CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11264|Reply: 196

[Tempatan] Jadi rider mewah, kerja ikut suka

[Copy link]
Post time 4-6-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Kerjaya sebagai penghantar makanan semakin menjadi pilihan terutama kepada golongan muda kerana mereka bebas untuk menentukan waktu bekerja selain kurang tekanan berbanding makan gaji.

Graduan ekonomi, Nur Amanina Yani, 28, berkata, dia memilih untuk beralih kerja sebagai penghantar makanan kerana tidak tahan dengan bebanan kerja sewaktu menjadi pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta sebelum ini.

“Saya membuat keputusan berhenti kerja dan memulakan kerjaya baharu sebagai penghantar makanan. Jadi tidak perlu lagi mendengar kritikan majikan di tempat kerja.

“Walaupun bekerja sebagai rider penat, tapi fizikal dan mental akan bertambah lesu sekiranya mendapat majikan yang sentiasa menekan pekerjanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nur Amanina memberitahu, waktu kerja sebagai penghantarmakanan lebih fleksibel kerana dia boleh memilih mengikut ke­sesuaian masa.

Walaupun terdapat tawaran kerja lain, gadis itu lebih selesa bekerja dalam bidang perkhidmatan penghantaran.

“Jika hendak dibandingkan kerja rider dan pegawai yang makan gaji di pejabat, sudah tentu kami untung. Apa yang boleh saya katakan, jika rajin bekerja, upah yang diterima juga lumayan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Mohd. Nurhajirin Johari, 26, dia menga­kui lebih selesa bergelar penghantar makanan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.


Gaji penghantar makanan adalah bergantung kepada kerajinan.-GAMBAR NOOR HASLIZA NUSI

“Memang kami berdaftar di bawah syarikat seperti GrabFood, foodpanda, Tapau dan sebagainya, tetapi tidak dipaksa bekerja kerana ia bergantung kepada usaha kami sendiri.

“Saya berasa lebih selesa kerana dapat menetapkan masa bekerja. Jika perlu bercuti dan mempunyai hal kecemasan, saya boleh terus pulang tanpa perlu membuat permohonan atau mendapat kebenaran daripada pihak atasan,” kongsinya.

Haidar Anuar Zainal Abidin, 50 pula berkata, faktor umur tidak menjadi halangan buatnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sebagai penghantar makanan.

“Saya memilih kerjaya ini selepas kehilangan kerja pada awal tahun 2020 disebabkan syarikat tempat saya bekerja ditutup.

“Ramai yang anggap saya tua, tidak sesuai jadi rider tapi saya tidak akan mengalah demi menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Menurut Haidar, dia memperoleh kira-kira RM1,000 seminggu sebagai penghantar makanan berbanding gaji kerani di syarikat lamanya.

“Tidak ada sebab saya perlu cari kerja lain, lagipun majikan mana yang mahu pekerja berusia seperti saya. Dengan pekerjaan ini, saya mampu senangkan isteri dan anak-anak,” ujarnya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu, tak payah susah-susah nak target straight A 4.0 pointer pelbagai
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
high risk high return kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 01:03 AM | Show all posts
Bdk2 lepas spm pun income lebih dari grad uni yg 4 taon bertungkus lumus kat uni pastu sambung kat ofis
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada degree mcm membazir la sbb keje rider x ada naik pangkat atau naik gaji. Tp keje swasta pon menyakitkan hati jugak. Gaji stagnant atau naik plg byk pon 100 setahun. Keje 10thn, pangkat sama, gaji naik x smpai 1k. Cuba kalau company2 ni bg kenaikan 200-300 setahun? Plg busuk 10% dari current salary, confirm ramai xjd rider. Negara la rugi in long run sbb yg belajar tggi2 , alih2 jd rider
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Akan dtg x tahu apa jd kat msia..kita sambung belajar bkn sahaja utk dpt kerja yg baik tapi utk build up social skills dan networking....dan lain cara berfikir mrk yg pernah belajar kat uni dan tak....msia ni pun x byk peluang keje utk degree holder...i x tahu 10 thn akan dtg mcm mana dgn gen tik tok nye pemikiran ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2022 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Adakah orang-orang kita tidak bercita-cita tinggi? Aku tak cakap kerja macam nie tak de masa depan, tapi bila kita bekerja nie kita kena kaut juga ilmu² serta mempelajari kemahiran yang kita dapat selama bekerja. Adakah kita nak kerja raider sampai umur 80 tahun? Takde pendidikan tak pe, kau pergi kerja pelayan kat kedai makan pun sedikit sebanyak kau dapat Ilmu macam mana menguruskan kedai makan ok.... Sepatutnya kerja2 macam nie letak kan di pilihan terakhir, bukan nya kau pergi berhenti kerja sbb nak macam nie...aduiii lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 08:07 AM | Show all posts
makin disensasikan isu "baik jadi rider".
rider ni hidup kat jalanan 50-50, kalau dapat balik rumah dengan selamat tu dah sangat syukur..
sampai umur berapa badan mampu 8-10jam straight atas jalanan?
nak mewah tu kena straight 8-12jam full time.
sekali eksiden, seminggu minimum dah off..

tak perlu lah nak banding atau gebang job ni bagus job tu bagus.
ada job dah kira bagus untuk sara keluarga besarkan anak dengan pendidikan..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps tu nnt kluar news sedih2 pasal rider ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lebih kepada pendapat masing-masing kan?
Siapa je yang taknak hidup senang?
Ada orang rezeki dia dapat kerja elok, majikan baik, ofismet jadi geng. Ada pula sebaliknya.

Bagi aku sendiri (syukur alhamdulillah kerja sekarang suasananya macam aku cakap di atas), tapi kalau ada peluang untuk dapat income sendiri, aku pilih untuk bekerja sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik ipar iols manager fast food, benti kerja jadik rider.. dapat lagi banyak dan tak stress katanya
Milennials memang pilih kualiti hidup
Macam kita ni fikir pasal grade kerja, pangkat, respect in society end up stress kerja, otak sentiasa running untuk selesaikan kerja
Tapi jadi rider ni nak buat loan dengan bank susah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 5-6-2022 02:19 AM
Kalau ada degree mcm membazir la sbb keje rider x ada naik pangkat atau naik gaji. Tp keje swasta po ...

Blajo tinggi tinggi last last  full time house wife jek sampai kertu..negara rugi tak?

Klo hubby Suh dok umah jaga anak je..rugi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kalau bawak motor, iols beristighfar jah.. kalau rider hensem, iols serta merta maafkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 5-6-2022 02:49 PM

yg bezanya masa la...kalo nk dpt byk duit kena la byk buat delivery..kalo takat 8 jam keja 5 hari seminggu tu mmg xdpt la ribu2 seminggu tu..setiap ari kena keja sbb kalau xkeja xdela pendapatan (ni diorg xnk highlight plk). sekurg2 yg keja opis 5 hari seminggu keja,sabtu ahad cuti berbyr, public holiday cuti berbyr ada ot ada masa utk kluarga boleh gi cuti seminggu sbb ada annual leave, ada medical benefit (ni semua diorg x highlight). bkn jadik rider tu x ok tp kalo as a part timer atau utk sapa2 yg mmg nk cari duit lebih atau sesiapa yg nk keja utk dpt duit byk dlm masa yg cepat tu digalakkan lah.. sbb nk apply keja tu xsusah pun cuma keja rider pun ada je kekurangan dia sbb kita still keja bwh org kan?kena game ngan food provider tu, kena mrh/tipu ngan customer, kena sidai lama2 kt vendor dan kdg2 ada masa kurg order dr customer..semua ni downside sbg rider...mcm skrg ni cuti sekolah cuti pjg org keluar cuti2 la balik kg...x byk la order.. (ni input iols dpt sbb kwn iols salah seorg) but iols ngaku time order byk gaji mmg lebat tp time keja mesti 10-12jam setiap ari xde cuti..nk cuti pun tgk jgk masa bkn boleh cuti sesuka ati sbb ada special hour yg diorg kena keja utk maintain level gaji diorg dpt...mcm tu la ada pros n cons...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang sapa buka kedai/meniaga susah sgt dpt pekerja. Sbb belia2 ni lg suka keje sendiri, jd rider.
Takat gaji minima 1500/mth tu dikahakkn je dek diorg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 5-6-2022 03:35 AM
Akan dtg x tahu apa jd kat msia..kita sambung belajar bkn sahaja utk dpt kerja yg baik tapi utk buil ...

begitu la demi kelangsungan hidup...bro/sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 5-6-2022 02:55 PM
Skang sapa buka kedai/meniaga susah sgt dpt pekerja. Sbb belia2 ni lg suka keje sendiri, jd rider.
T ...

nk buek lagu mana...depa kena ' bertindak'...sebelum 500k abangla mai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 5-6-2022 06:17 AM
Blajo tinggi tinggi last last  full time house wife jek sampai kertu..negara rugi tak?

Klo hubby  ...

Tak rugi Aji.

Lain kualiti anak yang dibesarkan oleh mak graduate dan mak lepasan SPM.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:38 PM | Show all posts




Kerja ni berisiko jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
X msthil nnti sektor pkrjaan govt or swasta akn xde org sbb smuanya brpaling ke riders.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.444537 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list