Perkongsian suami kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Ude Wahid menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kesal terhadap seseorang yang suka ‘bising’ di media sosial namun tidak mahu apabila diajak untuk bertemu.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu, suami Izreen turut mempersoalkan kepada individu tidak disebutkan namanya itu adakah dia suka berkongsikan masalah sehingga semua orang tahu. Malah, Ude turut memberi peringatan supaya berhenti berkongsikan perkara di media sosial kerana bimbang suatu hari nanti aib sendiri akan terbuka.
“Sudah-sudahlah. Jangan nanti dok bising-bising dekat Instagram tiba-tiba Allah buka aib kau baru time tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi. (Aku up sebab dah lama bersabar. Bukan nak memburukkan keadaan) tapi dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai,” tulisnya.
Menerusi perkongsian lain, Ude turut meminta isterinya supaya banyakkan bersabar. Sementara itu, Izreen juga dilihat ada memuat naik perkongsian mengatakan sabarnya ada had serta meminta individu tersebut tidak melebih-lebih.
Tambahnya lagi, individu tersebut seakan tidak menghormati suami barunya kerana tanpa segan memuat naik gambar bekas suami yang juga sudah mempunyai keluarga sendiri.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa memandangkan Ude dan Izreen tidak menyebut nama mana-mana individu.
https://www.rotikaya.com/jangan-nanti-dok-bising-bising-dekat-ig-allah-buka-aib-kau-ude-wahid/?fbclid=IwAR12UmT4q-7_8eNo0Qafqw3rTM7mF_CwNj0k397XPvQXntuKlr8mvQU31zA
|