View: 14175|Reply: 79
|
MAISINGGAH✿77 Tempat Menarik Di Penang | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
77 Tempat Menarik Di Penang | Destinasi Terbaik Di Pulau Pinang
Jika anda mencari destinasi percutian yang mempunyai pantai pasir putih berserta laut yang nyaman tetapi tidak mahu meninggalkan segala kemudahan bandar yang moden, anda tidak akan kecewa memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian seterusnya.
Sebelum anda datang ke Pulau indah ini, kami telah menyenarai 77 tempat menarik di Penang untuk memudahkan anda merancang percutian anda ke sana nanti.
77. Design Village Penang
Hangpa suka shopping? Mai singgah ke Design Village Penang. Di sinilah tempatnya untuk anda bershopping sakan berjam-jam lamanya memandangkan terlalu banyak pilihan jenama yang ada, dahlah banyak pilihan, murah-murah lagi tu kalau nak dibezakan dengan shopping mall lain disebabkan statusnya sebagai “outlet mall” sepertimana JPO di Johor dan Genting Premium Outlets di Genting. Berapa banyak diskaun yang boleh enjoy kat sini? Jangan terkejut, ada yang sampai mencecah 80% daripada harga asal!
Berkeluasan 400,000 kaki persegi, mall yang berkonsep terbuka dan moden ini menempatkan dalam sekitar 150 buah kedai, cukup banyak sehinggakan ianya dikatakan sebagai salah satu mall yang terbesar di Penang. Sebagai mall berkonsep outdoor, sambil-sambil bershopping tu anda boleh menikmati pemandangan pokok-pokok hijau di sekitar taman tropika.
Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, Bandar Cassia, 14110, Penang
Dah puas bershopping di sini, anda boleh terus mendapatkan khidmat shuttle percuma yang disediakan untuk ke IKEA. Apa yang boleh ‘dipelajari’ daripada kisah ini adalah, anda kena bersedia untuk meluangkan sehari suntuk hanya untuk bershopping di Penang.
|
|
|
|
|
|
|
|
76. Upside Down Museum
Selain dapat merasai kelainan bershopping dalam konsep terbuka seperti yang ditawarkan Design Village Penang, anda juga boleh merasai ‘kelainan dunia’ sekiranya ke Upside Down Museum. Mana tak lainnya, semua objek yang ada di dalam muzium ini seolah-olah terapung di udara, segalanya melawan graviti. Pekerja-pekerja di muzium ini juga sangat mesra pelanggan dan bersemangat untuk mengajar anda cara berposing untuk mendapatkan hasil yang menarik.
Sepanjang berada di muzium ini, anda sekeluarga akan bergelak sakan melihatkan gelagat masing-masing semasa cuba untuk bergaya bersesuaian dengan props yang ada. Hasil gambar ini nanti dapat menampakkan anda seolah-olah terbang atau memiliki kuasa luar biasa.
Alamat: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
75. Guar Petai
Guar Petai atau juga turut dikenali dengan banyak lagi nama lain seperti Frog Hill dan Guar Perahu adalah sebuah tarikan yang agak tersembunyi daripada pandangan pelancong yang terletak di bahagian utara Seberang Perai.
Berkeluasan 60 hektar, pada asalnya, kawasan ini merupakan ladang getah milik persendirian sebelum menjadi tapak kuari pada tahun 1970-an. Kewujudan Guar Petai ini mula disedari selepas sekumpulan peserta aktiviti lasak berbasikal mendaki sehingga ke puncak bukit dan terlihat panorama tasik yang berwarna biru kehijauan.
Merancang untuk ke sini? Pastikan anda memakai kasut yang sesuai kerana anda perlu mendaki dalam sekitar 5 minit sebelum sampai ke puncak. Jangan lupa juga untuk pakai sunblock dan membawa minuman yang secukupnya, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca agak panas.
Sekiranya anda datang dari Bukit Mertajam, masa yang diambil untuk ke sini adalah dalam sekitar 30 minit pemanduan.
Alamat: Kampung Guar Petai, 14400 Tasek Gelugor, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
74. Penang State Museum and Art Gallery
Penang State Museum and Art Gallery menempatkan pelbagai hasil seni dari tahun 1965 hinggalah yang terkini. Muzium seni ini pada asalnya bertempat di Lebuh Farguhar sebelum dipindahkan ke Dewan Sri Pinang pada tahun 1994.
Terdapat dua bahagian galeri di muzium ini iaitu galeri tetap yang terletak di tingkat 3 dan galeri seni kontemporari (sementara) di tingkat bawah Dewan Sri Pinang. Galeri atau pameran tetap menempatkan pelbagai jenis koleksi yang termasuklah karya lukisan, ukiran, printing, foto, seni bina, seni rekaan, pertunjukan, filem, seramik dan banyak lagi. Manakala untuk ruangan seni sementara pula mempamerkan hasil seni visual yang dipilih berdasarkan tema pameran yang telah ditetapkan.
Selain pameran seni, muzium ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh diikuti seperti forum, bicara seni, workshop, pertandingan dan sebagainya.
Alamat: Ground Floor, Dewan Sri Pinang, Light Street, Penang, 10200 |
|
|
|
|
|
|
|
73. Chew Jetty
Terletak di Pengkalan Weld, Chew Jetty adalah salah satu daripada beberapa buah jeti yang terdapat di dalam kawasan yang sama.
Daripada kesemua jeti yang ada, Chew Jetty adalah yang paling terkenal dalam kalangan pelancong kerana kemeriahannya yang mana rumah-rumah terapung di sini menjual pelbagai jenis barangan yang boleh dibeli untuk dijadikan cenderamata.
Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah kewujudan aktiviti atau sukan air yang boleh dicuba. Selain ini semua, Chew Jetty turut mendapat populariti kerana salah satu daripada lukisan mural yang dihasilkan oleh Ernest Zacharevic (pelukis Penang Street Art) yang diberikan nama ‘Mirrors George Town’ terletak di sini.
Masa yang diambil untuk habis meneroka jeti ini adalah dalam sekitar 1 jam. Alang-alang dah berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan pemandangan dari jeti ini ketika matahari terbenam.
Alamat: Pengkalan Weld, 10300 Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
72. Air Terjun Titi Kerawang
Pernah dengar tentang Air Terjun Titi Kerawang? Tak pernah atau dah pernah dengar, mesti ada yang tertanya-tanya apa maksudnya Titi Kerawang ni kan? Untuk pengetahuan anda, ‘Titi Kerawang’ yang dijadikan nama air terjun ini sebenarnya membawa maksud titi kayu beluti yang disusun terputus-putus secara bersimpang-siur.
Tak pastilah pula kenapa nama ini diberikan kepada kawasan air terjun ni, mungkin juga orang pertama yang menemui kawasan air terjun ni perlu melalui titian yang bersimpang-siur seperti yang dikatakan.
Tak kiralah macam mana pun kisahnya, apa yang penting, destinasi ini tidak kurang menariknya untuk dilawati sekiranya anda mendambakan udara dan pemandangan yang menyegarkan. Terletak tidak jauh daripada laluan antara Balik Pulau dan Bayan Lepas, air terjun di kawasan ini cukup dingin, memang syok untuk mandi-manda.
Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LelaRentaka7 at 23-2-2022 05:55 PM
71. Colonial Penang Museum
Colonial Penang Museum adalah di mana anda dapat melihat dunia masa lalu berkaitan dengan gaya hidup dan budaya masyarakat Baba Nyonya. Suasana muzium ini cukup unik jika dibezakan dengan muzium lain kerana koleksi-koleksi yang dipamerkan bukan sekadar antik, tapi juga bernilai estetika. Antara barangan yang dipamerkan adalah meja bergaya elegan yang berasal dari Perancis hasil buatan pada tahun 1890, tab mandian marmar, lukisan kaca berwarna yang dihasilkan oleh tukang kaca Dublin dan banyak lagi.
Sepanjang lawatan ini juga, anda akan diberikan penerangan mengenai kisah ataupun sejarah disebalik barangan antik yang dipamerkan. Sebelum melangkah keluar, anda boleh membeli barangan antik yang dijual di kedai muzium ini.
Alamat: 7, Jalan Ds. Ramanathan Scott RD, Taman Pulau Pinang, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
70. Penang House of Music
Selain melihat artifak peninggalan masa lampau dan juga seni bina kolonial, untuk menyempurnakan lagi penerokaan sejarah Penang, anda boleh menuju ke Penang House of Music untuk mendalami sejarah muzik di negeri ini. Unikkan? Bukan senang nak jumpa tempat yang menceritakan sejarah muzik.
Selain dapat mendalami sejarah dunia muzik di Penang, anda sekeluarga juga dapat mempelajari banyak perkara tentang budaya-budaya berbeza yang wujud di negeri ini. Turut terdapat di sini adalah pusat sumber yang boleh anda masuki untuk melihat koleksi vinyl, rakaman audio / video / interview yang tidak disebarkan kepada awam dan sebagainya.
Alamat: KOMTAR, L4-02, Level 4, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
69. Glass Museum Penang
Kalau anda perasan, banyak sekali muzium yang unik di Penang ni, begitu jugalah lokasi yang seterusnya ini iaitu Glass Museum Penang. Sebaik memasuki muzium kaca ini anda akan disambut oleh refleksi daripada cermin-cermin yang tersusun indah dengan bentuk geometri. Dalam dunia cermin ini, anda berpeluang untuk mendapatkan hasil foto yang mengujakan.
Selain itu, turut dipamerkan adalah seni kaca yang menarik, antaranya adalah gelas kaca dengan motif batik yang dihasilkan dengan menggabungkan pelbagai teknik berbeza, gelas bermotif batik ini juga adalah antara yang terpanjang pernah anda temui sehingga diiktiraf di dalam Malaysia Book of Records.
Selain dapat mencuci mata melihat hasil-hasil yang kreatif ini, anda juga boleh menyertai kelas pembuatan kaca kreatif yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat usia. Kaca kreatif yang telah dihasilkan boleh dibawa pulang untuk dijadikan hiasan.
Alamat: No.6, Wisma Cheok Holdings, Burma Road 10050 Penang |
|
|
|
|
|
|
|
68. Bukit Mertajam Recreational Forest
Bukit Mertajam Recreational Forest atau Hutan Lipur Bukit Mertajam merupakan sebuah destinasi yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Bukit Mertajam untuk mendapatkan udara yang sejuk dan segar dari kawasan hutan yang berketinggian 457 meter dari paras laut ini. Banyak aktiviti outdoor yang boleh dilakukan antaranya adalah berjogging, hiking dan berbasikal.
Setelah puas beraktiviti, anda boleh terjun ke dalam air sungai atau kolam semula jadi yang terbentuk di sini. Tak puas hanya sehari? Anda boleh juga merancang untuk bercamping atau menginap di chalet yang disediakan pihak hutan lipur.
Alamat: Jalan Kolam, Mukim 15, Cherok Tok Kun, 14000 Penang |
|
|
|
|
|
|
|
67. Straits Quay
Straits Quay adalah salah satu daripada lokasi membeli-belah dan juga marina yang terletak di Seri Tanjung Pinang. Dibuka pada tahun 2010, pusat membeli-belah tepi pantai ini juga lengkap dengan pusat konvensyen, spot untuk berekreasi, Performing Arts Centre dan juga apartment mewah.
Berkeluasan 270,000 kaki persegi, Straits Quay menempatkan dalam sekitar 100 buah lot kedai. Antara yang boleh ditemui di sini adalah Papparich, Starbucks, Subway, Royal Selangor dan sebagainya.
Bercadang untuk bershopping di tepi laut? Anda boleh menaiki bas perlancongan Rapid Penang iaitu bas Hop-On Hop-Off yang mana salah satu lokasi perhentiannya adalah Straits Quay.
Alamat: Jalan Seri Tanjung Pinang 10470 Tanjong Tokong, Penang |
|
|
|
|
|
|
|
66. Hin Bus Depot
Hin Bus Depot adalah sebuah lokasi yang padat dengan pelbagai jenis hasil seni kreatif. Yang menariknya, hasil-hasil seni yang dipamerkan di sini ditukar dari masa ke masa. Jadi kalau anda tercari-cari idea kreatif, bolehlah singgah ke sini.
Ingin melihat lebih daripada street art? Anda boleh datang ke sini pada hari Ahad dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang untuk melihat kemeriahan sebenar suasana di sekitar Hin Bus Depot, ini kerana, pada waktu itu terdapat jualan pelbagai hasil kraftangan yang kreatif. Pada hari yang sama juga terdapat pertunjukan-pertunjukan yang dapat menghiburkan jiwa.
Selain itu, di sini juga terdapat taman permainan kanak-kanak, studio pembuatan barangan tembikar Jepun dan banyak lagi. Terasa lapar atau kehausan selepas seharian berjalan? Di sini juga terdapat banyak kafe atau kedai kopi yang boleh dijadikan lokasi melepaskan kepenatan.
Alamat: 31A Jalan Gurdwara, George Town, Pulau Pinang, 10300, Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
65. Teddy Ville Museum
Terletak di dalam DoubleTree Resort, Teddy Ville Museum dapat memberikan anda kepuasan dua dunia iaitu dunia teddy bear dan dunia sejarah serta budaya Penang. Pendek kata, muzium ini cukup menarik untuk dilawati seisi keluarga tanpa mengira usia, kanak-kanak mahupun dewasa.
Bahagian pameran berkaitan dengan sejarah Penang ini juga menjadi 2 kali ganda lebih menarik daripada muzium lain kerana mereka menggunakan teddy bear sebagai karakter. Memang unik!
Masa yang diambil untuk selesai menyaksikan segala pameran di dalam muzium ini adalah dalam sekitar 3 jam. Sebelum pulang, jangan lupa untuk membawa pulang cenderamata yang boleh didapati dari kedai muzium ini.
Alamat: Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang |
|
|
|
|
|
|
|
64. Pantai Tanjung Bungah
Pantai yang indah ini boleh dijumpai di Tanjung Bungah yang terletak di antara Gurney dan Batu Ferringhi dan hanya 30 minit saja jika anda memandu dari Georgetown.
Pantai ini merupakan destinasi popular di Pulau Pinang dan menjadi meriah dengan pelancong pada musim cuti sekolah. Ini kerana disini terdapat banyak aktiviti sukan air sesuai untuk seisi keluarga seperti Jet Ski, Banana Boat dan Parasailing.
Alamat: Tanjung Bungah, Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
63. Countryside Stables Penang
Terletak di Sungai Burong, Countryside Stables Penang ini merupakan tempat diamana anda dapat belajar menunggang kuda sambil menikmati persekitaran alam semulajadi yang indah.
Dibuka pada tahun 2012 tempat ini mempunyai sebanyak 30 ekor kuda yang terdiri daripada baka berbeza seperti Pure Bred Arabian Horse, Pony, Kuda Thai, Myanmar dan Kuda Malaysia.
Jika anda belum bersedia untuk menunggang kuda tidak perlu risau kerana anda juga dapat memberi makan sambil melihat gelagat kuda yang menarik.
Alamat: Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
|
|
|
|
|
|
|
|
62. Muzium Pinang Peranakan-Pinang Peranakan Mansion
Kalau anda ingin tahu tentang budaya dan cara hidup kaum Peranakan anda boleh ke muzium Pinan Peranakan di George Town. Di sini terdapat beberapa pameran yang menunjuk kehidupan harian kaum peranakan seperti baju tradisional dan jenis perabut yang diguanakan untuk menghias rumah mereka.
Reka bentuk dan susunan perabot yang dilihat didalam bangunan ini berjaya membuat anda rasa seperti kembali ke zaman peranakan dahulu.
Alamat: 29 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
61. Tropical Spice Garden
Sumber: Tropical Spice Garden
Asalnya Tropical Spice Garden merupakan sebuah ladang getah yang terbiar dan pengasasnya David dan Rebecca Wilkison bersama beberapa rakan mereka menukar tempat ini menjadi satu destinasi eco-pelancongan yang bertaraf antarabangsa.
Taman dengan keluasan 8 ekar ini menjadi rumah kepada 500 jenis flora dan fauna pelbagai rupa. Jika anda teliti, logo tempat ini adalah bunga kantan sebuah rempah tempatan yang digunakan didalam masakan tempatan popular seperti laksa.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah Garden Tour, Children Tour dan Nigh walks. Selain daripada itu mereka juga membuka tempat ini untuk acara team-building dan acara korporat.
Alamat: Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang. |
|
|
|
|
|
|
|
60. Escape Theme Park
Sumber: Escape
Kepada mereka yang lebih gemar aktiviti lasak jangan lepaskan peluang untuk ke Escape Theme Park Pulau Pinang. Terletak berhampiran dengan kawasan Batu Ferringhi Ia merupakan tempat dimana anda dapat membuat pelbagai aktiviti lasak (Adventureplay) diatas pokok seperti, Monkey Busines (memanjat), Flying Lemur (ZipLining), Atan Leap (Bungie Jumping), dan banyak lagi!
Dah puas dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Anda boleh meneruskan keseronokan dengan bermain di Waterplay yang padat dengan pelbagai permainan air. Sehari memang tak cukup!
Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
59. Penang Street Art
Sumber: Phalinn Ooi / CC BY 2.0
Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic.
Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.
Alamat: Bandar George Town, Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
58. Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion (Guided Tours)
Sumber: Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion
Mustahil untuk melawat tempat menarik di penang sebab kesuntukan masa? Kalau macam tu, jadikan Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion sebagai salah satu lokasi pertama yang anda lawati sebaik menjejakkan kaki di Penang supaya tidak terlepas!
Destinasi ini adalah salah sebuah tarikan terpenting dan berkemungkinan paling mengujakan yang pernah anda jejaki di Penang.
Rumah agam yang berwarna biru dengan gaya seni bina Cina ini adalah sebuah peninggalan klasik dan bersejarah yang pernah mendapat anugerah ‘UNESCO’s Most Excellent Project Asia Pacific Heritage Awards’ pada tahun 2000 dan disenaraikan dalam Lonely Planet sebagai salah sebuah ‘Greatest Mansions in the World’ pada tahun 2011.
Alamat: 14, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang |
|
|
|
|
|
|
| |
|