CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26870|Reply: 214

Apa sikap/perangai lelaki yang anda sukar fahami?

[Copy link]
Post time 1-10-2010 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya nak juga tahu apa sikap/perangai lelaki yang kaum wanita sukar nak fahami. Pasangan mungkin tidak menyatakan yang benar atas sebab menjaga hati. Jadi sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda mengenai sikap/perangai lelaki yang anda rasa perlu diperbetulkan. Mungkin dari komen anda saya dapat memperbaiki diri saya juga. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 08:47 PM | Show all posts
tak paham kenapa org lelaki orang perempuan dah buat baik pun buat jahat lagi.. lagi satu org lelaki pun jenis pendam2 ... terus terang jelah habis cerita kalau tak memang jadi kes berat... kami dah kena
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 09:11 PM | Show all posts
tak paham kenapa org lelaki orang perempuan dah buat baik pun buat jahat lagi.. lagi satu org lelaki ...
assafdiyah Post at 1-10-2010 20:47



OOo terung terang ek..
penerimaan macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:17 PM | Show all posts
aku x fhm laki yg larat bpuasa tp x puasa...yg larat semayang tp x smyg...pdhal diorg smua tau yg diorg bakal jd ketua keluarga...diorg semua tau psl2 agama...tp kenapakah tetap begitu???sedih aku tgk kwn2 laki aku yg x suka pose...mak ayah x ajar pon suh ponteng pose..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 09:21 PM | Show all posts
OOo terung terang ek..
penerimaan macam mana?
Goldkey Post at 1-10-2010 21:11



    kalau saya rasanya boleh terima... asalkan benda tu benda yang betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 09:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by Goldkey at 1-10-2010 21:27
aku x fhm laki yg larat bpuasa tp x puasa...yg larat semayang tp x smyg...pdhal diorg smua tau yg di ...
drtina86 Post at 1-10-2010 21:17



ini jenis tak takut Tuhan susah wooo...moga terpancar nur hidayah kat mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2010 10:43 PM | Show all posts
aku x fhm laki yg larat bpuasa tp x puasa...yg larat semayang tp x smyg...pdhal diorg smua tau yg di ...
drtina86 Post at 1-10-2010 21:17



kalau boyfriend kau jenis mcm ini...kau beri motivasi sedikit dgn dia kalau dia tak nak say bye bye dgn dia..mungkin boleh berubah kot...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2010 10:46 PM | Show all posts
kalau boyfriend kau jenis mcm ini...kau beri motivasi sedikit dgn dia kalau dia tak nak say by ...
hjrayle Post at 1-10-2010 22:43



setuju bangat jgn bertolak ansur dengan yang tidak tunduk kepada syariat Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 01:41 PM | Show all posts
xpaham nape lelaki kuat membebel
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:46 PM | Show all posts
tak paham kenapa org lelaki orang perempuan dah buat baik pun buat jahat lagi.. lagi satu org lelaki ...
assafdiyah Post at 1-10-2010 20:47



    sebab laki nie mmg suke memendam rasa, kalo di cerita kat pompuan nnt takut heboh kt org len pulak......bab pompuan buat balik di balas jahat nie, selayak2 nyer laki tu mmg x sedar diri dan x bersyukur dapat pompuan yg baik utk diri die
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:47 PM | Show all posts
aku x fhm laki yg larat bpuasa tp x puasa...yg larat semayang tp x smyg...pdhal diorg smua tau yg di ...
drtina86 Post at 1-10-2010 21:17



    hidayah x sampai lagi kat dieorg tu........kene brainwash dieorg nie bg sedar ttg tuntutan agama
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:48 PM | Show all posts
xpaham nape lelaki kuat membebel
cik_kiah Post at 2-10-2010 13:41



    card pun x paham..........mungkin hormon estrogen dieorg tgh tinggi kut
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 01:58 PM | Show all posts
Reply 12# card_reader


    khennn


card pong suka membebel kah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 02:00 PM | Show all posts
Reply 13# cik_kiah


x suke membebel, penat........last2 org bukan nak dgr pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 02:03 PM | Show all posts
Reply 14# card_reader


   

nasib baik card xsuka bebel tau


card cuti skolah ke arini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 02:06 PM | Show all posts
Reply 15# cik_kiah


cuti sekolah ape nyer, dah abes skolah dah pun.......
besa la sabtu ahad nie kan cuti korje, bersantai di hadapan komputer sambil melayan internet.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2010 02:45 PM | Show all posts
Reply 7# hjrayle


    bf aku x mcmni...alhamdulillah...kwn2 laki aku ramai mcmni....kesian aku tgk diorg ni...xtau apa yg kurang...pdhal bila tnya x takut ke balasan tuhan...dijawabnye takut jugak...tp???
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 02:47 PM | Show all posts
Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.



Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.



Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.



Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.



Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.



Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.



Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.



Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.



Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.



Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.



Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 04:21 PM | Show all posts
xpaham nape lelaki kuat membebel
cik_kiah Post at 2-10-2010 13:41



ramai ke yg suke babel..i suka diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2010 04:22 PM | Show all posts
Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila b ...
drtina86 Post at 2-10-2010 14:47



wow... setuju bangat bantu memperkasakan lelaki..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.059085 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list