Telah lama kedengaran desas-desus mengenai mantan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan telah berkahwin lain, namun ianya kekal sebagai khabar angin sehinggalah bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh 'mengesahkan' perkara tersebut.
"Dah lamaaa pun... benda halal...Bukan gf, bukan scandal.. Depa punya viral, mcm DSN sorang je ahli parlimen kawin lebih"
Begitu kapsyen ditulis Iesya Toh menerusi satu muat naik entri di laman Instagram miliknya yang disertakan gambar DS Najib berdiri di samping seorang wanita yang sedang memaut lengannya.
Turut sama di dalam foto tersebut empat individu, dua lelaki dan dua perempuan dipercayai anak kepada 'isteri' barunya itu. Kesemua mereka sedondon berpakaian warna hijau.
Foto : Iesya Toh
Menerusi komen-komen netizen, dikatakan pernikahan DS Najib dan 'isteri' barunya itu dilangsungkan lebih setahun lepas ketika PKP dan menjawab soalan netizen yang bertanyakan siapakah gerangan wanita tersebut, "janda Fauzi Marzuki komposer", kata Iesya Toh.
Sementara itu, memetik Sinar Harian, bekas pegawai khas DS Najib yang juga merupakan Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, DS Najib berhak memilih kebahagiaan untuk diri sendiri dan jika gambar (viral) itu betul dan ianya betul yang DS Najib telah berkahwin lain dan dia bahagia, dia turut tumpang gembira. - CARI
|