician yang masih hidup ini untuk lepas lari, dan dia tahu dia kena ambil peluang ini. Dia tahu makhluk ini tiada limit pada kekuatannya dan tidak akan boleh dibawa berunding! Dia lalu mencapai spade yang diguna untuk menggali kubur maghrib tadi, lalu menghentam kepala mayat ini bertalu2. Ia melolong dengan suara yang mengerikan tetapi setelah pecah semua kepala etc, ia berhenti, dan terkulai layu, dan terjatuh ketanah, dan tanganya terkeluar dari dalam datang pokok, tidak lagi bergerak.
Si technician yang masih hidup tidak berlengah dan segera melompat kedalam 4WD dan mula bersiap untuk memandu selaju mungkin dari situ! Tetapi, terlintas dihatinya, bahawa ini adalah mayat kawannya, mereka lama bersama, kenal anak isteri. Technician ini kuatkan semangat yang ada, lalu menimbus secepat mungkin, mayat kawannya yang hancur itu, dengan daun2 kayu disitu. Siap sahaja urusan ini, dia segara melompat kedalam 4WD dan menekan minyak sedalam mungkin tanpa toleh2, dan memandu membabi buta ke mana sahaja arah yang ada laluan. Setelah lebih sejam, sampailah dia ke perkampungan terdekat; dia segera dapatkan pertolongan orang kampung dan bermalam disitu. Esoknya pihak yang terlibat dihubungi dengan susah payah, lalu mereka beramai2 masuk semula kehutan itu dengan pihak berkuasa.
Namun, tiada apa yang dijumpai. Tiada mayat. Dirumuskan haiwan liar melarikan mayat tadi. Hingga kini (1980s) ianya belum ditemui.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cite technician kena karen.. sebijik cam satu cite dlm buku berkelahi ngn Syaitan oleh tok awang ngah..tp background tahun 50-60an.. |
|
|
|
|
|
|
|
awak pun cari la satu dua, yang pendek2, dan letak sini
tentu ada citer yg penah baca atau dgr
|
|
|
|
|
|
|
|
baru google buku tudan penulisnya
meninggal August 2009
wah, sgt byk buku dia
sy tidak pernah dgr nama penulis ini dan pernah dgr tajuk bercakap dgn jin
sy hanya dgr cerita ini dari mulut kawan sy itu lah, all those years in late 80s kat MRSM
letak la cerita2 pendek dalam thread ini
sy akan beri tacang nya
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan Jin tu lokasinya daerah saya belah Teluk Intan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup...Tamar Jalis...Datuknya org belah Teluk Intan...mungkin Selabak kot...ada harimau jadian...milik bini yang alam ghaib...wallahualam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Siri Bercakap Dengan Jin setanding Harry Potter15 Aug 2021
FOTO: FACEBOOK TAMAR JALISM ZAKI ARIF
SIRI Bercakap Dengan Jin (SBDJ) karya Tamar Jalis mengikut kluster sastera global menyebut sebagai horror literature atau novel seram.
Justeru dalam buku Horror Fiction in the 20th Century: Exploring Literature’s Most Chilling Genre karya Jess Nevins (2020: 213) mengangkat Conversations with the Jinn atau SBDJ sebagai novel seram kurun ke-20 di dunia yang pernah mencipta fenomena pada era emasnya sebaris dengan novel-novel seram dari negara Asia seperti Jepun, China dan Filipina.
Jess Nevins mengakui SBDJ sebuah karya tersohor dan siri terpanjang dalam sejarah novel Melayu malah dunia. SBDJ mengukir sejarah bersiaran dalam majalah Variasari secara berterusan selama 23 tahun lapan bulan (April 1981-Januari 2005) sebanyak 284 siri. Sejumlah 221 siri diterbitkan dalam 16 buku saku.
Menurut Tamar Jalis, buku itu banyak kali ulang cetak dan terjual melebihi sejuta naskhah, manakala pada tahun 2011 diterbitkan semula dalam bentuk novel tetapi meliputi 73 siri sahaja. Tamar Jalis ialah nama pena Mohamad Radzi Mahmud atau dikenali juga dalam sejarah penulisan cerpen tanah air sebagai Ahmad Mahmud kelahiran Beruas, Perak. Di samping nama pena Tamar Jalis dan Ahmad Mahmud, Mohamad Radzi juga menggunakan nama-nama samaran yang lain; Ramdhan A.M dan Atma A.M dalam penulisan novel remaja.
SBDJ terjenama dan dipersepsikan sebagai kisah hantu, jin dan makhluk halus yang melingkari kehidupan orang Melayu pada era pascakolonialisme tetapi secara instrinsik manipulatif ia memaparkan nilai positifisme seperti mengetengahkan unsur-unsur psikologi, falsafah, petua, perubatan tradisional, mistik, keagamaan, seni persilatan, kebatinan, sejarah tempatan, geografi, pemburuan, pengembaraan di Tanah Melayu dan Sumatera serta kepakaran orang Melayu menguasai makhluk halus.
Karya kembara
Karya ini digarap bercirikan novel dengan pendekatan penulisan memoir menerusi sudut pandangan 'orang pertama’ iaitu Tamar bersama 'Datuk’ (Long Mat Piah @ Kulup Mohamad Diah) yang diletakkan sebagai protagonis dan digerakkan oleh 410 orang watak sampingan. Protagonis digambarkan seorang supernatural memiliki ilmu batin berprestasi tinggi sehingga mampu menundukkan jin atau iblis.
Boleh menyelam berjam-jam di sungai, mampu mengesan/membaca (ilmu firasat atau kasyaf) perkara ghaib, pendekar yang berkemahiran bersilat, boleh terbang dan melompat setinggi rumah, dapat berhubung dengan kawan menerusi angin (seolah-olah menggunakan telefon bimbit), kebal, menguasai binatang buas (harimau dan buaya) dan kenderaannya, harimau.
Pengembaraan merupakan tema yang mendominasi SBDJ. Pengembaraan 'Datuk’ dan Tamar merangkumi empat fasa iaitu Beruas dan sekitar meliputi 15 lokasi terangkum dalam 143 siri; Semenanjung Malaysia (41 lokasi), Sumatera 13 lokasi dalam 136 siri manakala Betawi atau Jakarta sebanyak tujuh siri.
Plot SBDJ lurus dan tidak menggugah minda pembaca. Namun begitu disulami dan digabung-jalin dengan unsur-unsur novel seperti naratif mendatar, ketegangan (suspens), puncak (klimaks), dialog, teknik imbas kembali, latar tempat, latar waktu dan masa, serta kendur (peleraian) yang membentuk sesuatu cerita atau siri itu menjadi menarik dan tidak membosankan kerana pengarang bijak memasukkan perasaan pembaca ke dalam ceritanya, seolah-olah si pembaca turut sama berada di dalam cerita itu.
Kepincangan sosial yang melanda segelintir masyarakat Melayu ketika itu digambarkan oleh Tamar Jalis bukan hanya berlaku di Tanah Melayu tetapi juga di Sumatera.
Khurafat
Akibat kurang mendalami ajaran Islam, mereka terpesong daripada landasan ajaran agama yang sebenar lalu kehidupan mereka bergelumang dengan amalan khurafat seperti pukau, santau, susuk, sihir, saka, membela toyol, harimau jadi-jadian serta berkawan dengan jin, hantu dan syaitan.
'Datuk’ dicipta khas oleh Tamar Jalis sebagai hero menghapuskan segala gejala antisosial itu supaya masyarakat Melayu kembali ke landasan ajaran Islam yang sebenarnya.
Mesej utama SBDJ adalah membaiki sistem sosial dan segelintir masyarakat Melayu 1960-an serta menanamkan keyakinan jitu terhadap Islam sebagai ad-Din iaitu cara hidup bagi seseorang Muslim itu.
Tema dan persoalan SBDJ dipaparkan sama ada secara eksplisit atau implisit dalam kebanyakan siri.
Pembanterasan atau menghapuskan amalan khurafat dan ilmu hitam menjadi kegiatan utama pengembaraan 'Datuk’ dan Tamar serta menyarankan petua, persilatan dan perubatan tradisional Melayu harus dipelihara.
Tamar Jalis pakar menceritakan sesuatu dengan terperinci. Dia mengolah sesuatu cerita itu dengan bahasa Melayu baku yang mudah difahami dan memikat serta mampu melukiskan setiap apa yang dilihat, apa yang didengar dan apa yang dirasanya dalam penulisan.
Kekuatan inilah yang menyebabkan SBDJ menjadi tarikan pembaca meskipun terhenti siarannya di Variasari, ia masih diminati ramai dan mempunyai 'peminat’ tersendiri sehingga sekarang telah wujud Facebook dan blog yang menggunakan nama Tamar Jalis dengan kendalian peminatnya.
Penulisan SBDJ tidak sekadar sebuah cerita tetapi sesuatu kisah itu diolah dengan memasukkan unsur instrinsik dalam penulisan novel di samping mengetengahkan unsur ekstrinsik seperti sejarah, situasi, lokasi, nilai-nilai moral, sosial dan budaya.
Namun begitu, keindahan ini tenggelam kerana khalayak menjenamakan SBDJ sebagai kisah tahyul, seram mahupun cerita jin dan hantu kerana terpengaruh dengan tajuk siri, reka bentuk kulit buku dan ilustrasi yang mengiringi cerita.
SBDJ sebenarnya sebuah karya kreatif tersohor yang luar biasa. Mampu menyaingi Harry Potter oleh JK Rowling seandainya dialihbahasakan ke bahasa dunia. Ia bukan cerita seram yang bersandarkan kisah jin atau bunian semata-mata tetapi jika dihayati kesemua siri, berapa peratuskah alam bunian, jin, hantu dan jembalang yang dipaparkan?
Justeru SBDJ wajar dinobatkan sebagai karya kembara sastera atau travellog literature berbanding novel seram atau horror literature.
*M Zaki Arif ialah nama pena Dr Zabidin Haji Ismail. Beliau ialah penulis, penyunting, penerbit dan Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 28-1-2022 07:44 PM
baru google buku tudan penulisnya
meninggal August 2009
wah, sgt byk buku dia
http://tokawangngah.blogspot.com/
Blog siri berkelahi ngn setan..enjoy..credit to blogspot owner..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah terimakasihsy gemar jugak cerita2 hantu ni
jadi sekali sekala akan update thread ini dgn cerita2 yg lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 31-1-2022 02:21 AM
Cerita lama sari internet: pencerita dengar dari kawan dari uncle nya (1950an); (ais)
Uncle kawan tadi dalam perjalanan dalam keretapi di Utara India dengan 4 5 orang yang lain di suatu malam dalam tahun 1950; mungkin mereka ini orang berada jadi ada bawa whiskey. Oleh kerana keretapi ini tiada gerabak pantry, mereka memanggil anak muda yang bekerja sebagai salah seorang attendant dalam train yang panjang itu dan memberi rasuah kepadanya untuk mencarikan ais untuk whiskey mereka (juga untuk membenarkan mereka minum whiskey itu di dalam keretapi).
Mula2nya, attendant ini hendak tak hendak dan macam rasa bersalah, tetapi setelah melihat duit rasuah dan offer sedikit whiskey, dia mengalah. Setelah beberapa lama, dia datang membawa ais tadi dengan takut2 dan rasa bersalah, lalu Uncle dan kawan2 nya dapatlah enjoy satu round whiskey tadi. Now mereka nak satu round lagi, dan attendant tadi sekali lagi rasa bersalah tetapi dengan satu round lagi duit yang diberi, maka dia akur dan pergi mendapatkan ais. Bila dia pulang ke gerabak Uncle dan kawan2 nya, mereka sangat gembira melihat attendant tadi lalu mula bergembira dengan round ke 2 whiskey mereka. Ini berterusan hingga ke round 4 dan 5, dan mungkin attendant ini orang miskin dan bukan selalu berpeluang untuk dapat sedikit duit lebih, tetap berjaya mendapatkan ais kepada mereka, biarpun perjalanan malam itu sudah jauh berjam-jam.
Kali ke 6, mereka memanggil lagi attendant ini, meminta lagi ais dan mereka mampu bayar upahnya. Kali ini, attendant itu berkata, ini tidak lagi mungkin berlaku. Uncle tadi tanya,''Kenapa, tadi anda selalu berjaya mendapatkan ais kepada kami''.
Jawab attendant ini, ''Tuan, bagaimana lagi saya hendak dapatkan ais pada tuan.. mayat tadi telah pun diturunkan di hentian yang lepas sekejap tadi''
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih Cik Seri
Input yg sangat bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 29-1-2022 02:27 PM
ipes2 replied at 28-1-2022 11:11 PM
terima kasih Cik Seri
Input yg sangat bagus
Iya En ipes2...
Certot seram saya...
Holiday House @ Ealing Broadway...balik dari Istana mendiang Lady Diana...suka2 duduk meja study di situ...ada warning prohibited seating there...gedik gak nak duduk & minta bff snap pic...tengok balik pic tu...seram muka queen dlm potret belakang saya...
Back @ Holiday House...malam tu dinding bilik tidur saya berbunyi kena cakar2...smp minta bff temankan...huhu...x tahu cakar oleh yg dari istana @ penunggu house kot ...
After balik Mesia...nephew bff yg study Glasgow went missing...a year gak le...only boy among 4 siblings...found but not himself...huhu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah ini kelakar
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah....rare ni dr ipes bukak thread kat mps.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ipes2 at 31-1-2022 02:28 AM
ipes2 replied at 28-1-2022 07:44 PM
baru google buku tudan penulisnya
meninggal August 2009
wah, sgt byk buku dia
Tok awang ngah ni ala mcm siri bercakap dgn jin.
Tp bg saya..siri bercakap dgn jin best lg..
Saya takdak kisah seram sgt.
Tp ada la cerkon ( cerita kontot)
1. Highway Gurun.
Masa ni saya bersekolah di asrama penuh. Demam yg teruk smpai cikgu call parents utk dtg ambil bw balik.
Lepas isyak parents smpai..bw saya balik.saya mmg lena pengsan. Ayah saya ckp..sya mcm lena mati 3 hari tak sedar pa..bgun utk mkn ubat ja...tu pun saya tk ingt apa.
Bertolak balik...masa smpai area gurun..tiba ayah kata ada benda mcm jatuj atas bumbung kereta.
Mak saya ckp jgn la stop dan jgn la keluar.
Mslhnyaa..berat sgt kereta.
Jd ayah saya stop ke tepi..keluar dan bc ayat yg patut , pastu ok dah boleh gerak mcm besa.
Mak saya ckp..takut sgt...atas jln masa tu..tkdak kenderaan pulak. Tanya ayah..ayah bukan nak cerita( ayah saya ni sgt perahsia) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|