CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4987|Reply: 66

"Mungkin Kejahilan Dia,"-Cerai Talak Tiga, Tiba-Tiba DJ Wong Dan DJ Sal Rujuk Macam Tu Sahaja?

[Copy link]
Post time 27-6-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Pihak berkuasa agama diharap dapat memanggil pasangan deejay di laman sosial yang dikenali sebagai DJ Wong dan isterinya, DJ Sal berhubung kontroversi membabitkan soal penceraian mereka sebelum ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, mereka mungkin jahil dengan hukum Islam selepas dikatakan kembali tinggal bersama walaupun DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, melafazkan cerai talak tiga.


“Kita nak kata dia permainkan (agama) itu saya tak berani kata, mungkin kejahilan dia. Dia anggap benda itu (penceraian) mainan biasa. Mungkin kejahilan, dia anggap macam tak ada apa boleh rujuk buat macam itu sahaja.


“Maka, kita harapkan pihak agama panggil dia kalau ini melibatkan soal nasab dan keturunan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Kedah yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, semalam.




Foto:FB




Pada 12 April lalu, DJ Wong yang kembali bersiaran seorang diri selepas misteri kehilangannya bersumpah di hadapan al-Quran bahawa dia dalam keadaan sihat dan selamat serta meminta semua pihak menghentikan misi pencariannya, namun, lokasi sebenar dia berada tidak dimaklumkan.


Malah, DJ Wong di akhir siaran langsungnya itu melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memberitahu pengikutnya bahawa dia tidak akan muncul di laman Facebook lagi selepas itu.


Bagaimanapun, pada pertengahan Jun lalu, pasangan itu membuat kejutan apabila DJ Sal atau Ku Sabariah Ku Hambali, 47, mendakwa sudah merujuk isu yang timbul kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama yang memaklumkan lafaz cerai itu tidak sah.


Dakwa DJ Sal, dia sedang uzur ketika kejadian dan suaminya dikatakan berada dalam keadaan tidak waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai secara siaran langsung dalam media sosial.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Idris meminta orang ramai yang bimbang perkara tidak sepatutnya berlaku kepada pasangan terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.


“Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh laporkan kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing. Apabila ada laporan, kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku. Di peringkat daerah misalnya, hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama akan siasat segera,” katanya.


Dalam perkembangan lain, Idris memaklumkan, kes-kes berkaitan aktiviti khurafat, ajaran yang mengelirukan, serta ‘ustaz segera’ di media sosial membabitkan rakyat Malaysia masih berada pada kadar minimum.


Bagaimanapun, beliau menegaskan, kes-kes berkenaan tidak boleh dibiarkan dan dipandang sebelah mata agar pengaruhnya tidak meluas yang kelak mungkin akan menimbulkan kekeliruan dan kemusykilan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


“Kita tidak mahu unsur-unsur ajaran-ajaran yang mengelirukan masyarakat ini akan merosakkan orang lain, kita kesian terutama mereka yang nak kembali kepada agama (Islam) yang memang itu sangat bagus (tetapi), tiba-tiba mereka berguru dengan orang yang bukan sepatutnya memberikan pendidikan (agama kepada) mereka,” katanya.


Sementara itu, Idris menyatakan jumlah jemaah haji Malaysia yang telah tiba di tanah suci kini sekitar 8,000 orang dan kesemua mereka berada dalam keadaan baik serta berpuas hati dengan layanan di sana, selain tidak timbul sebarang masalah dalam kalangan mereka. -CARI


Sumber: Utsan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni si tua kutuk yang beriya2 menangis aritu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:39 PM | Show all posts
dj radio mana demer berdua ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa Dorang ni. Dari konti radio mana sendu yakmattt
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah kembali terjalin kesahnya. Ingatkan tengah prepare nak melondeh segala hal kat mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 03:53 PM | Show all posts
buang la nama dj tu. dah tua tua nak dj apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia rujuk pakar agama mana tu?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa raya haritu
Ada sorang kakak ni dari Kedah
Dia setaman dengan couple dj ni
Ada lah macik tanya apa cerita
Yelah sebab tak tahu nak bual apa takda topik

Kakak tu cerita (macik cerita balik tau)
Dj Sal tu pernah bercerai
Ex somi dia tinggal setaman juga
Pastu Dj Sal ni kawen dengan Dj Wong
Tapi ada waktu2 Dj Sal ni akan balik ke rumah ex somi dia
Anak2 dah besor
Orang taman memang tak boleh nak cakap apa
Sebab dia keluar masuk rumah tu macam tak bercerai
Bila ditegur
Dia cakap ada anak2 kan dalam rumah ex somi tu

Maybe sebab tu Dj Wong ni merajok
Yelah bininya masih menyenggol ex somi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 04:33 PM | Show all posts
hari tu cakap bercerai talak 3..xkn cepat macam ni boleh rujuk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:35 PM | Show all posts
DJ WHO????
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bercina buta kot gila betul senang senang talak..senang senang rujuk..jantan selebet jenis senang lapas cerai ni x patot jarikan laki dekkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:45 PM | Show all posts
dj?
diorg dj ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:48 PM | Show all posts
dj mana pulak meka dua orang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:54 PM | Show all posts
halahhhhh..buruk pulak dah tua2 ni merajuk...
tu laaa..dulu lagi dah kate, bila umur dah bau2 tanah ni, bawak2 le mengaji pegi masjid, banyakkan beribadah..
hari tu bukan main kemain sedih, berpuitis konon2 dh nak move on and jangan dicari lagi daku...
geli pulak haku perangai orang2 tua gini haih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 05:12 PM | Show all posts
Dakwa DJ Sal, dia sedang uzur ketika kejadian dan suaminya dikatakan berada dalam keadaan tidak waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai secara siaran langsung dalam media sosial.


what a joke!!! tak waras mana leh kawen...

dua2 ni dr muda sampai ketua, drama saja... perasan populer kalah dejay RTM kedah...

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 05:13 PM | Show all posts
afie_m replied at 27-6-2022 04:48 PM
dj mana pulak meka dua orang ni..

dejay syok sendiri.. taraf dejay kenduri je punn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 05:16 PM | Show all posts
mana celah depa nie dtg?? DJ??

woww dalam statement dia tgh uzur masa kena cerai...

alaaa bole jerrr ko create cite ko tgh uzur.. ntah ntah ko ingat ingat lupa date tgh uzur... hahah

uishhh talak 3 weii jgn memain.. bole rujuk gitu jerr keee??
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah sebenar-benar benar-benar benar - WHO ARE YOUSSSSS???? [em:6:]
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 05:30 PM | Show all posts
bersiaran secara Live setakat di FB Live di panggil DJ ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
who are yusss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.068787 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list