CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3908|Reply: 60

[Tempatan] Kos sara hidup naik | Pembantu tadbir gred 19 hingga 28 minta kaji semula gaji pokok.

[Copy link]
Post time 24-6-2022 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 300,000 pembantu tadbir gred 19 hingga gred 28 di seluruh negara meminta kerajaan mengkaji semula gaji pokok yang ditetapkan berikutan peningkatan kos sara hidup yang sangat ketara.

Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali berkata, gaji pokok pada ketika ini dilihat tidak relevan dengan harga barangan yang semakin meningkat.

Menurutnya, pendapatan semasa golongan tersebut yang bermula dengan RM1,352 dilihat tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Kita senada dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mengharapkan kerajaan dapat menaikkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

"Gaji pokok untuk gred 19 pada waktu ini adalah RM1,350 manakala gred 28 adalah RM2,706. Untuk gred 19 yang menerima gaji pokok di bawah RM1,500, kita memohon agar kerajaan mempertimbangkan untuk dinaikkan kepada RM1,800.

"Bagi mereka yang lebih dari RM1,500 pula, kita minta mereka ini akan diberi kenaikan gaji tahunan (KGT) dua hingga tiga kali setahun," katanya pada sidang akhbar selepas Taklimat Kesatuan dan Mesyuarat Agung Tri Tahunan AUEGCAS Pulau Pinang di Komtar pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 19 Mac lalu mengumumkan kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,500 sebulan berkuat kuasa 1 Mei ini.

Ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar ia dinaikkan kepada RM1,800 kerana gaji minimum RM1,500 dilihat tidak adil untuk penjawat awam dengan harga barang yang semakin hari semakin mencengkam.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, pembantu tadbir gred berkenaan yang menjadi kumpulan sokongan bagi bahagian pentadbiran dan kewangan juga merasa terpinggir serta tertekan apabila gred maksimum bagi skim perkhidmatan pembantu tadbir kekal sejak lebih 50 tahun lalu.

"Kami merupakan tulang belakang sistem kerajaan namun gred maksimum bagi skim kami tidak berubah sejak zaman merdeka lagi.

"Sebagai contoh, gred kami daripada 19 hanya boleh naik setakat gred 28 sahaja, kami tidak boleh dapat kenaikan gred yang tinggi kerana ada perjawatan gred lain selepas kami.

"Kami mohon agar kerajaan lakukan sesuatu untuk beri ruang kepada pembantu tadbir gred 19 hingga 28 ini dalam memperoleh kenaikan gred yang selaras dengan perkhidmatan dan pengalaman," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-semula-gaji-pokok
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 09:25 AM | Show all posts
ikut je la cakap kupek ni, jgn persoalkan, bagi je la
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
skjp lg adala forummer komen penjawat awam kaki ngular, keluar breakfast sampai tengahari, kaunter ada 30 buka 2je....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:06 PM | Show all posts
nikaido replied at 24-6-2022 01:17 PM
skjp lg adala forummer komen penjawat awam kaki ngular, keluar breakfast sampai tengahari, kaunter a ...

realiti            
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Naikkan kelulysan akedemik....

Pi amik ijazah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:18 PM | Show all posts
kalau tangga gaji 32 berapa gajinya ye? banyak jugak rupanya gaji tangga 28. Bukan ke diploma? meols ingatkan dalam 1600 gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2022 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 24-6-2022 02:18 PM
kalau tangga gaji 32 berapa gajinya ye? banyak jugak rupanya gaji tangga 28. Bukan ke diploma? meols ...

Gred 28 tu ntah2 dah lebih 20 thn service.. Dah nk pencen la kiranya br dpt gred tu.. Gred lantikan 19. Kalu 32, aku tgk gaji staff aku (masa sign borang claim oncall) dlm 4k basic.. Tp nak naik 32 dari 29 pun kurang2 10 thn kut..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 24-6-2022 01:17 PM
skjp lg adala forummer komen penjawat awam kaki ngular, keluar breakfast sampai tengahari, kaunter a ...

Realiti. Bwerk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 24-6-2022 02:10 PM
Naikkan kelulysan akedemik....

Pi amik ijazah

Kbykkn gred 19 skrg mmg ada diploma/ijazah... Tp unt naik gred jwtn diploma / ijazah dari spm, kena ikut prosedur mcm biasa. Isi spa, tunggu dpt panggilan exam, if lulus panggil interview. N tiada keistimewaan pun unt yg dah dlm lantikan gomen spm dilantik naik guna diploma/ijazah.. Rasa lg x dipilih kut. Konsepnya ko dah dpt kerja gomen ptt bersyukur bg peluang org lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:27 PM | Show all posts
nikaido replied at 24-6-2022 01:17 PM
skjp lg adala forummer komen penjawat awam kaki ngular, keluar breakfast sampai tengahari, kaunter a ...

tengah menunggu komen macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Knplah x abih2 nak naik gaji..i as penjawat awam lebih suka klu tumpukan pd kos sara hidup rendah temasuk stabilkan harga..ini manfaat utk seme
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 24-6-2022 01:17 PM
skjp lg adala forummer komen penjawat awam kaki ngular, keluar breakfast sampai tengahari, kaunter a ...

Tengah menunggu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:40 PM | Show all posts
Set2 neh bukannya membuat apa pon mengular jer kejenye. Yang kena maki set2 41 jugak. Mekomer set 19, 48, 54, 52 semua sedap jer ampu-mengampu dengan jusa2 veivee toh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudowoodo tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu nanti ada makcik kepam gemok 100 kilo komplen, kenapa korang semua nak dengki dengan penjawat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya kita sering terbaca komen, bila gaji naik, naiklah harga barang-barang.

Kini ternyata kejadiannya, barang-barang naik harga dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lah dengki dgn staf2 sokongan. Tanpa mereka payah lah organisasi nak bergerak.
And paling sedih, ada yang masih bergaji d bawah 2,500 zaman skarang ini, nak makan apa lah 2,500
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:13 PM | Show all posts
Setiap lapisan rakyat terjejas dengan kenaikan harga barangan bukan penjawat awam je yang kerja sendiri petani pekebun nelayan kerja swasta semua terjejas.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bonus tak cukup kaaaa? Swasta elek tak bising pon!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 03:29 PM | Show all posts
bagi je la, jgn cakap byk la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.128186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list