View: 6916|Reply: 79
|
[Tempatan]
'Kecantikan Toksik' ~ Ramai Jadi Mental
[Copy link]
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 25-6-2022 12:56 AM
'Kecantikan Toksik’ Beri Kesan Negatif, Boleh Jadi Punca Masalah Mental
By Nadzirah Roselan
Posted on June 24, 2022
Cantik itu bersifat subjektif mengikut penilaian setiap individu. Kadang-kala diri rasa tidak secantik orang lain berikutan sikap manusia di sekeliling yang memandang serong sehingga diri terjebak untuk mengubah diri ‘mencapai kecantikan yang sempurna’ mengikut standard mereka.
Berdasarkan perkongsian oleh Public Health Malaysia, nasihat kecantikan yang toksik di mana, mengnormalisasikan definasi kecantikan ke tahap yang tidak masuk akal menjadi satu kebimbangan. Hal ini kerana, ia boleh memberikan implikasi negatif dan kemudaratan.
Memang risau lihat nasihat kecantikan toksik semakin berleluasa.
Nasihat kecantikan yang TOKSIK menyebabkan normalisasi definasi kecantikan ke tahap yang TIDAK MASUK AKAL sehingga menyebabkan implikasi negatif dan kemudaratan.
CONTOHNYA,
- Kulit yang telah sedia ada cerah dianggap masih tidak mencukupi, mahu lebih putih lagi.
- Tona kulit kanak kanak juga dijadikan perbandingan – menggalakkan penggunaan produk seawal remaja.
- Memaparkan tubuh kurus dengan nasihat amalan pemakanan bahaya – eating disorder.
- Prosedur pembedahanan kosmestik yang mahal dan berisiko tinggi.
Pendedahan nasihat kecantikan yang toksik dan berulang-ulang ditambah dengan pemasaran hebat produk membimbangkan kerana:
1. Menggalakkan penggunaan produk kecantikan tidak berdaftar termasuk bahan terlarang (merkuri).
2. Amalan diet bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian (bulimic).
Bayangkan anak anak remaja yang terdedah dengan standard kecantikan keterlaluan yang dikongsikan di media sosial. Ia menyebabkan rendah keyakinan diri dan masalah mental dikalangan remaja.
Setiap orang memiliki kecantikan dan keunikan yang tersendiri, jadi yakinlah pada diri anda. Malah, pemikiran positif juga dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan aura kecantikan seseorang.
Tidak perlu ambil produk-produk kecantikan yang tidak jelas kualiti dan keselamatannya sehingga memudaratkan kesihatan diri. Jika anda mempunyai masalah kulit atau kesihatan dapatkan lah nasihat dan rawatan daripada pakar-pakar yang bertauliah. Ayuh sayangi dan hargai diri sendiri! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yg suka pakai timbang kilo ni, dia akan cakap ada aku kisah? janji kulit dia flawless |
|
|
|
|
|
|
|
Eh baru ja ada benang wajah plg sempurna hehe. Masa kecik antara buku awal yg dibaca snow white. Digambarkan fizikal snow white acaner , ni jugak jd penanda aras wajah cun. Ikutkan bukan kulit ja - hidung , mulut, mata juga ada standard tersendiri. Ada satu stori book , lelaki yg soleh buat baik tu akhirnya dpt balasan wanita cantik. Hepinya. Mebi sedari kecil weols dh terdidik utuk obses dgn kecantikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 24-6-2022 04:31 PM
Eh baru ja ada benang wajah plg sempurna hehe. Masa kecik antara buku awal yg dibaca snow white. Dig ...
Habil & Qabil pon berbunuhan sbb nk berebut kembar yg cantik. So cantik n manusia xdpt dipisahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Yang gila segala mala product ni selalunya yang belum kawin. Dah ada anak sorang mana dilayannya benda2 tu lagi rupa pun dah macam dah ada anak tiga kadang. Melainkan lakinya dah mula berscandal atau ipar duai dah mula berbersaing siapa paling cantik dikalangan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat lagu TLC- Unpretty... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-6-2022 01:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Iols ni mmg hitam sjk kecik tau. Smpi skrg lh cuma nasib baik fasa takbpercaya diri tu skjp je mse skolah mnengah. Biasalah remaja. Then diri sndiri lah yg kena build the confidence tu. Wlpn mmg msia ni suka yg cerah2, peduli apa. Just be confident in ur own skin. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka rupa aku yg biasa2 sebab aku xsuka jadi perhatian, maklum la introvert kan
Jaga kulit & badan bagi sihat je dah cukup bagi aku
Body yg 1 ni anugerah Allah, so jaga la elok2 |
|
|
|
|
|
|
|
That's why nak kaya cepat jadilah founder timbang kilo. Berlumba2 hasilkan produk kecantikan ,kuruskan badan etc...bukan wanita jer pakai....pondan bapok pun pakai... |
|
|
|
|
|
|
|
I memang cerah takde skin problem..so takpenah terjebak dgn produk lightening cream..spf kena apply.
kulit cerah ni bukan tahan lasak dgn panas matahari |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 24-6-2022 04:14 PM
https://www.youtube.com/watch?v=GdPuDgvg4hM
Amboiii..gediknya..
Kalau pompuan yg buat nih pasti jadi rebutan jantan kabaret |
|
|
|
|
|
|
|
Produk sampah pon byk
Nk cerahkn kulit bagai
Pki pulak produk timbang kelo
Huhu
Sayangi lah buah pinggang anda...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 aku ingat pompuan yg memuji kecantikan pompuan tu lesbian. Betul ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|