CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3561|Reply: 30

"Tutup Muka Sebab Tak Anak Orang Cakap Tentang Wajah Saya,"Ameera Khan Hilang Sebab Rasa Diri Dibenci Masyarakat

[Copy link]
Post time 28-12-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Pempengaruh popular yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan memberitahu salah satu sebab dia mengambil keputusan menghilangkan diri dari media sosial kerana tertekan apabila merasakan dirinya dibenci masyarakat.


Menerusi pendedahan yang dibuat ketika sesi siaran langsung (live) dalam Instagram pada Ahad lalu, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) berkata, dia perlu berehat daripada media sosial selepas berasa tertekan dengan perkara yang dialaminya dalam dunia maya.


Foto: IG




“Saya ada Instagram, orang bercakap tentang saya. Saya berehat daripada Instagram pun orang masih lagi bercakap mengenai saya.


“Sebagai wanita yang masih muda, saya tertekan dan rasa dibenci. Jadi saya perlu berehat,” katanya.


Ketika menjawab soalan daripada pengikutnya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang tempoh berehat selama enam bulan, Ameera, 22, berkata, dia banyak menyendiri, namun tidak menggalakkan orang lain untuk meniru perbuatan tersebut.




  



“Selama enam bulan berehat daripada media sosial, saya habiskan masa dengan keluarga, mengembara, bersenam dan membaca.


“Tapi hampir kebanyakan masa saya akan bersendirian. Saya tidak galakkan anda untuk berbuat begitu, cuma saya hanya mahu berehat,” katanya.


Dalam pada itu, Ameera juga memberitahu alasan dirinya menutup muka ketika bergambar bersama keluarga kerana dia enggan masyarakat bercakap apa-apa tentangnya.


Katanya, dia tidak mahu netizen mengambil tahu tentang dirinya termasuk mengetahui aktiviti yang dia lakukan sepanjang tempoh berehat.




  



“Kenapa tutup muka? Sebab saya tidak mahu orang bercakap apa-apa tentang wajah saya. Mereka (netizen) selalu bercakap tentangnya. Saya tidak mahu orang tahu apa-apa tentang saya,” jelasnya.


Ketika sesi itu juga, Ameera turut mengakui dia tidak boleh meninggalkan ‘dunia’ Instagram sepenuhnya 100 peratus kerana telah membesar dengan platform tersebut.


“Saya membesar dengan Instagram. Saya tidak boleh tinggalkannya 100 peratus, cuma saya reset sementara diri daripada semua orang,” ujarnya.




  



Pada Julai lalu, Ameera tiba-tiba ‘lesap’ dari radar Instagram selepas bertindak memadam semua foto dan perkongsian dalam platform tersebut.


Malah Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Khan turut memadam gambar profil dan keterangan biografi dalam Instagramnya sehingga ke hari ini.




  



Bagaimanapun pada Sabtu lalu, dia membuat kemunculan semula apabila kembali aktif dalam Instagram sekali gus memberi kelegaan buat pengikut yang merinduinya.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kisah pulak dgn kebenciaan melayu² ni ek[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 02:50 PM | Show all posts
attensyens sikers
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa dgn muka dia[em:2:]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 05:40 PM | Show all posts
berapa banyak cerita dia ni...ni bukan artis
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
baju lmk pakai yg Christian Dior tu macam yg daiyan Trisha pernah pakai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2022 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat dia pelik
Iols lebih faham better ade socmed dri sendirian bahya katanye
Ko x dekawan ke diks
Org lain rilek je xde socmed pi join ape2 aktiviti xde lak rasa sndirian
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk?? Tu je??ok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2022 10:06 AM | Show all posts
sukati ko lah dek. xminat la muka gini
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:55 AM | Show all posts
kesian xde kawan, tu la sape suruh xnak pi sekolah dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ko happy keling orang bercakap pasal ko bimbo ny
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:15 PM | Show all posts
patut dia bgtau la mak dia jgn post gbr bersama dia..waima x nmpk muka sekalipn..simpan je gbr2 tu...dah tu nak cmne sbrnnya??
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 04:16 PM | Show all posts
membesar dgn social media? atau masih perlukan perhatian dan validation manusia?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 05:51 PM | Show all posts
taik lalat tu buat mukaku gatal
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2022 05:57 PM | Show all posts
tutup muka kalau perangai mengundang
sama je dik
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit banyak beli hemis, dior.. tp takda duit nak g repair gigi. Macam ikan yu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lyshafull replied at 28-12-2022 10:25 PM
Ayat dia pelik
Iols lebih faham better ade socmed dri sendirian bahya katanye
Ko x dekawan ke diks

Kawan2 pon xnak kawan dia agak ya. Sek sek dio jah good good sokmo???? .. jenis belagak kot hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2023 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri cari publisiti sendiri buat onar lps tu kena kecam netizen yg disalah kan????
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan sheols semua lagi tua dari dia, sheols macam takde kawan sebaya
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 11:31 PM | Show all posts
Tak payah la bergambar kalau macam tu... Tak susah pun. Lagi susah nak bergambar tapi nak kene sorok muka. Macam takde keje je plak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.098129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list