View: 2429|Reply: 24
|
[Tempatan]
NUTP: 3 sebab lebih 10,000 permohonan guru nak bersara awal antaranya kena key-in data buat kerja2 kerani
[Copy link]
|
|
Menyampah terpaksa key-in data antara 3 punca utama guru bersara awal — NUTP
Oleh AZRUL RADI
Isnin, 13 Jun 2022
11:00 AM MYT
POLA guru bersara awal nampaknya semakin merisaukan apatah lagi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menganggarkan lebih 10,000 permohonan dibuat untuk bersara awal.
Dapatan itu adalah berdasarkan jumlah tuntutan tabung kebajikan bagi guru yang bersara dan bilangan itu semakin meningkat saban tahun walaupun Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan kira-kra 4,360 guru bersara awal bagi tahun lalu.
Setiausaha Agung NUTP, Wang Heng Suan berkata, kebanyakan guru yang bersara awal adalah dalam kalangan wanita berusia 50 tahun ke atas.
"Ramai yang bersara awal adalah guru yang berpengalaman dalam dunia perguruan dan ini sudah tentu sesuatu yang merisaukan.
"Memang kita puji KPM telah melakukan pengambilan khas guru baharu secara one-off sehingga mengambil 18,000 guru baharu tetapi mereka tidak mempunyai pengalaman dan masih memerlukan guru lama untuk bimbingan," katanya.
Menurut Wang, disebabkan itu juga pihaknya merasakan perlu diwujudkan satu jawatan sebagai pembantu guru untuk mengurangkan beban guru-guru yang sudah lama berkhidmat dan ianya telah dikemukakan untuk pertimbangan kerajaan.
Menerusi kewujudan pembantu itu katanya akan mengurangkan beban seorang guru gaji mereka sebenarnya dibayar untuk mengajar dan bukannya melakukan perkara lain seperti memuat naik data dan sebagainya.
Berikut adalah tiga sebab utama kenapa kebanyakan guru memilih untuk bersara awal.
Sakit
Kebanyakan guru yang bersara awal adalah dalam kalangan wanita berusia lebih 50 tahun dan keputusan dibuat atas faktor kesihatan.
Ada guru yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, sakit sendi dan sebagainya yang menyebabkan kemampuan mereka untuk bekerja semakin berkurangan.
Ditambah lagi dengan tuntutan kerja selain daripada mengajar di kelas tetapi juga perlu menyiapkan laporan tugasan hingga membuatkan guru yang mempunyai penyakit nekad untuk memilih bersara awal.
Kerja perkeranian dan teknologi
Kerja-kerja perkeranian seperti memasukkan maklumat tertentu dengan menggunakan sistem teknologi membuatkan ramai guru berasa menyampah.
Malah, bukan semua guru terutamanya yang telah berusia mempunyai kemahiran tinggi bila melibatkan teknologi dan ini menyukarkan mereka.
Kebanyakan guru mengakui memang suka mengajar tetapi disebabkan beberapa kerja kerani yang perlu diselesaikan tanpa mengira siang dan malam membuatkan mereka bosan.
Kerenah birokrasi
Satu lagi penyebab yang menjadi punca guru bersara awal adalah disebabkan kerenah birokrasi.
Ada guru yang secara tiba-tiba ditukarkan tanpa sebab dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang akhirnya membawa kepada guru memilih bersara awal.
Perkara ini membuatkan guru menjadi bertambah tertekan dan akhirnya memilih untuk keluar daripada bidang perguruan. — Majoriti
sumber: majoriti.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla diorg pencen awal pun. Kalau pencen pun still kene tunggu umur 55 baru dpt duit pencen tu,tu pun kalau hidup lg la. Also pencen awal tak smpt naik pangkat so duit pencen pun takde la semaksima mungkin. Pastu bleh kasi peluang kerjaya kt orang lain yg teringin nk jadik cikgu. Aku percaya cikgu2 pencen awal ni sbb diorg pun dh ade side income sendiri. Duit pencen tu pun tak luak tu sbnrnye
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang dah tak ada hati nak kerja usah ditahan2 benda kalau dipaksa2 mana baik hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
Professor pun kena key-in markah sendiri sekarang ni. Takpe la, bagi peluang pula kat orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
kita panggil geng geng cikgu, calling for @chazey2 dan @zehra2 untuk memberi sepatah 2 kata kata....
gaji cikgu banyak kan ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja2 gomen kan..mmg byk betul songehnya ye semenjak 2 menjak nih![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mysteps kat company aku ada 3 org tgu posting
bagi la budak2 baru ni plak
cikgu2 nk resign ni silakan
kena lalu sprm dulu ye
make sure semua clean
|
|
|
|
|
|
|
|
Better la bersara awal
Demi ketenangan hidup
Wakaka
Jiran2 aku yang perempuan pun tadi membawang kata nak pencen awal. Kalau tidak kerana hutang2 sekarang pun Dorang nak pencen.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
guru2 di porem ni bila nak pencen awal? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tiap2 bulan ade isu pasal cikgu ni. |
|
|
|
|
|
|
|
aina_shaira replied at 13-6-2022 07:48 PM
kita panggil geng geng cikgu, calling for @chazey2 dan @zehra2 untuk memberi sepatah 2 kata kata.... ...
haha. surat permohonan nk bersara awal pd thn 2023 dah sampai jbtn. tp nk tau lulus ke tidak kena tunggu kpm bersidang.
kot ikutkan opsyen maths ni lebih. tp sbb kita ada ajar add maths dgn lukisan kejuruteraan jugek.. jd mungkin renyah la..
biasa je mcm ni. kdg2 kita kena tukar tag opsyen tu kalo nk mudahkan urusan.
buat kerja2 perkeranian tu mmg sjk azali kerja cikgu. pung pang pung pang, gitu jugek dah bertahun.
cgu senior mmg gaji 10ribu sebulan. gred 54 pun ramai yg santai2 ngajar. tk yah pening2 nk jd pentadbir.. jd cikgu kecik pun ok. asal gaji besor ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 14-6-2022 11:19 AM
Better la pencen dr hari2 nak hadap " OLITIK KERJA" & "BERTOKSIK" hingga dtg
penyakit darah tinggi jantung bagai ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu cikgu ni kalau pencen awal, tiap bulan mmg dpt duit pencen kan, lepas tu position tu org baru take over , bagus jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn replied at 14-6-2022 08:53 AM
tiap2 bulan ade isu pasal cikgu ni.
Kerjaya paling penat |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 13-6-2022 09:44 PM
Better la bersara awal
Demi ketenangan hidup
Wakaka
Tula. Sruh jd zuhud tkmo. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 13-6-2022 07:52 PM
Pekerja2 gomen kan..mmg byk betul songehnya ye semenjak 2 menjak nih
Tula. kbykan pekerja gomen ni mcm sial. Najib manjakan sgt. Pjj stress. Da dpt kjer gomen pon stress tp tkmo quit. Kang quit cmne nk belagak kt jiran saya pon pkerja gomen tau |
|
|
|
|
|
|
|
H0rr0rfan replied at 13-6-2022 07:37 PM
Professor pun kena key-in markah sendiri sekarang ni. Takpe la, bagi peluang pula kat orang lain.
Cepat buat hartal atau cuba bsing2 dkt media sosial . Profesor ada yg kena pjj x? Kang tetek tu x dpt di nyonyot kalau pjj |
|
|
|
|
|
|
|
kita berada di fasa dimana guru tiada kekuatan utk terus berjuang mengajar manakala anak2 pula semakin liat utk ke sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
No 1 & 3 tu
mmg common reason
kebanyakan penjawat awam nak bersara awal
kdg2 bila mmg sakit berlanjutan
PSM pun suggest utk pencen awal
tapi bab no 2 agak musykil skit
sbb mana2 skim jawatan pun skrg
mmg memerlukan kita adapt segera dgn teknologi
cuma bab key in data nie
tak pastilah kalau utk guru
mgkn sbb ramai sgt student
jadi itu yang rasa terbeban
tapi kalau utk ai sndri ai prefer sndri isi
baru yakin skit, kdg2 bila harap org lain isi
kita kena buat semakan balik & bla bla bla
biasanya lagi bnyk kerja
kalau ai mmg prefer buat sndri
tapi iyalah ai tak berada tempat cikgu kan ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|