CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3803|Reply: 49

[Tempatan] Rekod baru. 112 pemilik Lamborghini Malaysia berjaya berhimpun Sabtu lepas di car park depan Hotel Mandarin Oriental KL

[Copy link]
Post time 13-6-2022 10:44 PM | Show all posts |Read mode
112 pemilik Lamborghini Malaysia berjaya cipta sejarah

DERUAN bunyi enjin 112unit Lamborghini milik ahli kelab Lamborghini Owners Malaysia (LOM) berkumandang di Kuala Lumpur berkumpul untuk memecahkan rekod yang telah dirancang lebih sedekad lalu di tempat yang sama pada Sabtu 11 Jun 2022.

Pada tahun 2013, percubaan mencatat rekod pertama adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-50 Lamborghini peringkat global. Walau bagaimanapun perhimpuanan sambutan ulang tahun itu hanya mampu menghimpunkan 77 pemilik dari Malaysia dan Singapura.


Sebanyak 112 Lamborghini berkumpul di tempat letak kereta terbuka di hadapan hotel Mandarin Oriental telah mencipta sejarah

Perhimpunan kali ini berjaya direkodkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai perhimpunan terbesar Lamborghini di dalam sebuah acara, rekod baharu itu telah diiktiraf selepas percubaan pertama dibuat sembilan tahun dahulu, kali ini ia berjaya dicatatkan dalam rekod oleh pemilik Lamborghini terdiri dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Perhimpunan yang telah memecah rekod ini bukan sahaja disertai oleh ahli sedia ada LOM tetapi juga dihadiri oleh pemilik Lamborghini yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli kelab yang sedang berkembang itu.


“Pencapaian dalam sejarah kelab kami ini juga menandakan penghargaan kami kepada jenama Lamborghini yang legenda, disemai oleh semangat yang tidak putus-putus”, kata Datuk Roslan Rosdi, Presiden LOM.

Berlangsung di tempat letak kereta terbuka berhadapan dengan hotel Mandarin Oriental di tengah-tengah pusat bandar, penonton berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi model-model Lamborghini.


Presiden Lamborghini Owners Malaysia , Datuk Roslan Rosdi ketika ditemubual oleh pihak media

Antara model Lamborghini yang jarang ditemui seperti Gallardo Malaysia Limited Edition (yang mana hanya 20 daripadanya pernah dihasilkan) dan Murcielago dan model yang lebih menonjol dengan reka bentuk moden seperti Lamborghini Huracan Spyder, Aventador SVJ dan SUV Urus.

Peminat House of the Raging Bull turut dihidangkan dengan tarian singa yang ketika kereta Lamborghini ke-78, yang dipandu oleh Presiden LOM sendiri, ketika memasuki tempat letak kereta menandakan kejayaan pemecahan rekod.

Sorakan meriah daripada ahli-ahli LOM dan orang ramai mengiringi saat wakil pegawai dari Malaysia Book Of Record menyerahkan sijil yang pengesahan rekod baharu itu.

“Kami mungkin tidak berjaya memecahkan rekod jika tidak mendapat sokongan dari semua ahli kelab yang dipamerkan dengan jumlah kehadiran yang agak tinggi pagi ini”, kata Roslan.

Sejurus selepas perhimpunan itu berlangsung, peserta konvoi 112 buah Lamborghini telah selamat dilepaskan kira-kira jam 1.00 tengahari bergerak menuju ke Bukit Tinggi dan menginap satu malam di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi.

Pengerusi Penganjur, Dato’ Rakesh Sachdev berkata bahawa sebagai mengiktiraf kejayaan ini, makan malam gala yang digelar Bulls Ball akan diadakan sebagai penghormatan dan terima kasih untuk ahli LOM yang terlibat.

Pihak LOM mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan kongsi yang telah menjayakan acara itu termasuk CERES, Pelincir ODR, Pernod Ricard Malaysia, Apollo, Dr. SHEVA, Kelab Muscle Mania, Quantum Metal, Roger Dubuis, BarTheHood, The StarHill, Double Creative, Kumpulan Marinis, Nextdor Property Communications, Restoran Tarbush, XFactor Events, Big Ass Fans, DMY, Sauda Gold, EGLAF, Phatjuice, Chic Ole, Morion, Rhythm Productions, Vivo, WrapXpert, LFR dan EliteSoft ODR.

LOM ditubuhkan pada 2014 dengan hanya 50 orang ahli sahaja. Hari ini, kelab penggemar supercar Itali itu mempunyai 150 ahli setia. – SM

sumber: suaramerdeka.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamborghini? you tak kenal Mahathir, dia gini gini gini

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:15 PM | Show all posts
geng2 MLM kot nie..................

btw sj google kumpulan marinis ye....ape pun x keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bull's Ball tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-6-2022 10:46 PM
Lamborghini? you tak kenal Mahathir, dia gini gini gini {:sm ...

Yutiub yg chuols hidang tak penah mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
So lembugini lembugini ni berkumpul, pastu dpt ape?? Setakat catat rekod jer..taula Kaya xdpt duit pun xpe..tp itu JE?? Sekadar nk menunjuk la ye dokk?? Ok faham..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2022 12:13 AM | Show all posts
Mesti ada Myvi sorang sebijik kat umah ni.... yelah kereta berprestasi tinggi la katakan.
Tak pandai handle Myvi, jangan sekali-kali nak pandu keta sukan.

Atau, kalu tak pandai handle keta sukan, jangan sekali-kali nak pandu Myvi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 13-6-2022 11:15 PM
geng2 MLM kot nie..................

btw sj google kumpulan marinis ye....ape pun x keluar....

https://marinisgroup.com

Ni ha...owner dia Modesto Marini.Pengasas Marini's @ 57.Mula-mula dia bertapak dekat Malaysia dia bukak restoran & pub Modesto's.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 08:48 AM | Show all posts
najis asadok ader??? ke geng2 keta sewa lembugini tak dijemput?

kalo jemput harus 90% anak didik jijan janjan sama najis asadok
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:02 AM | Show all posts
mokcik mokcik founder produk timbang kilo join tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:15 AM | Show all posts
bagi la chance...baru la nampak berjaya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
MBOR ni rekod yg dibuat x abis2 terbanyak, terpanjang, teramai, terbesar...tu je lah. X mencabar minda betul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:38 AM | Show all posts
geng2 lambo ni ada ambik duit rakyat tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Di malaysia perlu kaya untuk own lamborghini...earning RM untuk beli kereta lebih 1 million.... Negara lain very rare mahu beli kereta gbp kah usd kah  lebih 1mil
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:22 PM | Show all posts
Sapa kata Org Malaysia x kaya.
Dlm kita rakyat tgh X der duit, depa flash out depa punya kekayaan.
Motivasi utk kita kerja lebih kuat supaya satu hari nanti kita pun boleh joint.
Munkin boleh buat gathering utk pemilik2 Kancil lampu bulat yg masih guna utk pi kerja/ambik anak sekolah.
Mana tau boleh masuk MBR juga.


Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:28 PM | Show all posts
Agak2 antara 112 pemilik nih berapa percent adalah dari klan Jijan Seman? Tg program yg Siti join tu beh tahan ramai yg ada lambo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 14-6-2022 08:48 AM
najis asadok ader???  ke geng2 keta sewa lembugini tak dijemput?

kalo jemput harus 90% anak didik ...

adala kot. najib ada lambo urus
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ce cek no plat yg join tu ade tak sama dgn kete founder
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:46 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-6-2022 10:46 PM
Lamborghini? you tak kenal Mahathir, dia gini gini gini {:sm ...

Nek lampir ni bercerita pun nafas semput. Cuba chill je bercerita tu tak payah nak terpekik. Ni menyanyi Que Sera pun semput. Bukti:-






Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Normabaru at 14-6-2022 02:49 PM
Goodluckdontcry replied at 14-6-2022 02:09 AM
So lembugini lembugini ni berkumpul, pastu dpt ape?? Setakat catat rekod jer..taula Kaya xdpt duit p ...


Inila dia humble brag org kaya..

Dorg nk flex ckp dorg kaya jotawannn pun ada cara tersendiri..by showing lembu dah sah2 millionaire and sah2 la dpt buat networking secara f2f expand circle (bkn dok porum pki anonymous ID sambil tepek beg pastu ckp bisnes kencang kat Oman la tok laki kenal ramai political leaders laaa bercuti sakan laaa)

Padahal xde sapa tanya pon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.078591 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list