CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2640|Reply: 36

Pelanggan Muntah, Minta Air Kosong Restoran Tak Bagi- Kalau Nak Ambil Air Paip Tandas Atau Beli Air Botol RM23.50

[Copy link]
Post time 22-6-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Tular di media sosial mengenai nasib seorang pelanggan yang mendakwa menerima perkhidmatan teruk di sebuah restoran yang terletak di ibu kota.


Alex Hooi, 33, meluahkan rasa kecewa dengan servis dan layanan yang diberikan kepada dirinya dan lapan lagi rakan oleh pekerja di restoran tersebut.


Berkongsi pengalaman dengan mStar, Hooi berkata kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di sebuah restoran menjual makanan berasaskan piza ketika mereka makan malam.




Foto: mStar Online




"Saya dan kawan-kawan pergi makan dekat sebuah restoran ni. Saya tak berapa sihat malam tu, masa tengah makan tiba-tiba rasa nak termuntah jadi saya bangun dan pergi ke tandas.


"Saya minta isteri tolong jaga pintu sebab risau agak lama berada dalam tandas. Selepas saya bersihkan sendiri kawasan terkena muntah, saya keluar semula untuk dapatkan sedikit air. Saya cuba minta air suam untuk bersihkan tekak. Kata pelayan di situ mereka tak sediakan air suam kecuali air botol berjenama Solé L'Italiana berharga RM23.50 untuk 1 liter.


"Saya beritahu yang saya nak sedikit saja air tapi mereka tetap suruh saya beli juga air yang dijual. Pelayan tu cakap mereka tak ada air lain untuk diberikan pada saya," jelasnya.


Gagal mendapatkan air seperti yang dimahukan, Hooi kembali duduk di meja makan bersama rakan-rakan yang turut serta dalam majlis makan malam itu.




Foto: via mStar




Katanya dia bernasib baik kerana dia akhirnya dapat juga meneguk sedikit air kosong apabila salah seorang rakannya ada membawa minuman yang diletakkan dalam botol.


Hooi turut mendakwa, setelah diberitahu mengenai kejadian itu kepada pengurus restoran, jawapan balas diberikan kepadanya amat mengecewakan.


"Lepas bayar makan malam berjumlah RM625.90, saya beritahu fasal saya muntah dekat pengurus restoran.


"Dia tak tanya pun mengenai keadaan saya sebagai pelanggannya atau makanan restoran yang mungkin jadi punca saya muntah.


"Saya beritahu mereka supaya sediakan air masak jika berlaku lagi situasi macam tu. Manager tu cakap kalau nak air paip untuk bersihkan tekak, kami ada air paip dekat tandas," imbas Alex.




Foto: via mStar




Enggan memanjangkan cerita, Hooi terus beredar dari premis itu sambil mengakui terkilan mendengar kata-kata pengurus restoran yang diucapkan terhadapnya sebagai pelanggan.


Malah, lelaki yang menetap di Taman Bukit Aman, Seri Petaling ini, bagaikan tidak percaya ayat itu dikeluarkan oleh seseorang yang bergelar pengurus.


Berikutan perkongsian di Facebook yang tular, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini.


Malah, warga maya turut menyatakan pendapat mereka dan beranggapan pekerja di kedai makan itu bersikap kurang sopan.


Dalam pada itu, satu kenyataan dikeluarkan oleh seorang pelayar Facebook dipercayai pengurus restoran itu.


Jelasnya dalam posting tersebut bahawa setiap kedai mempunyai peraturan dan cara mereka tersendiri yang perlu dipatuhi oleh pelanggan.


Luahnya, kadang-kala dia mahu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beberapa pelanggan yang membuat permintaan tidak munasabah dan bertentangan dengan prosedur restoran. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:56 AM | Show all posts
makan beratus-ratus, plain water rm23 pun kedekut nak bayar..
beli je la walau kau nak teguk sikit pun..
lebih angkut bawak balik..
tapi tengok bill, dorang memang makan takde order air ek..
or satu item dalam bill tu wine?

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:00 PM | Show all posts
bukan ke dia ada order air tu yg last sekali rm 47 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:03 PM | Show all posts
Ini normal ya for fine dining walaupun just serves pizza, gourmet pizza.  They will not serve ayak masak.  Dah tu kau tu makan sampai 600+ apalah sangat 23 ringgit emergency.  Cina bukit dari Sri Petaling ni ish.. lain kali makan je kat pizza hut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:05 PM | Show all posts
kucingitam replied at 22-6-2022 12:00 PM
bukan ke dia ada order air tu yg last sekali rm 47 tu..

Dah habis kena minum kut.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-6-2022 12:03 PM
Ini normal ya for fine dining walaupun just serves pizza, gourmet pizza.  They will not serve ayak m ...

Kan..bodo la cina jinjang ni..tak de duit pi la mkn kt kedai2 pizza biasa je.. Ni mesti jenis belagak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 12:19 PM | Show all posts
aku tak perna masuk restoran mahal makan beratus-ratus seperti ini, tapi restoran murah ni kalau emergency mcm tu tak ada hal minta air dekat dapur... tak tahu adakah ini satu peraturan di restoran itu mahal tak boleh bagi makanan selain dari yang telah ditetapkan takut mendatangkan keracunan. .. cuma itulah, sekurangnya kita semua dah tahu tak ada hospitality seperti restoran kecik atau biasa yang kita masuk di dalam restoran besar mcm ni... baguslah pelajaran untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:25 PM | Show all posts
makan sampai ratus2 nak beli air pun berkira. tu muntah2 pun nak salakan restaurant, kang nnti restaurant bagi air masak ko muntah balik abis ko nak saman restaurant tu. pada aku restaurant tu buat menda betul dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi emang merengsakan yach dek setakat air masak tak ada sis. Akak syak theyols bancuh doh pizza theols jua pakai air de soil de ace ventura ittew yach sis?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
'sewaktu waktu dahulu'..pernh kerja kt klub eksklusif..ikut budi bicara selepas 'meneliti kesnya'()...jika 'layak & berhak' pihak pengurusan akan bg...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 12:57 PM | Show all posts
Rasanya ada air panas je. Mau menggelupur klo bagi air panas. Haiyah kumur2 telan jelah air paip.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:04 PM | Show all posts
tmpt makan mahal ada SOP dia..

kalu bagi air kosong tkde dlm menu, jualan, pastu customer sakit/pengsan, pstu dh pulih dia saman berjuta2, sapa nk tanggung? pekerja tu dgn gaji minimum aja..lainla gaji dorg sebulan sejuta
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 22-6-2022 12:03 PM
Ini normal ya for fine dining walaupun just serves pizza, gourmet pizza.  They will not serve ayak m ...

Hatta Pizza hut pun jual air mineral je, takde plain water dalam gelas

Aiyooo dia ingat ni kedai mamak ke, dasar cheapskate
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Air mineral GSC lagi murah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 21-6-2022 09:25 PM

Rasa nya tidak ada law rrstaurant untuk serve air percuma hanya ikut restaurant owner....nasiblah jika hanya ada mineral water yang harga mahal saja... Memang kena beli lah.... Next time takut ter cekik mahu beli cheap mineral recce list minuman dahulu if ada spritzer.. Perrier or evian kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tskpelah tak gi mkan kedai camni. Mkn kdai akak tomyam je lah. Air coway fee pun ado
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 22-6-2022 01:10 PM
Hatta Pizza hut pun jual air mineral je, takde plain water dalam gelas  

Aiyooo dia ingat ni  ...

Eh ya ke..i baru mkn kat pizza hut dungun minggu lps..dpt je sky juice 2 gelas tapi i beli juga mineral water sbb nak bg hati i tenang....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:29 PM | Show all posts
Edited by green~tea at 22-6-2022 01:30 PM
jas7512 replied at 22-6-2022 01:23 PM
Eh ya ke..i baru mkn kat pizza hut dungun minggu lps..dpt je sky juice 2 gelas tapi i beli juga mi ...

ye ke.. i biasa order air mineral je utk the kids + air chocolate tu... tak perasan plak ada skyjuice dalam menu scan2 tu...

my son + nephews ni suka melantak pizza... seminggu skali wajib iols kena heret makan sini... pan pizza size large tu kena order dua, untuk 5 kids

jenuh i tilik perut diorang besar mana sangat lah tp buleh abis pizza banyak camtu... mmg taknak bawak la diorang makan gourmet pizza cam resto ni.. bocor pokett woooo
tunggu diorang besar sikit lah baru appreciate rega makan mahal2 sikit.. ini kalu skolah rendah lagi, chocolate pun aku kasi cadbury atau kitkat je lah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 01:59 PM | Show all posts
plywood replied at 22-6-2022 12:19 PM
aku tak perna masuk restoran mahal makan beratus-ratus seperti ini, tapi restoran murah ni kalau eme ...

Betul tu ramai yang tak tahu mengenainya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 02:29 PM | Show all posts
mkn mahal mampu.. mineral ko x mampu pulak.. mmg la mhl hrga mineral water tu. tp klo da tdesak, x fkir da rsenye..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.468002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list