BINTANG realiti terkenal Kim Kardashian berdepan kontroversi panas apabila dia didakwa merosakkan gaun ikonik Marilyn Monroe yang digayakan pada majlis fesyen, Met Gala bulan lalu.
Menerusi foto dan video yang dimuat naik oleh pengarah kreatif, Chad Michael, Christian Morrisette yang membantu usaha Ripley’s mendapatkan gaun itu untuk dipamerkan di Ripley’s Hollywood juga mengundang kemarahan ramai.
“Gaun ini ada sebahagian hidup dan hati saya. Melihat Kim merosakkan gaun ini sungguh mengecewakan,” tulisnya dalam Instagram.
Salah seorang pengumpul barangan Marilyn Monroe, Scott Fortner pula menegaskan, Kim telah membuat kerosakan kekal pada gaun yang dianggarkan bernilai AS$5 juta (RM22 juta) itu kerana beberapa buah kristal didapati hilang.
Selain kristal yang hilang jelas kelihatan bahagian belakang gaun tersebut rosak dengan fabriknya hampir tercarik.
KEADAAN sebelum dan selepas gaun Marilyn Monroe yang dipinjam Kim untuk dipakai ketika menghadiri Met Gala bulan lalu.
Setakat ini, pihak Kim dan Ripley’s masih belum memberi sebarang komen berhubung isu gaun tersebut.
Selain harga yang tinggi, gaun asal milik Monroe itu cukup terkenal kerana nilai sejarahnya.
Bintang legenda itu memakai gaun berkenaan ketika menyanyikan lagu ulang tahun kelahiran kepada presiden ke-35 Amerika Syarikat President iaitu John F. Kennedy pada 19 Mei, 1962.
Justeru, gaun rekaan Jean Louis itu juga dikenali dengan nama gaun Happy Birthday Mr. President.
Selain ahli sejarah, pembantu Louis yang kini seorang pereka fesyen, Bob Mackie juga tidak bersetuju dengan keputusan Ripley’s membenarkan Kim memakai gaun tersebut.
Dia yang membuat lakaran gaun tersebut menyifatkan keputusan Ripley’s adalah satu kesilapan yang besar kerana gaun tersebut direka khas buat Monroe dan tidak sepatutnya digayakan oleh orang lain.
Terdahulu, Kim dikatakan sanggup menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram dalam masa hanya tiga minggu demi memakai gaun ikonik itu.
tak ukur ke lebar badan orang yang pinjam tu..
agak-agak la kalau dah saiz tak sama kau bagi pinjam jugak..
dah rosak kau marah padahal salah sendiri..
Post time 17-6-2022 11:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sepatutnya si Kendall yg pakai baru ngam..
X lusuh ke baju tu wei.. Dah hampir seabad usianya. Masa i tgk Kim g fitting tu, ingatkan dia nak tiru je, buat lain. X sgka plak dia betul2 pinjam yg asal.
Post time 17-6-2022 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ngarut tul bg dia pakai aritu walaupun dia buat diet extreme semata2 nak bg muat.
Sah2 badan curvy cam dia tak sesuai ngn baju tuh, badan org2 dulu dorang ada satu lekukan unik kat pinggang kesan pemakaian korset sejak awal remaja.
Beza kot badan org skrg dgn org dulu, korang slim skrg tp just perut korang rata jelaa tp org dulu ada lekukan tau.
Tak kira besor mana badan dorang tp pinggang tetap berlekuk.
Post time 17-6-2022 01:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Patut Kim ni buat la baju baru tiru sebijik2. Dah baju ni jenis ikut betul2 size bdn. Lagi 1... mampu dia pakai baju org mati sendat2 tu ha. Nasib x meresap roh nenek monroe ni mintak nyawa