View: 4398|Reply: 34
|
[Jenayah]
Edisi tumbuk 1:Enggan Ketepikan Kereta Jadi Punca ‘Rider’ Motosikal Bertumbuk Tengah Jalan.Tapi netizen lebih berminat perbualan perakam dan isteri
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-6-2022 01:21 PM
Polis Daerah Shah Alam mengesahkan bahawa keengganan pemandu ketepikan keretanya menjadi punca pergaduhan membabitkan penunggang motosikal.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, kejadian pergaduhan itu dilaporkan berlaku di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 Shah Alam.
Video yang memaparkan insiden pergaduhan tersebut telah tular sejak beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata penunggang motosikal berusia 31 tahun itu telah membuat laporan polis pada 13 Jun lalu susulan kejadian tersebut.
Hasil siasatan mendapati bahawa berlakunya pertengkaran mulut apabila suspek seorang lelaki Melayu berusia 29 tahun yang menaiki kereta jenis Naza Ria enggan mengetepikan keretanya ketika di Persiaran Kerjaya.
Ia menyebabkan motosikal mangsa dan penunggang motosikal yang lain terhalang dari meneruskan perjalanan.
Pertengkaran mulut yang berlaku disusuli dengan pergaduhan yang akhirnya dileraikan oleh orang ramai.
“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk selesaikan secara baik dan pengadu hanya buat covering report sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar.
Menurutnya lagi, kedua-dua pihak iaitu pengadu dan suspek telah dipanggil untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2000 atau kedua-duanya,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengadu juga telah membuat laporan polis untuk menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.
Sumber: Polis (IPD) Shah Alam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jalan situ tengah construction..
sempit gila..
line jalan pun ada tak ada..
dengan jem lagi kau nak suruh orang ke tepi..
kau nak laju merempit pi ikut jalan lain la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saling bertolak ansur pasti tiada kejadian tidak diingini berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
motor2 memang macam kimK pon
dari jauh dorang picit hon pitttpitttpittt suruh kita bukak laluan
dorang ingat dorang bawak ambulans ke kita nak kena bukak laluan bagai untuk dorang
sebab tu kalau nampak berita/video motor eksiden kat fesbuk bangkem bubuh emot gelak je |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dua menjak ni ramai je jadi cepat berangin silap sikit je mulalah macam2 tah dna apa dah merasuk |
|
|
|
|
|
|
|
motor hon selalunya untuk bagitau diaorang ada di laluan tu supaya kereta atau kenderaan lain tak tukar laluan secara tiba tiba. at least bagi signal sebelum tukar laluan. kebanyakan kereta tukar laluan tak bagi signal terus masuk atau bagi signal sesaat terus pusing stering. kadang tu hon minta kereta alih sikit laluan, dah tayar kereta pun atas garis jalan, macam mana nak lalu. kalau lalu terseret dekat kereta korang, korang marah. sama sama bertimbang rasa kan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa salahnya keta tu ketepi sikit bg motor lalu......aku klu kat traffic light yg ada lane kiri sekali nk kekiri, aku akn ketengahkn keta bg keta ke...moto ke lalu....
Jgn sbb kita, org balik lambat....melekat kat jln.... |
|
|
|
|
|
|
|
yebit157 replied at 15-6-2022 03:55 PM
motor hon selalunya untuk bagitau diaorang ada di laluan tu supaya kereta atau kenderaan lain tak tu ...
betui jugak ni.
dua2 kene bertimbang rasa la sepatutnya. jgn jd mcm lori anggap dia je pengguna jln raya.hanat punya drebar lori![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi ja lah clearance untuk motor lalu. Kalau kereta depan belakang boleh buat, apasal ko tak boleh. Apa yg bodoh sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
takde pasal carik pasal.. semua pun taknak bertimbang rasa.. kalau mengalah rasa kalah..
memang penat ahh spesis cenggini..
kalau keta kita ketepi pun apa ruginya?? unless mmg takleh nak ketepi dah sebab kete depan dah rapat sangat ke.. mmg takleh nak gerak dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mat moto pun mcm hanat kdg2 kita 100m lg bg signal nk tukar lane, mat rempit bkn nk slow tp lagi perah minyak bagi laju sambil tekan hon memanjang sambil acu mid finger.....hawau...... lahabau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kitty_catz at 15-6-2022 07:41 PM
tu tanda2 dhuet makin kurang sisturrrrr
seyes.. punca utama is the pocket...grab skang pun rasa banyak benda kena potong, commision tetap lah 20% dengo citer
pehtu rider2 smer wajib mencarum dgn socso, socso tgh go after them yg masih tak register sblm 1st june, ramai gak yg degil and sanggup tak buat grab for time being
lepas tu time peak hrs ramai yg off app...deme2 ni pun attitude satu machiam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takpe melayu tumbuk melayu kejap je ummah maafkan![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tu jangan waris ke anak dol.
hon tu nak bagi alert, bukan cari gaduh, lebih baik dari kena pecah sidemirror kan?
dalam 10 tu, ada la 1-2 rider bangsat.
sama2 tolerate, ada je rider elok bagi laluan ke kereta, ada je kereta elok bagi laluan ke motor..
jangan satu rider bangsat, semua kau pukul rata.
tak kisah la apa sebab, rider mati kau gelakkan?
takde masalah pun aku drive bagi motor laluan walaupun bebal tak ikut jalan motor waktu rush hour.
yang aku nampak driver dok hadap hp kejap2 tak kisah keliling..
|
|
|
|
|
|
|
|
rider tu kerja dia jururunding di subang business centre..
masalah kat tempat kerja, terjumpa pula satu dua rider/driver bangsat..
jalan area U1-TTDi bertahun construction jem teruk,
mendapat la sama2 lepas marah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kebanyakan rider motor perangai macam hanat pun.
Kita dah bagi signal awal nak tukar lane, dia lagi laju berdesup. Apa salahnya bawak motor tu slow skit, dah tau trafik ? Brake kan ada? Ke takut enjin rosak kalau berhenti terus?
Ke kaki tu tak cecah tanah nak letak kaki bila brake?
Semoga rider2 hanat dilanyak lori 100kg hendaknya. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 15-6-2022 08:37 PM
bodoh tu jangan waris ke anak dol.
hon tu nak bagi alert, bukan cari gaduh, lebih baik dari kena p ...
Kuala lumpur adalah antara bandar yang paling kurang pencemaran bunyi hon berbanding bandar lain swperti jakarta, manila, bangkok, hanoi etc
Tapi bila datang mentaliti kelas ketiga pprt macam ko ni la bikin KL macam bangladesh dan new delhi dah
Dari jauh bunyi petpetpetttt umpama siren ambulans.. kimk ke ape.. dah la menyelit pastu bawak laju2.. otak kat mane?
Takde dalam undang2 kena bagi laluan kat motor dalam lane.. macam la dia terpaling penting atas jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dh lama treat rider2 motor ni ibarat escort vvip. Bila mereka hon je kita dh kena bersiap sedia utk beri laluan. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni kalau rider stop kat lampu merah dah macam dosa besar |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cara mintak tu baik, takde sapa nak marah lah...lepas tu angkat tangan tanda terima kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|