CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2944|Reply: 37

[Tempatan] Si dara jual 500 bungkus nasi lemak. Untung kasar RM600 sehari

[Copy link]
Post time 15-6-2022 09:41 AM | Show all posts |Read mode
Si dara jual 500 bungkus nasi lemak

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... bungkus-nasi-lemak/

Oleh NORUL AKMA MOHD.ZAIN
15 Jun 2022, 9:25 am


(DARI kiri) Nur Fatin Aliani Mohd. Zaidi, Nur Fatiha, Nur Shafieza dan Nur Syakirah ketika ditemui di gerai nasi lemak mereka di Padang Ibu, Kubang Semang, Bukit Mertajam semalam.

SEBERANG PERAI – Tiga gadis tidak menyangka perniagaan nasi lemak yang diusahakan mereka di Padang Ibu, Kubang Semang di sini laris sehingga boleh terjual lebih 500 bungkus sehari.

Perniagaan yang diusahakan sejak sembilan tahun lalu kini menjadi perhatian ramai pelanggan selepas tular di media sosial TikTok dua minggu lalu.

Pemilik kedai Nasi Lemak dan Kuetiau Kerang Daun Pisang Versi Abg. Chik, Nur Syakirah Mohd. Zaidi, 22, berkata, bisnes yang diusahakan bersama dua adik perempuannya berusia 15 dan 19 tahun itu semakin mendapat sambutan seawal gerai dibuka pukul 7.30 pagi.

Mereka turut dibantu seorang rakan, Nur Shafieza Azhari, 19, yang bertindak sebagai pembungkus nasi lemak.

Menurut Nur Syakirah yang lebih mesra disapa sebagai kak Chik, nasi lemak itu asalnya adalah perniagaan hasil air tangan ibu mereka, Sabariah Taib, 53.

“Ketika ini hampir 500 bungkus nasi lemak terjual dalam masa dua jam tidak termasuk kuetiau kerang yang turut dijual masing-masing dengan harga RM1.20 dan RM6 sebungkus.

“Sebelum kedai kami tular, jualan nasi lemak habis sekitar 450 bungkus sehari, namun selepas kejadian tular di TikTok memang rezeki kami le­bih lagi. Syukur, alhamdulillah.

“Kadangkala ada pelanggan sanggup menunggu nasi lemak seawal 7.30 pagi sebaik sahaja kami memulakan operasi. Pelanggan yang datang juga kebanyakannya akan beli 10 bungkus ke atas,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di gerai makannya yang terletak berhadapan Masjid Jamek Padang Ibu, dekat Kubang Semang di sini baru-baru ini.


Nur Shafieza membungkus nasi lemak sehingga tular di media sosial.

Ujarnya, nasi lemak yang dijual pada harga RM1.20 ini mengandungi nasi, kacang, sambal serta telur selain beralaskan daun pisang.

“Harga RM1.20 itu sejak empat tahun lalu kekal sampai sekarang berbanding sebelumnya berharga RM1 sebungkus.

“Cuma untuk kuetiau kerang kami terpaksa naikkan harga sebanyak RM1 iaitu dari RM5 kepada RM6 sebungkus disebabkan kos bahan mentah termasuk kerang naik mendadak.

“Ramai pelanggan faham dan boleh menerima kenaikan tersebut,” katanya sambil berseloroh dan memberitahu, pelanggan juga ramai terdiri dalam kalangan anak teruna.

Terdahulu, tular di media sosial TikTok mengenai kegigihan empat anak dara yang mengusahakan gerai makan nasi lemak dan kuetiau kerang dengan salah seorang daripada pekerjanya mempamerkan ketangkasan membungkus nasi lemak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 10:02 AM | Show all posts
“Ramai pelanggan faham dan boleh menerima kenaikan tersebut,” katanya sambil berseloroh dan memberitahu, pelanggan juga ramai terdiri dalam kalangan anak teruna.


budak tiktok ootd biasalah peel cmni
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa...

...tak sangka laris
...tak sangka tukar

Memang ada template ke utk tulis benda2 gini?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 10:41 AM | Show all posts
Bagus la muda2 dah ada bisnes sendiri.
Masih murahla 1.20 je harga nasi lemak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 12:29 PM | Show all posts
Tak leh lawan alor setar
Nasi lemak cedok, dia guna cawan
Masih rm1.00
Telor suku
ada ikan bilis
sambal lboleh letak lebih
kedai tepi jalan dekat dengan pusat latihan polis anak bukit
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:10 PM | Show all posts
che-cikL replied at 15-6-2022 10:19 AM
Kenapa...

...tak sangka laris

satu lagi ayat template
Menurut ___ _____ yang lebih mesra disapa sebagai ___ _____


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2022 02:11 PM | Show all posts
3 dara ni ada kebun pisang sendiri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:15 PM | Show all posts
Kalau sedap dan kualitinya sentiasa terjaga pasti akan sentiasa ada pelanggan.  Sebab tu jangan padang rendah mereka ni kadang pendapatan mereka lagi tinggi dari kerja makan gaji.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Perniagaan diusahakan sejak 9 tahun lalu katanya. 3 Dara tu umur paling tua pun 22 tahun. Meniaga nasi lemak sejak form 1 ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu ada forumer ckp nasi lemak dkt kedah x sedap??
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana nak dpt untung jual nasi lemak eh? Dulu2 pernah cuba buat, tapi tak dpt nak letak harga murah sgt ni. Maybe sbb buat mcm makan kat rumah tu yg jadi mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:18 PM | Show all posts
Daun pisang pun tak perlu bermodal sangat sekarang ni asalkan rajin cari tepi belukar tepi hutan tepi jalan banyak je ada jangan rembat dari kebun pisang orang sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:27 PM | Show all posts
Daun pisang pun tak perlu bermodal sangat sekarang ni asalkan rajin cari tepi belukar tepi hutan tepi jalan banyak je ada jangan rembat dari kebun pisang orang sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu sedap rege ok
Ok la
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-6-2022 02:16 PM
Haritu ada forumer ckp nasi lemak dkt kedah x sedap??

Mmg x sedap bukan mcm kl..sambai depa ceroii..berasa kari jugak..sesuai tekak depa la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-6-2022 10:11 PM
3 dara ni ada kebun pisang sendiri ka?

Ada jual              
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir. Bukan 500 tiap hari. Sembang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-6-2022 06:16 AM
Haritu ada forumer ckp nasi lemak dkt kedah x sedap??

A'ah. Aiol kuciwa dengan makanan Kedah, kecuali laksa Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 03:36 PM | Show all posts
nampak nasi lemak tu mcm sedap.....dan sebelum viral pun mmg dah terjual lebih 400 bungkus...so mmg org tahu sedap dan murah la tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2022 03:44 PM | Show all posts
matchstick replied at 15-6-2022 02:15 PM
Perniagaan diusahakan sejak 9 tahun lalu katanya. 3 Dara tu umur paling tua pun 22 tahun. Meniaga na ...

yela..kan asalnye mak die yg uruskan.mgkin time tu diorg jd pembantu2 je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.314198 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list