View: 3001|Reply: 28
|
[Tempatan]
Statistik terkini. 1.9 juta kediaman tak diduduki, penyewa pun tak ada
[Copy link]
|
|
1.9 juta kediaman tidak dihuni
Oleh Asrol Awang - Jun 15, 2022 @ 3:02pm
KUANTAN: Jabatan Perangkaan (DOSM) merekodkan 1.9 juta daripada 9.6 juta kediaman di seluruh negara tidak didiami.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata berdasarkan penemuan Banci Malaysia 2020, berbanding 2010 hanya 1.2 juta kediaman kosong direkod yang menunjukkan penambahan 700,000 kediaman.
"Statistik itu turut merekodkan sebanyak 18 peratus kediaman di Pahang yang dibeli tidak didiami sepenuhnya dan Melaka pula merekodkan lebih 30 peratus kediaman tidak didiami.
"Antara faktor ialah kediaman dibeli itu tidak didiami dan dijadikan sebagai rumah persinggahan, homestay dan lain-lain kerana pemilik bekerja di tempat lain," katanya.
Mohd Uzir berkata demikian pada sidang media sempena Program Jelajah Banci Malaysia: Pahang Bersama Media di sini, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Bancian Malaysia 2020 turut merekodkan penduduk negara ini berjumlah 32.4 juta orang.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 17 juta adalah golongan lelaki manakala 15.5 juta pula wanita.
"Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita," katanya.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata, DOSM yang baharu membangunkan platform data terbuka generasi baharu dikenali sebagai 'KAWASANKU' sedang meningkatkan kesedaran mengenai kewujudan platform itu kepada rakyat negara ini.
Katanya, ini kerana KAWASANKU mengandungi informasi berkaitan profil demografi penduduk berdasarkan penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
"Dengan mengakses KAWASANKU melalui https://kawasanku.dosm.gov.my/, rakyat boleh mendapatkan maklumat berkaitan memaparkan statistik kependudukan dan indikator demografi serta sosioekonomi," katanya.
Platform KAWASANKU boleh menjadi nadi kepada perancangan lebih khusus dan spesifik mengikut bidang fokus di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai rujukan dan analisis perbandingan.
KAWASANKU turut menyediakan perbandingan 'visualisation map' di peringkat Parlimen dan DUN untuk beberapa indikator antaranya maklumat kepadatan penduduk, pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan, akses kepada bekalan elektrik dan air dan peratus permukaan diliputi hutan.
sumber: bharian.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang kewangan makin mengecil jadi pasti cari kediaman yang lebih sesuai dengan kewangan semasa. Homestay pulak dapat saingan dari pihak hotel yang menawarkan penginapan lebih murah untuk tarik pelancong semula. Jadi tak hairan hasilnya macam tu harap ada perubahan menjelang hujung tahun nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lah tu beli rumah jadikan tempat persinggahan bila cuti |
|
|
|
|
|
|
|
Aku la salah sorang yg beli rumah xduduk/sewa.
Ank plak xmo tukar skolah, so tunggu la dia abis spm nnt baru duduk sana |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bru plan nak beli umah lg satu. Entah la. Tgh pk2 jgk lg ni. Nak komit 35thn. |
|
|
|
|
|
|
|
Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita," katanya.
lambat lg la nk kiamat
|
|
|
|
|
|
|
|
tu baru statistik kediaman
belum lagi statistik lot2 unit perniagaan yg kosong |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 15-6-2022 10:13 PM
So far takde unit residential and commercial lot weols yang vacant... semua nya berguna samada duduk sendiri, ada tenants atau digunakan utk bisnes2 sendiri... so tidak lah menyumbang pada statistic ini...
Tanah je kot, masih ada yang vacant, belum diusahakan tunggu modal bertambah.. satu nak buat resort tambahan.. lagi satu nak expand crops.. ini sebab masih mencari additional term contract supply.. adoih... mmg struggle ya nak expand ni...
Semoga weols dpt byk berbakti pada tanah lah.. harap2 berhasil |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 15-6-2022 09:08 PM
Aku bru plan nak beli umah lg satu. Entah la. Tgh pk2 jgk lg ni. Nak komit 35thn.
Panjang comitment tu.. i believe you're about my age.. nak tambah commitment tu mcm malas dah
Apa intention u dgn tambah kediaman? Nak pencen? |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 15-6-2022 10:14 PM
Panjang comitment tu.. i believe you're about my age.. nak tambah commitment tu mcm malas dah
Apa ...
Ye begitu la sis. Rumah skrg nak sewakan. Walaupun xtentu ada penyewa. |
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 15-6-2022 10:30 PM
Ye begitu la sis. Rumah skrg nak sewakan. Walaupun xtentu ada penyewa.
Kalo boleh jual, boleh buat duit... buat modal bisnes mende lain, or kembangkan dgn low risk investment.... mcm sayang le ada properties tak utilize... iols bukan puak kayangan nak ada rumah singgah2... duduk hotel je bila perlu.. properties ni kalo 10 tahun, dia mula dtg penyakit macam2... bocor, leaking sana sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 15-6-2022 09:13 PM
Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita," katanya.
tapi skrg ramai laki tukar jantina ke wanita jadian.. betul la tu nk kiamat dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 15-6-2022 03:29 PM
Aku lah tu beli rumah jadikan tempat persinggahan bila cuti
Betul. Tak salah dari segi moral rasanya. Sebab memang niat untuk guna sendiri. Bukannya nak jadi speculator. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg niat nk jual nanti...tp iols xreti berbiz...reti habiskan duit jah...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah ada kat KL sebagai tempat tido kalau naik KL. tapi lama tak naik dah. Ada rumah tu jadi tempat simpan barang je sebab suka dok umah yang kecil tapi dilokasi yang sesuai.
tapi ada orang beli siap2 uamh kat kg , nanti pencen ke beraya ke kenduri dah ready.
ada tu beli umah kat bukit beruntung , penat ulang alik kerja KL, sewa je umah kat KL
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi dibandar2 rumah sewa masih x cukup. ada yg tpaksa duduk rawang tapi kerja KL |
|
|
|
|
|
|
|
Kikiki beli rumah bkn keutamaan skrg sbb terlalu byk rumah kosong. Sewa jah mana yg boleh bg murah. X terikat dgn bank. Duit lebih buat enjoy jalan2 |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 15-6-2022 09:13 PM
Nisbah jantina pula 113 lelaki bagi setiap 100 wanita," katanya.
Tgk pulak nisbah lelaki : wanita+pondan |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 18-6-2022 12:11 AM
tapi dibandar2 rumah sewa masih x cukup. ada yg tpaksa duduk rawang tapi kerja KL
Duduk rawang keje KL bkn pasal rumah x ckup tp sewa dkt KL mahal |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 18-6-2022 04:34 AM
Kikiki beli rumah bkn keutamaan skrg sbb terlalu byk rumah kosong. Sewa jah mana yg boleh bg murah. ...
Dulu aku sewa, sekali tuan tanah nk rumah sbb ada cina nk pajak buat homestay, terus aku beli rumah subsale guna p.loan sbb ada pak cik tu terdesak nk jual, dari ada lebihan rm1k+ sebulan siap plan beli honda terus negative bulan2, |
|
|
|
|
|
|
| |
|